English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Saturday, August 25, 2007

Kayak Sempena 50 Tahun Merdeka!!!...

25.8.08 (Sabtu), saya mengikuti ekspedisi kayak bersama group induksi USM (Kump. 1) 2007 dan Kelab Reakreasi USM (KRU)di bawah Unit Sukan USM sempena acara menyambut 50 tahun merdeka. Taklimat dimulakan kira-kira jam 10.00 pagi oleh Tuan Adnan iaitu Pegawai Polis Marin yang menghantar beberapa orang anggotanya mengawal dan mengiringi aktiviti berkayak kami. Kemudian En Mohamad iaitu Pegawai sukan USM turut memberikan taklimat diikuti denga Pengarah projek kumpulan Induksi iaitu Dr Zary yang terakhir taklimat oleh En. Adnan yang mengjadi ketua ekspedisi berkayak ini.



En. Adnan juga turut mengetuai acara 'warming up' sebelum melepaskan kami semua berkayak. En. Adnan ni memang agak pakar dalam bidang rekreasi ni sebab sebelum ni beliau pernah menjadi manager di Jerejak Resort dan Spa. Jadi beliau memang dah masak dengan selok belok pantai jerajak dan kawasan sekitarannya yang kami nak lalui untuk berkayak ni. Tetapi beliau sekarang telah berhenti dan membuka syarikat consultation sendiri. So, USM selalu deal dengan dia la kalau ada hal mengenai projek rekreasi.

Kami bermula di pantai berhampiran Queens Bay Mall berdekatan dengan restoran 'Hammer Tom Yam'. Walaupun mengikut perancangan awalnya kami sepatutnya menggunakan jeti berhampiran 'Seagate food court'. Memang kumpulan induksi USM semuanya menunggu di jeti Seagate beserta denga En. Adnan dan anggota polis Marin(Itu yang diberitahu oleh En Adnan). Saya dah tunggu kat situ sejak jam 7.00 pagi lagi (excited giller gitu...)Sehinggalah jam 9.30 pagi kami diberitahu bahawa lokasi permulaan berkayak telah diubah ke point yang terletak di pantai Queens Bay kerana lori yang membawa kayak yang akan digunakan telah memunggahkan kayak-kayak yang akan digunakan di pantai tersebut (Kira tersalah lokasi la tu....). So, kami pun berpatah balik ke pantai Queens Bay kerana lebih mudah kalau kami yang bergerak daripada kayak yang dipindahkan ke jeti Seagate(Ambik masa lama la nak masukkan dan punggah kayak-kayak tu balik.
Sampai je kat situ semua kumpulan KRU dan pegawai-pegawai berkenaan sudah berada di situ dan tanpa berlengah masa acara taklimat dimulakan sambil ambik gambar beramai-ramai. Jadi, selepas je warming up tadi tu kami semua memilih pasangan masing-masing sebab satu kayak akan dikayuh oleh dua orang. Saya berpasangan dengan Dr. Zary dan yang lain telah memilih pasangan masing-masing jugak. Keadaan cuaca cerah pada pagi tu walaupun terdapat sedikit awan mendung menghala ke Balik Pulau, dan air laut plak agak tenang dan sangat sesuai untuk berkayak. Destinasi pertama kami ialah menuju ke pantai jerjak di point jeti bekas penjara pantai jerjak yang mengambil masa kira-kira setengah jam jugak untuk tiba di situ dengan mengadakan sekali 'rafting' je sebelum tiba di jeti tu.



BEKAS PENJARA PULAU JERJAK




Sampai je kat sini kami dibawa oleh En. Adnan menjejaki kesan peninggalan penjara yang pernah menempatkan para banduan di sini sejak selepas merdeka. Sebelum dijadikan penjara, tapak tersebut pernah dijadikan tempat qurantin oleh Penjajah Inggeris bagi buruh-buruh yang datang terutamanya dari India untuk bekerja di Pulau Pinang khasnya dan Tanah Melayu amnya. Sebelum dibenarkan masuk ke Pulau Pinang, para buruh tersebut akan ditempatkan di Pulau Jerjak ini terlebih dahulu bagi menjalani pemeriksaan perubatan dan diberikan injection insulin bagi menghalang penyebaran virus. Selain daripada itu, tapak ini juga pernah menjadi pulau qurantin bagi para jemaah haji yang baru kembali dari menunaikan fardu haji di Mekah. Para jemaah akan ditempatkan di pulau ini terlebih dahulu dan menjalani pemeriksaan perubatan sebelum mereka dibenarkan puoang ke kampung halaman masing-masing.



Sekiranya terdapat jemaah yang sakit maka tempoh qurantinnya lebih lama iaitu sehingga sakitnya sembuh baru boleh dibenarkan pulang ke kampung. Selagi tidak sembuh, mereka akan tetap tinggal di pulau Jerjak ini. Selepas itu baru lah tapak ini dijadikan penjara untuk penjenayah. Tapak yang kami lawati ini ialah penjara untuk banduan lelaki manakala bagi banduan wanita mereka ditempatkan agak jauh dari tempat lelaki. Ekoran keadaan lokasi tersebut yang tidak terjaga dan penuh dengan semak samun dan hutan maka kami tidak dapat pergi meninjau bahagian penjara wanita. Melihat kepada fenomena tersebut, nampaknya pihak bertanggungjawab perlu melihat dengan kacamata yang lebih luas lagi mengenai isu tersebut terutamanya yang ada kaitan dengan khazanah sejarah dan warisan negara.


KAYUHAN DITERUSKAN



Lebih kurang setengah jam kami berada di lokasi tersebut sambil berehat-rehat seketika, kemudian kayuhan diteruskan lagi. Sebelum bergerak lebih jauh, kami mengadakan rafting terlebih dahulu untuk mengambil gambar kumpulan berkayak dengan berlatar belakangkan jambatan pulau pinang dan pulau Jerejak. Gambar diambil dari bot yang mengiringi ekspedisi kami. Selesai bergambar kenangan itu, kayuhan diterusan dengan menelurusi pinggiran pantai Jerejak menghadap ke Pulau Aman yang terletak di antara Seberang Prai dan Pulau Jerejak. Oleh sebab kumpulan kami telah terpisah dalam jarak yang agak jauh di antara yang dihadapan dan peserta yang di belakang sekali maka siren dibunyikan untuk mengadakan rafting.

Malangnya peserta yang jauh di hadapan tidak mendengar siren tersebut sehingga ia dibunyikan beberapa kali dan bot polis marin yang ditumpangi oleh En. Mohammad dari Unit sukan mengejar peserta yang jauh dihadapan sambil membunyikan siren untuk rafting. Kemudian rafting diadakan lagi sekali untuk mengumpulkan semula kumpulan yang tertinggal jauh di belakang dan yang di hadapan. En. Mohamad menasihati supaya sentiasa 'alert' dengan kawan-kawan kumpulan kayak yang lain dan sentiasa 'alert' dengan bunyi siren untuk rafting. Sambil tu, peserta yang bawa cokelat dan makanan ringan sempat mengagih-agihkan makanan untuk mendapatkan tenaga semula.



Selepas sedikit taklimat nasihat daripada En. Mohamad dan berehat seketika sewaktu rafting tu, kami meneruskan kayuhan semula dan En. Mohamad meminta diri untuk tugasan beliau yang lain dan kami meneruskan kayuhan. kira-kira 30 minit berkayuh kami singgah di pantai untuk berehat smbil makan tengahari dan menunaikan solat Zohor di pinggiran pantai. Kami makan nasi yang disediakan oleh Cik Shafawati (atau nama gelarannya BOB). Dia dapat nama gelaran tu semasa dia menjadi chef di hotel sebelum menyertai USM. Katanya, oleh sebab kebanyakan chef terdiri daripada kaum lelaki maka kaum wanita turut dilayan seperti lelaki dan ada la sedikit 'dikriminasi' gender. Breakfast kami pun disediakan oleh chef Shafawati kita ni. Sedap masakannya, memang boleh la diberikan kredit dan lain kali kalau ada projek kumpulan atau persendirian boleh la panggil catering dia ni lagi "ahaks"....


PENEMPATAN KUSTA


Lepas makan dan solat, ketua lawatan kami iaitu En. Adnan yang sangat mahir dalam selok belok acara rekreasi macam ni membawa kami melawat ke satu lagi tempat bersejarah iaitu bekas penempatan kusta. Kami berjalan kaki sedikit dar tempat kami berehat masuk dalam hutan untuk meninjau tempat yang dulunya pernah dijadikan lokasi uyntuk menempatkan para pesakit kusta. Bangunan penempatan ini dibina pada tahun 1930 mengikut tulisan yang tercatat pada bangunan yang masih tinggal. Tempatnya memang agak menyeramkan dan tiada bekalan letrik pun pada waktu itu.


Menurut En. Adanan, para pesakit kusta hanya diterangi dengan cahaya lilin pada waktu malam. Dan siangnya juga agak gelap kerana bilik tidur mereka agak kecil dan tanpa tingkap, hanya ada pintu sahaja. Terdapat beberapa peralatan yang masih sisa dan menurut En. Adnan benda-benda yang terdapat di situ tidak boleh diambil dan dibawa pulang. Pernah satu kes berlaku ada pelawat yang mengambil dan membawa pulang benda dari tempat itu dan tiba-tiba rumahnya menjadi berbau busuk sehinggalah dia memulangkan semula benda tersebut kepada En. Adnan dan dihantar semula ke pulau Jerejak. Maksudnya, benda tersebut ingin tetap tinggal di pulau Jerejak (benar atau tidaknya kisah ini...wallah waalam...) hanya Allah sahaja yang tahu.



Penempatan kusta tersebut terbahagi kepada tiga bangunan iaitu tempat tinggal pesakit kusta, pejabat pentadbiran pesakit kusta dan rumah warden. Warden berketurunan Tionghua yang pernah tinggal di situ telah dikebumikan di pulau itu juga bersebelahan dengan bekas rumah banglow kediamannya di situ. Sayangnya tempat bersejarah ini turut mengalami nasib yang sama seperti tapak penjari tadai, telah terabai tanpa perhatian daripada pihak-pihak berwajib. Sempena menyambut 50 tahun Malaysia merdeka ini, akan adakah insan yang tergerak untuk mengalihkan pandangan ke arah sini????? Untuk menjejaki jasa-jasa yang pernah ditinggalkan oleh penempatan usang ini?????


KAYUHAN PULANG


Selepas melawat tapak bersejarah itu, kami kembali semula ke tepi pantai di mana kayak kami ditinggalkan dan kami semua bersiap sedia untuk berkayak semula dan destinasi kami ialh pulang semula ke point pertama di mana kami bermula tadi iaitu jeti pantai Queens Bay. Perjalan kayak kami agak mencabar pada kali ini kerana angin bertiup agak kencang dan kami terpaksa mengharungi air laut yang berombak setinggi satu kaki. Pada kali ini kami semua bergerak dalam kumpulan dan tidak ada peserta yang tertinggal jauh di belakang. Mungkin semuanya dah kenyang dan cukup rehat la tu. Jadi kami meneruskan kayuhan sehinggalah masing-masing dah letih maka rafting dilakukan sekali lagi untuk tujuan taklimat dan merehatkan diri. Sambil-sambil tu makan la apa yang patut dulu dan minum sikit. Rafting ni di adakan apabila kami semua telah mengelilingi bucu pulau dan menghadap ke pantai Seagate. En. Adnan mengarahkan kami menyeberangi laut menghala ke Pantai Queens Bay untuk balik semula ke jeti di sebelah Pulau Pinang. Ombak laut masih lagi tinggi dan memang agak mencabar dan kayuhan semakin perlahan bila dah hampir sampai serta masing-masing dah letih dan En. Adnan mengarahkan untuk melakukan rafting sekali lagi untuk menghilangkan letih. Kemudian perjalan diteruskan dengan didahului oleh peserta yang sampai lewat untuk rafting agar mereka tidak ketinggalan lagi. Akhirnya kami tiba juga di tempat penamat iaitu jeti di mana kami telah bermula pagi tadi dan jam menunjukkan kira-kira jam 4.30 pm. Alhamdulillah.....akhirnya kami berjaya menamatkan ekspedisi ini dengan jayanya. Seperti perbualan saya dengan Dr Zary bahawa aktiviti rekreasi kami ni kira bertaraf 'five star' la sebab bukan senang nak dapat. Kalau nak buat sendiri mungkin kena bayar ratusan ringgit terutamanya yang disediakan oleh hotel-hotel 'five star'. So, terima kasih bebanyak kepada semua peserta dan agensi-agensi yang turut membantu seperti polis marin, Unit Sukan USM dan Syarikat Consultant En Adanan.

Kami mengangkat kayak masing-masing dari gigi laut ke tepi jalan untuk memudahkan dipunggah ke dalam lori bila tiba nanti. Makanan yang masih tinggal diagih-agihkan kepada peserta yang berminat dan kami bersalaman dengan perserta yang lain sebelum meninggalkan tempat itu dengan penuh rasa kepuasaan dan bangga...Selamat Merdeka negaraku Malaysia yang ke 50 tahun...Merdeka...Merdeka....Merdeka....!

No comments: