English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label TURKEY 2017. Show all posts
Showing posts with label TURKEY 2017. Show all posts

Saturday, January 13, 2018

BEAKHIRNYA KEMBARA FEB 2017.....Sampai Jumpa Lagi Istanbul..



17.2.2017 (Khamis) Pagi terakhir saya berada di kota istanbul....memulakan hari dengan turun ke kafe untuk mendapatkan sarapan pagi terakhir di hotel Grand Halic ni....menunya sama sahaja setiap hari.....saya mendapatkan roti dan sup....bersantai-santi sahaja pagi ni sebab jam 12pm baru dafter keluar....sebab penerbangan pulang saya adalah pada waktu petang nanti......Usai sarapan pagi saya turun ke kaunter penerimaan dan memesan untuk mendapatkan teksi ke lapangan terbang....kemudian saya naik semula ke kamar dan berkemas-kemas.......

Ataturk Airport, Istanbul

Lebih kurang jam 11.30am saya turun ke kaunter penerimaan untuk mendaftar keluar...usai di situ, saya berjalan kaki menuju ke perhentian bas berdekatan hotel untuk mendapatkan bas....saya masih simpan kad pengangkutan awam yang masih berbaki di dalamnya....jadi, saya ambil keputusan untuk simpan sahaj kad tu sebagai cenderahati...lagi pun ada baki di dalamnya dan saya gunakan untuk tambang bas pagi ini menuju ke Taksim...Sesampai sahaja di perhentian bas tu...tidak lama kemudian bas pun tiba....saya pun terus naik bas tu dan dalam lebih kurang 10 minit dah tiba di Taksim....saya pun turun di perhentian Taksim...Dari situ saya terus menuju ke perhentian bas yang mengambil dan menurunkan penumpang dari lapangan terbang ke Taksim...Sesampai di situ saya terus bertanyakan mana satu bas yang pergi ke Ataturk Airport (Sebab bas yang berlainan akan pergi Ataturk Airport dan Sabiha Airport kerana laluannya tidak sama...Sabiha Airport lebih jauh dan terletak di bahagian Asia manakala Ataturk lebih dekat... dalam 16km je ke Taksim dan terletak di bahagian Eropah). Bila dah pasti basnya saya pun naik dan tidak lama kemudian bas pn bergerak meninggalkan Taksim menuju ke Ataturk airport.......


Ataturk Airport, Istanbul


Ataturk Airport, Istanbul

Jus delima 

Seampainya sahaja di Ataturk airport, saya pun turun dan terus menuju ke kaunter untuk daftar masuk dan mendapatkan tiket serta meninggalkan beg untuk dimasukkan ke dalam kargo....selesai urusan tu...saya bersiar-siar sekejap melihat persekitaran terminal....sambil tu saya terserempak dengan orang menjual jus delima di dalam botol..saya pun memutuskan untuk membeli sebotol bagi menikmati jus kegemaran saya ini buat kali terakhir di Istanbul ni....Kemudian saya terus menuju ke pemeriksaan imigresen dam masuk ke balai pelepasan menunggu flight tiba......

Selamat tinggal Istanbul.....Insyaallah jumpa lagi 2018...

Sebaik flight yang akan memebawa saya ke Dubai tiba, saya pun terus beratur untuk memasuki pesawat.......saya masuk dan mendapatkan tempat duduk saya.......perjalanan ini mengambil masa kira-kira 4 jam untuk tiba di Dubai.......Selamat tinggal Istanbul....Insyaalllah jumpa lagi di tahun hadapan.......Alhamdulillah....saya tiba di Dubai dah tengah malam dah......saya transit di sini beberapa jam sebab flight yang akan membawa saya ke KLIA akan berlepas pada lebih kurang 3 subuh nanti......




Dubai Airport

Saya memerhatikan monitor dan flight saya akan mendarat di gate B, jadi saya tak perlu bergegas-gegas sangat sebab tak perlu nak naik tram sebab gat ni di terminal yang sama saya mendarat tadi je....Sementara menunggu flight tu.....saya lepak-lepak sambil mendapatkan makan tengah malam dengan air mineral, kopi dan pisang.....saya mengambil tempat duduk di satu sudut kafe tu dan menikmati hidangan malam tu........

Supper waktu transit di Dubai

Dubai Airport

Dubai Airport

Dubai Airport

Dubai Airport

Flight yang akan membawa saya ke KLIA tiba seperti yang dijadualkan dan saya pun beredar menuju ke kaunter pelepasan.....Penerbangan Emirates berlepas dari Dubai menuju ke KLIA yang mengambil masa lebih kurang 7 jam........Alhamdulillah.....saya tiba di KLIA...dan berakhirlan kembara 2017......

Friday, January 12, 2018

HARI-HARI TERAKHIR DI ISTNANBUL.....





















Makan tengahari

16.2.2017 (Rabu) Malam semalam saya tiba di Sabiha Gochken  airport dari Bosnia dan terus mengambil bas menuju ke Taksim. Dari Taksim, saya berjalan kaki melalui Istiklal menuju ke Grand Hotel Halic, iaitu hotel yang sama saya menginap ketika saya tiba di Istanbul tempohari...Semalam letih sangat dan terus tidur....pagi ni...usai sarapan pagi saya menghabiskan masa bersiar-siar di sekitar Istiklal dan Dataran Taksim.... sambil-sambil tu saya mengambil beberapa hotel yang saya lalui yang terdapat di sekitar Taksim tu........Kemudian saya singgah makan tengahari sebelum pulang semula ke hotel.......

Sunday, June 4, 2017

DARI ISTANBUL KE SARAJEVO.......

8.2.2017 (Rabu) - Seperti biasa jam sejak tinggal di hotel ni, 7.00am saya turun mendapatkan sarapan pagi yang mengambil masa lebih kurang satu jam bersantai-santai menikmati hidangan sebab tidak terburu-buru untuk aktiviti hari ini....Konferen pun dah selesai dan saya tidak ikut serta untuk tour bersama-sama peserta lain sebab tahun lepas saya telah mengikuti tour yang sama.....cumanya...saya tidak dapat bersuaikenal dengan lebih ramai peserta....miss juga rasanya...tapi sebab saya dah menempah tiket penerbangan ke Sarajevo, Bosnia pada jam 3.40pm hari ini. Tour tu akan berakhir pada jam 1.00pm. Jadi memang saya tidak sempat untuk mengikutinya.....

Usai sarapan, saya naik semula ke kamar untuk mengemaskan barangan yang masih bersisa untuk dikemaskan sehinggalah jam 11.00 pagi, saya turun ke kaunter untuk daftar keluar hotel dan selesai pada jam 11.30am. Sambil tu saya memesan teksi di kaunter penerimaan hotel tu dan jam 12.00pm teksi pun sampai dan kadar bayarannya adalah 70Lira. Saya pun mengambil resit dan masuk ke dalam teksi yang kemudiannya bergerak meninggalkan hotel. Dalam perjalanan tu selepas menyeberangi jambatan saya memaklumkan kepada pemandu bahawa saya perlu ke airport Sabiha Gocken. Pemandu tu terkejut dan berpatah balik ke hotel kerana arah yang dituju adalah ke Artaturk airport dan sampai di hotel pemandu memaklumkan kepada petugas di kaunter penerimaan hotel meminta tambangnya dinaikkan. Saya yakin telah memaklumkan sedari awal kepada petugas kaunter hotel untuk menuju ke Sabiha Gocken airport. Akhirnya saya kena menambah jumlah tambang kepada 150Lira sebab lokasi Sabiha adalah lebih jauh berbanding Atarturk. Nak tak nak...saya punbayar je la tambang tu....pemandu teksi pun membawa saya ke Sabiha Gocken....dan tiba pada jam 1.00pm.


Makan tengahari di Airport Sabiha Gocken

Sebaik keluar dari teksi, saya terus mendaftar masuk pesawat tambang murah Turki, iaitu Pegasus Air. Usai di situ terus melalui imigresen untuk boarding. Semuanya ok je dan sebelum boarding, saya sempat menjamah makan tengahari dengan menu makanan segera burger dan french fries. Lepas makan, kira-kira jam 2pm saya pun mengambil kesempatan untuk solat dan mencari kalau-kalau ada surau di sini. Alhamdulillah ada ruangan solat disediakan tetapi tiada tempat mengambil wuduk. Malangnya tiada tandas di tingkat surau tu, jadi saya perlu turun ke tingkat bawah dengan menaiki escalator untuk mengambil wuduk di tandas berkenaan dan naik semual ke tingkat atas untuk menunaikan solat... Alhamdulillah...dapat solat jamak di sini... Selesai solat..saya terus bergerak ke gate untuk boarding dan menunggu sehingga jam 3.40pm waktu Turki, pesawat pun berlepas meninggalkan Istanbul menuju ke Sarajevo, Bosnia.....Saya dapat tempat duduk di tengah-tengah...walaupun tidak berapa berkenan...namun tu je pilihan yang ada sebab flight ni full house nampaknya....di sebelah kiri saya berdekatan tingkap adalah seorang gadis Turki....Penerbangan  ni mengambil masa kira-kira 2 jam dan tepat jam 3.40pm (waktu Sarajevo lewat 2 jam dari waktu Turki)... pesawat yang saya naiki selamat mendarat di Sarajevo...kecil sahaja airportnya dan sesampainya sahaja saya terus melalui imigresen dan semuanya berjalan dengan lancar je....




Elvir menyambut ketibaan ku di ZemZem Hotel Sarajevo

Setelah melepasi imigresen saya terus keluar dari airport tu dan menuju ke kaunter penukaran wang dan menukarkan sejumlah 50E dan dapat 90++ KMark (nama matawang Bosnia). Walaupun baharu jam 4.30pm tapi cuacanya dah gelap sangat macam malam je....maklumlah musim sejuk....memang sejuk betul di sini.... Jadi, dah tukar duit tu, saya terus mendapatkan teksi yang berada di sekitar airport tu dan melakukan tawar menawar dengan pemandu sebab kat sini teksi bayar pada pemandu je....pemandu bersetuju dengan kadar 50KMark. Saya terus masuk ke dalam teksi dan minta dibawa ke ZemZem Hotel. Dalam masa lebih kurang 20 minit, saya pun tiba di hotel yang dituju dan membayar 50Bosnia atau 25Euro. Saya bayar 50KMark...sebab baru tukar tadi...


Elvir, Penyambut tetamu di ZemZem Hotel Sarajevo

Bayaran teksi pun dah selesai lalu saya terus meluru masuk ke dalam hotel...sejuk sangat di luar ni....dan saya pun tiba di kaunter dan memaklumkan daftar masuk melalui tempahan on-line. Saya diminta membayar cash 50KMark, malangnya duit saya tak cukup sebab pertukaran tadi dapat 90++ KMark je dan bagi teksi 50KMark. Petugas tu plak tak mahu terima wang tunai Euro, lalu dia pun mengajak saya ke kaunter pertukaran wanga yang terdapat di depan hotel tu je, dan saya pun menukar wang Euro ke dalam KMark Bosnia. Kami ke hotel semual dan saya pun membuat bayaran penuh...  Saya pun ditunjukkan bilik di tingkat atas,,,ok gak untuk tinggal seorang di bilik ni....saya pu mmembersihkan diri dan tidak berapa lam kemudian turun untuk bersiar-siar sambil mendapatkan makan malam....



Makan malam pertama di Sarajevo

Lokasi hotel Zem-Zem ni sangat strategik sebab betul-betul terletak di pusat bandar kota lama Sarajevo yang menjadi tumpuan pelancong...jadi saya tidak perlu berjalan jauh-jauh untuk menuju ke destinasi pelancongan utama di sini.......Letih berjalan-jalan malam tu saya pun singgah mendapatkan makan malam dengan menu sosej, roti Bosnia dan salad....Alhamdulillah...usai makan saya pulang semula ke hotel untuk berehat.....

Thursday, May 25, 2017

KONFEREN HARI KEDUA

7.2.2017 (Selasa) - Jam 7.00am saya turun sarapan pagi dan hari ni tak boleh berlama-lama sangat sarapan kat hotel ni sebab nanti dah nak bentang paper jam 9.00am. Saya makan ala kadar sahaja dan sebelum naik ke kamar, saya turun ke kaunter penerimaan hotel untuk menggunakan telefon bagi tujuan mengaktifkan kad debit CIMB saya seperti yang saya ceritakan dalam Insiden di Istanbul tu.....



Usai urusan di kaunter tu, saya naik ke kamar untuk bersiap-siap ke konferen. Bila dah siap, pun turun ke lobi dan sebelum keluar, saya singgah di kaunter pertanyaan untuk bertanya bagaimana dan di mana nak beli kad ataupun kupon metro. Penyambut tetamu tu kat, hotel ni pun ada jual kad tu...oooo....gitu....saya pun terus beli satu kad berharga 20TL (10TL harga kad dan 10TL jumlah kredit) yang boleh digunakan untuk 4 kali. Bila dah habis 10TL tu, nanti gunakan kad yang sama untuk top-up. Kalau nak balik nanti dah tak nak guna, boleh jual balik kad tu dengan harga 6TL.

Sedang membentangkan kertaskerja

Jadi, bila dah ada kad tu, saya pun berkira-kira samada nak naik bas ataupun naik metro? kalau nak naik bas ambil arah kanan macam semalam dan kalu nak naik metro kena ambil arah kira sebab stesennya di sebelah sana yang jaraknya sama sahaja dengan jarak ke perhentain bas di sebelah kanan tu. Oleh sesbab semalam saya dah naik bas, maka hari ni saya nak naik metro pulak..... saya pun bergerak ke stesen metro dan naik metro yang menuju ke arah Taksim. Naik metro ni malah lebih cepat tibanya sebab lalu jalan bawah tanah dan hanya satu perhentian sahaja dari Sishane dah tiba. Lebih kurang 4 minit la perjalan metro tu untuk tiba di dataran Taksim....dari situ kena jalan kaki pulak la ke Hotel Nippon....hari sampai awal dalam jam 8.30am...jadi sementara menunggu sesi bermula tu, saya mengambil kesempatan lagi untuk memurnikan powerpoint pembentangan sehinggalah jam 9.00am.....

Sedang membentangkan kertaskerja

Sedang membentangkan kertaskerja

Sedang membentangkan kertaskerja

Untuk sesi saya ni, saya akan jadi pembentang dan dalam masa yang sama saya juga turut dilantik untuk  mempengerusikan sesi. Jadi, saya tidak membuang masa, walaupun masih ada pembentang yang belum hadir, saya memaklumkan kepada urusetia yang saya akan memulakan sesi tepat pada jam 9.00am. Oleh sebab pembentang pertama belum hadir, maka saya memberi keizinan kepada prof. penbentang dari Rusia untuk memulakan sesi memandangakan beliau ada urusan lains elepas sesi itu. Alhamdulillah....sessi yang sya pengerusikan ini berjalan seperti yang direncanakan walaupun ada pembentang yang datang lewat tetapi semuanya terkawal.......sesi berakhir tepat pada masanya.....



Bersama pembentang pertama, Prof. dari Rusia

Bersama semua pembentang dalam sesi sama yang saya pengerusikan

Usai sesi pembentangan tu, kami semua bergambar kenangan bersama-sama sebelum keluar ke lobi untuk mendapatkan minuman pagi sambai berehat dan berbual-bual sebelum sesi berikutnya diteruskan.......Usai berbual-bual sambil minum-minum kami masuk untuk meneruskan sesi konferen yang berakhir sehingga waktu makan tengahari......kami semua mendapatkan makan tengahari di kafe hotel sama seperti semalam dan usai makan...kami semua berpisah sebab hari ni konferen berlangsung sehingga setengah hari sahaja......

Bersama peserta dari India, Pakistan & Sri Langka

Bersama peserta dari India, Pakistan & Sri Langka

Bersama peserta dari India, Pakistan, Sri Langka & Indonesia

Bersama peserta dari India, Pakistan, Sri Langka & Indonesia

Lepas menyudahkan makan tengahari tu saya pun bercadang untuk pulang ke hotel dan dalam perjalanan tu saya singgah di mesin ATM untuk memastikan pengaktifan debit kad CIMB benar-benar berjaya....akhirnya saya dapat mengeluarkan sejumlah wang tunai....Alhamdulillah....saya terus ke stesen metro Taksim dan menaiki metro untuk pulang ke hotel.......


JALAN-JALAN PETANG MUSIM DINGIN DI ISTANBUL


Hari masih awal lagi...saya pun mengambil peluang ini untuk keluar bersiar-siar tetapi dengan berjalan kaki sahaja dan tak perlu naik pengangkutan awam lagi.....jam 3.00pm saya meningalkan hotel bergerak menaiki bukit dari Sishane menuju ke Istiklal dan dari lorong Istiklal tu saya terus bergerak menuju ke dataran Taksim. Sambil tu, saya singgah di kaunter pertukaran wang untuk menukar wang tunai Lira yang saya keluarkan dari mesin ATM tadi kepada Euro untuk kegunaan kembara di negara berikutnya.....

Jalan-Jalan di dataran Taksim

Jalan-Jalan di dataran Taksim

Jalan-Jalan di dataran Taksim
Jalan-Jalan di dataran Taksim

Jalan-Jalan di dataran Taksim

Dari dataran Taksim tu saya nampak macam ada taman di atas bukit di hujung dataran tu....saya teringin nak naik ke situ sebab nampaknya macam ramai je orang lepak-lepak kat situ...saya pun berjalan perlahan-lahan menuju ke sana......hmmmmm.... cantik juga taman ni...pokok-pokok kering di musim dingin menghiasa lanskapnya....indah......



Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim


Taman di atas bukit pinggiran Taksim


Taman di atas bukit pinggiran Taksim


Taman di atas bukit pinggiran Taksim


Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim

Taman di atas bukit pinggiran Taksim


Taman di atas bukit pinggiran Taksim


Taman di atas bukit pinggiran Taksim


Taman di atas bukit pinggiran Taksim


Taman di atas bukit pinggiran Taksim


Taman di atas bukit pinggiran Taksim


Taman di atas bukit pinggiran Taksim


Taman di atas bukit pinggiran Taksim


Menuju ke Gezi Kafe di atas bukit tu


Setelah puas berjalan-jalan tu, saya ternampak ada cafe di dalam taman di atas bukit tu. Lalu saya pun menuju ke sana dan singgah di Gezi kafe dan memesan latte yang enak itu....agak lam juga saya mengopi di sini sambil menikmati pemandangan kota Istanbul dari sudut dataran Taksim yang terkenal itu....


Menuju ke Gezi Kafe 

Singgah mengopi ddi Gezi Kafe yang terletak di atas bukit dalam taman bersebelahan dataran Taksim

Mengopi japp...

Mengopi japp...

Mengopi japp...

Usai mengopi, saya pun bercadang untuk pulang ke hotel semula sebab hari pun dah hampir malam, tapi masih terang lagi la...musim dingin ni siangnya pendek je.... selepas membayar harga latte, saya pun berjalan menuruni bukit meninggalkan Gezi kafe dan menuju ke tengah-tengah dataran Taksim untuk sampai di Istiklal.....sambil tu, saya singgah sebentar untuk merakankan foto kenangan dataran TAksim di musim dingin 2017....


Dataran Taksim dalam perjalanan pulang ke hotel selepas mengopi

Dataran Taksim dalam perjalanan pulang ke hotel selepas mengopi

Dataran Taksim dalam perjalanan pulang ke hotel selepas mengopi

Dataran Taksim dalam perjalanan pulang ke hotel selepas mengopi

Dataran Taksim dalam perjalanan pulang ke hotel selepas mengopi

Dataran Taksim dalam perjalanan pulang ke hotel selepas mengopi

Dataran Taksim dalam perjalanan pulang ke hotel selepas mengopi

Dataran Taksim dalam perjalanan pulang ke hotel selepas mengopi

Dari dataran Taksim, saya melalui laluan Istiklal yang sama seperti saya datang tadi sehinggalah tiba di persimpangan tiga yang menunjukkan arah ke Galata Tower dan saya perlu mengambil lorong kanan menuruni bukit untuk sampai di Sishane......setibanya di Sishanen saya pun merakamkan foto kenangan di taman yang indah menghadap laitu itu yang juga bertindak sebagai mercutanda Sishane...
Singgah di Taman bersebelahan hotel Halic yang menghadap laut, Sishane

 Singgah di Taman bersebelahan hotel Halic yang menghadap laut, Sishane

Singgah di Taman bersebelahan hotel Halic yang menghadap laut, Sishane
Singgah di Taman bersebelahan hotel Halic yang menghadap laut, Sishane

Singgah di Taman bersebelahan hotel Halic yang menghadap laut, Sishane

Singgah di Taman bersebelahan hotel Halic yang menghadap laut, Sishane

Singgah di Taman bersebelahan hotel Halic yang menghadap laut, Sishane

Singgah di Taman bersebelahan hotel Halic yang menghadap laut, Sishane

Singgah di Taman bersebelahan hotel Halic yang menghadap laut, Sishane

Singgah di Taman bersebelahan hotel Halic yang menghadap laut, Sishane

Singgah di Taman bersebelahan hotel Halic yang menghadap laut, Sishane

Singgah di Taman bersebelahan hotel Halic yang menghadap laut, Sishane

Singgah di Taman bersebelahan hotel Halic yang menghadap laut, Sishane

Singgah di Taman bersebelahan hotel Halic yang menghadap laut, Sishane


Dah... tiba di Hotel Halic tempat saya menginap, Sishane

Dari taman Sishane tu dah boleh nampak hotel Halic tempat saya menginap dan di tengah taman itu juga lah terletakanya laluan ke stesen metro Sishane. Puas berselfi di situ, saya pun memulakan langkah untuk pulang ke Hotel...sebab masih kenyang, jadi setibanya di hotel, waktu malam tu saya tak keluar makan malam lagi dan terus tidur je.....