English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, July 24, 2008

BENGKEL KUDA KEPANG....



Pada 26.7.08 telah berlangsungnya bengkel Kuda kepang yang julung kalinya diadakan di bandar George Town, Pulau Pinang ini. Bengkel yang diadakan di Pusat Belia Pulau Pinang, Lebuh Acheh mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada para peserta. Bilangan peserta yang hadir menepati jumlah yang dihadkan iaitu seramai 30 orang sahaja. Tujuannya supaya semua perserta dapat melibatkan diri secara aktif dalam bengkel tersebut. Para peserta terdiri daripada pelajar IPT, Pejabat kebudayaan P.Pinang dan kumpulan teater NGO pulau pinang. Tepat jam 2.50pm, rombongan kumpulan Kuda Kepang Sri Wahyuni, Parit Bingan, Batu Pahat Johor tiba di lokasi yang ditetapkan. Kumpulan ini diketuai oleh Wak Mat dan diiringin oleh tiga orang pegawai dari Jabatan Warisan, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia iaitu Cik Haniza, Cik Yati dan Cik Mazlin. Struktur bengkel tersebut dibahagikan kepada tiga fasa iaitu Pengenalan kepada Kuda Kepang, Bengkel Tarian dan Bengkel Muzik yang diketuai oleh Wak Mat. Sepanjang hampir tiga jam bengkel itu berlangsung, semua peserta samada dari Pulau Pinang mahupun ahli kumpulan Sri Wahyuni, nampaknya menikmati aktiviti yang dilaksanakan. Bagi peserta Pulau Pinang, tentunya ini merupakan pengalaman yang agak asing bagi mereka kerana kebanyakannya tidak pernah menonton persembahan kuda kepang sebelum ini. Untuk itu juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Kuda Kepang Sri Wahyuni dan KEKKWA sebagai penaja utama, kerana sudi bagi memungkinkan terlaksananya bengkel tersebut. Yang dalam masa yang sama juga turut memeriahkan acara sambutan George Town sebagai Kota Warisan Dunia.

Wednesday, July 23, 2008

GEORGE TOWN HERITAGE SITE CELEBRATIONS



Opening Performance, Official Launch 8.45pm, 26 July 2008 [Saturday] Padang Kota.
Musical Drama: Kisah Pulau Pinang [The Penang Story]
Presented by Anak-anak Kota &
School of Arts, Universiti Sains Malaysia
Tracing the history of multicultural Penang through Boria, ronggeng, gamelan and wayang, music, song and dance.
All Malaysians and the peoples of the world are welcome.


Ada rasa kebanggaan sebenarnya apabila akhirnya George Town dianugerahkan sebagai Kota Warisan Dunia oleh UNESCO. Keterlibatan saya secara langsung bersama beberapa rakan aktivis seni Pulau Pinang yang lain seperti Janet Pillay, Dr. Tan Swee Beng, Aida Reza dan bebeapa lagi yang lain, bermula sejak tahun 2000. Pada waktu itu kami mengerakkan aktiviti kesenian bersama komuniti melalui 'Arts Education'. Tujuan utamanya adalah untuk mendedahkan kepada komuniti mengenai peri pentingnya menghargai sejarah warisan dan kesenian sebagai suatu budaya hidup. Program awal yang kami usahakan dikenali sebagai "Anak-Anak Kota". Melalui program ini kami menumpukan kepada komuniti yang tinggal di tengah-tengah kota George Town, yang fokus utamanya adalah kanak-kanak dan remaja. Tujuannya adalah untuk menyedarkan mengenai eksistensi mereka di tengah-tengan kota George Town itu. Kini, hampir lapan tahun telah berlalu. Anak-anak yang kecil dulu juga sudah meningkat remaja dan yang remaja telah meningkat dewasa. Alhamdulillah, usaha yang telah sama-sama dilaksanakan dahulu dengan gabungan aktivis seni dan komuniti, akhirnya membuahkan sesuatu yang saya kira wajar, 'George Town menjadi kota warisan dunia', Tahniah Untuk Semua! Jadi, pada 26 Julai nanti, harapnya semua yang pernah terlibat sejak tahun 2000 dahulu akan berkampung di Padang Kota bagi meraikan sesuatu yang pernah menjadi impian semua, anugerah Kota Warisn Dunia.

Wednesday, July 16, 2008

Christchurch-gondola



Kalau semalam sehari suntuk dihabiskan untuk menikmati dan mengalami perjalanan bersama TranzAlpine, hari ni plak pada 3.6.08 [Tuesday] jam 12.00pm saya naik bas metro warna merah dari 'city exchange' on Colombo st. dengan tambang 2.50 dollars untuk menaiki Gondola.



Perjalanan dari town center Christchurch ke stesen Gondola hanya mengambil masa selama lebih kurang 15 minute sahaja. apabila sampai di stesen Gondola tu bayaran untuk tiket yang dikenakan adalah sebanyak 22 dollars. Tetapi disebabkan saya merupakan ahli YHA, maka dapatlah diskaun sebanyak 1 dollar. Jadi, saya cuma perlu membayar sebanyak 21 dollars je.



Jika dibandingkan dengan Gondola di Queenstown, Gondola Christchurch ni tak la setanding sangat terutamanya dari segi landscape dan suasana. Gondola di Queenstown lebih 'happening' dan ada banyak aktiviti yang disediakan untuk pilihan pelancong. Lokasi di Queenstown juga lebih tinggi berbanding di sini kerana di Queenstown terdapat salji di puncak bukitnya di mana stesen Gondola terletak, tapi di sini masih belum bersalji.


Cuma kelainan yang terdapat di sini ialah 'time tunnel', ala dia macam 'theme park' sikit la yang macam rumah hantu kat 'funfair' tu. Aktiviti ni dapat dilakukan secara percuma kerana tiket yang dibeli tersebut turut merangkumi aktiviti ini. Dalam 'time tunnel' ni kita akan dibawa menaiki kereta yang digerakkan secara automatik yang boleh memuatkan 4 orang penumpang sekali jalan dalam tunnel ciptaan itu. sepanjang perjalanan tu kita akan menyaksikan projeksi video mengenai sejarah Christchruch secara ringakas. Aktiviti ni mengambil masa kirai-kira 10 minit je lepas tu habis. Tapi ok gak la....

Tuesday, July 15, 2008

Trans Alpine



Tranzalpine Is rated as one of the great train journey of the world. Crossing cantebury plains, climb through alpine foothills and the waimakariri gorge to arthur's pass-surrounded by snow capped mountain peaks. Heading downward again, enter the otira tunnel and burst out into the pristine rainforest of the west coast. The journey is 231km long and takes 4 and a half hours. There are 19 tunnels, and the highest viaduct is the staircase at 73 meters.



2.6.08 [Monday] Sewwal jam 7.15am saya naik shuttle dari YHA ke train station dan sampai pada jam 8.30am. Terus check-in dan dapat seat M[koc]5cd. Jam 8.15am train pun jalan dalam keadaan cuaca yang muram dan hujan renyai-renyai. Train melalui stesen christchurch - melalui rolleston - melalui darfield dan di sini terdapat Waimakariri River iaitu an ice-fed river which is about 150km long. It starts it's journey up in the alps above arthur's pass and reachs the sea near Kaiapoi, just north of christchurch. Sepanjang perjalanan tu train yang saya naiki merentasi 5 jambatan dan melepasi 16 tunnel sambil membelahi jejeran pergunungan Alps. Air sungai kelihatan jernih dan berlumpur bertembung di sini. Suria sedikit berani menunjukkan wajahnya. Bila sampai di springfield cuaca agak cerah tetapi suria masih malu menunjukkan sinarnya lalu berlindung di balik gumpalan awan kelabu yang kian menebal. Train berhenti dan saya pun turun sekejap untuk mengambil angin segar di kawasan ladang di pergunungan Alps yang indah itu.



Perjalanan kemudian diteruskan melalui Arthur's Pass National Park which covers over 94,500 hectares of rugged wilderness rising to mount roolerston at 2,270 metres. The national bird, the kiwi, can be found in the mountains around Otira. train berhenti lagi seketika disini iaitu di stesen Arthur's Pass. Dari stesen ni train terus menyeberangi jambatan dan masuk Otira Tunnel yang saiznya about half km long. Iaitu yang merupakan tunnel terpanjang di NZ, untuk melolosi pergunungan Alps yang memisahkan East coast dan West coast Pulau Selatan NZ ni. Pemandangannya memang sangat menakjubkan... Keluar saja dari tunnel tu, matahari memancar dengan megahnya dan tiada lagi awan gelap kerana kami sekarang berada di West coast di lembah Otaria. Awan gelap itu tersangkut di celahan pergunungan Alps dan tak berupaya menguasai langit di West coast. Matahari nampaknya gagah menguasai perairan sebelah West coast ni. Selepas Otira, bertemu pula dengan Moana yang sangat indah tasiknya sehingga akhirnya tiba di Greymouth. It is the lagerst settlement on the west coast and rapidly becoming a base for adventure and sightseeing trips of all kinds. Sampai di Greymouth saya hanya ada satu jam sahaja untuk menaiki train yang sama juga untuk balik semula ke Christchurch. Jadi saya mengambil masa ni untuk pergi ke Mc Donald bagi mendapatkan lunch. Selepastu naik keretapi semula dan berangkat. Sepanjang perjalanan pergi dan balik tu, saya asyik memerhatikan tiang letrik di sepanjang rail keretapi ni yang semuanya dibuat daripada batang pokok tirus yg dibuang kulit sahaja. Sangat jimat dan environmental friendly... malam baru tiba semula di Christchruh.....