English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, July 14, 2008

Whale Watching in Kaikoura



1.6.08 [Sunday] subuh-subuh lagi sudah bangun sebab jam 7.00am dah kena naik bas dah. Jadi, walaupun gelap lagi saya menuju ke stesen bas yang terletak di sebelah block hostel YHA sahaja. Tambang bas ke Kaikoura ni adalah 50 dollar untuk perjalanan sehala dan 100 dollars untuk tiket pergi dan balik. Tiket bas ni boleh dibeli di kaunter YHA sahaja. Tetapi tiket untuk 'whales watching' hanya boleh ditempah sahaja dulu di YHA dengan kadar bayaran sebanyak 130 dollar. Pembayaran tidak dilakukan YHA sebaliknya akan dibayar di kaunter Syarikat yang menjalankan aktiviti ini di Kaikura. Aktiviti ini juga tertakluk kepada keadaan cuaca. Kalau cuaca tak sesuai, cruise tidak akan membawa penumbang belayar ke laut. Bila cuaca baik, baru boleh melakukan aktiviti ni. Kalau sekiranya tak nampak paus sebab tak muncul sepanjang waktu aktiviti maka wang 130 dollar akan dikembalikan semula. Jam 9.30am bas yang saya naiki sampai di pekan Kaikoura yang berpenduduk seramai 4000-5000 orang itu. Cuaca pagi ini nampaknya agak sedikit muram sebab matahari terlindung awan.



Sesudah turun dari bas, saya perlu berjalan kaki ke office whale watching yang mengambil masa kira-kira 10 minut untuk tiba. Office ni berkongsi bangunan dengan terminal stesen keretapi. Sampai sahaja, saya terus beratur untuk membuat bayaran tiket sebanyak 130 dollar di kaunter. Resit pengembalian wang juga turut diberin untuk simpanan dan akan digunakan sebagai bukti tuntutan bayaran sekiranya ikan paus tidak kelihatan sewaktu aktiviti dilakukan. Waktu perjalanan aktiviti sepatutnya jam 10.30am tetapi terpaksa di tangguh ke jam 11.00am sebab dah 'fully book'. memang ramai pelancong kat terminal tu pada hari tu wlaupun cuaca masih lagi mendung. So, saya minum latte dulu.



jam 11.00am briefing dilakukan oleh Ms. Lynn selaku petugas di situ yang diadakan di dalam 'briefing room'. Namun tidak lama, lebih kurang 3 minit sahaja dan selepas itu kami semua diminta menaiki bas untuk pergi ke jeti bagi mendapatkan crusie yang akan membawa kami ke laut. Kira-kira jam 11.12 pagi kami pun tiba di jetty dan masuk ke dalam perut cruise. Cruise bergerak membelahi Lautan Pasifik dari gigian pantai menuju ke tengah lautan. Ikan Paus hanya dapat dilihat kira-kira 5-6 batu ke tengah laut iaitu di suatu kawasan laut dalam yang dikenali sebagai 'Kaikoura Canyon'. Menurut cerita, kawasan tersebut pada asalnya adalah sebuah 'canyon'. Tetapi apbila berlaku letupan gunung berapa maka ia bertukar menjadi kawasan laut dalam. Agak lama juga kami menanti untuk paus muncul. Selain daripada, kumpulan cruise kami, ada juga kumpulan yang lain menanti untuk melihat kemunculan paus. Selain daripada menggunakan cruise, ada juga perkhidmatan memerhati paus dengan menggunakan helikopter. Sementara menunggu paus muncul, burung Albatros yang terkenal di NZ itu beberapa kali melintasi di hadapan kami.



Setelah lama menunggu akhirnya dapat la tengok 2 ekor 'sperm whale' yang merupakan paus keempat terbesar di dunia. Paus tu terapung seketika dan menyelam semula sambil menjuihkan ekornya di udara.



Bila dah dapat tengok dua ekor paus tu, cruise yang kami naiki pun berpatah balik ke jeti semula dan duit kami pun tidak perlu dipulangkan semula. kira-kira jam 1.30pm kami sampai di jetty balik dan terus menaiki bas yang sudah sedia menunggu untuk membawa kami semula ke 'whales watch office'.



Dalam perjalanan balik tu saya singgah sekejap di kedai buku 'second hand' yang terletak di pekan kecil Kaikoura tu tetapi tiada buku yang menarik untuk dibeli. Keluar dari kedai buku tu saya terus mendapatkan lunch dengan memesan 'fish burger' sementara menunggu bas sampai untuk kembali semula ke Christchurch. Selepas lunch tu jalan kaki ke tempat menunggu bas dan sempat la menghiburkan hati dengan memberi umpan pada burung-burung camar laut yang jinak sambil datang mendekat bila di campakkan makanan. Kira-kira njam 3.30pm bas sampai dan jam 3.45pm bas bergerak menuju ke Christchurch dan tiba bila senja sudah merangkak malam.

No comments: