English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, August 31, 2015

HARI PERTAMA PERSIDANGAN DI ISTANBUL...DAY 3


8 jun 2015 (Isnin) jam 7.30 pagi saya bergerak jalan kaki menuju ke Nippon Hotel dan sampai je di situ dah boleh daftar dan dan peserta pun dah ramai yang tiba. Jumpa rakan-rakan sejawat dari UPSI dan rupa-rupanya hampir 20% peserta pembentang kertaskerja adalah dari Malaysia yang antaranya USM, USIM, UMT, UITM dan UMS. Berkampunglah orang Malaysa di konferen ni nampaknya....... Lepas daftar saya minum dulu sebab tak sarapan lagi dan kebetulan hidangan sarapan memang telah tersedia....hhhmmmmmmmm... ok gak...





Jam 9.00 pagi ucapan Pengerusi oleh Prof. Dr. Ferit Uslu dan terus menjemput Pnegucaptama, iaitu Prof Dr. Berch Berberoglu yang berbangsa Turki dan bertugas sebagai profesor di University of Nevada, Reno, United States of America untuk memulakan pembentangan. Sangat mudah dan sederhana. Tidak perlu ada MC untuk memulakan acara dan menjemput pengerusi sebaliknya pengerusi konferen sendiri yang memulakan acara tanpa perlu ada remeh-temeh protokol.

Para Peserta sedang melakukan pendaftaran

Sekretariat Persidangan yang merupakan mahasiswa terpilih daripada beberapa buah universiti di Turki


Para Peserta sedang melakukan pendaftaran




Selesai pembentangan Ucapatama terus rehat minum kopi dalam  lebih kurang 15 minit kemudian para peserta masuk memenuhi ruang tiga bilik seminar yang bergerak serentak secara selari sehinggalah tiwa waktu rehat untuk makan tengahari. Hidangan tengahara turut disediakan oleh pihak hotel dengan makanan yang pelbagai mengikut citarasa Turki. sampaikan saya sendiri tak tahu mana nak makan dulu dan akhirnya saya tidak mampu menjamah kesemua menu yang dihidangkan kerana terlalu banyak dan pelbagai..... Alhamdulillah...
Hidangan sarapan yang sentiasa tersedia untuk dijamah pada bila-bila masa sepanjang waktu persidangan
Pemakalah dari Indonesia sedang menikmati hidangan ringan

Barisan Urusetia

Bersama Muhammad dari Mekah dan sedang melanjutkan pengajian di United States di hadapan 'Poster Presentationnya'


Para Peserta sedang melakukan pendaftaran

Bersama Muhammad dari Mekah dan sedang melanjutkan pengajian di United States di hadapan 'Poster Presentationnya'

Bersama Muhammad dari Mekah dan sedang melanjutkan pengajian di United States di hadapan 'Poster Presentationnya'


Peserta dari Turki (kiri) dan China (kanan)

Para peserta bersembang santai sambil menunggu acara bermula




Para peserta bersembang santai sambil menunggu acara bermula

Pengerusi Persidangan, Prof. Dr. Ferit Uslu seang memulakan acara

Pengucaptama, Prof Dr. Berch Berberoglu dari University of Nevada, Reno, United States of America

Pengucaptama, Prof Dr. Berch Berberoglu dari University of Nevada, Reno, United States of America

Pengucaptama, Prof Dr. Berch Berberoglu dari University of Nevada, Reno, United States of America sedang beraksi

Sebahagian peserta yang mengikuti ucapan Pengucaptama




Tiga bilik untuk sesi pembentangan selari

Bunting Persidangan

Usai makan tengahari, pembentangan kertaskerja  diteruskan lagi sambil diselangi dengan minum petang dan akhirnya konferen pada hari ini tamat  sekitar jam 5.00 petang. Setelah berborak-borak dengan para peserta beberapa ketika Dr. Mai dan Dr Juli mengajak saya menemani mereka untuk bersiar-siar sambil menikmati makan malam. Saya pun bersetuju namun mereka harus singgah di penginapan saya dahulu sebab saya perlu menyimpan beg dan menunikan solat terlebih dahulu. Kami pun berjalan meninggalkan Hotel Nippon dan melalui Taksim Squre menuju ke penginapan saya. Mereka menunggu saya di lobi sementara saya menyelesaikan solat dan membersihkan diri. Kemudian kami sama-sama berjalan menuruni bukit untuk menunjukkan jalan yang akan mereka lalui esok hari sekiranya ingin bersiar-siar ke Masjid Biru.


Jalan-jalan selepas selesai konferen hari pertama

Singgah beli monopod untuk selfie


Saya membawa mereka berjalan kaki sehingga ke gerai makan tepi laut tempat saya makan ais krim semalam dan Dr. Mai dan Dr Julie terus ajak saya makan malam. Saya rasa masih kenyang lagi sebab makanan hotel tengahari tadi relatif banyak. Namun, saya menemani mereka makan dengan memesan satu hidangan sahaja dan dikongsi tiga orang yang menunya adalah ikan dan roti. Dr. Julie yang belanja... Alhamdulillah.... Terima kasih...

Singgah beli monopod untuk selfie


Jalan-jalan selepas selesai konferen hari pertama


Jalan-jalan selepas selesai konferen hari pertama


Jalan-jalan cari makan Istanbul


Jalan-jalan cari makan Istanbul

Jalan-jalan cari makan Istanbul

Jalan-jalan cari makan Istanbul: Bersama Prof Madya Dr Juli dari UPSI. Terima kasih kerana belanja makan malam



Jalan-jalan cari makan Istanbul: Bersama Prof Madya Dr Juli dan Dr. Maisihah dari UPSI. Terima kasih Dr. Juli kerana belanja makan malam

Alhamdulillah, ni dia makan malam yang PM Dr. Juli belanja...

Makan malam tepi laut

Jalan-jalan cari makan Istanbul: Bersama Prof Madya Dr Juli dari UPSI. Terima kasih kerana belanja makan malam


Jalan-jalan cari makan Istanbul: Bersama Prof Madya Dr Juli dan Dr. Maisihah dari UPSI. Terima kasih Dr. Juli kerana belanja makan malam


Tunggu makan malam sampai

Seusai makan malam tu, kami balik berjalan kaki semula dan sempat la pula membeli monopod dengan harga 10Lira setiap satu. Kami meneruskan perjalanan mengikut jalan yang sama kami lalui tadi dan saya menghantar mereka sehingga ke penghujung Dataran Taksim yang menuju ke lorong Nippon Hotel di mana mereka berdua menginap. Setelah menghantar mereka pulang, saya pun terus sahaja balik ke hotel sebab dah malam dah..... setibanya di hotel saya terus solat dan tidur sebab esok saya perlu membentangkan kertaskerja pulak... Dr. Mai dan Dr. Juli dah selesai dah tadi...hhhhmmmmm... zzzz....



Wednesday, August 19, 2015

TURKEY.... DAY 2




 Taksim Square

7 Jun 2015 (Ahad). Lena tidur malam tadi setelah amat keletihan dalam perjalanan yang relatif panjang. Solat subuh seawal jam 3.30 pagi dan matahari terbit sekitar jam 5.30 pagi. Memang awal subuhnya di musim panas ni dan siangnya relatif panjang kerana maghrib masuk sekitar jam 8.30 malam dan Isyak sekitar jam 10.30 malam. Kira-kira jam 8.00 pagi saya turun ke lobi dan dimaklumkan makan pagi tidak disediakan...... hmmmm agak mahal juga lah bilik yang saya sewa ni sebab tidak termasuk sarapan pagi... Penjaga kaunter tu pun buat tak tau je jadi saya lupakan niat untuk bertanyakan resit bayaran hotel.... Tengoklah.... asalkan dia tak minta duit lagi sudahlah.... saya pun terus sahaja keluar meninggalkan kaunter untuk mendapatkan sarapan pagi yang boleh memenuhi selera.... Lama juga berjalan-jalan mencari sarapan yang sesuai tu sebab semua kedai menjual kebab... kebab...dan kebab....


Taksim Square


Taksim Square



Akhirnya saya singgah di sebuah kedai yang menjual roti dan kopi di Dataran Taksim yang terkenal itu dan memesan caffee lattee dan roti. Lepak-lepak minum kat situ dalam beberapa minit pas tu terus bergerak memenuhi tujuan utama hari ini, iaitu mencari di mana letaknya Nippon Hotel yang menjadi lokasi konferen esok... Jalan punya jalan sekitar Taksim tu akhirnya saya ternampak penanda hotel tersebut yang letaknya tidak jauh dari stesen Havatas yang saya naiki semalam. Kebetulan saya berdiri betul-betul berhampiran stesen Havatas tu dan terus terpandang logo hotel berkenaan. Saya terus menuju ke situ dan mengambil gambar hotel dan logonya untuk peringatan. Saya tidak bercadang untuk hari ini kerana waktu pendaftaran hanya akan dibuka pada jam 2.30pm sedangkan sekarang masih pagi lagi. Jadi, saya bercadang untuk mendaftar esok pagi je kerana lokasi ni pun tak jauh dari hotel tempat saya menginap. Berjalan kaki dalam 15 minit je dah boleh sampai. Lagipun pendaftaran esok bermula jam 8.30 pagi dan siang bermula lebih awal.
 



Stesen Tram Fidikkli


Bergerak dari situ, saya mengambil peta di tangan dan bercadang untuk bersiar-siar ke Masjid Biru yang terkenal itu. Saya berjalan kaki menuruni bukit kerana dataran Taksim ni terletak agak di atas bukit dalam persekitaran Istanbul yang berbukit bukau membentangi laut Marmara ni. Lebih kurang 25 minit saya berjalan menuruni bukit maka tibalah di gigi pantai di mana terletaknya stesen tram Fidikkli yang boleh membawa saya sampai ke stesen Sultanahmet di mana terletaknya Masjid Biru itu. Saya pun bertanyakan orang di situ bagaimana nak naik tram tu dan beli tiket di mana? Saya dimaklumkan untuk membeli tiket di kaunter yang terdapat di tepi landasan tu atau pun daripada mesin yang disediakan. Saya membayar 2 Lira untuk perjalanan sehala ke destinasi yang dituju. Saya pun naik tram dan berhenti di stesen Sultanahmet setelah menyeberangi Selat Marmara yang mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja. Selat Marmara Memiashkan Taksim dan Sultanahmet.

Gigi laut Selat Marmara bersebelahan Stesen Tram Fidikkli

Gigi laut Selat Marmara bersebelahan Stesen Tram Fidikkli

Stesen Tram Fidikkli






Masjid Biru

Masjid Biru


Masjid Biru

 
 Masjid Biru

 
Masjid Biru

 
Masjid Biru

Masjid Biru

 
Masjid Biru

 
Masjid Biru

 


 
Agahia Sofea

Agahia Sofea

Agahia Sofea

 

Jalan-jalan sekitar Masjid Biru, Muzium Topkapi dan terus balik jalan kaki je sampe ke hotel. Singgah makan tengahari dan membeli burger ikan di tepi laut berhampiran jambatan. Ini merupakan menu Turkey yang memang saya idam-idamkan untuk menjamahnya. Akhirnya impian itu tercapai.... Alhamdulillah... walaupun rasanya cukup sekadar untuk memenuhi selera perut yang tengah lapar.....jalan kaki melalui bawah jambatan yang terdapat deretan restoran mewah sepanjang jambatan tu. Separuh jambatan saya naik ke atas jalan dan menyaksikan ramai orang memancing ikan di sepanjang jambatan. Terus berjalan sehingga akhirnya sampai di hotel semula kira-kira jam 1 tengahari dan terus solat dan rehat.....

 


 
Topkapi

Topkapi
 
Topkapi

Topkapi

 
Topkapi

Topkapi


Topkapi


Topkapi


Topkapi




Topkapi












































Burger Ikan



Burger Ikan


Burger Ikan







































Setelah berehat sekiti di kamar tu, saya bercadang untuk keluar semua bersiar-siar sebab duduk dalam bilik je pun boring gak...Lalu saya keluar semula berjalan-jalan menuju ke tepi laut di mana terdapat dan terpandang sebuah restoran yang ada menjual nasi......














Ni ha restorannya..... saya singgah di Selamet Bufe untuk mendapatkan makan tengahari dan merangkap makan malam la agaknya ni sebab waktu dah petang dah ni....saya pun memesan nasi berlaukkan kebab dan sedikit salad... ok la....Usai makan tengahari tu saya terus bersiar-siar di gigi laut hinggalah membawa ke petang.....


Menjamu Selera di restoran Selamet Bufe


Menu makan tengahari


































Sambil berjalan-jalan tu hingga membawa ke petang saya sampai di sebuah pasar basah yang menjula pelbagai jenis ikan dan sayur di tepi laut tu yang berhampiran jambatan. Saya masuk ke dalam pasar tu mengikut lorong pejalan kaki dan akhirnya saya sampai ke penghujung pasar di mana bermulanya kawasan gerai menjual makan yang didirikan di gigi laut. Kesemua menu utama di gerai tersebut adalah berasaskan ikan dan roti atau dipanggil juga burger ikan.




Penjual aiskrim Turki melambung-lambungkan aiskrim buatan sendiri







Oleh sebab saya masih belum berasa lapar lagi sebab baru je makan nasi, jadi saya tidak bercadang untuk makan yang berat di gerai tu. Saya singgah di sebuah kedai menjual aiskrim Turki buatan sendiri yang terkenal itu.  Menu ini jua merupakan makanan kedua yang saya impikan untuk menikmatinya.... Alhamdulillahh.....terlaksana juga apabila saya memesan semangkuk aiskrim dengan perasa vanilla dan lemon berharga 10 Lira. Mahal harganya di sini berbanding yang dijual di tepi jalan dengan harga serendah 2 Lira sahaja.





Menu minum petang merangkap makan malam

Usai lepak-lepak di situ saya mula melangkah pulang semula ke hotel untuk mendapatkan rehat bagi memulakan konferen yang akan dihadiri esok......