English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, July 17, 2016

PEMANDANGAN AL-HAMBRA DARI MIRADOR DE SAN NICOLAS.....SEBELUM KU TINGGALKAN GRANADA...



Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas. Dari kiri ke kanan: Generalife, gunung Picodel Veleta (Sierra Nevada), Palacios Nazaríes, Istana Charles V, Alcazaba


1 Jun 2016 (Khamis) Seperti yang telah dirancang sejak malam tadi di kamar rakan-rakan, jadi pagi ni sekali lagi kami bangun awal sekitar jam 7.00am untuk menuju ke di Mirador de San Nicolas melihat pemandangan keindahan Al-Hambra dari kejauhan. Kami perlu pergi awal sebab menurut peta yang kami teliti lokasinya boleh didatangi dengan berjalan kaki sahaja. Lagi pun kami perlu kembali semula ke hotel selepas itu sebelum jam 12 pm sebab perlu daftar keluar pada tengahari ini. 


Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas. Dari kiri ke kanan: Generalife, Picodel Veleta, Palacios Nazaríes, Istana Charles V, Alcazaba


Mirador de San Nicolas ni juga merupakan lokasi lawatan yang menjadi pilihan utama pelancong sebab dari puncak bukit ni, kita boleh nampak keseluruhan panorama indah kota Granada dan yang paling utamanya adalah menikmati keindahan pemandangan Alhambra berlatarbelakangkan gunung Picodel Veleta terletak di Sierra Nevada yang puncaknya sentiasa bersalji sepanjang tahun. Gunung ni merupakan yang ketiga tertinggi di Semenanjung Iberia ni dan yang kedua tertinggi di Sierra Nevada. Stesen Ski Sierra Nevada juga terletak di gunung Picodel Veleta ni, sebab puncak gungung tu sentiasa bersalji sepanjang tahun yang menjadi tarikan bagi penggemar sukan lasak ski. 

Mirador de San Nicolas

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Untuk sampai ke Mirador de San Nicolas ni....kalau dari bandar seperti saya dan rakan-rakan lakukan adalah dengan berjalan kaki sahaja kerana hotel kami terletak di pusat bandar dan secara relatifnya tidak jauh dengan lokasi ini. Cuma berjalan kaki dari Calle Elvira tu di atas jalan yang berbatu bundar dan menaiki bukit melalui lorong-lorang yang di kiri kananya adalah rumah-rumah kediaman penduduk. Tapi kalau nak naik bas pun boleh juga dan perlu naik bas dari Gran Via. Bas no 31 dan 35. Keadaan jalan rayanya pun sama, iaitu berbelok-belok dan berbatu-batu serta perlu menaiki menuruni bukit.....


Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama kota Granada dari Mirador de San Nicolas.

Panorama kota Granada dari Mirador de San Nicolas.


Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.


Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Panorama Alhambra dari Mirador de San Nicolas.

Letih juga memanjat bukit yang jalannya berbatu-batu itu dan setiap kali bertemu dengan jalan bersimpang saya dan rakan-rakan bertanya kepada penduduk yang kebetulan lalu di lorong itu untuk mendapatkan kepastian tentang lokasi yang kami tujui. Laluan yang kami lalui itu juga merupakan laluan utama penduduk yang menuju ke pusat bandar dengan berjalan kaki menuruni bukit untuk turun ke pusat bandar dan menaiki bukit ketika kembali ke rumah. Jadi mudah kami nak bertanya jalan sebab sentiasa ada pejalan kaki yang lalu-lalang di situ menggunakan laluan yang sama. Tidak berapa lama kemudian kami pun tiba di puncak bukit yang dikenali sebagai Mirador de San Nicolas itu. Bila dihitung balik keseluruhannya lebih kurang 1 jam gak la saya berjalan menaiki bukit tu....Alhamdulillah.... sampai juga akhirnya menikmati pemandangn yang indah itu.....Tidak banyak perkara yang di buat di atas tu, hanya merakan foto kenangan sahaja....kebetulan waktu kami tiba di situ hari masih pagi, jadi pelancong lain pun belum ada yang datang berkunjung lagi... hanya kami betiga sahaja... dan pagi tu juga ada seorang penduduk yang sedang duduk sambil melukis gambar Alhambra di situ.....Setelah puas mengambil gambar di situ, kami pun memulakan perjalanan turun dari bukit tu untuk menuju ke pusat bandar semula. Setibanya di bandar kami bercadang untuk singgah makan di restoran buffet halal yang kami jumpa semalam. Namun, setibanya di situ kami dimaklumkan restoran hanya akan mula beroperas pada jam 1.00 pm sahaja. Waktu kami tiba jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Jadi ada 30 minit untuk kami perlu menunggu dan sementara itu, kami memutuskan untuk kembali semula ke hotel yang tidak berapa jauh dari situ, iaitu selang beberapa buah kedai sahaja. Setibanya di hotel saya dan rakan-rakan masuk ke kamar dan mengemaskan barangan masing-masing. Tepat jam 12.00 pm, kami menuju ke kaunter untuk daftar keluar sebab malam nanti akan berangkat pulang ke Barcelona. Usai urusan daftar keluar tu, kami memohon untuk tumpang meninggalkan beg di situ sementara kami pergi mendapatkan makan tengahari.

Buffet Lunch halal di Granada

Kami pun meletakkan beg di dalam satu kamar bersebelahan dengan kaunter tu dan turun dari hotel untuk mendapatkan makan tengahari di buffet halal tadi yang telah pun mula beroperasi. Oleh sebab jam menunjukkan tepat pukul 1.00 bila saya dan rakan-rakan tiba di restoran tu... maka kami juga merupakan pelanggan pertama yang tiba di restoran buffet halal itu pada hari ini....terdapat beberapa pilihan menu di restoran ini tetapi dari segi rasanya relatif tidak menepati selera.....tetapi pilihan  untuk salad memang banyak...namun untuk mengisi perut pada ketika itu memang sudah memadai.....lebih kurang 1 jam kami berada di restoran tu makan-makan sambil berbual dan yang terakhir mendapatkan pencuci mulut....akhirnya kami pun membayar harga makanan dan beredar lalu kembali semula ke hotel untuk mendapatkan beg kami semula.....

Aeroporto Granada

Sampai di hotel tu kami mengambil beg lalu beetanyakan kepada penjaga kaunter bagaimana nak dapatkan bas untuk ke lapangan terbang Granada. Penjaga kaunter ni orang lain pulak dan bukannya pak cik peramah yang kami selalu berurusan tu.....nampaknya yang satu tak begitu mesra dan menjawab soalan kami acuh tak acuh je..... dia kata turun kat bawah dan tunggu kan perhentian bas yang ada di tepi jalan bersebelahan hotel tu.....selepas mengucapkan terima, kasih kami pun turun dan menuju ke perhentian bas yang dimaksudkan.... tapi kami ragu tentang kesahihan lokasi nak tunggu bas ke lapangan terbang ni sebab macam tak ada bas je yang lalu di situ... dan pada peta laluan di perhentian tu juga tiada yang menunjukkan bas yang akan pergi ke sana....no bas pun tak tau yang mana ke lapangan terbang? Jam baharu menunjukkan pukul 2.30 pm dan masih awal lagi ni nak ke lapangan terbang sebab penerbangan hari ni menaiki flight Vueling berangkat pada jam 10.35 malam dari Granada ke Barcelona. Waktunya masih awal lagi tapi kai dah letih nak jalan-jalan... dah tak tahu nak ke mana dah....tunggu juga lah bas dan bila bas tiba tak pasti nak naik ke tak....akhirnya kami memutuskan untuk naik teksi sahaja.....kebetulan ada teski yang lalu di situ kami pun menahan dan teksi berhenti.....saya kat ke lapangan terbang dan pemandu teksi tu angguk....kami pun masuk....tak lama.... dalam 20 minit je naik teksi tu dah sampai di lapangan terbang....

Aeroporto Granada


Aeroporto Granada

Aeroporto Granada

Aeroporto Granada

Minum kopi, jus oren, buah dan roti petang/malam di Aeroporto Granada

Setibanya di lapangan terbang tu saya pun membayar tambang teksi dan kami masuk ke dalam terminal yang relatif kecil sahaja dan orang pun tidak ramai lagi waktu kami tiba tu....masa masih panjang nak tunggu sampai jam 10.30 malam nih....apa yang boleh di lakukan adalah lepak-lepak sahaja di dalam terminal tu sambil merakamkam beberapa foto....sehinggalah jam 7.00 pm kami pun mendaftar masuk....hari pun masih terang lagi....sementara menunggu tu kami pun bercadang minum kopi dan roti di cafe yang terdapat dalam terminal menunggu tu....walaupun dari segi kecerahan macam waktu petang la lagi ni walaupun dah jam 7.00pm, tapi kalau waktu macam ni dah kira merangkap makan malam la ni....Sehinggalah jam menunjukkan pukul 10 malam, kami pun terus boarding....tepat jam 10.30pm penerbangan pun berangkat meninggalkan Granada menuju ke Barcelona.....Selamat tinggal Granada dan terima kasih untuk pengalaman yang terindah di sini......

Aeroporto Granada

No comments: