Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Monday, August 13, 2007
Jumpa Lagi UK
16.6.07 (Sabtu), Hari ni adalah hari terakhir saya berada di Inverness setelah selama tiga malam berada di sini. Rasa sedih gak nak tinggalkan tempat ni sebab cantik dan mengasyikkan tempatnya. Tapi macamanapun, kembara perlu diteruskan dan akhirnya perlu pulang ke Malaysia juga. Jadi pagi tu kena bangun subuh-subuh lagi dan tak sempat nak breakfast pun sebab dapur kat hostel ni buka lewat. Saya keluar jam 6.30 am sebab nak jalan kaki ke train station yang mengambil masa lebih kurang 10 minit je tapi sebab takut terlewat train yang akan bertolak jam 7.55 am, maka terpaksa bergegas dan tak sempat nak makan apa-apa. Sambil jalan kaki tu tengok-tengok gak ada kedai yang dah buka, rasa hati nak singgah minum kopi panas jap tapi tak jadi sebab takut tak sempat dan cadang nak minum dalam train je. Jadi batalkan je la niat nak breakfast dulu. kira-kira 6.45 am dah sampai kat train station dan ada masa lebih kurang satu jam lagi nak tunggu train sampai, so lepak la dulu kat stesen tu. Sejuk plak hari ni ditambah plak dengan hujan gerimis...memang sejuk la...saya buka la bungkusan plastik dan makan roti yang dah dibeli semalam kat Tesco untuk mengalas perut. Tapi masih tak dapat minum kopi lagi...perut terasa macam nak masuk benda panas je... tapi cafe kat stesen tu pun tak buka lagi....so tahan je la makan roti sejuk tu...Alhamdulillah...
Terasa lama sangat la plak menunggu train ni mungkin disebabkan oleh cuaca yang sejuk tu kottt...tak tahan rasanya...memang sejuk betul saya rasa. Akhirnya penantian berakhir bila train dah sampai tepat jam 7.55 am tapi cuaca masih gerimis. Saya tak peduli dan terus berlari menuju ke gerabak dan terus naik serta ambil tempat duduk. Alhamdulillah legaa...dapat letakkan beg dan duduk di tepi tingkap dan terus lepak menikmati pemandangan sambil makan cokelat. Cuaca di luar masih lagi muram dan langit agak gelap memberikan suatu pemandangan yang berbeza daripada sebelumnya dan sangat cantik. Sama seperti waktu datang tempohari, train yang saya naik ni transit di Perth dan bila sampai di sini saya turun dan tunggu train yang datang dari arah Abardeen plak. Cuaca mendung dan berangin, so masih sejuk la lagi...agak lama gak tunggu kat sini kira-kira 15 minit gak la baru train datang dari arah Abardeen dan saya naik train ni menuju ke Queen Street Station, Glasgow. Kira-kira jam 12.00 pm saya tiba di Queen Street Station, Glasgow dan masih awal lagi, so sempat la lunch kat cafe dalam town Glasgow yang happening tu sewaktu dalam perjalanan dari Queen Street Station ke Central Station. Tak tau la kenapa saya rasa happy sangat bila berada dalam bandar Glasgow ni....macam unik sangat...dan bandarnya nampak mewah dengan rekabentuk bangunannya yang menarik hati. Lama gak lepak kat cafe tu dan sambil minum kopi dan makan vegeterian burger. Lepas tu teruskan perjalanan menuju ke Central Station dan Beli tiket train untuk ke Prestwick Airport sebab nak ambik flight Ryanair ke Paris jam 4.00 pm. Lebih kurang jam 2.30 pm saya sampai ke Prestwick Airport dan baru la saya perasan yang airport ni terletak berdekatan dengan laut. Kebetulan hri ni hari sabtu maka terdapat ramai orang bermain golf di padang yang terletak di gigi laut dan bersebelahan dengan landasan train serta berhampiran airport. Memang cantik lokasi airport ni.... Sampai je terus check-in dan tunggu flight tiba untuk boarding dan berlepas menuju Paris, Perancis plak. Selamat tinggal Scotland....Selamat tinggal UK, selamat jumpa lagi....Insyaallah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wah syahdu naaa nak permisi dari scotland...
ha ah...memang syahdu sangat mat gambier ooiii... miss sangat Scotland tu....cantikkk Insyaallah mana tau nanti dapat pi dgn mat gambier plak...he he he
Post a Comment