Chiang Mai
12.7.11 (Selasa)
Jam 11.00 pagi setelah menyimpan barang di dalam bilik dan berehat seketika, saya pun keluar bersiar-siar di sekitar bandar. Sebelum meninggalkan hotel tu saya sempat singgah di kaunter ejen pelancongan yang terdapat di lobi hotel Lai Thai ni gak. Ada perempuan ni ha, peramah la plak melayani setiap pertanyaan saya. Mula-mula saya tanya harga tiket bas mini dari Chiang Mai ke Vientiane, Laos. Petugas wanita yang peramah tu kata 1,100B (RM110). Saya tanya ’tak boleh kurang dah ke?’ Dia kata ’tak boleh dah... tu dah murah lah tu’...Saya pun kata tak apa nanti saya fikirkan dulu. Kemudian saya bertanya pulak kadar pakej lawatan untuk aktiviti naik gajah, melawat kampung etnit Karen, mandi air terjun dan berakit di sungai Mekong. Kemudian dia kata untuk pakej tu harganya 1000B. Saya pun membandingkan dengan kadar dari pemandu sawng thaew merah iaitu 800B tapi untuk ronda-ronda sekitar bandar je....mmmm... pun begitu, saya masih enggan mengambil pakej yang ditawarkan oleh wanita peramah itu lalu bertanyakan jam berapa kaunter dia akan tutup. Dia kata jam 5 petang dia akan tutup untuk balik rumah. Saya pun berjanji akan kembali semula menemuinya pada jam 5.00 petang nanti sekiranya saya berminat dengan pekej dan harga yang ditawarkan. Saya pun terus belalu untuk ronda-ronda serta mencari gerai makanan halal untuk makan tengahari nih.
Ni lah dia wajah akak petugas ejen pelancongan yang peramah itu. Namun saya tak sempat bertanya nama. sewaktu saya ingin berangkat pergi, dengan ramah dia bertanya 'bila akan datang lagi?' Di matanya ada seguris keikhlasan dan keramahannya membuat saya sayu
Strategiknya lokasi guesthouse Lai Thai ni sebab semua lokasi yang perlu dilawati adalah berdekatan dan boleh dikunjungi dengan berjalan kaki sahaja. Perut saya dah mula lapar, jadi saya pun berjalan-jalan mencari kedai makan halal kot-kot ada di sekitar sini. Agak lama juga saya berjalan sehingga akhirnya kaki saya membawa saya ke sebuah pasar basah yang menjual pelbagai barangan basah dan kering dan terletak bersebelahan dengan sungai Mae Ping. Saya pun masuk ke dalam pasar tu dan melihat-lihat kalau-kalau ada gerai makan halal namun tak jumpa jugak. Saya terus berlegar-legar di dalam pasar tu dan akhirnya bertemu dengan seorang wanita bertudung menjual buah laici. Saya pun singgah di situ dan melihat-lihat buah laici jualannya. Rasa berminat gak nak beli dan saya agak wanita ni mesti Muslim sebab dia pakai tudung yang macam wanita Muslim di Malaysia pakai. Saya pun bertanyakan harga buah laici tu berapa sekilo. Dengan menggunakan kalkulator dia menunjukkan harganya sekilo. Saya pun bersetuju untuk membeli sekilo sebab sementara nak dapat makan tengahari tu, dapat lah saya isi perut dengan buah laici dulu.
Mihun sup hidangan tengahari
Usai membayar harga, saya mengambil kesempatan bertanyakan kalau-kalau ada gerai makan halal dalam pasar ni pada wanita tu dengan menggunakan bahasa isyarat je. Dengan menggunakan isyarat tangan dan anggukan, wanita tu menunjukkan ke arah bahagian dalam pasar di mana terdapatnya lokasi gerai halal. Saya tanpa berlengah, menuju ke arah yang ditunjukkan oleh wanita itu. Tak lama kemudian, saya pun berjumpa dengan gerai yang dimaksudkan dan wanita penjual gerai makan tu pun bertudung jugak dan ada tanda halal dalam tulisan jawi pada kedainya. Saya pun memberi salam dan memesan makanan saya dengan menggunakan bahasa isyarat sahaja untuk mendapatkan mihun sup (lebih kurang macam bakso la...). Alhamdulillah.... ada la rezeki saya untuk tengahari nih....
Pasar basah di tepi sungai Mae Ping
Di sekitar Pasar basah di tepi sungai Mae Ping
Usai makan saya terus bersiar-siar lagi dan bila dah letih tu, saya berhenti sekejap di kedai menjual jus buah-buahan segar untuk minum jus la plak dengan harga 35B (RM3.50)... sambil tu rehat-rehat la kejap....bila dah agak segar balik, saya meneruskan bersiar-siar dan akhirnya singgah di sebuah kedai buku. Agak lama gak saya berada di dalam kedai buku nih. Di samping melihat-lihat buku yang sesuai untuk dibeli, dapat juga saya berlindung daripada panas dan menyamankan diri dengan penyaman udara dalam kedai tuh.... akhirnya, saya membeli dua buah buku yang berkenan di hati di kedai nih.
Di sekitar Pasar basah di tepi sungai Mae Ping
Di sekitar Pasar basah di tepi sungai Mae Ping
Sebelum pulang semula ke hotel, saya sempat singgah kejap di Phae Gate yang terkenal itu dan lokasi ini juga merupakan tapak pasar yang hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Oleh sebab hari ni hari Selasa, maka tak ada lah pasar tu...saya hanya merakamkan gambar di hadapan Phae Gate je lah...dari situ saya bergerak pulang menuju ke hotel sebab jam 5.00 petang saya ada janji dengan wanita ejen pelancongan di hotel tadi. Namun begitu, sebelum tiba di hotel, di pertengahan jalan tuh saya sempat singgah di pejabat ejen pelancongan yang lain untuk bertanyakan kadarnya. Saya bertanyakan tambang bas mini ke Vientiane di dua buah pejabat ejen pelancongan dan kedua-duanya melatakkan kadar di antara 1,200B (RM120) sehingga 1,500B (RM150). Jauh lebih mahal berbanding dengan yang kat hotel tadi. Jadi, saya pun tak jadi membeli tiket tu di situ. Kemudian saya bertanyakan tentang pakej lawatan pula dan kadar paling rendah yang saya dapat untuk pakej yang sama seperti yang dinyatakan tadi adalah 700B (RM70). Saya kira ini adalah yang paling rendah yang saya dapat setakat ini dan hari pun dah hampir petang dan pejabat pun dah mula nak tutup. Jadi saya pun membeli pakej lawatan tu sebab esok memang saya sangat bercadang nak bersiar-siar dengan pakej lah plak.
Di sekitar Pasar basah di tepi sungai Mae Ping
Chiang Mai
Seperti yang dijanjikan, saya tiba semula di hotel tepat jam 4.45 pm, awal 5 minit sebelum kaunter tutup dan wanita petugas kaunter ejen pelancongan tadi menyambut saya dengan laungan dan tawa yang lebar sambil bertanya ’macamana’? saya sangat menunggu-nunggu awak datang?’ lebih kurang begitulah dialognya. Saya pun rasa kesian gak kat akak ni sebenarnya sebab beriya-iya sangat dia. Lagipun dia peramah.... saya tak sampai hati nak cakap yang saya dah beli pakej lawatan di tempat lain. Lalu saya katakan saya tak jadi nak melawat esok sebab dah ada janji lain dengan kawan. Untuk tidak menghampakan akak tu, saya membeli tiket bas mini untuk ke Vientiane, Laos dari dia. Lagi pun kadar yang dia bagi adalah paling rendah setakat yang saya jumpa hari nih. Jadi saya pun membeli lah tiket tu di situ dengan kadar 1,100B (RM110). Lagi pun saya tinggal di hotel ni. Jadi senang lah lusa, bila bas mini tuh datang boleh ambil saya dari hotel nih je. Dan saya perlu tunggu kat lobi hotel ni je.... Usai urusan, saya pun meminta diri dari akak yang peramah itu untuk masuk ke kamar dan berehat seketika....Mmmm... begitulah...Permainan kapitalis adakalanya terasa amat kejam. Namun dalam membuat perhitungan, pertimbangan emosi dan kemanusiaan perlu juga diperkirakan....
Jus Strwberry pelepas dahaga di tengahari
Chiang Mai
Di sekitar Tha Phae
Di sekitar Tha Phae
Di sekitar Tha Phae
Di sekitar Tha Phae
Penjual makanan ikan untuk dibelioleh pengunjung
Pinggiran sungai berhampiran Tha Phae
Tha Phae Gate
Di hadapan Tha Phae Gate
Pejabat Travel Agent tempat beli tiket untuk makan angin esok harinya
Pejabat Travel Agent tempat beli tiket untuk makan angin esok harinya
No comments:
Post a Comment