English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, April 25, 2010

PENANG WORLD DANCE DAY



24.4.2010 bersamaan dengan hari sabtu merupakan detik sejarah untuk Pusat Pengajian Seni USM khasnya dan negeri Pulau Pinang amnya kerana pada tarikh itu buat julung kalinya, tercipta suatu 'festival tari' "Penang World Dance Day" (Hari Tari Dunia Pulau Pinang)yang belum pernah berlaku di Pulau Pinang sebelumnya. Objektif utamanya adalah untuk merakyatkan tari buat khalayak Pulau Pinang khasnya dan seluruh dunia amnya. Harapnya, pada tahun hadapan akan ada lagi kesempatan untuk kita semua mengulangi semula sejarah yang telah tercipta ini dengan lebih baik lagi berbanding sebelumnya. Maju Jaya untuk semua.....

Tuesday, April 6, 2010

TERIMA KASIH



Buat pertama kalinya bertemu dengan Euginio Barba agak mengujakan juga kerana sebelum ini hanya membaca buku-buku yang dihasilkan oleh beliau sahaja. Lecture-Performance yang berlangsung selama hampir 1 jam setengah di Panggung Pelaenggang Cahaya, PPSeni, USM tempohari memang amat bermakna bukan sahaja buat para pelajar tetapi tetapi juga ahli akademik. Terima kasih buat Datin Sabera Shaik yang telah berusaha memungkinkan kemunculan Euginio Barba di pentas USM, Penang. Semoga projek kolaborasi seperti ini akan sentiasa menyusul di masa mendatang.....