English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, May 19, 2009

7th. ASEAN YOUTH CULTURAL FORUM, BANGKOK 2009



Seminar, workshop dan performance... itulah tiga perkara yang dilakukan sepanjang hampir seminggu berada di kota Bangkok dari 10 Mei hinggga 15 Mei 2009. 6 buah negara Asean yang turut serta dalam pertemuan kali ini iaitu Filipina, Vietnam, Malaysia, Thailand, Laos dan Singapura. Lokasi di mana acara berlangsung adalah Mahidol University dan Chulalongkorn University yang merupakan 'co-host' bagi program tahun ini di samping Bhurapa University. Acara ini saya kira sangat baik untuk mendedahkan para mahasiswa agar saling berinteraksi di antara sesama mahasiswa dari negara tetangga dengan menggunakan seni dan budaya sebagai medium. Tahun hadapan Singapura pula akan menjadi tuan rumah bagi program ini dan setiap peserta berharap agar berpeluang lagi untuk bertemu dalam program yang sama di Kota Singa itu. Good luck untuk mr. KK yang akan menjadi orang kuat bagi perlaksanaan acara tersebut di Singapura kelak dan sekalung tahniah untuk ms. Naparat dan ms. Joy atas kejayaan program ini di Bangkok.

Saturday, May 9, 2009

AUN 2009



Jam 10.00 malam ini saya beserta 5 orang pelajar akan berangkat ke Bangkok Thailand bagi menyertai 7th. ASEAN Youth Cultural Forum bermula dari 10 Mei hingga 15 Mei 2009. Forum tersebut bakal diadakan di Nakhon Pathom dan Bangkok Thailand dan dianjurkan oleh tiga buah universiti terkenal di Bangkok iaitu Burapha University, Chulalongkorn University dan Mahidol University.



Tema bagi forum tersebut adalah "Percussion and Dance: Tradition Meets Contemporary" dan setiap buah universiti dari negara peserta perlu mempersembahkan sebuah persembahan yang menepati tema tersebut. Walaupun masa latihan agak suntuk kerana saya baru sahaja balik dari Bali, namun keterujaan saya untuk berkarya setelah agak lama menyepi menenggelamkan segala keraguan. Lalu saya pun memilih dua orang pelajar yang akan memainkan alatan muzik canang dan tabla [Amir Anwar & Stan Calvin] bagi mengiringi 3 orang pelajar [Nurhilyati, Shah & Hafizi] yang akan menarikan tarian kuda kepang yang dikontemporarikan, sesuai dengan tema tersebut.



Walaupun kedua-dua pemain muzik tersebut tidak mempunyai latarbelakang pendidikan muzik dan ketiga-tiga penari tidak mempunyai latar belakag pendidikan tari, tetapi minat, semangat dan kesungguhan mereka sudah memadai bagi saya. Untuk lebih memberikan makna kepada persembahan tersebut, rangka cerita turut damasukkan dalam tarian kuda kepang dan menjadikannya sebagai 'performance text' yang turut terbina oleh puing-puing teatrikal dengan iringan uzik secara 'live'. Kerangka cerita tersebut turut dimasukkan dalam sinopsis persembahan.



A Journey Trough the Fusion of a Horse Dance (Kuda Kepang)
Synopsis

With the use of a ‘horse dance’ (Kuda Kepang) as a medium of a traditional elements, this performance is trying to reveal the fusion of it form in contemporary context. It is about a journey of a Kuda Kepang’s soul that have gone through a different phase and level of civilization so as to give meaning of it form and existence to the surrounding environment and atmosphere. Distortion is the main element being applied in constructing the form of Kuda Kepang so as to portray the concept of fusion that also symbolizes a journey.

Saturday, May 2, 2009

Keiko Shimada dan Noriko Shigeta

Bersama Noriko Shigeta

Saya menerima emel dari Keiko Shimada dan Noriko Shigeta, dua wanita Jepun yang saya temui ketika perjalanan pulang dari Ubud ke Kuta dengan menaiki bas syarikat Prama. Kedua-dua mereka ni telah 13 kali datang melancong ke Bali ni bahkan mereka boleh berbahasa Indonesia. Kami seronok berbual sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama kira-kira 1 jam setengah itu. Sesampainya di Kuta, kami berkesempatan lagi untuk bersiar-siar bersama sehingga mereka kembali semula ke Ubud pada jam 4.00 petang dengan meniki bas yang sama.

Bersama Keiko Shimada

Walaupun dalam usia emas, mereka masih lagi ceria dan sangat menyukai Bali. Tu yang sampai datang sebanyak 13 kali tu. Salah seorang daripada anak perempuan Keiko bahkan boleh menari tarian Bali. Katanya, sewaktu anak perempuannya tu masih remaja, dia membawanya ke Bali dan terus menyukai tarian Bali lalu mempelajarinya. Sekarang anak perempuannya itu telah berkahwain dan menetap di Tokyo. Terima kasih buat Keiko dan Noriko untuk emel yang dihantar. Semoga bertemu kembali....