English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, August 8, 2011

MENUJU HANOI 2

Imigresen Cha Lo, Vietnam

16.7.11 (Sabtu)
Lebih kurang 5 minit berjalan menyeberangi jambatan Nam Tuang Bridge dan menaiki bukit kecil dan menuruni bukit dan di bawah lembah bukit sana kelihatan pejabat imigresen Cha Lo, Vietnam. Saya pun terus menuju ke sana dan terus ke kunter imigresen untuk mendapatkan cop masuk pada paspot. Oleh sebab tak ramai sangat lagi orang tiba jadi barisan di kaunter ni tak panjang sangat. Malah saya orang ke dua yang beratur di sini. Urusan cop masuk ni juga tak lah mengambil masa yang lam Cuma lebih kurang 10 minit je dah siap. Saya cuma kena bayar USD1 sahaja (saya bayar dengan KIP10,000 Laos) sebab nak habiskan mata wang Lao. Itu pun ada baki lagi. Untuk menghabiskannya, saya membeli beberapa barangan keperluan di sini dengan menggunakan KIP Laos dan baki pertukaran diberikan dalam matawang Dong Vietnam.



Walaupun dah siap cop paspot dalam jangkamasa relatif cepat, tetapi saya perlu menunggu bas dan penumpang lain untuk meneruskan perjalanan. Bila bas tiba, semua beg perlu dikeluarkan dari bas untuk di ’scan’ oleh pegawai imigresen Cha Lo, Vietnam. Kena lah punggah balik beg dan beratur untuk ’scanning’. Memanglah saya boleh siap cepat untuk ’scanning’ tapi masih perlu menunggu penumpang yang lain yang perlu melalui proses yang sama dengan barangan yang sangat pelbagai yang dibawa oleh mereka. Hal ini memang menjadikan proses ’scanning’ agak lambat. Maklumlah, penduduk dikedua-dua negara ini saling bertukar barangan samada untuk keperluan sendiri mahupun untuk perniagaan.



Lebih kurang 1.30 jam berlalu, akhirnya semua proses ’scanning’ barangan selesai dan semua penumpang boleh memasukkan semula barangan ke dalam bas. Saya pun terus je masukkan beg saya ke dalam bas dan terus masuk ke dalam bas. Lebih kurang 30 minit berlalu, akhirnya semua penumpang telah memasukkan barangan ke dalam bas dan kesemuanya telah masuk ke dalam bas. Jam 9.45 pagi, bas pun bergerak meninggalkan imigresen Cha Lo, Vietnam menuju ke Hanoi.



Saya terus merehatkan diri sahaja di dalam bas tu sambil menikmati pemandangan hutan hujan tropika Vietnam. Sepanjang perjalanan ni, bas berhenti di lokasi pertama yang saya tidak ingat namanya untuk mendapatkan sarapan pagi. Saya Cuma turun seketika untuk ke tandas sahajan. Namun, saya tidak bernait untuk mendapatkan sarapan pagi di sini kerana status halal makannya diragui. Jadi saya hanya memakan biskut yang saya beli sewaktu di imigresen Nam Pao, Laos tadi sambil menanti penumpang lain menyudahkan sarapan pagi mereka.

Lokasi berhenti rehat untuk mendapatkan sarapan pagi

Bila tengahari menjelang, bas berhenti lagi untuk membolehkan penumpang mendapatkan makan tengahari. Sekali lagi saya hanya pergi ke tandas dan tidak mendapatkan makan tengahari. Sebaliknya, hanya makan biskut yang memang cukup sehingga malam nanti. Lokasinya juga tidak saya pastikan di mana kerana saya hanya ingin berehat di dalam bas. Akhirnya, jam 9.00 malam, kami pun tiba di kota Hanoi, Vietnam. Sebelum tiba di stesen bas Vietnam, Ejen pelancongan telah masuk ke dalam bas yang saya naiki dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan hotel kepada para pelancong yang ada di dalam bas.



Ejen ni memaklumkan, kalau ambil teksi sendiri menuju ke hotel nanti kena tipu dengan pemandu. Jadi, dia menawarkan perkhidmatan yang murah dan selamat katanya. Oleh sebab saya tidak menempah mana-mana hotel lagi maka saya rasa tawaran ini adalah baik. Lagi pun hari dah malam dan saya masih tak pasti nak tinggal di mana lagi. Jadi bila bas tiba di stesen. Saya pun turun dan mengeluarkan beg dari bas terus menerima tawaran ejen pelancongan wanita itu tadi. Saya menuju ke arah mini bus yang dikenderai oleh ejen itu dan beberapa pelancong lain juga mengikutinya. Dalam mini bus, ejen tu memaklumkan bahawa dia juga boleh menyediakan hotel dengan kadar yang berpatutuan iaitu Municipal hotel yang terletak di ’Old Town’. Kami pun terus menuju ke hotel tersebut dengan kadar tambang mini bus tu USD1.50 (30,000 Dong).

Municipal Hotel, Hanoi

Sampai di Old Town tu, mini bus berhenti betul-betul di hadapan Municipal Hoteal dan pun saya terus mengikuti ejen wanita tu masuk ke dalam hotel dan mendaftar masuk. Sebab saya telah memutuskan untuk tinggal di hotel ini sahaja. Sebabnya, lebih mudah, murah dan selesa....pelancong lain tu boleh je berjalan kaki dari situ ke hotel tempahan mereka kerana lokasinya adalah berdekatan sahaja. Kadar untuk satu malam tinggal di Municipal Hotel ni adalah USD11. saya pun dibawa melawat ke kamar dahulu untuk melihat-lihat. Memang berbaloi dengan harganya, jadi bila turun ke akunter semula, saya memutuskan untuk terus menempah selama dua malam di sini. Masuk ke kamar, saya terus membersihkan diri, solat dan terus tidur.....sebab terlalu letih....

PERJALANAN MENUJU HANOI, VIETNAM

Stesen bas Utara, Vientiane, Laos

16.7.11 (Sabtu)Jam 5.00pm, ejen yang dinanti pun tiba dengan sebuah ’van pick up’ dan saya pun terus naik ke dalamnya. Kemudaian van ni berhenti di beberapa hotel lain untuk mengambil beberapa penumpang lagi yang kesemuanya dari London iaitu seramai 4 orang. Setelah semua penumpang naik, perjalanan diteruskan menuju ke stesen bas hinggalah jam 5.25pm, kami tiba di stesen bas Selatan. Ingatkan nak turun kat sini dah. Rupanya belum lagi, sebab singgah kat sini Cuma untuk mengambil dua orang lagi penumpang orang putih perempuan yang tiba setelah 5 minit menanti. Jadi jam 5.30 pm van tu terus bergerak menuju ke destinasi yang sebenar iaitu ke stesen bas Utara yang tiba pada jam 5.55pm. jadi, hampir satujam gak la perjalanan dari kota Vientiane ke stesen bas Utara nih. Ditambah lagi dengan keadaan jalan yang relatif sempit dan sedikit berdebu sambil melalui kawasan sawah padi dan ladang.

Stesen bas Utara, Vientiane, Laos

Setibanya di stesen bas Utara tu, kami diberikan tiket bas dan diarahkan menuju ke bas masing-masing. Stesen bas ni agak becak kerana disirami hujan dan tidak bertar. Terdapat ramai penumpang yang telah bersesak-sesak di kawasan stesen tu untuk mendapatkan bas masing-masing. Akhirnya, jam 6.05 pm, saya pun dibenarkan masuk ke dalam bas dan diberikan bekas pelastik untuk menyimpan kasut kerana masuk dalam sleeper bus ni ken buka kasut. Sebabnya, bas ni untuk orang tidur dan baring dan bukannya duduk macam bas biasa je. Saya pun terus menuju ke katil saya yang terletak di tengah-tengah di antara dua barisan katil yang lain di kiri kanan saya. Situasi ni mengigatkan saya kepada kembara seaktu di China dulu. Macam ni lah saya naik bas dari Urumqi menuju ke Kashgar. Tapi masa tu saya dapat katil di sebelah tepi melekat ke tingkap. Akhirnya, jam 7.00pm semua penumpang sudah menaiki bas dan petugas pun mengedarkan sebotol air mineral untuk setiap penumpang, berus gigi beserta ubatnya serta tisu untuk mengelap muka. Jam 7.25 malam, bas pun bergerak meningalkan stesen bas utara, Vientaine itu.

Ruang dalam Sleeper Bus

Setelah lebih kurang sejam perjalanan, bas tu berhenti di sebuah restoran yang saya pun tidak pasti di mana lokasinya kerana malam yang gelap itu. Semua penumpang turun di sini untuk ke tandas dan yang mana lapar tu boleh mendapatkan makan malam di sini. Saya pun tak tau nak buat apa, ikut turun sekali dan mengambil peluang untuk ke tandas. Nak makan rasa tak sanggup plak sebab menunya semua diragui status halalnya. Akhirnya, saya hanya membeli sebotol air botol namun tidak dapat menghilangkan rasa lapar. Pun begitu, ditahankan juga. Nasib baik lah ada biskut lebih yang saya beli tempohari. Jadi boleh lah dimakan sedikit demi sedikit. Setelah lebih kurang 30 minit berhenti rehat di situ, bas pun meneruskan perjalanan diiringi dengan deruan hujan yang jatuh membasahi bumi pada malam itu. Saya tidur-tidur ayam je dan bila tersedar saya lihat jam di tangan menunjukkan jam 12.00 malam. Saya terjaga apabila bas berhenti di sebuah lokasi sambil memaklumkan sesuatu dalam bahasa Lao.

Ruang dalam Sleeper Bus

Saya tidak memahami apa yang dimaksudkan dan meneruskan tidur sebab ingatkan saja je berenti rehat seketika. Saya lihat sebahagian daripada penumpang turun meninggalkan bas dan sebahagian yang lain termasuk saya masih tinggal di dalam bas. Enjin bas turut dimatikan. Saya malas nak ambil pusing lalu terus melelapkan mata, empat hingga lima kali gak saya terjaga dan merasa hairan gak sebab bas nih tak jalan gak lagi. Setiap kali terjaga, saya pasti akan melihat ke arah jam tangan. Hari hujan sahaja sepanjang malam itu dan saya melelapkan mata lagi sehinggalah bila saya terjaga kali terakhir, jam menunjukkan jam 5.00 pagi. Saya terasa ingin buang air kecil lalu turun dari bas dalam hujan gerimis. Saya bertanyakan lokasi tandas di sekitar kawasan itu. Namun sebaliknya, saya disuruh je masuk ke dalam bas semula.

Ruang dalam Sleeper Bus

Malas nak banyak cerita, saya pun menahan je daripada membuang air tu dan naik semuala ke atas bas. Ingatkan tadi nak ambil air sembahyang sekali. Tapi nampaknya tak jadi lah plak. Saya cuba memerhatikan sekeliling dalam keadaan samar-samar tu untuk memastikan lokasi apakah ini? Tidak lama kemudian pemandu bas mula menghidupkan enjin dan sebahagian penumpang yang turun dari bas malam tadi naik semula dalam keadaan yang segar sekali....oooo... rupa-rupanya lokasi ni adalah rumah tumpangan dan penumpang yang tak nak tidur dalam bas boleh tidur di rumah tumpangan tu dan bayar la untuk penginapan malam tu. Tu yang sebahagian daripada penumpang yang turun malam tadi..

Dah tiba di Sempadan imigresen Nam Pao, Laos

Jam 5.30 pagi, bila semua penumpang sudah berada di dalam bas, baharulah bas meneruskan perjalanan menuju ke destinasi iaitu imigresen Nam Pao. Bila dah bas berjalan tu, saya pun menunaikan solat. Oleh sebab tak ada wuduk dengan air, saya pun bertayamum je lah dalam bas tu untuk menunaikan solat subuh. Jarak dari rumah tumpangan ni ke sempadan Nam Pao tu tak la jauh sangat sebab jam 6.00 pagi bas dah pun tiba di sempadan tuh. Dalam hujan yang masih gerimis tu, kami semua diminta turun dari bas untuk cop paspot. Mmmmhhh rupanya jaraknya tidak la jauh tapi sebab bas bergerak awal dan pejabat imigresen hanya dibuka pada jam 6.00 pagi, tu yang tidur kat rumah tumpangan tadi tu. Alahai.... kenapa lah jadual bas tu tak bergerak jam 12.00 malam je, jadi sampai kat imigresen jam 6.00 pagi. Tak payahlah kena berhenti untuk tidur dalam bas je tanpa bergerak.....mmmmm ....

Dah tiba di Sempadan imigresen Nam Pao, Laos

Sebelum menuju ke kaunter cop paspot, saya nampak ramai orang memanjat bukit ditepi jalan tu dan nampaknaya di situ ada tandas. Jadi saya pun, mengambil kesempatan ini untukikut naik memanjat bukit dalam hujan gerimis tu untuk ke tandas dan membersihkan diri apa yang patut. Baharulah lega rasanya...... bila turun dari bukit tu, pembantu bas tadi melaung-laung ke arah saya suruh cepat....cop paspot katanya....saya pun tanpa berlengah, akur dengan arahan itu.

Dah tiba di Sempadan imigresen Nam Pao, Laos

Tapi kat sini paspot saya tidak diminta oleh pemandu bas semalam. Tak macam kat Chiang Mai tempohari. Jadi di sini saya tak perlu bayar apa-apa. Masuk je ke dalam pejabat imigresen tu, punya ramai orang berebut-rebut nak cop paspot. Jangan mimpi la nak beratur kat sini. Kalau ikut aturan sangat memang tak bercop lah paspot tuh....masing-masing berpusu-pusu ke kaunter dan nak cop paspot dulu. Agak lama gak saya menunggu di situ dan akhirnya saya terpaksq akur dengan sistem di situ dan turut berebut gak nak cop paspot setelah menanti selama satu jam di situ.

Menyeberangi Nam Tuang Bridge yang memisahkan Negara Laos dan Vietnam

Bila dah cop paspot tu, kami semua diarahkan menyeberangi jambatan Nam Tuang yang memisahkan negara Laos dan Vietnam, dengan berjalan kaki menuju ke imigresen Cha Lo, Vietnam. Saya pun berjalanlah mengikut arahan tu dalam hujan gerimis sambil menikmati pemandangan hutan yang indah itu. Rasa syukur ke hadrat Illahi kerana peluang yang diberikan untuk menikmati keindahan ciptaanNya itu....

Sunday, August 7, 2011

HARI-HARI DI VIENTIANE

Vientiane, Laos
16.7.11 (Sabtu)

Pagi ni, usai berkemas, awal-awal lagi saya terus keluar untuk mencari sarapan pagi. Cuaca agak mendung dn kemungkinan akan hujan lagi hari ni rasanya. Saya terus bergerak menuju ke restoran Nazim untuk mendapatkan sarapan. Malangnya, restoran ni masih belum buka lagi sebab tiada perkhidmatan sarapan pagi di sini. Lalu saya pun teringat untuk mengambil gambar masjid dari dekat sebab semalam saya tidak sempat untuk menghampirinya kerana cuaca hujan dan masa yang agak tergesa-gesa. Jadi pagi ni saya ingin mengambil kesempatan itu. Malangnya, lorong yang perlu dilalui untuk sampai ke masjid itu di halangi oleh beberapa ekor anjing yang menyalak dengan ganas je bunyinya. Anjing-anjing tu sebenarnya milik tuan kedai makan yang terdapat di tepi laluan untuk ke masjid itu.

Pandangan Vientiane dari balkoni guesthouse

Pandangan Vientiane dari balkoni guesthouse

Lepak jap di balkoni guesthouse

Oleh sebab tidak mahu kecoh dengan anjing-anjing tu, saya terpaksa membatalkan niat untuk mengampiri masjid itu. Insyaallah, jika diizinkan Allah, akan dapat la saya menghampiri masjid itu dan mengambil gambarnya dari dekat....kemuadian nanti mungkin boleh.... oleh sebab perut pun dah lapar dan restoran halal mulim masih belum ditemui, maka saya pun memutuskan untuk singgah di cafe ’Scandanavian Bakery’ yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan saya. Masuk ke dalam cafe tu, saya terus memesan roti dan kopi dengan harga 25,000 KIP (RM9.35). Ok gak la...

Jalan-jalan cari sarapan

Jalan-jalan cari sarapan

Sarapan Pagi telor, roti dan kopi

Sedang saya menikmati sarapan tu, seperti yang dijangka, tak perlu tunggu petang... pagi-pagi tu juga hujan turun. Alhamdulillah... bertambah nikmat pula rasanya saya menikmati hidangan pagi tu dengan kedinginan cuaca hujan pagi. Namun dalam hati berkata, ’sah lah petang ni juga saya akan bergerak ke Hanoi...’ sebab tak ada apa sangat dah yang dapat saya tinjau di sini... jadi usai sarapan tu, saya terus ke pejabat ejen pelancongan berhampiran untuk menempah tiket bas ke Hanoi. Saya memilih untuk nai ’sleeper bus’ dengan tambang USD35 dan akan bergerak pada jam 5.00 petang nanti.

Inpeng temple

Waterfront sungai Mekong, Vientiane

Waterfront sungai Mekong, Vientiane

Bila dah beli tiket tu, saya pun terus bersiar-siar sebab waktu masih pagi lagi dan saya hanya akan kembali semula ke hotel sebelum waktu daftar keluar iaitu jam 12.00 tengahari. Destinasi yang saya kunjungi pagi ni adalah Lao National Museum yang lokasinya terletak berhadapan dengan Lao Cultural center dengan kadar masuk sebanyak 10,000 KIP. Oleh sebab aktiviti fotografi adalah dilarang dalam muzium nih, maka tiada gambar di dalam muzium yang boleh diambil. Sebagai sebuah Muzium negara, keadaan muzium ni agak sederhana sahaja samada dari segi prasarana mahupun koleksi. Pun begitu, koleksi pameran yang di hidangkan amat menusuk jiwa terutamanya sejarah perjuangan rakyat Laos dalam usaha mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Perancis.

Di tepian sungai Mekong

Di tepian sungai Mekong

Di tepian Sungai Mekong

Lebih kurang 1 jam setengah saya berada di dalam muzium tu, kemudian saya keluar dan bergerak pula menuju ke Stadium Anouvong. Saya tak masuk dalam stadium ni, Cuma ambil gambar kat depan pintu masuk stadium tu je. Lagi pun tak ada apa-apa acara menarik yang berlaku dalam stadium tuh. Dari situ, saya terus berjalan ke waterfront di persisiran sungai Mekong dan ternampak sebuah restoran muslim yang bernama Restoran Fatima. Ni satu lagi restoran halal yang turut menyediakan menu masakan Malaysia. Tokeh kedai ni merupakan India Muslim yang berkahwin dengan wanita Lao dan membuka restoran di sini. Lokasinya terletak di waterfront yang menghadap sungai Mekong. Saya pun singgah di sini seketika untuk menghilangkan lelah sambil memesan minuman jus manggo lassi. Oleh sebab masih awal lagi, jadi saya tidak memesan makan tengahari namun berjanji akan datang semula ke sini nanti untuk mendapatkan makanan tengahari.

Di tepian sungai Mekong

Di tepian Sungai Mekong

Di tepian sungai Mekong
Usai menghilangkan lelah tu, saya terus bergerak menuju ke hotel sebab jam sudah semakin menghampiri jam 12.00 tengahari. Setibanya di hotel, saya terus masuk ke kamar dan berkemas apa yang patut dan terus turun semula ke lobi untuk daftar keluar. Selesai urusan tu, saya memohon untuk meninggalkan beg di dalam setor simpanan barang. Dah simpan barang, saya terus keluar semula sebab saya hanya akan dijemput dari lobi hotel ni pada jam 5.00 petang. Jadi, saya keluar mencari beberapa barangan yang saya teringat nak beli di Vientiane nih. Setelah mendapatkan barangan yang saya ingini, terus sahaja saya menuju ke restoran Fatima semula sebab perut pun dah lapar dan jam menunjukkan jam 2.00 tengahari dah. Saya memesan nasi goreng kambing dan sup ayam untuk hidangan tengahari nih. Rasanya ok gak la, tapi saya rasa makanan di restoran Nazim relatif lebih sedap.

Di tepian Sungai Mekong

Restoran Istanbul

Cultural centre

Saya bersantai-santai je menikmati makan tengahari di restoran Fatima tu dan bila rasa dah lama sangat, saya pun meneruskan perjalanan dan singgah di sebuah kedai buku lalu mendapati ada buku yang menari untuk dibeli. Saya pun membelilahs ebuah buku di Vientiane nih...dari kedai buku tu, saya meneruskan perjalanan menggaluri sepanjang persisiran sungai Mekong menuju ke Patung Anouvong yang menjadi mercutanda Waterfront Vientiane dan terletaka di Anouvong Park. Patung ni dibina dengan bahagian mukanya menghadap sungai Mekong. Terdapat juga beberapa wanita yang melakukan upacara keagamaan dihadapan patung tersebut sambil memasangkan colok di bahagian tapak patung tersebut.

Lao National Museum

Lao National Museum

Lao National Museum

Saya bersantai-santai je menikmati makan tengahari di restoran Fatima tu dan bila rasa dah lama sangat, saya pun meneruskan perjalanan dan singgah di sebuah kedai buku lalu mendapati ada buku yang menari untuk dibeli. Saya pun membelilahs ebuah buku di Vientiane nih...dari kedai buku tu, saya meneruskan perjalanan menggaluri sepanjang persisiran sungai Mekong menuju ke Patung Anouvong yang menjadi mercutanda Waterfront Vientiane dan terletaka di Anouvong Park. Patung ni dibina dengan bahagian mukanya menghadap sungai Mekong. Terdapat juga beberapa wanita yang melakukan upacara keagamaan dihadapan patung tersebut sambil memasangkan colok di bahagian tapak patung tersebut.

Anouvong Stadium

Anouvong Stadium

Restoran Fatima

Mengikut papan tanda yang tertulis dihadapan masjid tu, Masjid Jamia VTE ni telah dibina sejak 1970 oleh masyarakat Muslim Laos. Oleh sebab mengejar masa, saya tidak berada lama di situ sebab usai mengambil gambar, saya terus beredar dan Alhamdulillah anjing-anjing tidak lagi menghalangi laluan saya. Dari situ saya meneruskan perjalanan menuju ke satu lagi destinasi yang ingin saya lawati iaitu Patukay – That Luang. Sebelum tiba di situ, saya singgah seketika di Muzium Sisaket namun tidak masuk ke dalamnya ekoran kesuntukan masa. Jadi, saya hanya mengambil gambar sahaja di situ. Meneruskan perjalanan ke Patukay – That Luang , ni pun sebenarnya satu lagi mercutanda Vientiane dan telah dibina sejak lama dahulu dan binaannya menyerupai binaan ’Charles de Gulle’ yang terknal di Paris tu. Tidak hairanlah kenapa ia dibina sedemikian kerana Laos pernah dijajah oleh Perancis suatu ketika dahulu. Sama seperti Charles de Gulle di paris, Patukay – That Luang turut di bina di tengah-tengah bulatan jalan dan jalan utamanya adalah Avanue Lane Xang yang menghadap kediaman presiden.

Restoran Fatima

Menu makanan Malaysia di restoran Fatima

Minum Jus di restoran Fatima

Memang agak tergesa-gesa juga saya berada di sini keran lokasinya yang sangat luas itu dan masa saya untuk kembali semula ke hotel sudah semakin hampir. Setelah mengambil gambar seketika, saya pun meneruskan perjalanan balik semula ke hotel dan tiba pada jam 4.30 pm. Ok gak la sebab tak lewat sangat. Setibanya di hotel, saya terus mengambil beg dan duduk menanti untuk dijemput oleh ejen pelancongan.
Makan tengahari di Restoran Fatima

Chao Anouvong Statute di Anouvong Park


Chao Anouvong Statute di Anouvong Park

Chao Anouvong Statute di Anouvong Park

Masjid Jamek Vientiane yang dibina sejak 1970 oleh Muslim Laos

Masjid Jamek Laos

Masjid Jamek Laos

Rumah teres yang dihuni oleh masyarakat Muslim Laos di hadapan Masjid Jamek Laos

JALAN-JALAN SEBELAH PETANG





Muzium Sesaket

Muzium Sesaket

Patukay-That Luang

Patukay-That Luang

Patukay-That Luang

Patukay-That Luang

Avannue Lane Xang