English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010



Fajar Hijrah 1431 bersamaan dengan Masehi 2010 menjelang
sebagai tanda Hijrah 1430 bersamaan Masehi 2009 menemui penghujungnya
sebagai tanda bertambahnya usia
sebagai tanda berkurangnya detik kehidupan dunia fana
sebagai tanda dekatnya jarak ke alam baqa
sebagai tanda kubur kata mari
sebagai tanda rumah kata pergi
sebagai tanda suntuknya masa untuk beramal
pun begitu
Selamat tinggal 2009 dan salam pertemuan buat 2010
moga keredhaan Allah berlimpahan
sepanjang hijrah kehidupan

Sunday, December 20, 2009

Berkayak di Damai Laut



Dah lama sangat saya tidak berkayak sejak yang terakhir kali sewaktu ekspedisi berkayak mengelilingi Pulau Jerejak lebih kurang dua tahun yang lalu. Jadi, kesempatan berada di Damai Laut Resort, Lumut, Perak pada minggu lepas membuka ruang untuk saya melepaskan rindu pada aktiviti berkayak ni. Walaupun hanya sekejap sahaja memandangkan tujuan seya berada di sini atas urusan kerja, namun terubat juga kerinduan pada aktiviti berkayak ni. Suasana pantai yang indah di sini turut memberikan sedikit nuansa percutiaan kepada saya walaupun bukannya untuk tujuan bercuti sebenarnya.

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT AWAL MUHARAM



Semoga kehadiran tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan kepada seisi dunia, juga semoga keamanan dan kesejahteraan menjadi milik seluruh cakerawala. Bersama-samalah kita memanjatkan doa demi dunia yang lebih sejahtera. Semoga Allah menetapkan iman seluruh umat Muslim demi menjadi khalifah yang menerajui kehidupan dengan penuh ketaqwaan.

Friday, December 4, 2009

'JatiKu'........IMPIANA 09



Performance 'JatiKu' semakin dibina strukturnya dengan kolaborasi muzik yang lebih bervariasi, diketuai oleh Ijard dan puisi yang dinukilkan oleh Deana Amane, khas untuk persembahan sempena 'USM Edufair09' di Impiana KLCC pada 5 Disember 2009. Pada malam persembahan itu, naratif performan 'Jatiku' distrukturkan dengan komposisi gabungan puisi yang dibacakan oleh Deana Amane dan Ghazali Ismail secara 'duet'. Gerak eksperimentasi turut diiringi dengan ensemble muzik yang mengangkat instrument solo 'dijiridu' sebagai alat muzik utama. Juktaposisi puisi, muzik ensemble dan gerak eksperimentasi yang dimodifikasi melengkapkan lagi proses performan 'JatiKu'. Walaupun begitu, saya memohon maaf kepada Dato' Prof. Dr. Mohd Ghouse Nasuruddin kerana tidak melibatkan beliau bersama serulingnya dalam persempahan kali ini. Pun begitu, performan 'JatiKu' ini sentiasa mempunyai ruang untuk pembaikan dan modifikasi aspek strukturnya. Jadi, di lain acara mungkin boleh berkolaborasi lagi bersama Dato'. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan keseluruhan persembahan sempena 'USM Edufair09'. Semoga kolaborasi ini akan terus digiatkan lagi...berikut adalah ekspresi puisi 'JatiKu':



JatiKu

Daerah ku ini penuh warna
Tarinya gemalai pesona jiwa
Berlagu merdu irama irama desa
Serunai bamboo alunan jiwa
Gendang rentak kakiku penuh rasa
Di daerah ini lagunya berjiwa
Jauh ditinggal anasir luar
Jauh terpencil dari rona pancaroba
Tapi jiwaku meronta-ronta
Mahu lihat daerah swana
Mahu bertukar rentak
Mahu berubah irama
Sungguh aku mahu
Dari merdu aku mahu bingit
Dari gemalai aku mahu yang tangkas
Gerakku bertukar rupa
Gerakku bertukar jiwa
Geakku bertukar rasa
Pedih kakiku
Pedih tanganku
Lebih pedih jiwaku
Lebih pedih rasaku
Ruanya yang mahu aku tukar
Bukan jiwaku
Bukan jatiku
Sesak aku dengar
Bukan aku
Irama bingi itu bukan milikku
Yang pantas itu bukan milikku
Aku kembali ke daerah itu
Kembali ke jatiku
Jatiku rupanya jadi jitu
Setelah itu
Jatiku itu aku
Jatiku itu aku
Jatiku itu aku
Jatiku tetap Saturday satu itu jadi aku
Hatiku, jatiku, rasaku
jatiku


(Puisi: Nukilan Deana Amane)

Wednesday, December 2, 2009

USM Edufair09



Date : 5 & 6 December 2009
Time : 9.00am- 6.00pm
Place : Impiana KLCC Hotel & Spa Kuala Lumpur

Grab this opportunity to experience the USM Life!

Get information on USM Undergraduate & Postgraduate Programmes and on how to advance your career in USM!

For further information, please contact the Secretariat at 04-653-2360 or at www.ips.usm.my