Segala catatan dalam ruangan ini merupakan ekspresi pengalaman peribadi yang empunya diri terhadap perkara yang dilalui sepanjang hijrah kehidupan, pengembaraan dan aktiviti performance sama ada yang diperhatiakan mahupun yang dihasilkan. Justeru, dengan penuh takzimnya dipohon agar segala kutipan yang diambil daripada catatan ini haruslah disandarkan kepada yang empunya diri dan sudah tentunya terlebih dahulu mendapat keizinan.
Saturday, August 18, 2007
Tahniah...!!! Selamat Berkonvo....
19.8.07 (Ahad), Pagi ni merupakan sessi ke-8 majlis convocation USM dan kebetulan saya ditugaskan untuk mewakili Pusat Pengajian Seni ke upacara tersebut bagi meraikan Mahasiswa PPSeni yang bergraduat pada sessi pagi ini. Jadi, di sini saya ingin mengucapkan 'Selamat Maju Jaya' kepada semua bekas pelajar saya yang berjaya bergraduat pada tahun ini dan semoga kalian semua 'success' dalam menjalani 'performance' kehidupan yang mungkin berbeza dengan realiti kehidupan kalian sebagai mahasiswa sebelum ini. Kecekalan diri merupakan aset dan senjata penting dalam usaha 'survival for existence'.
Walau bagaimanapun, saya ingin memohon maaf kepad En. Syahrul Fitri kerana tidak sempat untuk turut sama meraikan convocation saudara kerana kesuntukan masa. By the way, good luck dan harap jumpa lagi di kl nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment