English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010



Fajar Hijrah 1431 bersamaan dengan Masehi 2010 menjelang
sebagai tanda Hijrah 1430 bersamaan Masehi 2009 menemui penghujungnya
sebagai tanda bertambahnya usia
sebagai tanda berkurangnya detik kehidupan dunia fana
sebagai tanda dekatnya jarak ke alam baqa
sebagai tanda kubur kata mari
sebagai tanda rumah kata pergi
sebagai tanda suntuknya masa untuk beramal
pun begitu
Selamat tinggal 2009 dan salam pertemuan buat 2010
moga keredhaan Allah berlimpahan
sepanjang hijrah kehidupan

Sunday, December 20, 2009

Berkayak di Damai Laut



Dah lama sangat saya tidak berkayak sejak yang terakhir kali sewaktu ekspedisi berkayak mengelilingi Pulau Jerejak lebih kurang dua tahun yang lalu. Jadi, kesempatan berada di Damai Laut Resort, Lumut, Perak pada minggu lepas membuka ruang untuk saya melepaskan rindu pada aktiviti berkayak ni. Walaupun hanya sekejap sahaja memandangkan tujuan seya berada di sini atas urusan kerja, namun terubat juga kerinduan pada aktiviti berkayak ni. Suasana pantai yang indah di sini turut memberikan sedikit nuansa percutiaan kepada saya walaupun bukannya untuk tujuan bercuti sebenarnya.

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT AWAL MUHARAM



Semoga kehadiran tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan kepada seisi dunia, juga semoga keamanan dan kesejahteraan menjadi milik seluruh cakerawala. Bersama-samalah kita memanjatkan doa demi dunia yang lebih sejahtera. Semoga Allah menetapkan iman seluruh umat Muslim demi menjadi khalifah yang menerajui kehidupan dengan penuh ketaqwaan.

Friday, December 4, 2009

'JatiKu'........IMPIANA 09



Performance 'JatiKu' semakin dibina strukturnya dengan kolaborasi muzik yang lebih bervariasi, diketuai oleh Ijard dan puisi yang dinukilkan oleh Deana Amane, khas untuk persembahan sempena 'USM Edufair09' di Impiana KLCC pada 5 Disember 2009. Pada malam persembahan itu, naratif performan 'Jatiku' distrukturkan dengan komposisi gabungan puisi yang dibacakan oleh Deana Amane dan Ghazali Ismail secara 'duet'. Gerak eksperimentasi turut diiringi dengan ensemble muzik yang mengangkat instrument solo 'dijiridu' sebagai alat muzik utama. Juktaposisi puisi, muzik ensemble dan gerak eksperimentasi yang dimodifikasi melengkapkan lagi proses performan 'JatiKu'. Walaupun begitu, saya memohon maaf kepada Dato' Prof. Dr. Mohd Ghouse Nasuruddin kerana tidak melibatkan beliau bersama serulingnya dalam persempahan kali ini. Pun begitu, performan 'JatiKu' ini sentiasa mempunyai ruang untuk pembaikan dan modifikasi aspek strukturnya. Jadi, di lain acara mungkin boleh berkolaborasi lagi bersama Dato'. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan keseluruhan persembahan sempena 'USM Edufair09'. Semoga kolaborasi ini akan terus digiatkan lagi...berikut adalah ekspresi puisi 'JatiKu':



JatiKu

Daerah ku ini penuh warna
Tarinya gemalai pesona jiwa
Berlagu merdu irama irama desa
Serunai bamboo alunan jiwa
Gendang rentak kakiku penuh rasa
Di daerah ini lagunya berjiwa
Jauh ditinggal anasir luar
Jauh terpencil dari rona pancaroba
Tapi jiwaku meronta-ronta
Mahu lihat daerah swana
Mahu bertukar rentak
Mahu berubah irama
Sungguh aku mahu
Dari merdu aku mahu bingit
Dari gemalai aku mahu yang tangkas
Gerakku bertukar rupa
Gerakku bertukar jiwa
Geakku bertukar rasa
Pedih kakiku
Pedih tanganku
Lebih pedih jiwaku
Lebih pedih rasaku
Ruanya yang mahu aku tukar
Bukan jiwaku
Bukan jatiku
Sesak aku dengar
Bukan aku
Irama bingi itu bukan milikku
Yang pantas itu bukan milikku
Aku kembali ke daerah itu
Kembali ke jatiku
Jatiku rupanya jadi jitu
Setelah itu
Jatiku itu aku
Jatiku itu aku
Jatiku itu aku
Jatiku tetap Saturday satu itu jadi aku
Hatiku, jatiku, rasaku
jatiku


(Puisi: Nukilan Deana Amane)

Wednesday, December 2, 2009

USM Edufair09



Date : 5 & 6 December 2009
Time : 9.00am- 6.00pm
Place : Impiana KLCC Hotel & Spa Kuala Lumpur

Grab this opportunity to experience the USM Life!

Get information on USM Undergraduate & Postgraduate Programmes and on how to advance your career in USM!

For further information, please contact the Secretariat at 04-653-2360 or at www.ips.usm.my

Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDIL ADHA



Sungguh pantas rasanya masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah pun setahun saya meninggalkan jejak di bumi berkat Tanah Haram Mekah dan Madinah. Rindu makin membuak-buak pada kedua-duanya tatkala menyaksikan kepergian teatamu-tetamu jemputan Allah melangkahkan kaki memenuhi jemputan khas dari Allah bagi tahun ini. Saya juga berdoa agar semua para jemaah haji tahun ini bersabar dengan segala dugaan dan ujian Allah di Tanah Suci. Walaupun banjir diberitakan melanda bumi Arafah tatkala musim haji tahun ini namun anggaplah ini suatu rahmat dari Allah. Kunci bagi segala pengorbanan yang dilakukan adalah kesabaran. Jadi banyak-banyakkanlah bersabar.... Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua....

Tuesday, October 20, 2009

'JatiKu....' A Solo Performance!



Setelah agak lama tidak beraksi, minggu lalu saya diundang oleh Prof. Emiritus Mohd Ghaouse Nasuruddin untuk berkolaborasi bersama beliau dalam sebuah persembahan untuk tontonan teman-teman. Tiada perancangan awal yang dilakukan dan segala-galanya berlaku secara sepontan. Prof. Ghouse ingin bermain seruling dan saya diminta untuk mengiringi tiupan seruling yang dimainkan oleh beliau dengan pergerakan experimental melalui eksplorasi tubuh. Oleh sebab tiada rehearsal yang dilakukan sebelumnya, maka saya meminta beliau agar memainkan lagu mengikut pergerakan dan blocking yang saya improvisasikan. Idea sepontan timbul dan saya kata tajuknya adalah 'JatiKu...'. Karya ini merupakan titik awal untuk projek berikutnya yang bakal menyusul....







Saturday, October 10, 2009

Beraya Ke Rumah

Terima kasih buat Nari & Sepupu, Brian serta Zam kerana sudi datang beraya ke rumah raya tempohari. Tiada yang istimewa dapat dihidangkan sekadar 'mee jawa' je....

Brian, Zam & Sepupu nazri


Brian, Zam, Nazri & Sepupu (Sorry lupa lak nama)Tengah Makan 'Mee Jawa"

Insyaallah... Raya Haji nanti boleh la datang lagi.... mana tau tup tup i dapat cari 'belut sawah' boleh la saya buatkan 'sup belut' yang Nazri suka tu. Tapi kalau buat Tom Yam Belut pun sodap gakkkk.... tapi tak janji la ekkk... Insyaallah..

Aidilfitri & Perkahwinan

Dah agak lama tak masukkan entry baru..... cuma sekarang macam dah jadi trend buat majlis perkahwinan pada musim raya. Bila balik kampung hari raya baru ni, ada juga sepupu yang buat majlis kenduri kahwin di Teluk Intan. Bagusnya buat majlis kahwin pada musim raya ni sebab dapat menghadiri acara dua dalam satu. Semua ahli keluarga berkumpul di rumah yang satu dan dapat menjimatkan masa ziarah menziarahi. Bajet tuan rumah juga boleh disekalikan dengan bajet hari raya, jadi agak jimat juga le... foto-fota di bawah adalah sebahagian daripada acara kenduri tu...





Jadi sempena majlis perkahwinan sepupu saya Duan pada hari raya ketiga yang baru lepas, diucapkan 'selamat mengharungi alam rumah tangga' semoga kekal hingga ke akhir hayat. Insyaallah....

Friday, September 4, 2009

PUASA


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 183)

Wednesday, August 12, 2009

TEATER TOK JANGGUT

Pejabat Naib Canselor, USM, Pejabat Pembangunan Seni & Budaya (Dewan Budaya), USM, Pusat Pengajian Seni, USM dan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar akan menganjurkan sebuah pementasan teater yang berjudul “Tok Janggut” bersempena Sambutan Majlis Konvokesyen ke-40 dan Ulang Tahun ke. -40 Universiti Sains Malaysia. Pihak produksi dengan sukacitanya menjemput tuan/puan datang menyaksikan persembahan teater “Tok Janggut” seperti butiran berikut :

Tarikh: 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Auditorium Dewan Budaya,
Universiti Sains Malaysia


Menampilkan saudara Khalid Salleh, sebagai Tok Janggut di dalam teater ini. Beliau merupakan seorang pelakon dan juga aktivis teater yang hebat dan pernah merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasific 1998 dan Pelakon Lelaki Terbaik Festival FIlem Malaysia 1999.

Datanglah beramai-ramai bersama keluarga menyaksikan teater arahan Seni Bayan yang tidak asing lagi di kalangan penggiat teater Pulau Pinang.

MASUK ADALAH PERCUMA

Wednesday, August 5, 2009

"PERFORMANCE-RESEARH GROUP' Beraksi Di 'Mai@Seni'


Setelah lebih kurang seminggu berlatih selepas persembahan terakhir di 'Heboh Buku' yang lalu, hari ni kumpulan 'Performance-Research Group' PPSeni USM sekali lagi mempersembahkan kuda kepang bagi memeriahkan acara serta memenuhi jadual aktiviti acara 'Mai@Seni' yang berlangsung selam tiga hari bermula dari 4 Ogos yang lalu.


Persembahannya dilaksanakan dalam suasana yang sangat santai dan sedekat mungkin barusaha untuk menampilkannya dalam nuansa kekampungan yang sebenar. Tujuannya adalah untuk merapatkan persembahan tersebut dengan khalaykanya serta menjadi sebahagian daripada aktivit yang dilaksanakan oleh khlayak sewaktu acara mai@seni tersebut berlangsung.

Sunday, July 26, 2009

PELANCARAN BUKU & KUDA KEPANG



"Heboh Buku" Ekspo & Minggu ICT USM "Penerbitan Untuk Kelestarian" telah pun berlangsung pada 23 - 26 Julai 2009. Sempena pesta itu, buku saya yang bertajuk 'Mabuk Mistikal: Semiotik Metafizik Dalam Kuda Kepang Mabuk' turut dilancarkan. Pun begitu, saya tidak dapat berada di acara pelancaran tersebut kerana terpaksa memenuhi tuntutan acara lain pada tarikh yang sama iaitu pembentangan kertaskerja di 'Seminar Seni Kebangsaan 2009' anjuran Universiti Malaysia Sabah.



Namun saya berusaha berusaha untuk tidak menghampakan Penerbit USM dengan menjanjikan suatu persembahan Kuda Kepang pada tarikh 26.7.09 sebagai memeriahkan lagi acara Heboh Buku tersebut. Selesai pembentangan, saya bergegas kembali ke Pulau Pinang dengan menaiki pesawat Jam 7.00 pagi dari K.Kinabalu dan tiba jam 9.30 pagi di USM.



Jadi sempatlah saya menyertai pelajar saya yang sangat komited untuk mempersembahkan persembahan Kuda Kepang bagi memeriahkan acara anjuran Penerb it USM itu.

PERSIDANGAN SENI KEBANGSAAN - UMS, K.KINABALU, 24-25 JULAI 2009



'TEKS PERSEMBAHAN BARONGAN' DALAM KONTEKS MASAYARAKAT JOHOR KONTEMPORARI

Oleh: Mohd Kipli Bin Abdul Rahman

Pokok perbicaraan adalah mengenai 'teks persembahan barongan' di negeri Johor, khasnya di daerah Batu Pahat dari aspek struktur serta kepentingannya dalam konteks masyarakat Johor kontemporari. Dalam masyarakat tradisional, fungsi barongan adalah untuk tujuan keagamaan, pendidikan, interaksi sosial dan hiburan. Sehubungan dengan itu, kajian ini menumpu keempat-empat fungsi tersebut sama ada masih signifiken dalam kehidupan masyarakat Johor kontemporari yang masih lagi mengamalkan seni persembahan ini. Kajian ini juga turut membincangkan bagaimana teks persembahan ini mendepani era globalisasi dan tuntutan komersialisasi. Perubahan serta modifikasi dari aspek estetika persembahan yang berlaku dalam usaha melestarikan kewujudannya juga turut menjadi tumpuan.

Wednesday, July 15, 2009

KEAMANAN UNTUK URUMQI



Rusuhan etnik yang berlaku di Urumqi pada 5 julai 2009 lalu agak menyentak emosi saya kerana belum sampai sebulan rasanya saya meninggalkan jejak di kota yang indah itu. Sehingga hari ini dianggarkan kira-kira 192 orang telah terbunuh ekoran daripada peristiwa itu yang majoritinya adalah daripada etnik muslim Uygur. Saya mendoakan agar kemanan akan sentiasa mendampingi masyarakat di Urumqi dan perpaduan kaum akan terus utuh dan berkekalan.

Tuesday, July 7, 2009

Bird Nest & Water Cube

Dihadapan stesen 'subway' di perkampungan sukan Olempik, Beijing

Balik Dari Forbidden City berehat kejap kat guest house. Lepas tu sebelah petangnya saya menuju pula ke lokasi berikutnya iaitu Bird Nest dan Water Cube yang merupakan mercutanda baru Beijing yang terbina sempena pengajuran sukan Olimpik 2008. Disebabkan malamnya lewat hingga jam 10.30 pm dan kemudahan 'subway' yang murah [hanya 1 Yuan sahaja] maka memberikan ruang dan peluang untuk saya melawat ke sini kerana ini merupakan hari terakhir saya berada di China ni.



Saya naik dari stesen subway di Gulou tempat saya menginap dan turun di Olympic Green Station dan berjalan kaki menuju ke lokasi yang dituju.



Bird Nest dan Water Cube ni terletak bersebelahan sahaja, jadi saya dapat melawat kedua-duanya serentak. Lokasi acara suakan Olimpik ni memang besar dan luas. Kagum juga saya seketika...



Saya melawat ke lokasi ini pada sebelah petang kerana inigin menikmati keindahan kedua-dua mercutanda ini pada sebelah siang dan sebelah malam. Kerana waktu malam lampu akan dipasangkan pada kedua-duanya dan memberikan suatu kesan pencahayaan yang indah yang tidak dapat dilihat pada waktu siang.



Lagi pun saya tidak ada masa lain lagi untuk datang ke sini melainkan petang ini sahaja....Besok subuh-subuh lagi saya akan berangkat pulang tanpa dapat menikmati keindahan pengalaman berada di Tembok Besar Cina yang terkenal itu....