English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, August 12, 2007

LOCH NESS - Legenda Monster & Urquhart Castle


14.6.07, pagi ni bangun awal pagi jam 6.00 am dan terus sarapan kat kitchen hostel di tingkat bawah. Tapi tak boleh nak memasak atau memanaskan makanan sebab dapurnya masih dalam proses 'renovation'. So, dapat buat kopi atau teh sahaja dan makan je la roti yang ada dalam bekalan tu. Lepas breakfast saya terus menuju ke 'information centre' kat depan hostel tu gak, untuk 'book' package ke Loch Ness. Ada banyak package yang disediakan dengan harga yang berbeza-beza. Saya ambil package yang berharga 16.50 Paun seorang dan akan bertolak jam 9.30 pagi. saya jalan-jalan jap kat sekitar town yang kecil je tu, tapi cantik dan kemas. Macam bandar-bandar Eropah yang lain gak...cuma yang uniknya ialah Inverness terletak di tanah tinggi (Highland Capital).



Jam 9.30 am saya naik bas dari depan information counter tu dengan beberapa lagi pelancong lain dari beberapa negara di dunia seperti China, India, U.S dan lain-lain. Tepat jam 9.30 bas tu pun bergerak. Pemandunya seorang lelaki yang agak berusia tetapi peramah. Selain betindak sebagai pemandu bas, dia juga bertindak sebagai pemandu pelancong (memang jimat dan efisien... dua dalam satu, gitu...). Jadi Sambil memandu, dia bercerita mengenai tempat-tempat yang dilalui melalui pembesar suara yang di klipkan ke bajunya. Perjalanan bas ni menuju ke jeti untuk naik feri yang mengambil masa kira-kira 20 minit dengan melalui tempat-tempat bersejarah.... melalui apa yang diceritakannya tu la.




Sampai je kat jeti tu, pemandu bas mengingatkan kami untuk menaiki bot menuju ke Castle Urquhart, selepas melawat Castle Urquhart kami diingatkan supaya menunggu bas yang sama semula dari sana untuk balik. Maknanya, pemandu bas tak ikut naik bot tapi dia akan bawa bas ke Castle Urquhart manakala kami pergi menaiki bot untuk menikmati pemandangan sambil menelusuri tasik Loch Ness tu menuju ke Castle urquhart kerana itu package yang telah ditetapkan. Kemudian pemandu tu mengingatkan lagi dalam nada gurauan, kalau terjumpa monster dalam tasik tu nanti jangan lupa bagi tau kat dia... kemudian diikuti gelak ketawa pelancong kerana semua sudah maklum mengenai legenda monster yang dikatakan mendiami tasik tersebut...




Saya pun sebenarnya excited sangat nak ke sini sebab cerita dongeng dan legenda mengenai kewujudan monster itu lah, yang dikatakan mendiami Loch Ness. Tapi tempat ni memang cantik pemandangannya melalui perspektif dari tasik tu....because the natural splendour of the loch, the surrounding mountains and forests, and the wildlife that live there....memang sangat menakjubkan....so, tak kira lah jumpa monster ke tak yang pastinya keindahan lanskap yang ditawarkan oleh Loch Ness memang berbaloi....lebih kurang 15 minit perjalanan menaiki bot tu, kami sampai di Castle Urquhart. It is set on a magnificent promontory overlooking the loch - an axcellent vantage point, and site of a fort since Bronze Age. Tiba je kat jeti, saya terus menuju ke castle tu dan melihat-lihat peninggalan kota bersejarah tu dan pemandangan dari situ memang menakjubkan. Terpesona seketika, sambil menerokai runtuhan bangunan kota tu dari setiap ruangan dalaman kota termasuk ruang makan raja, tempat tinggal hamba, ruang legar, ruang tinjau dan macam-macam ruang lagi lah....teringat plak kat cerita-certa Inggeris mengenai kehidupan raja-raja mereka....oooo macam ni la rupa castle yang selalu tengok dalam cerita tu....


Agak luas juga kawasan castle tu hingga amik masa kira-kira 1 jam gak nak terokai semua kawasan luaran dan dalaman kota. Tetapi seronok dan mengasyikkan. Lepas dah puas meneroka, saya bergerak menuju ke visitors centre di mana ada menjual pelbagai cenderahati. Dari situ saya bergerak menuju ke tempat menunggu bas dan pemandu bas tadi sudah sedia menunggu. Jadi, kami balik dengan menaiki bas sahaja dan tidak naik bot lagi sehinggalah sampai ke information centre di Inverness. Sepanjang jalan tu, pemandu tu asyik bercerita mengenai tempat-tempat bersejarah yang dilalui sepanjang perjhalanan sehingga lebih kurang 30 minit kami sampai semula ke town dan pakage habis di situ.


Dek kerana begitu terpesona dengan keindahan lanskap Inverness maka saya memutuskan untuk tinggal lagi satu malam di sini dan menikmati keindahan ini sepuasnya-puasnya. Bermakna esok harinya saya masih tinggal di Inverness tetapi tidak mengambil mana-mana package. Sebaliknya menerokai ruangan lanskap pekan kecil tersebut dengan melawat tempat-tempat seperti the Victorian Market yang menjual pelbagai barangan cenderahati, pedestrianised main street and ultra-modern Eastgate Mall perfectly demonstrate the mix of traditional and contemporary influences that happily co-exist in this thriving and welcoming city.

1 comment:

Fish of Pisces @ 5th_E said...

huhu,, this brings back memories for me too.. :P