English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, August 8, 2007

GLASGOW - INVERNESS, SCOTLAND


13.6.07, Sampai di 'Central Station Glasgow' jam 4.55 pm dan saya di fahamkan oleh petugas station supaya pegi ke 'Queen Street Station' untuk ambik train pergi ke Inverness. Saya pun keluar dari terminal Central station dan berjalan menuju ke Quuen Street Station yang mengambil masa kiri-kira 5 minit berjalan kaki. Happening gak Glasgow town ni, saya terkagum denga keindahan rekabentuk bangunannya dan suasana crowded penduduknya yang berjalan kaki memenuhi ruang bandar. Tapi sebab nak cepat kejar train jadi tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak takut telepas train plak sebab akan bertolak pada jam 5.41 pm. So, bila dah ramai orang jalan kaki tu gelabah gak nak cari Queen Street Station dan terus buka map yang didapati dari Central station tadi dan cek balik lokasinya.


Tengah belek-belak map tu datang la seorang gadis yang agak cantik gak tegur. Terkejut gak kejap ingatkan dia kenal saya tapi saya confuse sebab tak pasti kenal dia ke tak. Rupa-rupanya dia tegur nak tolong bantu sebab dia tengok saya ni macam palancong yang hilang arah (memang la pun). So, saya pun tanya dia untuk dapatkan kepastian lokasi sebenar Queen Street tu. Pas tu dia kata dekat je dan dia boleh tolong hantarkan ke sana...amboi baiknya....sudi memberi perotolongan walaupun tanpa diminta....maka tambah terserlah kecantikan gadis tersebut yang lahir daripada kecantikan dalamannya....Bila lah agaknya sikap orang Malaysia boleh jadi macam ni....seperti yang sering dicanangkan oleh Datuk Menteri Pelancongan Malaysia...


Ooo...rupanya dekat je stationnya.... saya mengucapkan berbanyak terima kasih pada gadis Glasgow yang cantik tu dan terus bergegas masuk ke dalam station dan beli 'return ticket'. Tepat jam 5.41 PM train pun sampai dan saya pun tanpa berlengah terus menaiki train tersebut. Train ni menuju ke destinasi akhirnya di Abardeen, jadi saya kena transit di Perth untuk ambik train lain untuk ke Inverness. Sepanjang perjalanan tu saya sangat terkagum dengan keindahan alam semulajadi Scotland. Betul kata Nina, Scotland memang cantik dan rasanya berbaloi saya membuat keputusan untuk melawat Inverness. Bangunan-bangunan lama dan rumah-rumah penduduknya cantik dengan berlatar-belakan gunung-ganang, tasik, padang luas saujana padang dan tompokan lembu dan biri-biri meragut rumput. Sangat tipikal tetapi menarik untuk dinikmati.


Perjalanan dari Glasgow ni mengambil masa kira-kira tiga jam lebih kurang dan melalui banyak station dan tadi dah transit di Perth dan ambil train lain yang menuju ke Inverness sebagai station terakhir. Lebih kurang jam 9.00 pm saya sampai di station terakhir iaitu Inverness dan suasanynya agak sunyi sebab dah malam walaupun cahaya matahari masih bersinar. Saya terus mencari hostel yang telah ditempah melalui internet mengikut direction yang diberikan dalam lebih kurang 5 minit perjalanan dari station untuk sampai ke hostel tersebut yang terletak betul-betul di pusat bandar. So, ok la sebab mudah untuk bergerak sebab tak jauh dari centre.


Selepas check-in saya tinggalkan barang dalam bilik dan terus jalan-jalan sambil cari dinner. Lagi pun matahari masih bersinar memancarkan warna keemasan ketika matahari merangkak menghampiri kaki langit di sebalik celahan pergunungan. Memang cantik pemandangannya. Inverness ni pekan kecil sahaja tetapi lokasinya sangat indah dikelilingi pergunungan, sungai dan tasik yang terkenal dengan monster iaitu Loch Ness. Inverness, the bustling Highland capital, is linked by canal and river to Loch Ness. To the north and west are some of the most spectacular landscape in Britain. to the south, the Cairngorm Mountains and their ancient pineforests are at the centre of Scotland's largest National Park. Attractive coastal towns include the golfing resort of Nairn, historic Cromarty and the whitewashed former herring port of Ullapool.




Kebanyakan kedai makan dah tutup waktu malam macam ni, tapi kebetulan restoram Mc Donald terletak berhadapan dengan hostel dan masih buka, so, saya pun makan 'fish n chip' la kat situ untuk dinner. Lepas dinner sambung jalan-jalan lagi sehingga jam 11.00 pm lebih kurang terus balik bilik dan tidur untuk mendapatkan tenaga untuk esok hari plak. Cadang nak ke Loch Ness esok...

2 comments:

Anonymous said...

wah... pengembaraan yang menarik.

Bin Basra said...

memang menarik safar, tetapi sukar untuk dihuraikan segalanya dengan kata-kata...