English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Tuesday, July 8, 2008

QUEENSTOWN - Milford Sound

Queenstown - Milford Sound 27.5.08 [Tuesday]
Bila tiba di Queenstown semalam saya terus dibawa ke YHA lake front yang menghadap tasik Wakatipu. Memang cantik... malam tu saya pergi ke travel agent di bandar Queenstown selepas makan malam, untuk menempah tiket ke Milford Sound esok pagi. Orang kata, kalau sampai di Queenstown ni tak kan lengkap sekiranya tidak mengujungi Milford Sound yang boleh dikunjungi dengan melakukan 'day trip'. Perjalanannya sangat 'spectacular'... Jadi, pagi ni jam 7.15am saya dah bersiap menunggu bas yang datang menjemput di hadapan YHA lakes front tu. Pemandu bas ni agak berusia dan masuk dalam kategori warga emas la tapi sangat berpengalaman. Dari hostel tu bas meninggalkan bandar Queenstown melalui 'ski area' di sepanjang tasik Wakatipu. Tapi kawasan ni masih belum bersalji dan hanya diselaputi frost yang membuatkan rumputnya berwarna keputihan. Perjalanan dari Queenstown ke Milfordsound ni sangat cantik. Bila meninggalkan bandar tu bas menelurusi jalan di pingiran tasik mengelilingi gunung-ganang yang puncaknya bersalji. Selepas meninggalkan Queenstown kami melalui 'Kingston Flyer'. Pada waktu ini matahari pagi sudah mula menyuluh puncak gunung bersalji memantulkan warna merah keemasan. Seterusnya dengan pemandangan yang menakjubkan saya melalui pekan-pekan kecil seperti 'Fairlight' - 'Carlston' - 'Athol' - 'Mossburn' hingga akhirnya tiba di sebuah kawasan 'conservation area'. Di sini frost sudah mula menutupi rumput di kiri-kanan jalan. Seterusnya bas melalui kawasan 'wilderness sceintific reserve' yang merupakan kawasan ternakan. Ternakan disini lebih gemuk terutamanya rusa kerana sistem ternakan yang diaplikasikan adalah canggih. Kawasan ni berkabus tebal waktu kami lalu dan pandangan terhad. Akhirnya kami sampai di 'Te Anau' dan masa tu 'foggy' kat sini sangat tebal sampai tak dapat nak ambil gambar. Tasik pun nampak macam berasap je. Pandangan memang sangat terhad. Di sini saya singgah minum hot chocolate selama 40 minute dan bas turut mengambil penumpang yang naik dari sini untuk pergi ke Milford Sound. Kira-kira jam 10.19am bas bergerak meninggalkan Te Anau melalui Milford Road yang diselaputi frost dengan keindahan yang dijanjikan oleh 'Fiordland National Park' yang dipenuhi dengan hidupan liar yang dipelihara habitatnya. Melalui dan singgah di 'Mirror Lakes' dan 'Knob Flat' juga turut menjanjikan keindahan yang sangat 'spectacular' terutamanya dari segi keaslian alam semula jadinya. Ketika melalui 'Hollyford river' kelihatan batu-batan di sekitarnya dipenuhi dengan frost yang memutih dan begitu juga dengan jalan raya, dipenuhi dengan frost. Bas dipandu dengan berhati-hati kerana jalan yang berfrost agak licin. Ketika saya memandang ke atas iaitu di puncak 'Mount Christino' kelihatan apa yang dipanggil 'hanging glacier' yang sangat menakjubkan. Glacier di puncak gunung tu kelihatan seolah-olah tergantung je. Apabila sampai di pinggiran sungai, bas singgah seketika bagi memberi kesempatan kepada semua penumpang untuk mengambil gambar dan meminum air sungai yang sangat terjamin dari segi kebersihan dan kesemulajadiannya. Saya pun tidak melepaskan peluang untuk meneguk air yang jernih itu dan rasanya lebih kurang macam air mineral yang dijual di tempat kita tu lah. Selepas meninggalkan sungai yang bersih itu bas melalui 'Homer tunnel' iaitu terowong yang sehala sahaja dan ada lampu isyarat. Kalau lampu berwarna hijau maknanya boleh jalan dan kalau merah kena berhenti dulu kerana ada kenderaan lain dari arah bertentangan yang sedang melaluinya. Tunnel ni dibina hasil daripada gunung batu yang dikorek dan hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan sahaja dalam satu masa. Jangkamasa untuk lampu bertukar dari merah ke hijau ialah 15 minit. Jadi 'timing' kena betul kalau nak lalu di tunnel ni sewaktu lampu isyarat berwarna hijau. Selepas melalui tunnel tu jalan yang kami lalui adalah menuruni gunung-ganang dan berbengkang-bengkok. Sepanjang jalan tu bas melalui lereng gunung yang berbatu dan beransur-ansur bertukar kepada gunung yang diliputi hutan yang ditumbuhi pepohonan hijau. Kami akhirnya singgah pula di 'the chasm' iaitu sungai berbatu yang terletak di dalam hutan sikit. Jadi kami perlu berjalan kaki dari jalan utama menuju ke sungai tersebut. Selepas balik dari sungai itu, perjalanan diteruskan sambil melalui 'Tutoko river' yang terletak di Tutoko valley. Tetapi bas tidak singgah di sini sehinggalah akhirnya tiba di Milford Sound kira-kira jam 12 tengahari. Sampai di sini tak perlu beli tiket cruise lagi kerana tiket sudah dibeli sekali dengan tiket bas yang kami naiki, dari travel agent di Queenstown. Bila tiba je kami perlu menunggu sebentar sehingga cruise tiba lebih kurang 30 minit kemudian. Saya masuk ke dalam cruise yang tempoh pengembaraannya adalah selama 1 jam 45 minit. Perjalanan cruise ni melalui sungai 'Fjord' dan bergerak sampai ke muara sungai yang menghala laut luas kemudian berpatah balik semula ke Milford Sound. Cruise ni turut menyediakan 'buffet lunch' untuk penumpang yang membeli tiket pakej untuk lunch sekali. Tetapi saya membeli tiket tanpa lunch jadi tak perlu beratur la untuk ambil makanan yang disediakan setibanya penumpang di dalam cruise tu. Saya terus naik ke deck atas dan membuka sandwich yang telah disediakan dari Hostel pagi tadi. Walaupun makanan perlu dibayar dalam cruise ni, tetapi coffee diberikan secara percuma kepada semua penumpang.Jadi, lepas lunch tu saya mendapatkan coffee yang disediakan dan didapatkan secara layan diri serta boleh diambil beberapa kali pun. Selepas lunch saya naik ke tingkat tiga iaitu deck tinjau untuk mengambil gambar dan melihat pemandangan yang sangat indah itu. Bila cruise dah sampai ke muara laut lepas dan berpatah balik, barulah cruise mendekati waterfall yang terkenal itu bagi membolehkan penumpang mengambil gambar dengan secara dekat. Cruise tu menghampiri waterfall agak rapat juga dan berhenti seketika. Air dari waterfall tu memercik membasahi muka dan sangat nyaman. Kira-kira jam 3.25pm cruise sampai semula di jeti Milford Sound dan kami semua perlu terus menaiki bas kerana mematuhi masa yang telah ditetapkan oleh pemandu. Sebenarnya kami telah diingatkan supaya membuang air sewaktu di dalam cruise dan bukan di tandas yang disediakan di terminal jeti sewaktu perjalanan balik. Tetapi saya terlupa masuk ke dalam tandas dalam cruise tadi dan masuk ke tandas di terminal jeti. Ini yang membuatkan pemandu agak marah kerana tidak menepati waktu dan arahan yang diberikan. Bukan saya seorang je, ada beberapa orang lain lagi melakukan hal yang sama. Tetapi yang jelas, pemandu tu memang agak 'anging' gak. Bas bergerak meninggalkan Milford Sound menuju ke Queenstwon yang didakapi semula setelah malam menjelang.

No comments: