English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, May 8, 2011

CANTIKNYA KEBUN TULIP DI KEUKENHOF, LAIDEN

6.4.11 (Rabu)
Agak lena tidur malam tadi di bumi Belanda nih.... jadi sedikit terlewat la pulak solat subuh pagi ni....Begitulah kenikmatan berkelana di Bumi Eropah ni terutamanya di musim Bunga...Cuaca dan udaranya memang amat menyenangkan.... tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas....

Sedang memilih apa yang ingin dinikmati untuk sarapan pagi nih

Jeng... jeng...jeng... inilah dia sarapan pagi di Amsterdam...

Selepas selesai solat subuh ni saya terus bersiap-siap untuk melakukan lawatan yang sangat di nanti hari nih... Saya keluar ke lobi hotel sambil menanti kawan-kawan siap berdandan. Sorang-sorang muncul dengan penuh ceria pagi nih.... bila semua dah berkumpul, kami pun keluar dari hotel dan bergerak ke cafe Arab di kawasan kejiranan untuk mendapatkan sarapan pagi terlebih dahulu.

Ha... di sebelah tu lah tauke cafe untuk sarapan pagi nih

Sedang menunggu keretapi yang akan membawa saya ke Leiden

Kira-kira Jam 8.00 pagi dah gak la tu..... ada sebuah cafe yang berdekatan telah beroperasi lalu kami pun singgah di situ. Tak payah berjalan jauh-jauh sebab lepas ni nak gerak ke stesen sentral pulak...Alhamdulillah ada banyak pilihan hidangan untuk pagi nih...Saya memesan roti crosoint dan kopi an ini sangat memadai dan amat menyelerakan di waktu sejuk-sejuk negara Eropah nih... kami menikmati sarapan pagi itu dengan penuh ceria sekali sebab lepas nih akan bergerak ke taman tulip yang terkenal itu....

Dalam keretapi menuju ke Leiden

Dah tiba di stesen keretapi Leiden Central

Usai sarapan pagi kira-kira jam 9.20 pagi kami semua memulakan perjalanan menuju ke stesen sentral dengan berjalan kaki sahaja sebab hotel kami letaknya tak jauh dari stesen sentral di Amsterdam nih... Tiba sahaja di stesen saya terus bertanyakan jadual perjalanan keretapi menuju ke Laiden. Sebenarnya, kebun bunga tulip yang terkenal dengan panggilan Keukenhof tu terletak di Laiden. Jadi, dari Amsterdam ni, kami perlu menaiki keretapi ke Laiden. Saya dimaklumkan oleh pekerja kaunter pertanyaan bahawa keretapi dari Amsterdem ke Laiden akan bergerak pada jam 9.41 pagi.

Ni dia bas no 54 yang akan membawa saya ke Keukenhof, Kebun tulip yang terkenal itu

Jadi, tanpa berlengah kami pun terus menuju ke platform seperti yang ditunjukkan oleh penjaga kaunter pertanyaan tersebut. Tepat jam 9.41 pagi seperti yang dijadualkan, keretapi pun bergerak menuju ke Laiden. Perjalanan menaiki keretapi ke Laiden ni tidaklah mengambil masa yang lama. Kira-kira jam 10.15 pagi (lebih kurang setengah jam la dalam keretapi) kami pun dah tiba di stesen sentral Laiden.

Bersama Mijie dan Kak Imah dalam bas menuju ke Keukenhof

Dah tiba di Keukenhof dahh...

Tiba di stesen sentral tu, saya terus menuju ke kaunter pertanyaan untuk mendapatkan maklumat untuk pergi ke Keukenhof tu. setelah maklum penerangan yang diberi, kami menuju ke kaunter tiket untuk membeli tiket shuttle bas untuk sampai ke Keukenhof dan termasuk dengan entrence fee sekali dengan kadar 21 Euro. dari situ, kamu terus menuju ke stesen bas seperti yang dimaklumkan dan menunggu bas shuttle No. 54. Tak lama menunggu bas pun tiba dan kami semua masuk dan bergerak....





Perjalanan dengan shuttle bas ni mengambil masa lebih kuran 20 minit gak la untuk tiba di Keukenhof ni. Pemandangannya tak usah cerita la sepanjang perjalanan tu... memang cantik dengan deretan kebun bunga di kiri kanan jalan.....





Tiba sahaja di Keukenhof, kami sangat teruja untuk mengambil gambar walaupun balum masuk ke dalam taman tu lagi...kebun bunga Keukenhof hanya dibuka kepada pelancong pada musim bunga dan musim panas sahaja dan akan ditutu pada musim luruh dan musim sejuk.... ye la kan... di kedua-dua musim tu bunga tak berkembang dan tumbuh.... Jadi, saya rasa sangat bertuah dan bersyukur kerana Allah mengizinkan saya untuk kembara ke Belanda ni pada awal musim bunga......

Bersama penyambut tetamu Keukenhof yang tidak lekang dengan senyuman sambil menanti ketibaan pelancong



Masuk sahaja ke dalam Kebun tu, Subhanallah..... betapa indahnya ciptaan Allah... yang menghidupkan segala sesuatu....sebab ingin menikmati dengan cara tersendiri, kami bercadang untuk berpisah dan berjanji untuk bertemu semula di lokasi yang dijanjikan pada waktu yang dijanjikan. Saya dan Mijie berjalan bersama manakala Kak Imah dan Kak Yai bergerak berdua...supaya kami dapat menikmati pengalaman yang berbeza=beza...





Apa lagi, saya dengan miji sangat teruja dan kami tidak melepaskan peluang ini untuk merakamkan sebanyak mungkin gambar kenangan... kami pun berusaha untuk menrakamkan gambar setepat mungkin seperti yang pernah di lihat dalam gambar iklan promosi kebun bunga nih.... sukar untuk diceritarakan keindahannya.... perlu menikmati dan mengalaminya sendiri untuk merasi nikmat keindahan itu...





Saya juga tidak melepaskan peluang untuk masuk ke dalam Taman Willem-Alexender yang mempamerkan bunga-bungan yang telah siap dihias untuk jualan sekiranya para pelancong berminat untuk menjadikannya cenderahati..... memang cantik-cantik bunga-bunga yang terdapat di galeri tu.... namun keupayaan untuk meembeli dan membawa balik ke Malaysia tu memang amat terbatas..... jadi... cukuplah dengan menikmatinya melalui pandangan mata di siti dan pada waktu itu sahaja.... dan paling tidak pun dapatlah mengambil gambar untuk disimpan dalam kenangan....foto-foto berikut mungkin dapat menceritakan sebahagian pengalaman itu.... kalau pun tidak sepenuhnya...



































































































Taman Willem-Alexander

Taman Willem-Alexander

Taman Willem-Alexander

Taman Willem-Alexander

Taman Willem-Alexander

Taman Willem-Alexander

Taman Willem-Alexander

























































Bersama Kak Imah dan Kak Yatie

4 comments:

lephenjogja@yahoo.co.id said...

Selamat atas pelacongannya ke Belanda.
Wah indah benar taman Tulip.

Tapi, kalau diundang ke ISI Yogya, mukah?

Wassalammualikum Wr, Wb

Lephen Purwanto
Dept Theatre ISI Yogyakarta
E-mial: lephenjogja@yahoo.co.id

Bin Basra said...

salam, terima kasih atas undangannya... insyaallah!

Unknown said...

subahanallah cantik sangat tempat ni

gdizK0NTENA said...

Trllu cntikk...