English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, August 5, 2007

TRANSIT DI RIGA MENUJU GLASGOW


10.6.07, Sambung balik kisah kembara Eropah.... selepas tidur semalaman dalam kapal Tallink maka lebih kurang jam 9.00 pagi kapal berlabuh di pelabuhan Riga, Latvia. Saya pun bertemu semula dengan Riga selepas lebih urang dua minggu ditinggalkan. Tapi kedatangan kali ini tak lama, untuk transit satu malam je sebelum kembara diteruskan lagi. Lepas juga rindu pada Riga yang menjadi base utama untuk tempat transit di benua Eropah Timur ni. Saya pun terus menuju ke Hostel Doma iaitu hostel yang sama saya tinggal semasa mula-mula datang ke sini tempohari. Saya dah rasa sangat selesa dengan pemilik hostel ni yang kian mesra dan tidak terlalu beRkira. Tapi bila sampai tak boleh check-in lagi sebab ada lagi penghuni yang belum check-out. So, saya kena tunggu sampai lebih kurang jam 4.00 pm baru boleh check-in. Tapi tak pe, pemilik tu simpankan bag saya dalam bilik simpanan sementara menunggu untuk check-in dan saya boleh gunakan internet, tengok tv dan buat kopi sendiri sementara tunggu sampai jam 4.00pm. Inilah keistimewaan pemilik hostel ni yang saya kata tak berkira tu. Sebab kebanyakkan hostel di negara-negara yang saya dah pergi sepanjang kembara ni tak semesra ini. So, saya turun jalan-jalan lagi di Old Town Riga sambil cara makan untuk lunch. Kebetulan bila masuk Mc Donald terjumpa dengan Christian yang naik kapal Tallink sama-sama itu hari. Dia pun baru je lepas makan dan kami pun sembang-sembang lagi. Lepas habis saya lunch, kami jalan-jalan sekitar bandar Riga sambil berbual-bual dan penat berjalan kami singgah kat cafe untuk minum kopi dan sambung perbualan mengenai pelbagai perkara. Lepas minum kopi kami berpisah dan berharap dapat berjumpa lagi di lain masa, mungkin di Asia Tenggara sekiranya dia melawat ke sini ataupun di Jerman sekiranya saya besekempatan melawat ke blok Eropah Barat plak di lain masa Insyaallah.

11.6.07,flight saya bertolak jam 10.40 pm so lepas berkemas pagi tu saya breakfast makanan kegemaran saya di Riga ni iaitu 'apple pancake' kat cafe di sebelah hostel saya menginap ni je. Lepas breakfast masih ada masa lagi so, saya pergi survey dulu bas nak pergi ke airport sebab dah tau dah nak naik bas, tak payah naik teksi lagi. Pemilik hostel kata boleh naik bas no. 22 untuk pergi ke airport, so kena check dulu sebab nanti bila dah bawa beg besar-besar tak la gelabah sangat nak cari bus stop. Bila dah pasti bus stopnya saya jalan-jalan town dulu dan ambik lunch kat cafe yang jual 'mushroom soup' sebelum patah balik ke hostel dan ambil barang dan terus check-out jam 1.00 pm. Masih awal lagi, saya berinternet la kejap sementara menunggu petang sebab flight bertolak malam nanti. Pas lebih kruang jam 5.00 pm saya pun cadang nak gerak dah, terus salam-salam dengan pemilik hotel dan beberapa penghuni yang masih tinggal di situ sejak dari mula saya sampai hinggalah ke hari itu terutamanya seorang lelaki Korea yang mengaku dirinya paderi protestan.

Sebelum sampai ke bus stop saya singgah kat Mc Donald untuk beli 'fish and chip' untuk dinner. Sebab sampai kat Glasgow nanti tengah malam, cukup la untuk dinner sekali. Lagipun stock chocklat masih ada laig dalam bag. Saya naik bas no. 22 lebih kurang 30 minit sampai ke airport Riga. Jam dah menunjukkan 6.00pm dan sementara menunggu untuk check-in rasa lapar la plak perut, buka 'fish and chip' dan makan la dulu kat airport tu. Lepas check-in tunggu kejap pas tu boleh boarding dah dan tepat jam 10.40 pm flight Ryanair pun berangkat menuju ke Glasgow. Selamat tinggal Latvia....Selamat tinggal Eropah Timur..... semoga bertemu lagi.....
Jam 12.00 malam lebih kurang maka sampailah di Prestwick Airport, Glasgow. Selamat bertemu kembali Glasgow. Transport nak ke city centre dah tak ada sebab waktu operasi sampai jam 12.00 am je. So, saya pun terpaksa lah tidur di airport tu, tetapi ramai sangat orang yang tunggu kat situ maka tempat duduk semua dah di 'book' dan mereka baring atas bangku. Saya dapat duduk tapi tak boleh baring sebab dah penuh. So, tidur tak puas la kat situ dan pening-pening lalat la plak nak menunggu sampai besok pagi.

No comments: