Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Friday, August 3, 2007
Panik 2
8.6.07, Kapal akan bertolak jam 5.00 pm so sebelum tu En. Khalid sediakan lunch dulu sebab ada masa lagi. Walaupun agak sibuk En. Khalid ni baik sangat untuk pastikan saya makan dulu sebelum bergerak. Terima kasih banyak-banyak En. Khalid sekeluarga atas keperihatinan itu. Selepas lunch saya jalan kaki ke bus stop no. 1 yang tak jauh dari kedutaan Malaysia kira-kira 30 meter jaraknya, iaitu tempat yang sama saya turun bila saya mula-mula sampai ke sini.
Walau bagaimanapun jalan di hadapan kedutaan sudah ditutup sebab hari ini ada acara 'larian marathon' di beberapa jalan dalam bandar Stockholm. tetapi jalan laluan bas no. 1 masih belum ditutup. Saya pun tunggu la bas kat situ dengan beberapa orang lain turut menunggu. Kat bus stand tu ada penunjuk masa elektronik yang menunjukkan bas akan sampai dalam masa lima minit lagi. Bas di sini semuanya 'punctual' sama dengan yang tertulis pada penunjuk masa pada bus stand tu. Saya pun tunggu la sampai masa lima minit tetapi bas tak datang lagi. kemudian penunjuk masa berubah menunjukkan angka 15. Maknanya bas berikutnya akan sampai dalam masa 15 minit lagi. Saya pun tunggu dan masih berharap bas akan sampai selepas 15 minit. Orang yang tunggu lebih awal tadi dah blah la plak tapi saya masih tunggu. sampai 15 minit berlalu tetapi masih tak kunjung tiba bas no. 1 ni.
Maknanya sudah 20 minit masa berlalu dan sepatutnya sudah dua buah bas melalui bus stop ni. tapi sampai sekarang satu bas pun tak lalu lagi. Saya pun tanya kat orang yang lalu-lalang kat situ dan diorang kasi tau jalan dah ditutup dan bas tak lalu lagi di situ. Alamak, jam sudah menunjukkan 3.40 pm, kapal akan bergerak pada jam 5.00 pm.... kes di Helsinki nampaknya berulang lagi di Stockholm ni. Saya dah mula panik. Kemudian saya ambil keputusan untuk berjalan kaki dengan menjadikan setiap bus stop untuk bus no.1 sebagai panduan untuk menuju ke pelabuhan.
Malangnya sampai satu point tu ada simpang la pulak dan saya dah kehilangan arah sebab bus stop no. 1 dah tak jumpa lagi tapi nombor 2 pulak yang jumpa. Saya cuba tengok map dan pastikan arah pelabuhan untuk kapal "Tallink" iaitu kapal yang akan mengangkut saya ke Riga, Latvia. Tapi kalau ikut map tu jaraknya agak jauh gak kalau jalan kaki dan masa dah makain suntuk. Walau bagaimanapun saya tidak ada pilihan lain, teksi pun tak ada lalu. Kalau ada teksi pun tentu tambangnya memang mahal. tapi kalau terpaksa maka tida pilihan lagi.
Saya pun cuba ikut tanda arah pada map tu untuk menuju ke pelabuhan sehingga akhirnya bertemu dengan stesen 'subway' dan tanya orang kat situ macamana untuk pergi kep pelabuhan. Wanita yang saya tanya itu bagitahu yang saya boleh gunakan subway untuk ke pelabuhan dan turun di stesen 'Gajet'. Tiket bas yang saya dah beli dengan harga 26 kroner tu boleh digunakan untuk subway gak. Alhamdulillah... lega rasanya sebab tak la sia-sia beli tiket tu sebab boleh guna untuk pengangkutan awam yang lain. Saya pun naik la subway tu dan tak lama, kejap je lebih kurang dua minit sampailah di stesen 'Gajet' tu. Saya pun turun dan staff kat situ bagi tahu yang stesen bas no.1 ada di luar bangunan stesen dan saya pun terus menuju ke stesen bas no. 1 untuk naik bas plak terus ke pelabuhan. Sampai kat bus stop tu tanya lagi orang kat situ dan saya diberitahu yang bas no. 1 dah tak lalu dah sebab jalan dah ditutup gak kat situ. Kemudian dia bagi tau boleh jalan kaki je dan ambik masa lebih kurang 25 minit.
Saya pun tanpa berlengah terus jalan, lagipun masa masih ada lagi kalau 25 minit tu. masih sempat lagi nak check-in. Jalan kaki pun tak la letih sangat sebab cuacanya sejuk dan nyaman je walaupun matahari terang-benderang. Sambil jalan tu jumpa la penumpang-penumpang kapal yang lain yang sama-sama jalan kaki nak naik kapal. salah seorangyna ialah Christian. Dia ni 'mix blood', maknya wanita siam dan ayahnya lelaki German. Masih belajar dan saja jalan-jalan 'backpack' sempena cuti musim panas. So, kami sembang-sembang sambil berjalan menuju ke pelabuhan. Ngam-ngam 25 minit kami sampai di pelabuhan khas untuk kapal 'Tallink'. Sebab kat sini ada beberapa pelabuhan yang berbeza lokasinya untuk syarikat perkapalan yang berbeza.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment