English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, July 7, 2008

Dari Franz Josef Ke Queenstown



Franze Josef - 26.5.08 [monday]
Jam 7.45am bas mula bergerak untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu Queenstown. Sepanjang perjalanan itu ada beberapa lokasi pelancongan menarik yang disinggahi. Lokasi pertama saya singgah di 'glacial lanscaping' yang terletak di 'lake matheson'.



Iaitu merupakan salah satu daripada kawasan warisan dunia yang dikenali sebagai 'Te Wahipounamu'. Yang dipanggil 'glacial lanscaping' tu adalah kerana pada waktu pembentukan glaceir, glacier tu akan turun dari gunung Cook dan gunung Tasman lalu menghamparkan cairannya di sini lalu membeku.



Sambil yang lain menikmati sarapan pagi, saya berjalan kaki yang mengambil masa kira-kira 15 minit melalui trek yang disediakan untuk menuju ke 'lake matheson' yang macam cermin itu kerana pembalikan objek yang berupaya terhasil daripada kejernihan airnya.



Kesejukan pagi itu memang amat menusuk tetapi saya gagahi juga untuk menikmati keindahan itu sambil berlari-lari anak untuk memanaskan badan. Walaupun cahaya matahari mssih lagi malu-malu menunjukkan cahayanya tetapi saya masih dapat merakamkan gambar tasik yang cantik itu.



Di sini juga terdapat ladang ternakan lembu tenusu yang berwarna hitam-putih dan terkenal itu. Di NZ yang terkenal dengan pengeluar tenusu dan daging ini terdapat 3 jenis lembu iaitu 'Fresian cow' [yang berwarna hitam putih]. Yang kedua dikenali sebagai 'Jersey cow' [yang berwarna cokelat penuh] dan 'Shorthorn cow' [yang berwarna putih belang cokelat].



Selain daripada lembu, di sini juga terdapat ternakan kambing biri dan kambing biri-biri ni pulak terdapat 3 jenis iaitu 'Lincoln sheep' [yang ada 2 tanduk]. 'Romney sheep' pula ialah biri-biri yang montel tetapi tiada tanduk. Yang ketiga dan paling popular dan mahal bulunya ialah 'Merino sheep' yang mempunyai 4 tanduk. Menarik kan?



Bila dah selesai menyaksikan tasik yang macam cermin tu, saya kembali semula berjalan kaki selama 15 minit lagi untuk mendapatkan bas. Tapi masih ramai lagi yang tinggal di tasik tadi tu dan kami perlu menunggu hingga semua kembali ke bas.



Matahari mula berani menunjukkan cahayanya yang indah itu dan menambahkan lagi keceriaan lanskap di 'galacial lanscaping' ni bahkan siap dengan pelangi lagi.



Apabila semua penumpang sudah kembali semula menaiki bas, kira-kira jam 9.40am kami bergerak meneruskan perjalanan hingga berhenti semula di suatu kawasan pemerhatian pemandangan yang dikenali sebagai 'Knights Point' untuk mengambil gambar.
Kami singgah di sini hanya sekejap sahaja, cukup untuk mengambil gambar dan menikmati pemandangan kerana harus meneruskan perjalanan.



Perhentian seterusnya ialah di 'Makarora' di mana kami singgah untuk 'lunch' kat sini. Lokasi 'cafe' ni memang cantik yang terletak di tepi lebuhraya dan berlatar belakangkan padang luas dan gunung menghijau.



Di sini, sekali lagi saya memesan 'fish burger' walaupun rasanya tidak lah setanding dengan yang sebelumnya tetapi sekurang-kurangnya saya dapat menikmati makanan yang saya tidak ragui dari segi status halalnya.



Lebih kurang 30 minit kami menikmati hidangan tengahari itu, semua penumpang masuk semula ke dalam bas dan perjalanan diteruskan sehingga ke destinasi pelancongan yang berikutnya. Tempatnya ialah tasik 'Hawea'. Saya tidak melepaskan peluang merakamkan gambar di tepian tasik dengan berlatar belakang gunung yang bersalji puncaknya.



Tasik ni memang luas dan jernih membiru. Memang sukar ditemui di tempat lain.



Oleh sebab keindahannya itu saya ingin menrakamkan keindahan itu melalui lensa kamera untuk kenangan.



Di sini pun kami hanya singgah untuk mengambil gambar sahaja. Jadi semua penumpang tidak boleh berlama-lama sangat kerana perjalanan masih agak jauh lagi untuk sampai ke destinasi.



Selesai di situ, perjalanan kami melalui pula 'Wanaka' iaitu sebuah pekan yang terletak di kawasan lembah di tepian tasik yang di kelilingi gunung-ganang yang bersalji di puncaknya. Memang sangat indah...!



Di sini ada beberapa orang penumpang yang turun kerana mereka akan bermalam di sini mengikut jadual yang mereka telah rancangkan. Sementara itu, terdapat pula beberapa orang penumpang lain yang naik dari sini untuk menyertai kami menuju ke Queenstown. Kami dibenarkan turun di sini sekejap untuk pergi ke toilet dan mengambil gambar di gigi tasik yang indah itu. Subhanallah... memang indah pemandangannya...



Dari situ, perjalanan kami akhirnya diteruskan sehingga memasuki ke kawasan 'Central Otago' dan singgah di ladang dan pusat jualan buah-buahan yang terletak di tepi jalan sahaja. Saya sempat turun dan membeli buah kiwi dengan harga 1.20 dollar dan granny epal yang berharga 2.80 dollar. Selepas itu perjalanan diteruskan hingga ke Queenstown tanpa berhenti lagi.

No comments: