English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, June 5, 2017

Sarajevo.....Aku Datang.....

9.2.2017 (Khamis), Alhamdulillah....tercapai jua impian saya untuk menjejakkan kaki ke bumi yagn dulunya hanya merupakan impian dan anganan saya sahaja untuk dikunjungi....Jadi, bangun pagi ni saya bercadang untuk keluar mendapatkan sarapan pagi kerana hotel ni tidak menyediakan sarapan....jadi jam 7.00am saya pun turun ke lobi hotel namun malangnya masih gelap lagi dengan lampu tidak terpasang dan tiada seorang petugas pun lagi di kaunter penerimaan....saya pun menunggu di lobi tu....dalam setengah jam kemudian...dturun seorang lagi tetamu hotel untuk keluar juga tetapi tidak boleh keluar kerana pintu gate besar hotel masih berkunci....kami hanya diberi kunci pintu lobi hotel dan kunci bilik. Tetapi ada lagi satu lagi gate utama yang diperbuat daripada besi juga turut berkunci dan kami tidak diberikan kunci itu. Hanya petugas hotel sahaja yang memilikinya.

Pagi pertama di Sarajevo, Hotel ZemZem

Tidak banyak yang diperbualkan dengan tetamu hotel yang turut menunggu tu...cuma dia kata dia dari Turki dan nak ke airport...tapi petang nanti flight nye....pagi ni nak jalan-jalan dulu...perbualan kami habis di situ....kemudaian jam 8.00am baharulah petugas kaunter tiba membuka gate besi tu...Elvir namanya...saya memaklumkan dah lama menunggu dan dia pun meminta maaf sebab lewat...katanya dia tinggal di lokasi yang agak jauh dari hotel tu....ok...lah....lagi pun si Elvir ni tidak fasih berbahasa Inggeris...yang dia tahu adalah 'yes' dan 'no' sahaja...saya pun nak banyak bicara sebab yang saya nak adalah password untuk wifi sbb semalam tak sempat minta.....Elvir pun beri passwordnya.....kemudian saya minta peta kalau ada...pun tiada katanya....saya pun ok lah...lalu meninggalkan Elvir di situ...


Pagi pertama di Sarajevo, Hotel ZemZem

Metro Sarajevo

Metro Sarajevo

Dari hotel tu saya menuju ke stesen tram yang terletak tidak jauh dari hotel dan nama stesen ni adalah Bascirja....saya teringin nak naik tram ni....tapai tak tahu cam ner nak beli tiket...saya pun tanya kad kedai kiosk yang menjual barangan runcit di stesen tu dan katanya tiket boleh dibeli di situ dan si setiap kiosk yang terdapat di sekitar stesen-setesen tram....saya pun membeli tiket berharga 1.60KMark dan naik lah tram yang lalu kat depan tu.......


Jalan-jalan naik metro

Sarajevo

Seronok gak naik tram pagi-pagi  di Sarajevo ni sambil menikmati pemandangan kota Sarajevo dalam pagi yang berkabus di musim dingin itu.....Saya turun di perhentian terakhir dan terus berjalan kaki sambil singgah di sebuah kedai roti dan membeli roti cokelat Bosnia yang sanga t enak itu sebagai alas perut sarapan pagi pertama di Sarajevo...Sebab kedai tu jual roti je, jadi makan roti jelah tanpa ada kopinya....

Breakfast pertama di Sarajevo


Sarajevo
Sarajevo
Sarajevo

Sarajevo

Sarajevo

Sarajevo

Sambil makan tu saya meneruskan jalan-jalan sehinggalah tiba di kiosk yang menjual tiket tram berhampiran dengan stesen tram menghala ke old town.....saya membeli tiket dngan harga yang sama 1.60KMark lalu terus menuju ke stesen tram untuk menaiki tram ke Bascirja semula........Perjalanan tram ni tak lah lama sangat dan saya pun tiba di old town semula dan turun di situ...mengambil gambar sikit dan dah letih tu...saya singgah di sebuah cafe untuk mendapatkan sarapan lagi sekali sebab tadi makan roti tak kenyang.....

Bascirja, Sarajevo, Old Town

Bascirja, Sarajevo, Old Town

Bascirja, Sarajevo, Old Town

Bascirja, Sarajevo, Old Town


Bascirja, Sarajevo, Old Town

Bascirja, Sarajevo, Old Town


Bascirja, Sarajevo, Old Town

Bascirja, Sarajevo, Old Town

Bascirja, Sarajevo, Old Town


Bascirja, Sarajevo, Old Town


Bascirja, Sarajevo, Old Town
Bascirja, Sarajevo, Old Town


Bascirja, Sarajevo, Old Town

Bascirja, Sarajevo, Old Town

Bascirja, Sarajevo, Old Town

Bascirja, Makan tengahari 

Saya duduk berehat di cafe yang lokasinya tidak jauh dari hotel saya menginap sambil menikmati sarapan bubur, roti dan caffe latte Bosnia berjumlah 6KM....Alhamdulillah....memang enak menikmati sarapan begini dalam cuaca sejuk nii....Agak lama juga saya duduk bersantai-santai di cafe ni sehingga akhirnya saya memutuskan untuk meneruskan bersiar-siar menikmati kota lama Sarajevo....Saya meningalkan cafe dan berjalan-jalan hingga akhirnya terjumpa kaunter penerangan. Saya pun masuk dan mendapatkan peta Sarajevo dari situ. Sambil tu saya pun bertanya bagaimana untuk ke central station sebab saya teringin ank naik keretapi dan bercadang nak beli tiket keratapi.....Saya dimaklumkan untuk naik tram yang memang khas menuju ke central stesen sahaja....usai urusan di situ... saya terus menuju ke perhentian Bascirja semuala untuk mendapatkan tiket tram menuju ke stesen central....

Bascirja, Makan tengahari 

Bascirja, Sarajevo, Old Town


Bascirja, Sarajevo, Old Town

Bascirja, Sarajevo, Old Town


Bascirja, Sarajevo, Old Town




Bascirja, Sarajevo, Old Town

Bascirja, Sarajevo, Old Town

Bascirja, Sarajevo, Old Town

Sampai di perhentian Bascirja, saya pun membeli tiket tram di kiosk yang sama dengan jumlah yang sam, iaitu 1.60KM. Untuk ke stesen central ni saya perlu naik tram no.1....oooo....rupanya ada banyak nombor yang berbeza.....tak lama kemudian teram no.1 pun tiba...dan saya pun naik tram lagi dan dlam lebih kurang 10 minit je dah sampai di stesen central yang terletak betul-betul di hadapan stesen keretapi Sarajevo.....saya pun turun di situ dan terus menuju masuk ke dalam stesen keretapi tu dan mmeluru ke kaunter....teruja sangat nak naik keretapi ke Mostar....orang kata perjalanan keretapi ke Mostar adalah yang paling idah dan menarik sekali....saya pun teruja sangat......sampai sahaja di kaunter, saya pun terus bertanyakan tiket keretapi ke Mostar.......Malangnya....saya dimaklumkan bahawa perkhidmatan keretapi dari Sarajevo ke Mostar diberhentikan buat sementara kerana bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikpulihan track keretapi......hampa rasanya saya.....tapi Alhamdulillah....pasti ada hikmahnya.......



Stesen central Sarajevo

Stesen keretapi Sarajevo

Dah tak dapat nak beli tiket keretapi tu, saya pun betanyakan lokasi stesen bas pulak....sebab itu je lah pilihan lain yang saya ada untuk ke Mostar.....saya dimaklumkan, stesen bas terletak bersebelaha sahaja dengan block bangunan keretapi tu....saya pun menuju ke lokasi yang ditunjukkan.......dan sebaik sahaja tiba, saya pun ikut beratur bersama penumpang-penumpang lain yang juga nak beli tiket......dalam beratur tu, tiba-tiba terjumpa dengan Busra....ingat tak perempuan yang duduk di sebelah saya berhampiran tingakap dalam flight dari Istanbul ke Sarajevo....??? itu lah dia Busra....memang kami tak bercakap semasa dalam flight tu...tapi bila dah landing, saya tolong ambilkan beg dia dan perkenalan kami hanya setakat itu....bila dia mengucapkan terima kasih.....kebetulan jumpa kat sini plak.....

Stesen keretapi Sarajevo

Balik dari stesen central ke Bascirja, Old Town bersama Busra dari Ankara, Turki

Busra tanya saya nak beli tiket ke mana? Saya kata nak mostar esok..!!! wahh...dia kata kebetulangan sangat...dia pun nak k Mostar juga esok dan kami pun membeli tiket ke Mostar pada waktu yang sama...cuma saya membeli tiket sehala sebab saya akan bermalam di Mostar. Sementara Busra membeli tiket dua hala sebab dia tidak bermalam di Mostar dan akan balik semula ke Sarajevo pada sebelah petangnya.......Tiket sehala dari Sarajevo ke Mostar berharga 20KM dan waktu berangakt esok adalah pada jam 9.00pagi....itulah tiket yag saya beli. Usai membeli tiket bas ke Mostar itu, kami pun bercadang untuk berjalan bersama-sama pada hari itu.....Busra kata dia masih menuntut dalam bidanga perunangan di sebuah universiti di Ankara, Turki. Dia dan keluaarganya juga tingga di kota Ankara tu.....kami pun meneruskanjalan-jalan balik naik tram...lepas tu jalan-jalan sekitar kota lama Sarajevo....

Jalan-jalan di Bascirja, Sarajevo, Old Town Sarajevo bersama Busra


Jalan-jalan di Bascirja, Sarajevo, Old Town Sarajevo

Jalan-jalan di Bascirja, Sarajevo, Old Town Sarajevo

Jalan-jalan di Bascirja, Sarajevo, Old Town Sarajevo

Jalan-jalan di Bascirja, Sarajevo, Old Town Sarajevo

Jalan-jalan di Bascirja, Sarajevo, Old Town Sarajevo

Jalan-jalan di Bascirja, Sarajevo, Old Town Sarajevo

Jalan-jalan di Bascirja, Sarajevo, Old Town Sarajevo

Jalan-jalan di Bascirja, Sarajevo, Old Town Sarajevo

Jalan-jalan di Bascirja, Sarajevo, Old Town Sarajevo


Setelah puas berjalan-jalan, menjelang petang tu kami pun berpisah untuk pulang ke hotel masing-masing semula dan akan berjumpa esok pagi di stesen tram Bascirja pada jam 7.00am untuk ke stesen bas.....saya pun melangkah pulang ke hotel untuk merehatkan diri buat seketika....Sampai di lobi hotel, Elvir dah tiada sebab syif dia dah habis dan digantikan pula oleh Taufek. Dia ni peramah macam Elvir juga dan boleh berbahasa Inggeris. Saya maklumkan pada Taufek bahawa esok saya nak Check-out seawal jam 7.00pagi dan mohon dia pastikan petugas sudah membuka gate besi pada waktu itu. Saya pun maklumkan pada Taufek kisah pagi tadi dan dia pun maklum...Saya pun sebang dengan Taufek yang esok saya nak ke Mostar. Pas tu dia kata dia pun nak ke Mostar esok bawa adik dia untuk hadir temuduga...daia ajak saya join sekali kalau nak...tapi saya kata dah beli tiket bas...kemudian dia tanya dah book hotel ke di Mostar? saya kata belum lagi...dia pun cadangkan hotel kawan dia di Mostar. Aku pun terima cadangan tu dan Taufek kata boleh berurusan terus dengan kawan dia tu melalui emel yang akan dia passkan kepada kawan dia tu....saya pun setuju dan terus minta diri nai ke ke bilik....usai membersihkan diri saya pun duduk berehat sambil membuka laptop dan mendapat emel dari pengurus hotel dari Mostar. Melalui emel tu saya pun bersetuju untuk menginap di situ dan pengurus tu sendiri bersetuju untuk menjemput saya dari stesen bas setibanya saya di Mostar esok hari..... Usai solat Maghrib... saya turun ke lobi dan berbual-bual dengan Taufek sambil memaklumkan tentang tawaran dari kawannya itu.....malam ni rasa kenyang je...jadi saya tidak keluar makan dan terus naik ke bilik dan tidur......