Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Sunday, August 5, 2007
Dari Glasgow Ke Lancester...
12.6.07, Prestwick airport, pagi yang muram dan suram di awal musim panas. Cuaca kat UK ni tak sama macam negara-negara Scandinavia dan Baltik yang telah saya lawati. Musaim panas di UK ni muram je terutamanya pagi ni. Mungkin ini merupakan kesan daripada fenomena 'global warming' yang menlanda seluruh dunia masa kini. So saya kena pakai sweater selepas membersihkan diri kira-kira jam 5.40 pagi sambil bergerak keluar dari terminal menuju ke train station untuk naik train jam 6.00 am menghala ke Glasgow Central Station yang mengambil masa kira-kira 55 minit. Dalam train tu sempat la breakfast dengan chocklat sambil melelapkan mata yang masih lagi mengantuk. Sampai saja di Central Station saya terus beli 'return ticket' untuk naik train dari Glasgow ke Lancester yang akan bertolak jam 7.00 am. Tak ada masa untuk lengah-lengah lagi sebab ada 10 minit je lagi train akan bergerak. Saya masuk dalam train dan cari seat yang sesuai untuk duduk dalam perjalanan yang mengambil masa kira-kira 2 jam 20 minit. Bila dah dapat seat saya pun mengelamun sambil menikmati pemandangan yang indah di kiri-kanan. Saya sangat teruja dengan pemandangan yang cantik dilatari oleh gunung-ganang yang menghijau. Di barisi oleh tompokan tasik yang membiru di tengah-tengah padang luas yang menghijau. Sambil itu sekumpulan lembu dan biri-biri yang gemuk-gemuk belaka turut menghiasi lanskap alam mengharungi fitrahnya memakan rumput yang segar hijau.
Asyik terleka menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan yang mempersona dan mungkin juga saya telah melebur dalam fenomena pengalaman estetik sehingga bila tersedar saya telah tiba di station Lancester tepat jam 9.20 pagi. Sungguh tepat perkiraan jadual perjalanan perkhidmatan awam di UK ni. Saya pun menanti Zarina (Nina) yang juga merupakan kenalan dan rakan sekerja sahabat saya iaitu Sulaiman Ramli. Nina ni pelajar Malaysia yang sedang buat PH.D di Lancester University dan bekerja sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Umum, UKM. Jadi bila catatan ini di tulis dalam bolg ni, Nina dah pun bergelar ' Dr. Zarina' sebab vivanya dah lulus 'Tahniah..."!
Ok, tak lama kemudian Nina datang dengan senyum simpulnya dan kami pun berkenalan. Eh...! rasa macam dah kenal lama plak sebab Nina ni friedly orangnya dan rasa selesa berborak dengan Nina ni. Sebab tu dia ni awet muda walaupun dah ada anak teruna berumur 18 tahun. Kemudian kami sama-sama jalan kaki ke rumah Nina yang mengambil masa kira-kira 15 minit je melalui bandar Lancester. Bandar Lancester ni tak la besar sangat tetapi menarik sebab tak crowded. Seronok la plak jalan-jalan melalui high street yang di barisi oleh bangunan-bangunan lama yang berusia ratusan tahun. Bangunan baru memang tak nampak kat sini tetapi bangunan lama tu memang dah cukup cantik dan terkagum juga la saya dengan keindahan seni rekabentuknya.
Sampai je kat rumah Nina terus dia hidangkan breakfast yang memang telah disiapkan sebelum saya tiba iaitu nasi lauk telur dan daging berulamkan timu. Memang sedap la sebab dah lama tak jumpa nasi ni. Macam tau-tau je Nina ni saya kemaruk nasih, Tapi biasa la kalau jumpa kawan-kawan kat oversea diorang faham kalau datang tu tentunya seronok kalau disediakan nasi. Kebetulan pulak tadi breakfast dengan air mineral dan chocklat je. 'Alahai bagai pucuk dicita ulam mendatang' la plak. Terima kasih Ninaa...
Selesa la pulak rumah Nina yang berusa lebih 100 tahun ni. Rumah teres dua tingkat dengan kadar sewa lebih kurang 600 GBP sebulan. Memang ok sesangat dan saya pun dapat la merebahkan badan sekejap smabil bersembang-sembang. Barang-barang dalam rumah Nina ni dah banyak yang dimasukkan dalam kotak sebab dah nak balik Malaysia dah lepas 'viva' nanti. Dia tinggal dengan anak bujangnya je iaitu Shaen. Anak-anak dia yang lain dah balik awal bersama suaminya ke Malaysia sebab dah nak mula kerja dan anak-anaknya dah melaporkan diri di sekolah di Malaysia. Shaen ni baru habis 'O level' sebab tu dia boleh tinggal dengan maknya di sini. Sambil tu dia buat kerja part time gak kat sini.
Dalam pada pada sembang-sembang tu, Nina tolong telefon 'guest house' di Furness College, Lancester University tempat dia belajar la, untuk saya menginap malam ni. Nina tolong 'book' kan sebab dia boleh dapat 'student discount', ok gak tu. Saya tinggalkan beg yang besar kat rumah Nina dan bawa beg galas kecil untuk masukkan barang keperluan untuk satu malam je. Pas tu kami pergi ke 'Furness College', Lancester University untuk check-in kat guest housenya dengan harga 14 GBP sebab dah ada diskaun Nina. Kalau tak harga biasa ialah 17 GBP. Ok gak hostel student ni, siap ada kitchen lagi. Sesuai la dengan harga hostel di UK ni. Lepas check-in kami Jalan-jalan sekitar kampus dan lepak kat School of Management untuk surf internet, freeeee la.... Canggih gak fakulti ni sebab nampak ekslusif sangat dan kemudahan yang disediakan sangat terkini dan students friendly. Bila dah dapat internet tu saya pun book terus hostel di Inverness,Scotland sebab esok cadang nak pegi melawat ke sana. Nina la yang promote tempat tu dia kata cantik dan boleh pergi Lockhness sekali. So, saya pu book la hostel siap-siap sebelunm pergi.
Lepas internet, Nina ajak lunch kat cafe 'Mama Mia' iaitu restoran Arab yang menyediakan makanan halal kat kampus ni. So, saya makan la kebab Arab, memang sedap la...sambil tu sembang-sembang lagi. Lepas tu singgah kat mini market pelajar dan Nina siap beli cenderahati pen yang ada chop Lancester University lagi. Thanks a lot Nina... Lepas solat Asar kat surau dalam kampus tu, kami balik semula ke rumah Nina dan dia ajarkan macamana nak naik bas ke rumah dia. Sampai kat rumah kami sembang-sembang sambil Nina masak kari ikan tenggiri untuk dinner. Sedap juga kari ikan tenggiri tu Nina... walaupun simple tetapi dinner tu rasa nikmat sangat. maklum lah dapat makan nasi dan citarasa Malaysia. Lepas dinner Nina hantar jalan kaki ke bus stop untuk saya ambil bas balik ke hostel dalam kampus universiti. Sampai hostel je lepak-lepak kejap dan terus tidur....zzzzzzz....
13.6.07, Bangun pagi dan kemas-kemas barang pas tu turun breakfast kat cafe di hostel tu gak. Lepas tu terus ambil beg bimbit kecil dan check-out terus menuju ke bus stop untuk balik ke rumah Nina dan ambil beg yang ditinggalkan di situ semalam. Saya ambil bas no. 2 dan bila dah nak sampai tu tercepat tekan loceng dan hilang arah sebab dah lupa macamana nak cari rumah Nina. alamat penuh rumah tak ambik semalam tapi ada no. rumah je iaitu no.24. So, susah sikit nak tanya orang ni. Panik gak kejap sehingga akhirnya bertemu dengan orang yang dapat memberikan arahan yang tepat dengan menggunakan 'moorland hotel' sebagai landmark sebab itu je landmark terdekat dengan rumah Nina yang saya ingat. Nasib baik betul... akhirnya jumpa la juga rumahnya Alhamdulillah....
Saya pun tak lepak lama sangat sebab dah nak bergerak ke Inverness plak ni. Sampai je ambil beg dan Nina hantar ke train station. Sebelum tu kami singgah kat 'restoran Sultan' milik orang Tabligh dari Pakistan untuk makan tengahari sebab dah sampai waktu. Kata nina, premis restoran ni dulu asalnya ialah sebuah gereja dan tokeh Sultan dah beli gereja ni dan dijadikan restoran. Cerita macamana tokeh ni boleh beli ialah kerana sayarat atau polisi kerajaan di sini ialah tidak boleh menyimpan atau menjual minuman keras dalam premis gereja tersebut. So, tokeh ni Muslim dan memang tidak menjual atau menyediakan minuman keras dalam restorennya. So, Begitulah ceritanya....Memang sedap makan kat sini. Lepas lunch, kami terus jalan kaki melalui high street kat Lancester town. Kebetulan plak hari tu ada pasar siang sepanjang jalan town tu, so 'happening' la plak tengok orang ramai membeli-belah kat situ.... besttt.....hari tu memang sejuk dan bila sampai kat train station je hari pun hujan...lagi la sejuk... tapi best la plak... Train sampai, saya pun naik dan ucapan selamat berpisah untuk Nina dan Shaen...Selamat jumpa lagi kat Malaysia...Insyaallah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment