English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Wednesday, July 2, 2008

Siapa Kata Usia 80-an Tak Boleh Travel



Di sebelah kanan saya ialah Mike dan di sebelah kiri saya pula ialah John yang usianya sudah menjangkau 80 tahun. Usia sebenarnya bukan penghalang untuk mengalami kenikmatan mengembara. Lihat saja si John tu, walaupun sudah berusia 80 tahun tapi masih gagah untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Mereka berdua berasal dari USA dan merupakan saudara sepupu sebiras. Isteri John dan isteri Mike adalah saudara sepupu sebenarnya. John yang berusia 80 tahun tu pernah mengalami kematian isteri yang pertama. Jadi sepupu isteri Mike yang dikahwininya tu ialah isteri kedua. Tetapi bagi melakukan travel ni mereka hanya bergerak berdua sahaja. John ni agak sukar untuk berkomunikasi kerana katanya walaupun seumur hidupnya dia bercakap menggunakan bahasa Inggeris, tetapi sukar bagi dia untuk memahami percakapan bahasa Inggeris oleh penutur yang bukan Amerika, sebab slang Amerika dia ni pekat sangat. Kita susah nak faham cakap dia dan dia pun susah nak faham cakap kita. Tapi saya sangat mengagumi dan menghormati John kerana kegigihannya untuk mengembara dalam usia yang semakin di ambang senja.

No comments: