English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, June 30, 2008

Picton & Nelson


Alahamdulillah... akhirnya saya berlabuh di Port Malborough, Picton yang merupakan pelabuhan paling utara di pulau Selatan New Zealand ini pada jam 12pm waktu tempatan. Keluar dari perut cruise saya terus menuju ke tempat pengambilan bagasi. Kemudian terus berjalan menuju ke bas Magic yang memang sudah sedia menunggu di situ. Pemandu bas yang menguruskan penumpang di sini bernama Scoty yang merupakan anak jati Picton. Jadi dengan ramah dan bangganya dia memberi penerangan mengenai kampung halamannya kepada kami.


Sepanjang jalan dari Picton ke Nelson, di kiri dan kanan berwarna oren keemasan yang terhasil daripada tanaman 'grape' dan kawasan ini turut dikenali sebagai 'Lembah Grape'. Picton juga merupakan pengeluar wine terbesar NZ. Selain daripada itu, terdapat juga ternakan biri-biri,rusa dan lembu.


Bas yang saya naiki juga turut melalui tempat bernama 'Havelock' yang merupakan kawasan lembah di mana terdapatnya tasik yang membiru. Pekan Havelock ni kecil sahaja tapi sangat terkenal dengan hasil 'paua' ['green shell'/kepah]. Kalau di tempat kita ni dipanggil kepah je la, yang didapati dari tasik tersebut. Paua ni kira macam identiti NZ juga la selain daripada buah kiwi dan burung kiwi tu. Isinya boleh dimakan manakala kulitnya pula boleh dibuat cenderamata seperti gelang, cincin, rantai leher dan sebagainya. Warnanya sangat cantik, berwarna-warni seperti warna pelangi macam dalam gambar di bawah tu.


Selepas Havelock, bas melalui 'Puleros' sehingga bertemu sebuah jambatan kecil dan terdapat kawasan berhutan sikit yang merupakan tempat yang sesuai untuk berkelah [picnic]. Bermula dari sini, laluan perjalanan bas mula menuruni kawasan berbukit dan jalannya berbelok-belok. Pemandangannya memang cantik malah seluruh pulau Selatan ini kecantikannya secara relatif melebihi kecantikan pulau Utara.


Seterusnya kami melalui 'Rai valley' yang merupakan ladang tanaman 'pine carlifornia' yang diusahakan untuk tujuan pembalakan. Agak luas juga kawasannya dan sepanjang itu saya hanya melihat jejeran tanaman pine sahaja di sepanjang perjalanan.


Sehinggalah akhirnya sampai di bahagian utara Nelson [North Nelson] barulah bas menuruni bukit sehingga bertemu lagi dengan kawasan lembah yang bertasik. itulah dia Nelson, sebuah pekan kecil yang sangat comel dan cantik. Di Nelson ni nasib saya sama lah macam di Wellington iaitu tak dapat untuk tinggal di YHA sebab dah 'fully book'. Jadi, saya memutuskan untuk menginap di 'Paradiso Hostel' dengan kadar bayaran sebanyak 22 dollar satu malam. Hostel ni kecil je tapi cantik dan lengkap dengan kolam renang lagi. Oleh sebab waktu tiba tu hari masih lagi siang tetapi tiada aktiviti khusus yang dilakukan. Jadi saya hanya bersiar-siar di pekan Nelson yang jaraknya kira-kira 10 minit berjalan kaki dari hostel sehinggalah ke malam hari sambil makan 'fish and chip' di Mc Donald.

Sunday, June 29, 2008

Wellington to Picton - 'Interislander'


23.5.08 [friday] Cuaca pada hari ni agak murung sebab hujan turun sejak dari awal pagi lagi. Pagi-pagi ni pula saya kena bergegas ke pelabuhan tempat letaknya 'terminal cruise' menuju ke Picton. Malam semalam saya dah 'survey' dah terminal tu terletak di depan hotel je. So, pagi tu dalam hujan renyai-renyai saya dengan yakin pergi ke terminal tersebut. Sampai kat situ terminalnya kosong je lalu staff di kaunter tiket menyapa dan bertanya ingin ke mana. Saya kata nak naik cruise ke Picton. Malangnya, staff tu kata saya dah sampai di terminal yang salah. Dengan ramah dia mengarahkan saya segera mengambil teksi untuk pergi ke terminal syarikat 'interislander' yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dengan teksi. Dalam hujan yang kian lebat saya bergegas mendapatkan teksi berhadapan stesen keretapi yang terletak bersebelahan terminal tersebut. Alhamdulillah... nasib baik cepat dapat teksi yang sudah tersedia menunggu di situ dan saya meminta dihantarkan ke terminal 'interislander'. Sampai je di situ, terus saya 'check-in' kerana tiketnya sudah dibeli terus dari pemandu bas Magic dengan harga diskaun. Alhamdulillah saya tidak terlewat walaupun tadi memang agak gelabah juga sebab memang masa dah suntuk.


Masuk je ke dalam cruise tu mengingatkan saya kepada pengalaman menaiki kapal semasa kembara Eropah tahun lalu iaitu dari Helsinki-Stockholm-Riga. Saiz cruise yang saya naiki ni hampir sama denga kapal tersebut dan hiasan dalamannya juga hampir sama termasuklah kemudahan-kemudahan yang disediakan. Cuma yang berbezanya pelayaran dari Wellington ke Picton ni hanya mengambil masa selama kira-kira 3 jam sahaja untuk menyeberangi Selat Cook. Iaitu selat yang memisahkan pulau Utara dan pulau Selatan New Zealand. Jadi saya tak perlu tidur dalam pelayaran kali ini. Saya memilih tempat duduk di bahagian hujun sambil beramah mesra dengan Mike dan John iaitu pelancong dari US yang ditemui semasa sama-sama 'check-in' tadi. Mereka 'book' pakej pelancongan dari US lagi, jadi mungkin maklumat tak lengkap. Sebab tu mereka ada 'problem' dengan jadual perjalanan mereka. So, kami berkongsi pandangan mengenai hal itu dan mereka pun bercadang untuk mengubah sedikit jadual perjalanan mereka. Selepas tu saya teringin meninjau sekitaran dalam cruise tu. Sambil tu bila lapar saya makan roti tuna yang dibeli dari supermarket malam semalam. Sedang makan tu, bertemu pula dengan dua orang pemuda Jawa dari Indonesia. Mereka ni dah dua tahun kerja di sini dengan memetik buah seperti labu, kiwi, epal dan lain-lain. Walaupun begitu, mereka tidak terikat dengan mana-mana agensi pekerjaan. Jadi, setiap 6 bulan mereka akan memperbaharui permit kerja. Menurut mereka, terdapat ramai juga rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pengutip buah di sini. Tetapi, kebanyakan mereka tidak mengutip buah labu kerana kerjanya agak berat. Sebaliknya mereka hanya memetik buah yang ringan-ringan sahaja dan pendapatannya juga lebih sedikit berbanding mengutip buah labu. Tidak lama kemmudian kedua-dua pemuda tersebut meminta diri untuk beredar. Sejurus itu, angin dan ombak mula menderu dengan agak kuat hingga menyebabkan kapal terolang-aleng. Tiba-tiba kepala saya teras pusing dan saya mula terasa mual dan loya. Saya cuba duduk sambil menyandarkan kepala ke bangku panjang yang saya duduki. Saya agak hairan juga, tak kan la pulak saya mengalami 'sea sick' sebab ini bukan kali pertama saya menaiki kapal sebessar ini. Tapi itulah hakikatnya....Dalam lebi kurang 40 minit juga la saya mengerekot tersandar di tempat duduk tu hingga akhirnya saya merasa ok semula. Alhamdulillah... nasib baik saya tidak muntah. Saya rasa ini mungkin disebabkan rusuk saya yang sakit itu dan fizikal saya tidak secergas sebelumnya. Tidak lama kemudian saya tiba di pelabuhan Picton....

Saturday, June 28, 2008

Wellington


Wellington - 22.5.08 [thursday evening]
Wellington merupakan ibu negeri New Zealand dan juga merangkap pusat pentadbiran negara and it is known as 'windy city'. Jadi Orang di sini tidak membawa payung sebab kalau gunakan payung nanti akan ditiup angin dan melayang. Agak besar juga bandarnya dan ia merupakan bandar kedua terbesar selepas Auckland. Bas yang saya naiki tiba di sini pada waktu petang dan hampir gelap. Memandangkan hostel YHA sudah penuh, jadi saya menginap di hotel 'down town backpackers' yang letaknya berhadapan dengan railway station dan di sebelah kananya pula ialah ferry terminal. Nombor bilik 214 dengan kadar 56 dollar sebilik. Depositnya ialah 20 dollar yang akan dikembalikan semula bila nak 'check-out'.


Pengalaman yang sukar dilupakan apabila saya terjatuh di dalam bilik air ketika ingin menyegarkan badan. Walaupun tidak serius tetapi cukup untuk menyakitkan tulang rusuk sebelah kanan saya yang berpanjangan sehingga ke akhir kembara ini. Sebenarnya sewaktu saya masuk ke bilik tersebut, keadaanya masih belum begitu kemas selepas penghuni sebelumnya 'check-out' terutama bilik airnya. Lantai bilik air tu licin bila saya menjejakkan kaki ke atasnya yang menyebabkan keseimbangan badan saya tergugah. Bersebabkan itu, maka aktiviti kembara saya seterusnya agak sedikit perlahan dan kurang menyelesekan kerana menahan sakit di bahagian rusuk tu. Walaupun begitu, Alhamdulillah... kesannya tidak membengkak. Selepas solat dan hari pun dah gelap saya keluar jalan-jalan di 'high streets wellington' untuk dinner. Cuaca malam tu sejuk sebab anginya sangat kuat walaupun tidak ada salji yang turun atau muncul di sini. Bandarnya agak happening juga dan saya singgah makan kebab di sebuah restoran Turki. Mmmm.... kebab turki memang enak....

Thursday, June 26, 2008

Dari Taupo ke Wellington


Taupo 22.5.08 [Thursday]
Selepas breakfast ala kadar je, kira-kira jam 8 pagi bas Magic mula bergerak dan mengambil penumpang di setiap hostel panel. Setelah semua penumpang pada hari itu menaiki bas kami pun meninggalkan pekan Taupo yang indah itu. Bas bergerak melalui tepian tasik taupo menuju ke Wellington yang agak jauh juga dari sini. Jadi, sepanjang perjalanan ni tiada aktiviti pelancongan yang diikuti kerana bas hanya berhenti untuk berehat sahaja.


Walaupun begitu, sekiranya bas melalui kawasan yang menjadi tarikan pelancong maka pemandu akan memberikan penerangan mengenai lokasi tersebut. Kadangkala ada tempat-tempat yang agak menarik, pemandu akan berhenti untuk kami mengambil gambar. Salah satunya ialah di kawasan 'Ruapehu district' ni. Di sini kami berpeluang mengambil gambar berlatar belakangkan volcanoe bersalji puncaknya dan terletak dalam kawasan Heritage National Park. Volcanoe tersebut ialah Mt. Tongariro, Mt. Ruapehu dan Mt. Ngauruhoe yang pernah menjadi setting untuk filem 'The Lord of the Rings' yang terkenal itu.


Selepas bergambar di situ, bas meneruskan perjalanan dengan melalui kawasan gurun berumput kering [ala-ala savanah]. Tanpa berhenti lagi, kami melalui kawasan 'Waiouru Army Base and Museum' dan seterusnya menghampiri Gumboot iaitu sebuah pekan kecil yang merupakan kawasan memancing. Di tengah perjalanan tu, bas terpaksa berhenti seketika kerana ada pokok tumbang melintangi jalan raya. Tapi nampaknya pekerja jentolak bekerja dengan amat pantas sebab kami tak la menunggu lama sangat untuk pohon tumbang itu dialihkan.


Bila dah agak tengahari sikit, kami singgah untuk lunch di 'flat hills cafe' yang terletak di suatu kawasan ladang ternak biri-biri di Ohingaiti. Kawasan ni meurupakan sebuah kawasan penternakan biri-biri dan lembu sebenarnya. Selesai lunch, bas meneruskan perjalanan sambil melalui Bulls iaitu sebuah pekan kecil yang merupakan pengeluar susu di NZ ni. Kami juga melalui Levin yang pekannya sebesar Taupo. Di sini terdapat kebun sayur-sayuran seperti asparagus dan terdapat juga ternakan rusa.

Kemudian kami sampai di Otaki, iaitu sebuah pekan kecil yang terkenal dengan aiskrim yang diperbuat daripada buah-buahan. Bas Singgah di sini untuk mereka yang ingin pergi ke tandas sambil yang lain boleh membeli buah dan aiskrim berperisa buah-buahan di sini. Saya sempat membeli aiskrim yang berharga 4.30 dollar dan granny apple dengan harga 1.30 dollar [3 biji]. Kalau sekilo buah tu harganya 1.99 dollar.


Lebih kurang 15 minit kami berhenti di pekan Otaki ni dan kemudian meneruskan perjalanan melalui Waikanae yang juga merupakan sebuah pekan kecil. Seterusnya melalui Paraparaumu dan di sini terdapat sebuah muzium kereta yang terbesar di 'southern hemisphere' [hemisfera selatan] ni. Kereta yang dipamerkan di muzium ni terdiri daripada pelbagai jenis dan koleksi yang dikumpulkan sejak tahun 1950an. Yang menariknya di NZ ni, walaupun kebanyakkan pekan dan bandarnya adalah kecil-kecil sahaja tetapi tetap dilengkapi dengan kemudahan yang asas seperti rumah ibadat, muzium, perpustakaan, kelinik, sekolah, balai bomba dan balai polis.


Sebelum tiba di persisiran laut Tasman, bas melalui kawasan yang dikenali sebagai Paekakariki iaitu kawasan 'restoration station steam engine'. Sehingga akhirnya bas kami melalui persisiran pantai laut Tasman dan dari sini saya boleh melihat pulau selatan nun di seberang sana. Sebelum tiba di Wellington, bas melalui Porirua yang merupakan sebuah bandar pelabuhan dan perindustrian dan letaknya kira-kira 15-20 minut sahaja dari wellington. Akhirnya kami tiba di Wellington kira-kira jam 5.00 petang dan saya menginap di hostel 'Down Town Backpeckers' kerana YHA dah 'fully book'.

Wednesday, June 25, 2008

Taupo


21.5.08- Taupo ni sebuah pekan yang cantik terletak di persisiran tasik Taupo yang terbentuk ekoran daripada letupan gunung berapi ribuan tahun yang lalu. Tasik Taupo ni merupakan takungan air segar terbesar di Australasia dan saiznya lebih kurang sebesar pulau Singapura. Tasik ni didampingi kawasan warisan dunia iaitu Tongariro National Park yang dihuni oleh tiga gunung berapi iaitu Mt. Tongariro, Mt. Ruapehu dan Mt. Ngauruhoe dan pernah menjadi setting untuk filem 'The Lord of the Rings' yang terkenal itu.


Jadi, selepas melawat 'Wai-o-tapu', saya meneruskan perjalanan ke Taupo dan singgah dulu 'Prawn Farm' yang merupakan tempat ternakan udang terbesar di sini. Udang-udang ni boleh di makan terus di restoran yang ada di sini atau pun boleh dibeli untuk dibawa pulang. Bas tidak singgah di sini tetapi di sebelahnya sahaja yang terdapat jeti untuk penumpang yang akan melakukan aktiviti 'Hukafalls Jet' di sungai Tongariro. Hanya dua orang pelancong Siam yang naik buat aktiviti ni dan bila dah turunkan di situ, bas meneruskan perjalanan ke 'Huka Falls' dan kami berhenti turun di sini sambil menanti dua orang pelancong siam itu tadi selesai melakukan aktiviti mereka. 'Huka Falls' ni Letaknya kira-kira 3 kilometer je di utara Taupo.


'Huka falls' ni airnya sangat bersih, jernih dan berwarna biru seperti dalam gambar tu. Ni lah pertama kali saya menyaksikan air sungai berwarna biru. Memang cantik... Dalam lebih kurang 10 minit berlegar-legar di sekitar tebing sungai tu saya dapat menyaksikan dua orang pelancong Siam tadi sedang berada dalam 'Hukafalls Jet' menelusuri sungai sambil menghampiri air terjun yang cantik tu. Memang mengasyikkan...


Sementara menanti dua orang pelancong Siam tu selesai melakukan aktiviti mereka, saya dan pelancong lain masih bersiar-siar di sekitar kawasan Huka Falls tu. Lebih kurang 15 minit kemudian bas tiba setelah menjemput dua pelancong Siam tadi dari jeti. Bas meneruskan perjalanan menuju ke pekan Taupo dan singgah pula di pelantar 'bungy jumping' kerana ada beberapa pelancong yang akan melakukan aktiviti ni. Saya tak ikut la aktiviti ni, cuma tengok dari jauh je....


Melihat dalam gambar tu, agak ngeri juga sebenarnya aktiviti 'bungy jumping' ni. Rasanya kalau ada yang lemah jantung tu dinasihatkan jangan melakukan aktiviti ni. Tapi bagi yang sukakan cabaran.... boleh la....agak lama juga berada di sini sebab terdapat ramai pelancong yang berbaris menunggu giliran untuk melakukan 'bungy jumping' ni. Termasuk juga 2 orang pelancong dari Malaysia iaitu Andrea dan Derek dari Pulau Pinang. Memang kira akiviti 'favourite' gak la 'bungy jumping' ni.. Selepas selesai aktiviti tu kami semua diturunkan ke hostel pilihan masing-masing dan melakukan aktiviti seterusnya masing-masing gak.

Wai-o-tapu Thermal Wonderland


Destinasi berikutnya selepas 'Geyser' ialah 'Wai-o-tapu Thermal Wonderland' yang terletak tidak berapa jauh dari 'Lady Knox Geyxser' tu. Lokasinya adalah di antara Rotorua dan Taupo. Bayaran masuk sebanyak 27.50 dollar bagi pelancong biasa. Tapi bagi pelancong yang datang dengan 'Magic' dapat diskaun dan cuma perlu bayar 24.50 dollar je. So, saya dapat diskaun lah sebab datang dengan 'Magic'. Wai-o-tapu mermaksud 'sacred water' atau air suci.


Thermal ni dikatakan sebagai kawasan yang terbaik yang masih wujud di New Zealand dan yang paling murni di dunia. Keluasan kawasannya adalah sekitar 18 kilometer persegi dan di bahagian selatannya terdapat gunung berapi 'Maungakakaramea' atau dikenali juga sebagai 'Rainbow Mountain'.


Sepanjang track yang dilalui di kawasan ni saya menenmui kesan runtuhan 'crater' bekas bunung berapi, kolam-kolam lumpur yang panas dan sejuk dan juga 'steaming fumaroles' yang semuanya kesan daripada gunung berapi. Tak hairan la, sebab kawasan ni dulunya iaitu sekitar 160,000 tahun yang lalu merupakan kawasan aktiviti gunung berapi aktif yang sekarang dikenali sebagai 'Taupo Volcanic Zone'.


Aliran Wai-o-tapu ni turut membentuk sebahagian besar sistem perlongkangan di sini yang alirannya menuju ke sungai Waikato dan berakhir di Laut Tasman di sebelah pantai Barat pulau utara New Zealand ni. Oleh sebab air yang mendidih dan gas gunung berapi tu telah menghasilkan pelbagai mineral di dalam air. Disebabkan nineral tu maka tiada ikan yang boleh hidup di sini.

Di bawah aliran sistem sungai ni juga terdapat magma yang menyebabkan airnya panas. Magma ni terhasil ekoran daripada letupan gunung berapi yang pernah perlaku sebelumnya. Airnya ni panas sangat sehingga mencecah ke 300 darjah seclius seperti yang telah direkodkan.

Yang menariknya juga, pelbagai warna dalam air di sini semuanya adalah semula jadi dan terhasil daripada pelbagai eleman mineral yang berbeza. Antara warna-warna minerl yang ketara adalah hijau [colloidal sulphur/ferrous salts], orange [antimony], purple [manganese oxide], putih [silica], kuning-primerose [sulphur], merah-cokelat [iron oxide] dan hitam [sulphur dan carbon].

Monday, June 23, 2008

Lady Knox Geyser


Pagi tu 21.5.08, breakfast kat cafe YHA dan jam 8.00 pm saya masukkan barang dalam bas untuk bertolak ke Taupo plak hari ni. Dari Rotorua ke Taupo ni tak la jauh sangat perjalanannya. tetapi sebelum sampai ke destinasi di Taupo tu bas yang saya naiki akan singgah di beberapa tempat pelancongan yang menjadi route bas Magic ni. Jadi tempat pertama yang disinggahi ialah kolam air panas berlumpur dan mengelegak seperti dalam gambar tu. Kawasan ni pun adalah sebahagian daripada kesan gunung berapi la ni. Lumpur yang mengelegak tu memang panas dan kira sampai ke tahap didih la tu.


Walaupun waktu sejuk tetapi bahang panasnya tetap terasa dan tentulah seronok sebab dapat memanaskan badan sikit. Kawasan ni adalah terbuka dan tiada sebarang bayaran dikenakan. So, aktiviti ni adalah percuma. Selepas ambil gambar dan menikmati keindahan dan keajaiban ciptaan tu, lebih kurang dalam 20 minit, pemandu meminta penumpang naik bas semula. perjalanan diteruskan menuju ke suatu lagi destinasi yang tidak kurang menarik dan uniknya iaitu dikenali sebagai 'Lady Knox Geyser'.


Kat sini pun masuk free je dan tak perlu bayaran apa-apa. Macam dalam gambar tu tempat ni pun adalah kawasan gunung berapi gak. Lady Knox Geyser tu yang macam busut kecil tu la. Kira macam gunung berapi kecil la ada lubang ditengahnya dan di muncungnya tu nampak keluar asap je.


penontonnya datang dari bas pelancong yang daripada beberapa syarikat yang akan singgah di situ untuk menonton persembahan geyser tu. Penonton di sediakan tempat duduk untuk memerhatikan persembahan.

Bila penonton dah ramai, seorang petugas di situ akan datang untuk memulakan acara. Petugas tu akan memasukkan sesuatu semacam belerang ke dalam muncung geyser yang berasap tu. Kemudian perlahan-lahan buih akan keluar daripada muncung geyser tu.

Buih yang keluar perlahan-lahan tu akan beransur-ansur memancutkan air hingga setinggi yang dapat dilihat kat gambar di bawah tu. Nampak macam fountain la plak bila air tu keluar dari geyser tu. Tapi air yang keluar tu tak panas tetapi sejuk. Macam gunung berapi kecil memuntahkan lava. tapi lava ni dalam bentuk buih dan air serta sejuk dan tidak panas.

Seperti dalam gambar tu, diberi peringatan bahawa air sejuk yang memancut tu akan sampai kepada penonto yang duduk di bahagian hadapan. Jadi kalau tak mahu basah lencun, duduk la jauh-jauh sikit. Saya pun duduk la kat belakang hujung sekali. Tak la kena sangat pancutan tu, cuma renjisannya sikit je. Dapat ambil gambar dari jauh gak.

Air yang memancut menjulang tinggu akan beransur-ansur menurun seetelah mencapai puncaknya yang tertinggi. Air yang memancut tu akan semakin perlahan dan akhirnya berhenti keluar dari lubang geyser tu dan hanya meninggalkan asap sahaja seperti asalnya tadi. Air yang memancut tu berlangsung agak lama gak lebih kurang 40 mint gak la. jadi saya tidak menunggu sampai air tu berhenti memancut sebab bas dah menunggu untuk membawa ke destinasi berikutnya....

Sunday, June 22, 2008

'Fish & Chip' Di Rotorua


20.5.08 selepas beberapa jam berada di lokasi pelancongan Waikato cave ni kira sempat la lunch dulu kat cafe yang ada kat sini, barulah kami semua meneruskan perjalan menuju ke Rotorua. Dalam perjalanan ni bas tidak singgah di mana-mana kerana destinasi yang ingin dituju hanyalah bandar Rotorua sahaja dan kami akan di hantas sehingga ke hostel pilihan masing-masing. Bagi yang hanya mengambil pakej pengangkutan sahaja dan tidak mengambil pakej penginapan sekaligus seperti yang saya lakukan, penumpang boleh mengisi borang yang diedarkan oleh pemandu yang tertera nama-nama hostel panel yang bekerjasama dengan syarikat Magic. Semua penumpang perlu mengisi borang berkenaan termasuklah saya kerana dalam borang itu perlu dinyatakan berapa malam kita akan menginap di hostel tersebut. Setiap penumpang mempunyai pilihan masing-masing. Selain daripada mengisi maklumat penginapan dan jumlah hari untuk bermalam, penumpang juga boleh mengisi apakah aktiviti yang ingin dilakukan di lokasi tersebut beserta tarikh dan masa. Tujuannya adalah untuk memudahkan pemandu bas membuatkan tempahan bagi aktiviti tersebut. Kemudian akan mengantar ke lokasi aktiviti dan menjemput semula dari lokasi tersebut balik semula ke hostel. Bayangkan betapa effisiennya kerja pemandu bas di NZ ni. Mereka bermaklumat, effisien dan mesra pelanggan. Tanpa sebarang rungutan mereka sentiasa berusaha untuk memuaskan hati pelancong. Menarik bukan? Oleh sebab winter, maka waktu siang pendek dan hari cepat gelap. Bila kami tiba di hostel di Rotorua dah jam 6.00pm. Dah gelap dah pun... so terus je check-in dan tak ada pa nak buat sangat dah. Cuma yang tak bestnya YHA di Rotorua ni ialah dari segi lokasi dan fasilitinya yang memang kurang memuaskan. Saya kira YHA di Rotorua adalah yang paling terkebawah sekali dari segi stanadardnya di NZ ni. Oleh sebab jauh dari bandar jadi susah untuk saya mendapatkan makanan pada malam tu. Nasib baik ada sebuah kedai makan Cina yang masih buka hingga lewat malam. Jadi dapatlah saya mengisi perut malam tu dengan hidangan 'fish n chip' dengan berjalan kaki dari hostel kira-kira 10 minti dalam malam gelap yang sejuk itu. Di NZ ni kalau kedai makan kecil-kecil tu lazimnya pelanggan hanya membungkus sahaja dan tidak makan di kedai tu. Kat kedai tu pun tidak menyediakan tempat makan yang lengkap tetapi cukup sekadar sebuah meja dan bangku untuk pelanggan menunggu pesanan siap. Memang semua pelanggan yang datang tu pun untuk tujuan dibungkus sahaja.'Fish n Chip' kat sini dibungkus dalam kertas surat khabar saja atau pun kertas 're-cycle'. Bila dah siap tu, mak ai! terkejut gak, punya la besar bungkusannya dan bila dibuka, punya la banyak..... rasa macam tak larat nak habiskan la plak.... malas nak bawa balik sebab dah lapar sangat, jadi makan kat situ je la....Sos tidak disertakn bersama hidangan ni ye...kalau nak kena beli berasingan...Memang tak habis pun terutamanya chip tu...tapi ikannya saya makan habis la. Ok gak... lebihan chip tu sayang nak buang jadi bawa je la balik hostel. So aktiviti malam tu hanya tidur je la...Esok pulak nak gerak ke Taupo.

Wildlife Park & Waitomo - 'Glowworm Caves'


20.5.08, Selepas singgah sebentar di Hamilton to Greg terus membawa bas bergerak ke suatu destinasi pelancongan yang Waitomo Cave. Tetapi sebelum sampai di situ kami singgah sebentar di Altura Wildlife Park untuk menyaksikan demonstrasi mencukur bulu arnab untuk dijadikan baju bulu yang sangat cantik dan berjenama mewah. Dua orang petugas wanita menunjukkan demonstrasi bagaimana bulu arnab tersebut dicukur.


Seorang wanita bertindak selaku pencukur bulu arnab dan seorang lagi memberi penerangan kepada kami. Kedua-dua tangan dan kaki arnab diikat pada mesin pemusing (macam mesin getah dulu-dula la kaedahnya) dan diregangkan supaya arnab tersebut tidak bergerak ketika bulunya dicukur. Mesin pencukur yang digunakan lebih kurang macam mesin pencukur rambut gak la.

Sambil mencukur, wanita tersebut memusingkan badan arnab tersebut supaya semua bulu di badan arnab dapat dicukur sama rata. Demonstrasi ni percuma tetapi digalakkan untuk menderma selepas selesai menonton demonstrasi yang boleh dimasukkan dalam tabung derma yang disediakan.


Selepas tu kami naik bas balik untuk ke Waitomo Cave yang tidak berapa jauh gak dari situ iaitu kira-kira 5 minit je naik bas. Waitomo bermaksud 'water entering a hole in the ground'. Kira-kira 30 juta tahun dulu waitomo ni berada jauh di dasar laut dan pada waktu itulah terbentuknya limestone yang terhasil daripada fossil dan 'mineral calcuim carbonat' (CaCO3). Selepas lebih dari 24 juta tahun, landskap Waitomo terbentuk ekoran daripada gempa bumi dan letupan gunung berapi. Lapisan limestone tadi tertolak ke atas dari dasar laut lalu terbentuklah bentuk membukit dan pecah. Rekahan yang berlaku itu membolehkan air mengalir melaluinya dan secara perlahan-lahan mengukirkan bentuk gua. Dalam gua ni terdapat stalactite dan stalagmite seperti beberapa gua yang juga terdapat di Malaysia ni.


Yang menariknya mengenai Waitomo Cave ni, yang tidak ada di tempat lain ialah wujudnya 'glowworm'. Kitaran hidup Glowworm ni terbahagi kepada 4 iaitu bermula dari telur yang ditetaskan oleh glowworm betina sebanyak lebih kurang 120 telur sekali tetas. telur-telur tersebut melekat pada lelangit gua yang gelap gelita itu. Selepas sekitar 20 hari larva akan keluar daripada telur dan membina sarangnya yang melekit dan berjuntaian. sarang yang berjuntai dan melekit itu berfungsi untuk memerangkap serangga untuk dijadikan makanan. Pada peringkat larva ini juga cahaya seperti kunang-kunang dihasilkan oleh larva. Cahaya itu juga berfungsi untuk menarik perhatian serangga untuk menghampirinya dan melekat pada jaringnya. saiz larva ni kecil je iaitu kurang daripada 3 milimeter dan akan berada tahap ini sehingga lebih daripada 9 bulan. Peringkat hidup seterusnya ialah pupa yang bentuknya macam kepompong la kalau ikut kitaran hidup rama-rama. Jamgkahayat kepompong lebih kurang 13 hari sehingga akhirnya menjadi dewasa. Glowworm dewasa ni macam nyamuk besar je rupanya. Tapi tak ada mulut dan fungsinya hanyalah untuk 'reproduce' bagi kelangsungan spesis. Lazimnya Glowworm jantan akan menunggu yang betina keluar dari pupa untuk melakukan persenyawaan serta-merta dan kitaran akan terus berlangsung. Jangka hayat glowworm biasa ni tak lama hanya bertahan kira-kira beberapa hari je. Lepas tu mati.... macam tu je...betapa hebatnya kuasa Allah...


Sebelum memasuki ke dalam gua ni, kami perlu berjalan kaki melalui trek yang disediakan kira-kira 5 minit dengan diiringi oleh seorang pemandu pelancong berketurunan Maori. Bila dah masuk gua kami melalui kawasan yang terdapat stalactite dan stalagmite dan diberi penerangan mengenainya. Akhir sekali merupakan klimaks perjalanan ni iaitu yang unik tadi tu. Iaitu bila kami menaiki sampan yang tidak berenjin dalam gua yang berair tu dan tidak dibenarkan bercakap dan membuat bising. Keadaannya sangat gelap kerana tidak ada cahaya lampu langsung disediakan. Pemandu pelancong tu mengerakkan sampan hanya dengan berdiri sambil berpaut padi tali yang disediakan di lelangit gua.

Trek tali tersebut memang direka khas untuk dajadikan trek pergerakan sampan bagi mengantikan pendayung. Semua kami diminta mendogakkan kepala ke atas melihat lelangit gua. Secara berdikit-dikit saya dapat menyaksikan cahaya pada lelangit tersebut seolah-oleh menyaksikan bintang-bintang di malam kelam. Gua yang gelap pekat itu sedikti bercahaya oleh pancaran cahaya daripada beribu-ribu larva glowworm yang melekat pada lelangit gua tersebut. Sungguh mengasyikkan...Subhanallah....

Friday, June 20, 2008

Perpisahan....Namun Jasamu Tetap Di Kenang!

20.6.08 Majlis perpisahan Pn. Asiah yang telah berkhidmat di PP.Seni selama 8 tahun dan di USM lebih dari 25 tahun.



Saya mendoakan agar Pn. Asiah sentiasa ceria dan mendapat keredhaan Allah selalu dalam mengharungi usia persaraan. Semoga hari-hari mendatang dapat ditempuhi dengan sabar dan tabah. Sekalung terima kasih yang tidak terhingga kerana telah bersama-sama kami warga staff Pusat Pengajian Seni USM, dalam memartabatkan wacana kesenian di USM khasnya dan Malaysia amnya.