English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, June 16, 2014

KEMBARA ATHENS, GREECE 1


 
 
30.5.2014 (Jumaat) – Setelah sekian lama akhirnya keinginanku untuk berpergian terlaksana juga apabila kertaskerja pembentangan diterima untuk dibentangkan dalam ‘5th. Annual International Conference on Visual and Performing Arts’ yang berlangsung di Athens, Greece pada 2 – 5 Jun 2014. Malam ni akan berangakat dari KLIA, jadi siang ni saya mohon cuti untuk berkemas barang. Lagi pun sekarang minggu kuliah telah berakhir, tinggal nak masukkan markah sahaja lagi. Jam 8 malam saya memesan teksi yang biasa saya langgani untuk menjemput saya dari rumah ke KLIA. Penerbangan dijangkakan pada jam 11.45 malam. Jadi, lepas mahgrib sesuai sangatlah bergerak ke KLIA tu. Laluan penerbangan bermula dari KLIA dengan menaiki pesawat MAS dan akan transit di Charles de Gulle, Paris selama lebih kurang 6 jam dan dari situ terus berangkat ke Athens, Greece.
Itulah…. Oleh sebab terlalu sibuk dengan urusan kerja yang terlalu mementingkan KPI  maka saya rasa seolah-olah tiada kesempatan lagi untuk melakukan ‘backpack’ seperti tahun-tahun sebelumnya. Namun, kerinduan untuk berkembara tetap menujah-nujah pinggiran rasa. Tidak dapat kembara secara ‘backpack’, dapat keluar melihat dunia yang berbeza pun sama lah juga. Jadi, kesempatan untuk berseminar merupakan peluang yang terbuka untuk saya menikmati sensasi kembara. Cuma jangkamasa berpergian itu sahajalah yang sedikit terbatas berbanding ‘backpack’. Tujuan untuk menyertai konferen di Athens, Greece in telah pun dirancang sejak awal tahun lepas lagi. Salah satu sebabnya adalah kerana saya tidak pernah sampai ke sini lagi. Jadi kesempatan ini amat saya nanti-nantikan. Dalam pada itu juga, pihak menganjur konferen telah menerima  tajuk kertaskerja saya untuk dibentangkan. Alhamdulillah……. Sebab saya dimaklukan terdapat beberapa abstrak kertaskerja yang telah ditolak oleh pihak penganjur. Alasannya…. Saya tidak pasti. 
 
Jam 8 malam, teksi yang saya tempeh tiba dihadapan rumah dan saya pun terus masuk ke dalamnya dan memulakan perjalanan ke KLIA. Pemandu teksi ni sangat berhemah sewaktu memandu dengan mengekalkan had kelajuan di antara 80 hingga 90 kmj sahaja. Namun, dalam masa sejam sahaja telah tiba di KLIA, iaitu kira-kira jam 9 malam tibanya. Sejurus membayar tambang berjumlah RM90 saya terus masuk ke dalam terminal dan menuju ke kaunter check-in C16. Ketika sedang beratur menunggu giliran di kaunter yang penuh sesak dengan penumpang, saya terdengar nama dipanggil dari arah belakang. Rupa-rupanya Prof. Solehah dari UITM pun tiba pada masa yang sama juga. Kami beratur bersebelahan dan tiba giliran kami sama-sama menuju ke kaunter untuk daftar masuk. Sewaktu memeriksa status itinerary penerbangan kami, petugas kaunter memaklumkan bahawa tempat duduk dalam pesawat MAS yang akan kami naiki menuju ke Athens melalui Paris dipenuhi penumpang. Jadi, dia mencadangkan tawaran kepada kami untuk menaiki pesawat MAS yang juga menuju ke Athens tetapi melalui Istanbul, Turki. Dengan pesawat tersebut, kami ditawarkan tempat duduk business class dan akan sampai di Athens lebih awal, iaitu kira-kira jam 9 pagi kerana transit di Istanbul tidak mengambil masa yang lama. Kami tertarik dengan tawaran tersebut dan menyerahkan kepada petugas kaunter itu untuk menguruskannya. Setelah dicuba namun usaha tersebut gagal kerana syarikat penerbangan Aegen Airline yang akan kami naiki dari Paris ke Athens tidak dapat dihubungi untuk urusan pertukaran tersebut. Kami akur dengan keputusan itu dan mengucapkan berbanyak-banyak terimia kasih kepada petugas tersebut atas usaha yang telah cuba dilakukan.
 
Usai, urusan daftar masuk, saya menuju ke kaunter pertukaran wang untuk menukarkan ringgit kepada Euro sejumlah 300Euro lagi yang akan dikhaskan untuk yuran pendaftaran pembentangan konferen yang akan saya bayar secara tunai. Kemudian saya terus menuju ke terminal pelepasan dan terus menaiki train menuju ke gate C37. Dalam perjalanan menuju ke gate itu, kami menemui Dr. Nurul yang sedang menikmati hidangan malamnya di restoran Malay resepi lalu turut menyertai beliau di situ. Saya memesan air longan dan laksa nyonya berjumlah RM34.60. kami berborak di situ hingga jam 10.45 malam dan setelah membayar harga makanan, kami terus menuju ke gate C37 dan tepat jam 11.40 malam kami pun dibenarkan memasuki pesawat. Setelah semua penumpang memasuki pesawat dan duduk di tempat masing-masing, pesawat pun sudah bersedia untuk berlepas. Namun ketika pesawat baharu sahaja ingin berlepas tu, tiba-tiba penumpang dimaklumkan bahawa terdapat sedikit masalah teknikal, iaitu brake pesawat mengalami kerosakan. Semua penumpang diminta bersabar sementara menunggu jurutera membaikinya. Sementara menunggu tu, anak-anak kapal menghidangkan penumpang dengan minuman dan kacang. Saya sempat terlelap sekejam sementara menunggu tu dan terjaga semula apabila anak kapal memaklumkan bahawa semua penumpang perlu keluar dari perut pesawat tanpa meninggalkan sebarang beg atau barangan lain kerana pembaikan brake pesawat dimaklumkan akan mengambil masa sedikit lama daripada jangkaan. Kami pun mengambil beg masing-masing dan keluar dari perut pesawat yang pada aktu itu jam menunjukkan pukul 1.30am. Setibanya semua penumpang di dalam ruang menunggu, kami dimaklumkan bahawa pesawat Airbus MH0020 itu akan siap untuk berlepas semula pada jam 3.30am. Hmmmmm…… jenuh juga menunggu nih….
Saya pun bertanyakan kepada pegawai MAS tentang kesulitan yang dihadapi dan bertanyakan tentang penerbangan kami dari Paris ke Athen yang pastinya akan turut terlepas. Pegawai MAS mengurukan pengeluaran suautu surat yang ditandatangani oleh pegawai  menyatakan tentang kelewatan penerbangan dan katanya bila sampai di Paris nanti tunjukkan kepada pegawai  kaunter MAS bertugas di Paris. Urusan mengeluarkan surat tu mengambil masa agak lama juga. Lalu saya pun bertanyakan lagi sekiranya ada kupon makan disediakan ekoran kelewatan oleh pihak MAS tu  kerana perut terasa lapar juga. Lama lagi nak tunggu nih… sampai jam 3.30 am tu….. pegawai tu memberikan kupon dan memaklumkan beberapa restoran yang boleh digunakan untuk makan dan minum termasuklah reatoran Buger King. Kesemua restoran yang diberikan terletak agak jauh juga dari balai berlepas tu…..selepas berurusan tu saya pun menuju ke restoran yang diaksudkan, malangnya kesemua restoran tersebut telah pun tutup….hmmmmm….berlapar lah nampaknya… saya pun kembali semula ke dewan berlepas dan malas dah nak bagi tau pengaiwai tu pasal tak dapat makan…. Saya dan rakan-rakan pun menunggu dan sempat lah tertiduk kejap kat bangku tu sehinggalah jam 3.30am semua penumpang dimaklumkan sekali lagi bahawa kerja-kerja pembaikan masih belum selesai dan memerlukan masa 15 minit lagi untuk disiapkan…… penumpang pun dah mula mengeluh termasuklah saya….. masa terus bergerak dan jangkamasa 15 minit telah pun berlalu namun masih belum ada pengumuman memaklumkan agar penumpang boleh memasuki pesawat dan hal in berlangsung sehingga kira-kira jam 4.00am dan akhirnya baharulah pengumuman dilakukan mengarahkan semua penumpang bersedia untuk menaiki pesawat kerana masalah telah diselesaikan. Kami pun beratur dalam barisan semula untuk menaiki pesawat dan kira-kira jam 4.30am baharulah pesawat mula bergerak untuk berlepas meninggalkan KLIA menuju ke Charles de Gullle Airport, Paris. Stelah duduk di bangku saya mengharapkan sangat agar makan tengah malam (subuh) diberikan segera kerana kelaparan memang sangat terasa.
Alhamdulillah…..akhirnya hidangan pun disediakan oleh anak-anak kapal dan lega rasanya menikmati makanan walaupun badan terasa letih dan mengantuk…… Usai makan dan jam telah pun menunjukkan kira-kira jam 6.05am saya pun terus menunaikan solat subuh terlebih dahulu sebelum cuba untuk melelapkan mati sambil menonton filem-filem yang disediakan. Tidak banyak hal yang dilakukan dalam pesawat ni melainkan menonton video sambil tidur-tidur ayam sehinggalah makan pagi disediakan semula kira-kira 2 jam sebelum pesawat mendarat di destinasi. Sementelahan dalam menu terdapat nasi lemak maka sya pun memesan nasi lemak sebab sudah hampir 10 jam berlalu sejak hidangan tengah malam disediakan tadi, bahrulah makan pagi ni disediakan. Dalam tempoh sepuluh jam tadi tu, perut terasa lapar gak namun kebetulan saya ada menyimpan snack makan malam dan yang turut diberikan oleh MAS sewaktu penerbangan tu. Boleh la untuk laas perut….. jadi, agak berseleralah makan nasi lemak pagi ni…. Alhamdulillah…… selesai makan terus menonton filem semula untuk masa yang masih bersisa sebelum mendarat…… akhirnya kira-kira jam 11.30am waktu Paris penerbangan kami berjaya mendarat di Charles de Gullle Airport dengan selamat… Alhamdulilllahhh…..
 



Penerbangan kami ke Athens pada jam 12.15pm dan waktu kami yang tersisa untuk mengejar waktu itu hanya beberapa minit sahaja lagi. Maka kami cuba bergegas untuk menuju ke kaunter MAS bagi mendapatkan E-tiket dan perlu pula mendaftar masuk di kaunter Aegean Airlines dalam barisan keluar yang agak panjang itu….malangnya perihal kami tidak dapat diselesaikan di situ dan kami diarahkan turun ke tingkat bawah kaunter 6 untuk berurusan dengan agen kaunter tiket MAS di situ. Kami memaklumkan masalaha kami namun tidak juga dapat diselesaikan di situ.... masa semakin berjalan dan akhirnya jam menunjukkan 12.16pm, bermakna kami memang tidak dapat lagi menaiki pesawat yang dijadualkan tersebut. Saya sekali lagi memohon kepada ejien kaunter tiket MAS disitu untuk mendapat tiket baharu menuju ke Athens kerana kelewatan itu. Namun, jawapan yang diterima adalah 'saudara perlu membeli tiket yang baharu'....
 
Pasrah dengan hal itu, saya bertanya pula perihal bagasi yang tidak muncul di kaunter pengambilan bagasi. Penjaga kaunter menasihatkan saya dan rakan-rakan agar naik ke tingkat atas semula dan pergi ke kaunter 'baggage claim information'. Sampai di tingkat atas saya bertanyakan kaunter yang dinyatakan kepada pegawai kaunter maklumat dan diberitahu bahawa kaunter tersebut terletak di ruang pegawai kastam. Maknanya kami kena masuk semula ke ruang kastam namun bagaimana? kerana ia merupakan laluan sehala. Tak boleh masuk dah. Pegawai tu kata bila pintu automatic terbuka sahaja terus masuk dan bertemu dengan pegawai kastam. saya pun mengikut seperti yang diarahkan dan sudah tentunya menjadi perhatian orang ramai dan juga CCTV tentunya. Redah je lah.... terus saya masuk ke ruang kastam dan cuba mencari-cari pegawai kastam namun tiada sesiapa di situ. Saya pun terus sahaja menuju ke kaunter 'baggage claim information' yang terletak di hujung sudut ruang kastam dan terus sahaja bertanyakan pegawai yang bertugas di situ sambil memaklumkan situasai kami yang ketinggalan pesawat dan beg tidak ditemui. Pegawai tu dengan penuh yakin menyatakan bahawa beg kami telah pun dimasukkan ke dalam pesawat Aeagean yang berlepas pada jam 12.15pm tadi. Walaupun ragu-ragu dengan jawapan tersebut, saya dan rakan akur dan yakin serta taakkal sahaja sambil berlalu dari situ.
 
Saya menuju ke kaunter pertanyaan sekali lagi dan bertanyakan tentang kaunter ticketing Aeagen Airline dan saya dimaklumkan agar menunggu sehingga jam 2.00pm kerana kaunter tersebut akan dibuka pada waktu itu. Lagi 15 minit menuju ke jam 2.00pm saya dan rakan dengan tekun terus menunggu di hadapan kaunter di hadapan sekali sebelum penumpang lain turut beratur. Letih dan lenguh menunggu di situ akhirnya jam 2.30pm baharulah kaunter dibuka.....mmhhh....janji Perancis la pulakkkk..... saya dan rakan terus sahaja meluru ke kaunter dan menunjukkan salinan itinerary penerbangan kami dan menyatkan bahawa kami telah terlepas penerbangan pada jam 12.15pm tadi. pegawai kaunter cuba menyemak status penerbangan kami melalui komputernya namun akhirnya jawaban yang diberikan adalah....'gagal membuat check-in' sebab tiada nombor e-tiket. Seterusnya saya diarahkan pergi ke kaunter ticketing Aeagean airline untuk mendapatkan nombor e-tiket. Saya bergegas pula ke kaunter yang dinyatakan dan bertanyakan hal tersebut. Namun, saya sekali lagi diarahkan turun ke tingkat bawah mendapatkan nombor e-tiket daripada agen ticketing MAS kerana pihak Aeagean airline tidak bertanggungjawab atas masalah yang menimpa kami ekoran kesilapan tersebut dilakukan oleh pihak MAS. Pegawai kaunter tersebut memberikan saya nombor telefonnya dan perlu diberikan kepada pegawai kaunter agen MAS apabila saya bertemunya nanti agar mereka sama-sama pegai agen beromunikasi. Saya dan rakan pun bergegas lagi menuju ke kaunter agen MAS ditingkat bawah dan mengadukan hal tersebut. Dengan wajah yang kurang selesa pegawai tersebut  menyatakan bahawa mereka tidak boleh berbuat apa-apa dan tidak boleh menganti rugi atas kelewatan penerbangan MAS dan tidak dapat memberikan e-ticket kepada kami. Saya menyerahkan no tel pegawai Aegean tadi dan meminta dia berurusan dengan pegawai tersebut melalui telefo. Setelah berbual dalam nada yang serius dan agak tegang, pegawai tersebut menyatakan dengan tegas bahawa mereka tidak dapat mengeluarkan e-ticket dan kami perlu membeli tiket semula di kaunter Aeagean airline di tingakat atas tadi. Dengan putus harap kami pun naik semual ke kaunter Aeagean airline dan pasrah untuk membelik tiket baharu. Pegawai tersebut agak simpati dengan kami dan menyatakan bahawa pihak MAS perlu bertanggungjawab. Atas dasar simpati itu, pegawai tersebut memberikan kami tambang yang relative murah, iaitu 270 Euro (yang lebih kurang tidak sampai seribu ringgit Malaysia). Jauh lebih murah berbanding dengan tiket asal yang ditempah oleh ejen MIVS, iaitu kira-kira RM3000 lebih. Saya juga memaklumkan berkenaan beg kami yang dikatakan telah diterbangkan pada jam 12.15pm tadi dan hal ini mengejutkan pegawai tersebut. Hal ini kerana, menurut beliau dari segi keselamatan beg tersebut perlu terbang bersama penumpang pesawat dan tidak mungkin beg diterbangkan terlebih dahulu tanpa penumpang yang memilikinya. Pegawai tersebut menasihati kami agar mengesahkan semula hal itu apabila check-in nanti. masa sudah menghampiri jam 3.00pm dan pesawat kami akan berlepas pada jam 4.30pm maka pegawai tersebut menasihati kami agar segera mendaftar masuk. Usai membeli tiket tu, kami berlari anak menuju ke kaunter check-in tanpa perlu beratur dalam barisan yang panjang itu kerana telah dijanjikan oleh pegawai check-in tadi bahawa kami akan diberi keutamaan kerana kami telah dating lebih awal. Tanpa mengiraukan pandangan tajam penumpang lain kami terus sahaja menerpa ke kaunter dan menunjukkan tiket yang baharu dibeli. Sekali lagi kami minta pengesahan daripada pegawai check-in itu perihal beg kami. Pegawai tersebut menyatakan bahawa beg kami masih ada di Paris dan akan diterbangkan bersama-sama dengan pesawat yang kami naiki.....Hmmmm......pulak dah.... tapi Alhamdulillah....




Selesai di situ, kami bergegas lagi menuju ke boarding gate dan masih perlu lagi melalui pemeriksaan dan masa semkin menghampiri..... tadi kami sudah miss flight dan kali ini tak mungkin lagi.... cukuplah.....masa semakin suntuk dan kami bergegas lagi tanpa sedar bahawa kami sebenarnya letih, mengantuk dan lesu kerana telah hampir 24 jam masa berlalu sejak kami keluar dari rumah semlam......tiba sahaja di boarding gate kami terus beratur kerana penumpang perlu memasuki pesawat untuk berlepas....setelah berharian dalam keadaan stress.... kami dengan semangat yang masih menyala terus masuk ke dalam pesawat dan Alhamdulillah.... lega rasanya dapat duduk dan merehatkan diri...... tepat jam 4.30pm tanpa lewat, pesawat berlepas meninggalkan Paris menuju ke Athens, Greece. Oleh sebab membeli tiket di saat akhir maka kami tidak dapat memesan menu makanan halal sebab tempahan perlu dilakukan dalam tempoh selewat-lewatnya 24 jam sebelum penerbangan. Namun kami menduga sahaja dengan bertanyakan samada mereka ada menyediakan muslim food, vegetarian food ataupun kosher. Malangnya semuanya tak ada. saya menerima sahaja menu yang disajikan namun hanya roti dan cokelat sahaja yang dijamah kerana yang lainnya adalah makaroni daging. Alhamdulillah, saya pun tidak lah berasa lapar sangat sebab keletihan agaknya.... terus sahaja berehat di dalam pesawat tu dan 3 jam kemudian, iaitu kira-kira jam 8.30pm waktu Greece (7.30pm waktu paris) pesawat pun mendarat di Athens International Airport, Greece. Alhamdulillah.... akhirnya kami tiba juga ke destinasi dengan selamat....saya terus sahaja menuju ke lokasi pengambilan bagasi dan menanti beg kami yang dikatakan dibawa bersama-sama dalam pesawat tadi. Namun, sekian lama menunggu sehinggga habis semua bagasi penumpang lain diambil, tidak kunung kelihatan juga beg-beg kami. HHHmmmmm....... apa pulak niiii......
 
Akur bahawa memang beg-beg kami tiada maka saya menuju ke kaunter 'baggage calaim' yang terletak di sudut bersebelahan tu sahaja. Saya Nampak ada banyak beg-beg yang terkumpul di situ tanpa tuan dan cuba mengintai kalau-kalau ada beg saya terselit di situ. Malangnya tiada..... saya pun menuju ke kaunter dan disapa denga ramah dan senyuman oleh pegawai wanita yang baik hati.... hilang rasa risau dan cemas apabila disapa sedemikian. Saya memaklumkan perihal beg kami dan menceritakan kisahnya dari awal hingga akhir. Pegwai tersebut mencatatkan maklumat yang diberi lalu menghubungi melalui telefon ke Paris untuk pengesahan. Usai bertelefon, pegawai tersebut menyatakan bahawa bagasi kami masih lagi berada di airport Paris dan tidak dimuatkan ke dalam pesawat yang kami naiki tadi.... kisahnyaaaa....... namun dengan tenang dan senyuman pegawai tersebut meyakinkan kami bahawa beg tersebut akan didapatkan juga dan akan dimasukkan dalam pesawat yang akan terbang dari Paris dalam waktu terdekat iaitu jam 12.00 malam nanti. Pegawai tersebut meminta saya menuliskan alamat hotel tempat kami menginap di Athens dan berjanji beg kami akan dihantar terus ke hotel sejurus tiba dari paris malam nanti kerana mereka memang menyediakan perkhidmatan tersebut secara percuma. Beliu juga mengingatkan kami agar memaklumkan tentang penghantaran beg tersebut kepada penyambut tetamu di hotel tmepat kami menginap. Puashati dengan janji tersebut, saya terus bergegas menuju ke perhentian teksi (kerana tiket tidak perlu dibeli dikaunter) dan mendapatkan teksi dengan harga 'flat rate' sebanyak 35 Euro. Kami pun menaiki teksi yang telah sedia menunggu dan menunjukkan alam hotel kepada pemandu tersebut. Oleh sebab sekarang musim panas, maka jam lebih kurang 9.30pm pada waktu itu masih senja kemerahan kerana solat maghrib hanya akan masuk pada jam 10.00 malam.
 
Jadi lebih kurang 30 minit perjalanan teksi, kami tiba di  hotel Alexandros yang telah ditempah secara dalam talian sejak awal lagi kira-kira jam 10.00 malam. Saya membayar tambang teksi sebanyak jumalah yang dinyatakan iaitu 35 Euro sambil Kami disambut dengan mesra oleh penyambut tetamu dan terus sahaja meluru masuk ke kaunter dan memaklum untuk daftar masuk. Saya turut memaklum perihal bagasi kami dan penyambut tetamu pada malam itu yang bernama Aris menganguk tanda maklum. Namun, kami mengingatkan agar jangan mengubungi kami sekiranya beg tiba pada malam itu kerana kami letih dan perlu tidur tanpa gangguan setelah lebih kurang 30 jam dalam perjalanan. Aris mengangguk tanda maklum.......
 
Alhamdulilllah..... selepas mengharungi pelbagai ujian.... akhirnya sampai juga di hotel ini dan dapatlah merehatkan diri selepas melakukan solat jamak Maghrib dan Isyak lalu terus terlena....
Bersambung.....
 

2 comments:

Klebang Melaka Homestay said...

journey yang sangat mencabar... Kalau budget backpackers mesti rasa dah "lari budget" sebab kena beli tiket baru.

Lizara said...

azab sungguh..... sudah lah Paris airport punya pekerja sungguh tak friendly..esp CDG airport!