English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Friday, July 11, 2008

Dunedin to Lake Tekapo



Sedar tak sedar hari ni dah Jumaat dah, kejap je rasanya. Pagi tu jam 8.10am saya naik bas lagi dari Dunedin untuk menuju ke Lake Tekapo pulak. Hari ni matahari nampaknya terlindung awan. Jadi nampak mendung dan gerimis la sikit cacanya. Belum berapa jauh meninggalkan city center, bas singgah di 'Baldwin Street' yang merupakan 'the steepest street in the world' dan turut termasuk dalam senarai 'guinees book of record'.




Dari Baldwin Street, perjalanan diteruskan dalam keadaan cuaca yang tidaklah begitu sejuk sangat kerana tiada salji dan tiada frost. Perhentian berikutnya ialah 'Matakaea' atau 'shag point' yang terletak di kawasan pesisir laut. Kami singgah di sini untuk minum kopi di cafe 'Moeraki Boulders'.



Perjalanan seterusnya melalui 'Omaru' yang agak besar jugak pekannya dan terletak berhampiran dengan laut. Beberapa penumpang turun sini dan bas juga turut singgah selama 40 minute untuk membolehkan penumpang shopping dan makan tengahari sebab lepas ni bas tidak akan berhenti lagi sehingga tiba didestinasi. Selepas lunch bas bergerak melalui 'Aviemore Dam' yang dulunya di kenali sebagai 'Waitaki Dam', sebuah empangan air yang besar dan cantik. Bas kemudiannya singgah sebentar di Lake Pukaki bagi penumpang yang ingin ke tandas sambil mengambil gambar berlatarbelakangkan tasik Pukaki dan Mount Cook, iaitu gunung yang tertinggi di NZ serta membentuk sebahagian daripada entiti Banjaran Alps.



Dari situ, perjalanan diteruskan hingga jam 2.30 pm kami sampai Lake Tekapo. Sebelum dihantar ke hostel, kami dibawa melawat 'Church of the Good Sheepherd' yang merupakan mercutanda Lake Tekapo seperti gambar di bawah. Di sebelah gereja tu juga terdapat satu lagi mencutanda pekan kecil ni iaitu 'the statute of the collie dog' yang kedua-dua mercutanda ni terletak di pinggiran tasik Tekapo yang indah itu.



Gabungan refleksi Southern Alps di permukaan tasik menjanjikan suatu pemandangan yang sangat menakjubkan. Setelah menikmati keindahan itu, kami semua dihantar ke hostel masing-masing. Malam ini saya menginap di Lakefornt Lodge sebab YhA dah 'fully book'. Selepas meletakkan barang dalam bilik dan berehat sebentar, saya bercadang untuk memanjat ke puncak 'Mount John' untuk melihat pemandangan Lake Tekapo dari puncaknya. Terdapat beberapa track yang disediakan untuk memanjat gunung ni dan setaip satunya berbeza dari segi jarak yang dilalui. Trek yang paling cepat untuk sampai ke puncak Mt John ni mengambil masa kira-kira 30 minit berjalan kaki. Yang paling panjang pula mengambil masa tiga jam untuk sampai dengan berjalan kaki. Saya pun memulakan perjalanan kira-kira jam 5.00 petang iaitu ketika matahari dah mula merangkak menuju ke kaki langit.



Sampai di pertengahan jalan, saya berpatah balik kerana rusuk kanan saya merasa sakit dan sengal-sengal akibat terjatuh dalam bilik air di Wellington tempohari. Sedangkan cahaya matahari pula sudah semakin suram. Trek yang dilalui pula dikelilingi oleh hutan pokok pain. Suhu pula sudah semakin sejuk. Akhirnya saya memutuskan untuk menukar haluan menuju ke pusat bandar Lake Tekapo yang kecil itu untuk mendapatkan makan malam. Saya memesan 'fish and chip' untuk dibungkus dan di bawa pulang ke hostel. Cuaca sudah semakin gelap....

No comments: