English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Saturday, July 2, 2016

STADIUM BARCELONA......

26 Mei 2016 (Khamis) Pagi ni saya bangun dan berkemas-kemas sebab petang  nanti saya akan berangkat meninggalkan Barcelona menuju ke Lisbon, Portugal. Saya berharap dapat bertemu dengan Aleix hari ni sebab nak serahkan kunci rumah nanti. Lagi pun saya sepatutnya daftar keluar esok, tapi disebabkan nak mengikuti jadual rakan-rakan, saya perlu keluar hari ni.... usai berkemas hari masih awal pagi lagi dan saya pasti Aleix masih belum bangun tidur kerana saya masih mendengar bunyi batuknya sejak malam tadi lagi... saya rasa mungkin dia demam agaknya......Tak ape lah.... saya perlu keluar dahulu seusai mengemaskan barang ni untuk mendapatkan sarapan pagi.......

Sarapan pagi

Stadium Barcelona

Selesai sarapan, saya meneruskan perancangan pagi ni iaitu untuk melawat ke stadum Barcelona yang terkenal itu. Berpandukan peta di tangan saya pun mengambil metro yang akan memebawa saya ke stesen yang berhampiran dengan Stadium. Stadium ni terletak dalam kota Barcelona jadi perjalanannya dari apartment saya tidak mengambil masa yang lama, iaitu kira-kira dalam 15 minit naik metro.
Stadium Barcelona

Stadium Barcelona

Stadium Barcelona

Stadium Barcelona

 Stadium Barcelona

 Stadium Barcelona

 Stadium Barcelona

 Stadium Barcelona
Setibanya di stadium ni saya hanya bersiar-siar melihat di sekitar luar stadum sahaja sebab saya tidak bercadang untuk masuk ke dalam stadum yang relatif besar itu....sekadar mengambil rakaman beberapa foto di sini dan saya pun bercadang untuk kembali semula ke apartment untuk memulangkan kunci dan mengambil barang sebab saya berjanji dengan Dr. Zaidi dan Dr. husairi untuk bertemu di hotel mereka pada jam 2.00pm untuk terus bergerak ke lapangan terbang dari sana bersama-sama....


Stadium Barcelona

Setibanya di apartmen saya pun menyegarkan diri dan memastikan semua barangan telah dikemaskan di dalam beg. Dalam pada itu saya terdenganr lagi bunyi batuk Aleix dan rasa bersyukur sebab dia masih ada di rumah dalam waktu hampir tengahari ini.....Saya mengagak dia memang demam......usai memastikan barangan telah kemas semuanya, saya pun masuk ke kamar sebelah di mana Aleix sedang berada di bilik dan masih dalam pakaian baju tidurnya......jadi telahan saya tepat bahawa sememangnya dia sedang demam.....Saya pun memaklumkan bahawa saya akan mendaftar keluar dan perlu menyerahkan kunci.....Aleix ni baik orangnya dan dia agak terkejut sebab saya keluar awal sebab sepatutnya ada satu malam lagi....saya memaklumkan situasinya dan dia maklum.....malah dia turut menawarkan kalau saya mahu meninggalkan beg di apartmennya sementara berpergian itu....namun saya ras tidak perlu sebab saya mungkin tidak akan singgah ke sini lagi..... sebelum meninggalkan Aleix saya sempat memberikan cenderahati kepadanya, iaitu fridge magnet dari Malaysia yang memang saya telah beli khas untuk beliau.....Aleix menerima dengan senyuman lebar walau pun dalam keadaan demam itu........moga Aleix cepat sembuh....


Bersama Tuan punya apartment, Aleix



Aleix masih berbaju tidur kerana demam


Setelah bersalaman, saya pun meninggalkan Aleix yang baik dan apartment yang selesa itu terus mengambil metro menuju ke hotel Dr. Zaidi dan Dr. Husairi di Sant Antoni Maria Claret. Setibanya di sana mereka telah sedia menunggu dan atas cadangan mereka, saya pun meninggalkan beg besar saya di hotel itu seperti yang mereka lakukan supaya pergerakan lebih mudah. Lagi pun penerbang Vueling akan mengenakan caj tambahan untuk beg besar kerana hanya hand luggage sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk. Dengan membayar lebih lebih kurang 7 Euro untuk tempoh pemergian kami, beg tersebut dapat disimpanan dalam loker penyimpanan barang di hotel itu..... walaupun loker telah penuh pada waktu itu, namun kebaikan hati petugas di situ amat dihargai kerana berjanji untuk memasukkan beg saya apabila salah satu daripada loker itu dikosongkan nanti.... lalu saya pun meninggalkan sahaja beg saya di situ dan mengambil password untuk nanti membuka loker itu semula bila kembali.......Lepas tu kami terus keluar dan menahan teksi yang akan membawa kami ke lapangan terbang Bercelona untuk berangkat ke negara jirannya, iaitu Lisbon, Potugal....




No comments: