English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Thursday, July 3, 2008

Greymouth

Jam 4.40pm pada 24.5.08, bas yang saya naiki pun sampai Greymouth yang merupakan bandar yang terbesar di bahagian pantai barat pulau Selatan NZ ni dengan bilangan penduduknya seramai lebih kurang 2000 hingga 4000 orang. Bandar ni mula-mula ditemui oleh orang Maori sebagai pust perdagangan zamrud. Pada sekitar 1800-an bilangan penduduknya bertambah ekoran kegiatan perlombongan emas pada sekitar tahun-tahun tersebut. Sekarang bandar ni menjadi sebuah pusat komersial dan juga merupakan 'starting point' untuk penumpang yang ingin mengembara menggunakan perkhidmatan keretapi 'TranzAlpine' yang terkenal itu dari Christchurch. Waktu saya tiba tu dah agak petang juga dan saya tidak melakukan sebarang aktiviti khusus juga di sini. Hanya sekadar singgah untuk bermalam sahaja. Jadi saya keluar untuk shopping di supermarket berhampiran stesen keretapi dan tidak jauh dari YHA tempat saya menginap malam itu. Kemudian saya mendapatkan dinner di Mc Donald berhampiran sehinggalah malam tiba.



Esoknya, jam 8.00am pada 25.5.08 [Sunday] saya menaiki bas Magic untuk menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu Franze josef. Dalam perjalanan tu bas melalui jambatan kecil yang dikongsi bersama dengan track dengan keretapi. Kemduian melalui pula suatu 'roundabout' yang juga dikongsi dengan track keretapi. Yang menariknya, walaupun sistem infrastructure di NZ ni tidaklah sehebat highway besar di Malaysia tetapi jarang berlaku kemalangan. Pemandu di sini sangat berdisiplin dan membawa kenderaan mengikut tahap kelajuan yang dibenarkan sahaja. Walaupun jalan keretapi dan jalan bas dikongsi bersama dan tiada 'traffic light' pun disediakan, tetapi mereka sangat berhemah dan bertimbang rasa. Memberi laluan kepada kenderaan yang menggunakan laluan tersebut terlebih dahulu. Mereka tidak tergesa-gesa tetapi saya tetap sampai 'on time' dan tidak pernah sekali pun terlewat daripada masa yang telah dijadualkan.



Kemudian Bas singgah di pekan 'Hokitika' yang terletak di tepian pantai laut Tasman dan kami berhenti di sini selama 30 minit. Di pekan ni, walaupun kecil tetapi di sini terdapat jade factory [kilang zamrud].



Bukan itu sahaja, kecil-kecil cili padi pekan ni, siap ada panggung theater lagi. Iaitu Hokitika Regent Theatre. Sewaktu melalui kawasan tu, saya disapa dengan ramah untuk menonton persembahan yang sedang berlangsung di dalam theater tu pada pagi tersebut. Memandangkan saya tidak singgah lama di sini maka tidak dapatlah saya memenuhi jemputan itu.



Selepas bersiar-siar di Hokitika tu, bas meneruskan perjalanan dan sekali lagi singgah selama 30 minit juga di sebuah pekan kecil yang bernama 'Ross'. Pekan ini turut dikenali sebagai pekan emas kerana di sini terdapat lombong emas. Semua penumpang bas Magic dipertontonkan kepada demonstrasi melombong emas di sini.



Gambar di sebelah dan di atas tu ialah contoh replika rumah kediaman pekerja lombong emas suatu ketika dulu yang kebanyakkannya adalah pelombong yang datang dari benua Eropah terutamanya dari United kingdom. Lebih khususnya, kebanyakkan pelombong emas tersebut datang dari Scotland yang berketurunan Scottish.

Selepas setengah jam berada di Ross, kami meneruskan perjalanan ke Franze Josef dan melalui pekan-pekan kecil seperti 'Hari Hari' yang berpenduduk hanya 200 orang, pekan 'Whatarua', pekan ladang kecil dan melalui sebuah tasik yang diberi nama tasik 'Mapourika'. Jam 12.00pm saya pun sampai di Franze Josef.

No comments: