English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, November 30, 2010

FRANKFURT-GOETHE UNIVERSITY, GERMANY

9.11.10 (Selasa) Jam 6.00 petang saya bertolak ke Lapangan terbang Antarabangsa P.Pinang untuk mendaftar masuk penerbangan pesawat MAS Penang – KLIA – Frankfurt. Pesawat berlepas pada jam 8.00 malam dan tiba di KLIA pada jam 9.00 malam. Sampai di sini saya dan beberapa rakan lain dari USM berehat sambil menunggu connecting flight ke Frankfurt yang akan berlepas pada jam 12.00 malam. Rangka kunjugan ke Frankfurt ini adalah untuk pembentengan kertaskerja di ’Seminar on ”Fiction & Faction in the Malay World” yang akan berlangsung di Goethe-Frankfurt University, Germany.

Bersama Dr. Mijie dan Dr. Aris di KLIA sementara menunggu pesawat yang akan berlepas ke Frankfurt pada jam 12.00am

Sewaktu tiba di Central Station Habhanauf, Frankfurt dari lapangan terbang

10.11.10 (Rabu)
Akhirnya selepas mengharungi penerbangan selam lebih kurang 13 jam, pesawat MAS pun mendarat di lapangan terbang Frankfurt-Am Main pada Jam 6.00 pagi waktu Jerman. Setibanya sahaja di lapangan terbang Frankfurt tu. Atas persetuajuan dengan beberapa rakan terus beli tiket berkumpulan untuk satu hari bagi menaiki train menuju ke kampus Goethe yang terletak di Bokhenheimer Warte.

Baru tiba di Kampus Goethe-Frankfurt University cawangan Bokhenhiemer Warte

Setibanya di sana, Dr. Rahimah (kak Imah) dan Dr. Rashidi (kedua-duanya pensyarah USM yang sedang melaksanakan Cuti Sabatikal mereka di sini) mempelawa kami untuk menyimpan beg di dalam pejabat mereka sambil terus mempelawa kami pergi sarapan pagi di kafe Turki berdekatan. Setelah berbual panjang kami pun bercadang untuk mencari hotel yang telah kami tempah melalui talian.

Bersama Dr. Rahimah dan Cik Nawal

Saya dan Dr. Mijie menginap di hotel yang sama manakala Dr. Naza dan Nasha di hotel yang lain. Oleh sebab tiket kami dibeli secara berkumpulan maka kami harus bergerak bersama. Oleh sebab lokasi hotel saya lebih dekat maka kami semua bergerak menaiki metro menuju ke lokasi hotel Meinenger yang terletak di Messe.

Lepak sekejap sementara berjalan menuju ke kedai makan Turki untuk sarapan

Setelah mendaftar masuk, kami semua bergerak bersama sekali lagi ke lokasi hotel yang ditempah oleh Dr. Naza yang lokasinya agak jauh sedikit dan kami tersesat dalam hujan gerimis penghujung musum luruh untuk tiba di lokasi tersebut. Akhirnya, kami tidak sempat untuk mengikuti rombongan lawatan yang telah diaturkan oleh Prof. Arndt Graf yang bermula pada jam 3.00 petang. Saya dan Dr. Mijie mengambil metro untuk menuju semula ke hotel penginapan kami dan berehat menghilangkan lelah sehingga ke hari esok yang kerupakan hari permulaan seminar.....
Dari kanan Dr. Rashidi, Dr. Mijie, Dr. Nazam saya dan Nasha

Monday, November 8, 2010

KEMBARA EROPA 2010 BERMULA....



Hari ini 9.11.2010 (Selasa) di sebelah paginya saya berkemas-kemas memasukkan barang keperluan ke dalam beg kembara yang tergantung di dinding, tidak berusik sejak balik dari kembara Amerika Selatan bulan Jun yang lepas. Buku panduan kembara telah pun saya beli minggu lepas dan telah mentelaah perjalanan kembara yang akan saya lakukan. Kembara kali ini membawa saya ke benua Eropah yang kini sedang mengalami perubahan musim dari penghujung musim luruh dan di awal musim sejuk. Jadi, saya hanya perlu membawa baju-baju tebal yang perlu sahaja. Insyaallah, kembara ni hanya akan mengambil masa selama lebih kurang tiga minggu sahaja bermula dari 9.11.10 hingga 30.11.10 akan datang. Maknanya, saya akan menyambut raya haji di Benua Eropah lah tahun ni tapi tak pasti lagi di negara mana.... kalau jemaah haji sedang bergerak ke Mekah tetapi saya pulak ke benua Eropah....mmmmm tak pe lah... lagi pun musim haji 2008 dahulu saya sudah pun sama-sama melaksanakannya di kota Mekah....Sebenarnya tujuannya saya ke Eropah pada kali ini adalah untuk pembentangan kertaskerja seminar yang akan berlangsung di Goethe-Frankfurt University, Frankfurt, Germany. Seminar yang bertemakan 'Trade and Finance: Fiction & Faction in the Malay world' itu akan berlangsung pada 11 - 12 Nov 2010. Seusai seminar tu saya terus memanjangkan tempoh keberadaan di benua Eropah sehingga 30 Nov. Kebetulan pulak saya juga sedang terlibat dengan projek penyelidikan yang baharu berkaitan 'persembahan ritual Islam' yang tinjauannya melibatkan benua Eropah, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Jadi, usai pembentangan tu, saya mengambil peluang untuk bergerak ke lokasi-lokasi terpilih bagi tujuan penyelidikan tersebut.... Perkembangan terkini kembara kali ini akan saya masukkan dalam entry seterusnya......

Friday, November 5, 2010

SENAMROBIK-SUKUM, USM 2010

Banner SUKUM 2010

Mohon maaf kepada Nazuar kerana agak lewat memasukkan entry pasal Senamrobik USM nih... yang telah pun berlangsung pada 25 Jun 2010 ketika majlis penutupan SUKUM (Sukan Staf Universiti-Universiti Malaysia) ke-35. Pada tahun ini (2010) USM menjadi tuan rumah untuk SUKUM dan pada asalnya ada kategori untuk sukan Senamrobik yang dipertandingkan. Pun begitu, hingga ke saat akhir tiada universiti yang mencalonkan diri untuk kategori ini melainkan USM sahaja. Jadi, untuk tidak mensia-siakan segala latihan yang telah dijalankan sejak berbulan-bulan tu, maka kami diberi penghormatan untuk membuat persembahan pembuka acara pada majlis penutup SUKUM yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra, USM.

Kumpulan Senamrobik ni terbahagi kepada dua iaitu kumpulan Lelaki dan Wanita yang menggabungkan staf USM dari Kampus Perubatan, Kubang Kerian, Kelantan dan Kampus Induk di Pulau Pinang. Walaupun tak dipertandingkan tetapi menang sorak pun dah kira ok dah tuu... berikut adalah beberapa foto yang berjaya diambil sewaktu acara tersebut:

Foto kumpulan Senamrobik Staff USM 2010

Wan

Azwa

Maaf... Lupa nama?

Maaf... Lupa Nama

Sakinah

Lin

Kipli

George

Razak

Foto Kumpulan

Foto kumpulan

Insyaallah tahun depan Universiti Teknikal Melaka akan menjadi tuan rumah SUKUM pulak. Kalau dia orang masukkan kategori Senamrobik ni boleh la kita masuk lagi..... harap-harapnya ada laa.....semangat nih... Jadi, latih la stamina dari sekarang....