English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, June 30, 2008

Picton & Nelson


Alahamdulillah... akhirnya saya berlabuh di Port Malborough, Picton yang merupakan pelabuhan paling utara di pulau Selatan New Zealand ini pada jam 12pm waktu tempatan. Keluar dari perut cruise saya terus menuju ke tempat pengambilan bagasi. Kemudian terus berjalan menuju ke bas Magic yang memang sudah sedia menunggu di situ. Pemandu bas yang menguruskan penumpang di sini bernama Scoty yang merupakan anak jati Picton. Jadi dengan ramah dan bangganya dia memberi penerangan mengenai kampung halamannya kepada kami.


Sepanjang jalan dari Picton ke Nelson, di kiri dan kanan berwarna oren keemasan yang terhasil daripada tanaman 'grape' dan kawasan ini turut dikenali sebagai 'Lembah Grape'. Picton juga merupakan pengeluar wine terbesar NZ. Selain daripada itu, terdapat juga ternakan biri-biri,rusa dan lembu.


Bas yang saya naiki juga turut melalui tempat bernama 'Havelock' yang merupakan kawasan lembah di mana terdapatnya tasik yang membiru. Pekan Havelock ni kecil sahaja tapi sangat terkenal dengan hasil 'paua' ['green shell'/kepah]. Kalau di tempat kita ni dipanggil kepah je la, yang didapati dari tasik tersebut. Paua ni kira macam identiti NZ juga la selain daripada buah kiwi dan burung kiwi tu. Isinya boleh dimakan manakala kulitnya pula boleh dibuat cenderamata seperti gelang, cincin, rantai leher dan sebagainya. Warnanya sangat cantik, berwarna-warni seperti warna pelangi macam dalam gambar di bawah tu.


Selepas Havelock, bas melalui 'Puleros' sehingga bertemu sebuah jambatan kecil dan terdapat kawasan berhutan sikit yang merupakan tempat yang sesuai untuk berkelah [picnic]. Bermula dari sini, laluan perjalanan bas mula menuruni kawasan berbukit dan jalannya berbelok-belok. Pemandangannya memang cantik malah seluruh pulau Selatan ini kecantikannya secara relatif melebihi kecantikan pulau Utara.


Seterusnya kami melalui 'Rai valley' yang merupakan ladang tanaman 'pine carlifornia' yang diusahakan untuk tujuan pembalakan. Agak luas juga kawasannya dan sepanjang itu saya hanya melihat jejeran tanaman pine sahaja di sepanjang perjalanan.


Sehinggalah akhirnya sampai di bahagian utara Nelson [North Nelson] barulah bas menuruni bukit sehingga bertemu lagi dengan kawasan lembah yang bertasik. itulah dia Nelson, sebuah pekan kecil yang sangat comel dan cantik. Di Nelson ni nasib saya sama lah macam di Wellington iaitu tak dapat untuk tinggal di YHA sebab dah 'fully book'. Jadi, saya memutuskan untuk menginap di 'Paradiso Hostel' dengan kadar bayaran sebanyak 22 dollar satu malam. Hostel ni kecil je tapi cantik dan lengkap dengan kolam renang lagi. Oleh sebab waktu tiba tu hari masih lagi siang tetapi tiada aktiviti khusus yang dilakukan. Jadi saya hanya bersiar-siar di pekan Nelson yang jaraknya kira-kira 10 minit berjalan kaki dari hostel sehinggalah ke malam hari sambil makan 'fish and chip' di Mc Donald.

No comments: