English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, July 1, 2008

Nelson to Greymouth

24.5.08 [Saturday] Jam 8.00am saya 'checke-out' dari Paradiso Hostel sejurus selepas breakfast. Pagi ni kami ditemani oleh pemandu baru menggantikan Scoty yang bercuti iaitu Mark namanya. Mark ni menjadi pemandu saya sehingga ke destinsi kembara saya yang terakhir di pulau Selatan NZ ni. Cuaca pagi ni cerah tetapi lebih sejuk berbanding pulau Utara. Lebih kurang 1 jam perjalanan, bas melalui kawasan berkabus sehingga sampai ke pekan kecil iaitu 'Korere'. Kira-kira 10 minut dari situ bas kami melalui kawasan hutan simpan atau National Park yang sangat popular dengan 'walking track'nya. Kawasan ni pun masih berkabus lagi sehingga jam 10.10am bas berhenti seketika di pekan 'Murchison' untuk penumpang pergi ke toilet. Pekan ni kecil je dan bilangan penduduknya adalah seramai 500 orang.



Bas melalui kawasan hutan yang dikenali sebagai 'Buller District' kemudian menuruni bukit dan singgah ambil gambar sekejap di 'Lyell historic area' iaitu sebuah kawasan yang sesuai untuk 'campaign'. Sehingga akhirnya berhenti untuk dapatkan lunch di 'Berlins Cafe' yang terletak di tepi highway berdekatan tebing sungai.



Di sini saya makan 'fish burger' dengan harga 7.50 dollar dan 'hot chocolate' yang berharga 3.50 dollar. Memang best 'fish burger' ni malah lebih sedap daripada 'fillet o fish' dan 'fish n chip'.



Selepas lunch tu, perjalanan seterusnya melalui lereng bukit yang terletak di tebing sungai, melalui jambatan laluan sehala sementara matahari cerah dan kabus pun semakin sirna.

Berlatarbelakang 'Wall Island' di Tarunga Bay

Sementelahan itu, perjalanan turut melalui 'Westport' iaitu sebuah kawasan industri yang terletak di pelabuhan. Kemudian melalui tanah datar di pinggiran laut sehingga akhirnya singgah selama 30 minute di 'Tarunga Bay' iaitu pinggiran pantai Laut Tasman untuk menyaksikan 'kekeno' [anjing laut] dengan berlatar belakangkan 'wall island'.

Koloni 'kekeno' Berjemur

Selepas setengah jam, bas meneruskan perjalanan dan singgah pula di 'Paparoa National Park'. Saya pun menelusuri laluan yang dikenali sebagai 'truman track' untuk menuju ke pantai bagi melihat 'limestone rocks formation' yang mengambil masa selama 15 minit berjalan kaki.

'Paparoa National Park'

'Paparoa National Park'

'Paparoa National Park'

'Paparoa National Park'

Perjalanan diteruskan sehingga bas berhenti untuk penumpang mendapatkan 'high tea' selama 30 minit dan kami juga berpeluang bersiar-siar di Taman Negara 'Punakaiki Pancake Rocks Blowholes' yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang 20 minit melalui track yang disediakan.

Punakaiki



Batu-batannya kelihatan berlapis-lapis macam pancake yang disusunkan dan membentuk tebing laut yang berbatu-batan.










Kemudaian perjalanan ke Greymouth di teruskan sehingga 45 minit sebelum tiba saya dapat menyaksikan sebuah ladang lembu yang terletak di tepian laut, sangat mengasyikkan. Kemudian tiba pula di Runanga di mana di sini terdapat rumah yang terletak bersebelahan dengan rail keretapi yang tidak berpagar sementara bas melintas rail kerertapi ni macam tu je kerana tidak ada gate pun. Tapi tak pernah berlaku kemalangan di sini.

No comments: