English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, September 25, 2007

PLASTIC CULTURE: WHERE ARE WE?

Director-choreographer : MOHD KIPLI B. ABDUL RAHMAN

Synopsis:



This work is an expression of a ‘New Genre Public Art’ through a medium of ‘Hybrid Performances’ and being communicated in a style of ‘Global Integrative Intercultural Performances”. It is a fusion of body art, fluxus and inter-media so as to establish a concept of plasticity with the use of plastic as a concrete object. Thus, the performance connotes different perspective in terms of space, time, and orientation towards gravity. All sorts of plastic material are utilized - dust bin, bottle, umbrella, plastic bag, plastic flower, rain coat, rope, chair, and plastic hose. They all represent meanings of their own. In addition, they are also used as costume, props, setting and musical instruments. The main issue addressed here is focus on the domination of plastic culture in all aspects of postmodern human life, more specifically in the globalization era.


In the performance, the extraction of plastic culture is done in two ways, extrinsically and intrinsically through looking at its effect on human existence through the performativity perspective. Extrinsically, plastic is seen as being an acceptable culture in postmodern people and applied as a symbol of materialism and status. Human dependency on plastic is reflected through economic and social prowess as the product of ‘free market capitalism’. Intrinsically, the plastic culture is viewed as having influenced the human behavior and supported by political hegemony and power. Undoubtedly, contradictions between words and human actions are clear signs of the meaning of plasticity. The world view with the strong grounding on the belief that the idea of ‘the ruling state or class has the ruling ideas’ has somehow affected the human life system that is so dependable on hegemony of underlying plastic culture as a whole. The clear cut effects that can be seen on the victims are political conflicts, warfare, destructions, and suffering caused by the plasticity practitioners.

Monday, September 10, 2007

Aduhai Ramadhan Yang Dirindu


Setelah setahun menunggumu wahai Ramadhan, kini kau datang lagi menjenguk sebagai simbol rahmat dan nikmat Allah untuk makhlukNya. Kerinduanku terhadapmu terubat kini dan kusambutmu dengan penuh rasa kesyukuran serta hamparan kecintaan yang mendalam kepada Yang Maha Esa. Buat semua ingin ku memohon kemaafan andai ada yang tersalah dan silap sepanjang hijrah kehidupan ini. Semoga puasa kita diterima oleh Allah dan semoga dengan kehadiran Ramadhan ini akan membawa keamanan dan kesejahteraan bagi seluruh umat Islam dan umat manusia seluruhnya. Moga sinar Ramadhan kali ini memungkinkan tercapainya keharmonian dunia yang diimpikan, Insyaallah....

Saturday, September 8, 2007

Panjat Penang Hill


8.9.07 (Sabtu)Selepas aktiviti berkayak bulan lepas nampaknya masih belum puas untuk beriadah secara outdoor ni. So, saya buat projek lain plak sempena menyambut merdeka dan sebelum ramadhan ni. Bersama-sama beberapa anggota induksi usm 07 kami pergi panjat penang hill la plak. 'Master mind'nya ialah Pn Umi yang sangat gigih buat acara-acara outdoor ni. pada awalnya seramai 15 orang yang masuk dalam senarai Yahoo Group kata nak join. Kemudian sorang... sorang... tarik diri atas alasan masing-masing. Tapi tak pe, macamana pun insyaalah boleh jadi. Ramalan cuaca plak menyatakan Penang akan hujan pagi tu. Tapi petang dan malam sebelumnya dah hujan tak henti-henti. Saya berharap agar esok pagi cerah la sebab hujan dah banyak mencurah-curah pd hari sebelumnya. Alhamdulillah, seperti yang dijangkakan hari ni sangat cerah paginya. Saya turun awal la sebab nak sampai awal sikit nak cari 'moon gate' tu kat mana. Kak umi kata tunggu semua kat situ. Janjinya jam 8.30am dah start tapi kena tunggu plak sampai semua datang, jadi jam 9.30 baru sampai semua. Jadinya dekat pukul 10.00 pagi gak la baru nak merangkak naik. Tapi kebosanan penantian terubat dengan breakfast sandwich tuna yang disediakan oleh Chef Shafawati (nama timangannya Bob), Sedap la plak...tang situ gak saya makan sebab lapar gak nih...sementara menunggu yang lain sampai.


Dah semua sampai, kami memanjat perlahan-lahan sebab kena bergerak dalam kumpulan dan yang lambat gerak kena ditunggu terutamanya Chef Shafawati (Bob). Kami berhenti beberapa kali selang dua tiga langkah sebab Shafawati yang bersaiz agak montel dah tak larat. Akhirnya Shafawati mengambil keputusan untuk turun semula ke kaki bukit dan tidak meneruskan memanjat bersama kami ketika saya dan beberapa yang lain dah sampai di 'point 5' sambil berehat menanti. Bob kata dia tak boleh nak panjat dah sebab tak larat disebabkan ini first time panjat bukit dan jarang buat exercise. So, dia ambil keputusan untuk pergi ke stesen kereta cable dan ambik 'cable car' naik ke puncak bukit bendera.


Sampai di 'point 5' tu kami berehat sambil ambil gambar dan kemudian meneruskan pendakian menelurusi lereng bukit yang agak mencabar la jugak sehingga ke 'point 8'. Semasa kami melalui track tu terjumpa la plak 4 orang budak 3 perempuan dan 1 lelaki yang berusia sekitar 9 hingga 12 tahun yang nampaknya dalam keadaan cemas. Saya dah agak budak-budak ni mesti dah sesat. Saya tanya nak ke mana? mula-mula mereka tak jawab dan cuma tunjuk muka cemas je. Mungkin malu kott..saya ulangi pertanyaan dan akhirnya si adik yang perempuan menangis dan mengaku yang mereka terpisah dengan mak cik dan mak mereka. Kemudiaan diikuti dengan si kakak yang mula nak menangis. Sah... budak-budak ni sesat... Saya pun tanya mana mak bapak mereka. Dia kata dah terpisah dan tak tau di mana. Nasib baik dia orang ada hand set tapi malangnya 'hotlink' tak ada capaian di sini. So saya tak boleh guna hp untuk buat panggilan. Kebetulan Pn. Umi ada line dan minta nombor mak diaorang. Malang lagi mak diaorang pakai line 'maxis' gak. So, tak dapat contact. nasib baik mak budak yang sorang lagi boleh dihubungi dan mereka berada di 'point 8'. So, kami suruh tunggu di situ dan bawa anak-anak mereka ke sana sebab kami pun memang 'on the way' ke situ. Budak-budak ni jalan laju betul, mengah jugak la kami nak mengekornya sehingga saya minta diaorang jalan pelan sikit....patut la diaorang ni tertinggal mak mereka. Sebab jalan laju sangat agaknya...susah nak ikut. Sehingga lah diaorang minta berhenti sekejap sebab dah letih. kami pun berhenti dan kak Umi bagi sandwich milik dia dan suaminya pada budak-budak tu dan sedikit cokelat dan air mineral. Happy la nampak bebudak tu dapat makanan...kesiannn....seronok juga rasa hati tengok bebudak tu gembira sebab masa kecik-kecik dulu saya pun pernah mengalami situasi seperti macam ni. Memang panik sebagai seorang kanak-kanak...


Sampai kat sini bertemulah budak-budak tu dengan mak-mak mereka dan akak tu bagi tahu yang anak-anak mereka ni dah jalan bersendirian sewaktu mereka sedang minum kopi kat situ (ha dah agak dahhhhh....budak-budak....). Sambil tu kami berehat dan dapat minum air suam je sebab jenis minuman yang lain dah habis sebab sampai dah lewat sangat dah. Lazimnya di tempat rehat ni disediakan air halia, teh bunga, kopi O, air masak dan biskut oleh sukarelawan. Sapa-sapa pun boleh minum dan kalau bermurah hati boleh menderma dalam tabung yang disediakan. Tapi kebetulan kami sampai tu semua dah habis, yang ada tinggal air suam je dan 'uncle' yang tunggu secara sukarela kat situ tengah masak air dalam satu tong yang besar. Nampaknya tak de rezeki kami latu, Insyaallah kalau ada rezeki nanti ada la....


Lepas dah rehat tu kami meneruskan pendakian manakala bebudak sesat tu dan maknya turun melalui track yang sama kami lalui tadi. Kami pulak tak ikut track dah sebaliknya ikut jalan tar plak menuju ke puncak. Laluan ni ialah laluan kenderaan untuk menaiki bukit bendera ni. Memang lebih memenatkan berbanding laluan track sebab mendaki secara menegak dan tidak mengelilingi bukit macam laluan track. Kaki plak terasa lebih cepat panas sebab berjalan di atas jalan tar serta laluannya terdedah kepada cahaya matahari. Untuk mengurangkan rasa letih, kami berjalan dengan santai sambil berborak-borak dan bergurau senda sehingga tak terasa dah nak sampai ke puncak. Bila sampai kat simpang menuju ke puncak tu saya, kak Umi dan suaminya sampai dulu. So, kami berhenti berehat sambil menunggu yang lain sampai. Lebih kurang 20 minak menunggu baru semua sampai dan rehat diteruskan bagi memberi peluang kepada yang baru sampai untuk 'bernyawa'. Bila semua dah ok, kamimeneruskan pendakian yang mengambil masa 5 minit je lagi. Kami sampai betul-betul di lorang di antara Pejabat Pos dan Balai Polis. OOOO..... kat sini rupa tembusnya....


Sampai je kat atas tu lebih kurang jam 1.00 pm kami terus menuju ke gerai makan tanpa berlengah lagi sebab semua dah lapar. Tadi masa memanjat kami semua dah plan nak makan macam-macam bila sampai kat puncak ni. Ada yang nak makan laksa lah, jagung rebus lah, ABC lah, Nasi Ayam lah dan macam-macam lagi. So, sekarang lah masanya....mmemang kami pulun habis. Saya order Nasi Ayam, Laksa dan air 100Plus. Yang lain memang order makanan yang dah di rancang masa tengah lenguh memanjat tadi. Meriah jugak la kami lunch kat sini dengan macam-macam hidangan.... bagus gak untuk release tension.....Masa tengah makan ni saya call Bob, rupanya dia masih tunggu cable car kat kaki bukit. Waahhh... nampaknya kami yang memanjat paklai kaki lebih cepat daripada naik 'cable car'. Bila kami dah hampir habis makan baru dia sampai...laaa... pas tu dia makan ai krim je....elok la tu...


Lepas lunch kami solat Zohor kat masjid Bukit Bendera yang baru tu...kawasannya agak lapang dan luas cuma ruang bangunan masjid tu kecil sikit. Kat puncak ni ramai budak-budak sekolah datang rombongan agaknya dengan cikgu-cikgu mereka. Nampak meriah la sebab ramai orang. Lepas solat kami memulakan perjalanan turun tapi sebelum tu sempat dulu nak ambik gambar dan beli kacang untuk kunyahan sewaktu menuruni bukit. hari dah mendung ketika kami memulakan perjalanan turun dan kali ni Bob ikut turun sekali dengan kami sebab tadi dia beli tiket 'one way' sebab memang dah plan nak turun ikut kaki. Tetapi kasut yang dia pakai pagi tadi dah terkoyak katanya dan dia hanya pakai selipar sandal je (bolehhh takkk....) . Memang kuat gak semangat kesukanan si Bob ni, sanggup ikut kami turun sekali dengn kasut selipar je walaupun tadi masa memanjat tak larat. Kami pun kira ok je...Belum sampai 5 minit berjalan turun hari pun hujan...maka kebbasahan la kami. Tapi itu tak jaddi hal bah kan rasa seronok plak sebab dah lama tak mandi hujan cam ni...he he he...Lama gak hujannya sapai ke 'point 8' makin bertambah lebat la plak.



Kami singgah di 'point 8' ni dan Alhamdulillah....ada air kopi O, teh hali dan lain-lain....dapat la memanaskan badan dengan kopi O waktu hujan lebat ni. Tapi cuaca di bawah sana tu cerah terang-benderang. Kat atas bukit ni je yang hujan. Selepas minum kopi, memandangkan hari masih hujan dengan lebatnya maka kami mengambil keputusan untuk meneruskan penurunan melalui jalan tar je. Tak perlu ikut track lagi sebab agak licin dan merbahaya gak. So, penurunan diteruskan dan ibu jari kaki terasa sakit gak sebab jalan turun ni pun curam la jugak macam naik tadi menegak. Sambil-sambil bersembahng tu akhirnya kami tiba juga di kaki bukit kira-kira jam 4.20 pm....Alhamdulillah....lega rasanya. kami pun bersalaman untuk berpisah dan kak Umi hantar Bob ke kaki bukit di stesen cable car sebab tadi Bob parking kereta dia kat situ. Saya pun pulang dengan rasa kelegaan walaupun letih....