English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, July 12, 2012

"JOM! SERTAI SEMINAR KEARIFAN TEMPATAN..."


PERSIDANGAN SERANTAU KEARIFAN TEMPATAN 2012
“Merekayasa Kearifan Tempatan ke arah Ilmu Baharu”

PENGENALAN
Kearifan Tempatan ialah sejumlah ilmu yang disimpulkan daripada pengalaman sebenar yang dialami dalam waktu yang sangat panjang. Ilmu ini berakarkan kepada budaya tempatan dan umumnya diterapkan ke dalam amalan masyarakat.

OBJEKTIF
• Mengenalpasti dan menggalur semula Kearifan Tempatan
• Memperkenalkan ilmu tempatan yang kontemperori
• Merekayasa Kearifan Tempatan menjadi Ilmu baharu
• Memelihara dan memulihara ilmu tempatan

TEMA
'Merekayasa Kearifan Tempatan Ke Arah Ilmu Baharu'

SUB-TEMA
• Alam Sejarah
• Alam Sastera
• Alam Pendidikan
• Alam Masyarakat Desa
• Alam Perubatan Tradisional
• Alam Rohaniah
• Alam Seni
• Alam Pembinaan
• Alam Kapal dan Perkapalan
• Alam Pentadbiran/Adat Tradisional Melayu
• Alam Air
• Alam Belantara dan Pertanian
• Alam Samudera dan Sungai
• Alam Perniagaan dan Perdagangan

TARIKH-TARIKH PENTING
Tarikh Akhir Abstrak 15 Julai 2012
Kertas Kerja Penuh 15 Ogos 2012
Pendaftaran Ditutup 15 September 2012
Tarikh Persidangan 15-16 Oktober 2012

FORMAT ABSTRAK
Abstrak: 200 –250 patah perkataan
Jenis Huruf: Times New Roman
Saiz Huruf: 12
Jarak: 1.5
Birai kiri kanan: 2.5 cm
Jenis Fail: MS Office Word
Bahasa: Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

* Sila nyatakan tajuk, nama dan alamat penulis, alamat email. Abstrak dan kertas kerja penuh hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Tn. Hj Ahmad Moghni Salbani/
Nur Yuhainis Amirnudin
Sekretariat,
Persidangan Serantau Kearifan Tempatan
Unit Penasihatan dan Pembangunan Pelajar
11800, Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : 604 - 659 8412 / 604 - 653 3929 / 604 - 653 2151
Fax: 604 - 657 6490
Email: kearifantempatan@gmail.com
Laman Web: rclk.usm.my

TEMPAT PERSIDANGAN
RCLK 2012 akan diadakan di Pulau Jerejak Rainforest Resort, Pulau Pinang.

Untuk Keterangan lanjut sila hubungi:
Jerejak Rainforest Resort
No. 1, Mk. 13, Daerah Timur Laut,
Pulau Jerejak, 11900 Bayan Lepas.
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604-658 7111
Fax: +604-659 7700
Email: reservation@jerejakresort.com
Laman web: www.jerejakresort.com

YURAN PENDAFTARAN
(Peserta/Pembentang)
Tempatan
Bukan Pelajar RM400.00
Pelajar RM250.00

Antarabangsa
Bukan Pelajar USD150.00
Pelajar USD100.00

CARA PEMBAYARAN
Pindahan wang melalui bank draf atas nama:
Bendahari Universiti Sains Malaysia
Nama Bank : Bank Muamalat Malaysia Berhad
No. Akaun : 0702-0001054-71-6
Bayaran secara online di rclk.usm.my

*Sila hantar bukti pembayaran seperti nama bank, alamat bank, no. akaun dan salinan slip pembayaran kepada alamat email: kearifantempatan@gmail.com atau fax di talian 604-657 6490.

P/S: Semua dialu-alukan....moga bertemu di Pulau Jerejak dan selamat berseminar...

Wednesday, July 11, 2012

BELASUNGKAWA

Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’oon…


"Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali".....Hari ini 11.7.12 (Rabu) melalui halaman facebook saya menerima berita kembalinya ke rahmatullah rakan Alumni SEVOTA 86/87 (Sekolah Menengah Vokasional Taiping) iaitu saudara Ramli Sani pada usia 42 tahun. Saat kematiannya dimaklumkan pada jam 10.00 pagi setelah tiga hari dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur. Jenazah dikebumikan di kampung Rantau Panjang, Selama, Perak. Seingat saya, dulu kami pernah sama-sama tinggal dalam satu dorm di Asrama Putera SMVT. Sejak meninggalkan alam persekolahan tahun 1987, saya tidak pernah lagi bertemu dengan allahyarham dan hanya mula mengetahui tentangnya melalui laman facebook Alumni SEVOTA 86/87. Semoga ahli keluarga yang ditinggalkan dapat menempuhi ujian Allah ini dengan penuh sabar. Didoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah....Aminn...