English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, July 10, 2016

LISBON, PORTUGAL



27 Mei 2016 (Jumaat), Pagi di Lisbon.... segar sikit walaupun malam tadi kelam-kabut nak dapatkan tempat penginapan.......selepas sahaja mearat di lapangan terbang Lisbon malam tadi terus sahaja ambil metro dan singgah di hostel yang telah ditempah oleh Dr. Zaidi.... malangnya tiada bolik tambahan kosong di hostel tu dan saya kena la cari hotel lain...dibantu oleh petugas di hostel tu untuk medapatkan hostel yang berdekatan namun semuanya dah penuh...akhirnya dia dapat satu hostel yang katanya masih kosong tapi agak jauh sedikit...saya pun diberikan alamt hostel tu dan terus turun ditemani oleh Dr. Zaidi dan Dr. Husairi...oleh sebab hari dah makin gelap...jadi agak sukar untuk saya mencari hostel berkenaan dengan berjalan kaki...sebab letaknya pun agak jauh... jadi saya pun dicadangkan menaiki teksi dan kami berpisah di situ dan berjanji akan berjumpa esok sahaja.....pemandu teksi membawa saya ke lokas yang relatif jauh juga jika berjalan kaki sebab naik teksi pun dalam 10 minit baru sampai dan saya diturunkan di hadapan bangunan yang tertera pada alamat yang diberikan pada saya tadi.....saya pun menekan loceng namun tiada jawapan....saya mencari-cari signage yang bertulis nama hostel berkenaan tapi tiada satu pun signage nya yang saya temui.....saya rasa saya telah diberikan alamat yang salah.....pemandu teksi tu meninggalkan saya betul mengikut alamat yang tertera tetapi lokasi alamat tu bukannya sebuah hostel....mungkin kediaman orang lain.....

Hari dah semakin gelap dan saya tidak perlu menekan loceng lagi sebab memang bangunan tu bukan hostel....lalu saya terud berjalan-jalan sambil bertanyakan orang di situ samada mengetahui tentang alamat hostel berkenaan....namun jawapannya hampa.....saya memutuskan untuk terus mencari mana-mana hostel yang ada di situ dan akhirnya saya ternampa signage yang bertulis Chiado Hostel & Suites. Saya menghampiri bangunan itu dan menekan loceng dan pintu pun dibuka. Saya masuk dan manaiki tangga bangunan yang hebat itu ala-ala rumah mewah Eropah Lama dan sampai di tingkat dua saya disambut mesra oleh penyambut tetamu lelaki yang sudah agak berusia kira-kira sekitar 60-an saya kira... tapi nampaknya dia peramah orangnya dan saya pun bertanyakan sekiranya msih ada kamar kosong dan dia dengan mesra menjawab ada....Alhamdulillah....lega rasanya.....tanpa mengambil banyak masa saya terus mendaftar masuk dan dibawa ke kamar serta dimaklumkan bahawa sarapan pagi turut disediakan.....Usai urusan tu saya mengucapkan terima ksih dan boleh lah membersihkan diri.......dan tidur....


 Chiado Hostel & Suites, Lisbon, Portugal

 Kamar di Chiado Hostel

  Kamar di Chiado Hostel

Memang cantik hostel ni....bangun pagi tu sementara menunggu sarapan, saya pun mengambil kesempatan untuk merakamkan ruang lobi hostel yang nampak sangat mewah dan elegent itu....kemudian terus pergi ke kafeteria untuk mendapatkan sarapan pagi dan nampaknya saya orang pertama yang datang..... menunya simple sahaja, iaitu roti, keju, buah-bauahan, jus, cereal, salad, kopi dan teh.....saya pun duduk menjamah sarapan kemudian didatangi oleh penghuni hostel tu juga dan kami duduk semeja sambil berbual-bual.....namun saya tidak boleh berlama-lama kerana telah berjanji dengan Dr. Husairi dan Dr. Zaidi untuk bertemu mereka di hotel mereka menginap.....usai makan saya membasuh pinggan dan cawan sendiri dan terus mengambil barang di kamar.....kemudian menuju ke kaunter untuk daftar keluar sebab saya berada di sini satumalam sahaja dan petang ananti akan bergerak ke Madrid...saya pun menyerahkan kunci kepada pak cik yang sama yang menyambut saya malam tadi.... dia ramah seperti biasa sambil mengucapkan selamat jalan.....

 Ruang tamu Chiado Hostel

 Ruang tamu Chiado Hostel

Ruang tamu Chiado Hostel

 Sarapan pagi yang disediakan di Chiado Hostel ni simple je tapi memadai untuk alas perut


Keluar dari hostel tu saya perlu mencari metro untuk menemui rakan-rakan dan kebetulan ada ramai orang yang sedang dalam perjalanan untuk bekerja maka saya mengambil kesempatan untuk bertanya lokasi stesen metro terdekat.....orang di sini pun ramah-ramah macam di Sepanyol juga....jadi bila ditanya...terus sahaja mereka mengajak menyertai mereka kerana turut menuju ke stesen metro yang sama......Setelah mendapatkan tiket, saya mengucapkan terima kasih sebab membantu saya sampai ke stesen metro ni....dalam beberapa minit saya dah tiba di stesen yang dituju dan terus menuju ke hostel di mana rakan-rakan tinggal....saya naik ke lobi dan rakan-rakan masih bersiap dan saya pun menunggu seketika....tidak lama kemudian mereka keluar dan kami sama-sama bergerak menuju ke lokasi yang dirancang, iaitu Belem di mana terdapatnya 'monumen to the discoveries' yang terkenal itu, iaitu Padrao dos Descobrimentos.



Menunggu keretapi menuju ke Belem

Belem

Belem, menuju ke Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries'), Belem


Belem, menuju ke Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries'), Belem

Belem, menuju ke Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries'), Belem

Belem, menuju ke Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries'), Belem

Belem, menuju ke Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries'), Belem

Belem, menuju ke Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries'), Belem

Belem, menuju ke Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries'), Belem

Belem, menuju ke Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries')
Kenderaan yang boleh bergerak di atas darat dan di dalam air

Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries')

 Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries')

Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries')

The Monumen Discoveries dibina sebagai penghormatan kepada Henry the Navigator yang memainkan peranan penting dalam kejayaan penerokaan Portugis pada abad kelimabelas, iaitu suatu era yang dikenali sebagai Zaman PenemuanZaman Penemuan bermula pada 1415 dengan penaklukan kota Afrika Utara oleh Portugis. Zaman ini mencapai kemuncaknya pada awal abad keenam belas apabila Vasco da Gama menemui laluan yang lebih dekat untuk menuju ke India. Sementara itu, Pedro Álvares Cabral pula telah menjumpai negara Brazil. Dengan penaklukan tanah jajahan di laluan perdagangan baharu telah membawa kepada penubuhan empayar Portugis yang menjangkau tiga benua sehingga membawa kesenangan dan kemewahan kepada Portugal dan Lisbon khususnya.

Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries')



Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries')

Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries')

Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries')

Padrao dos Descobrimentos ('monumen to the discoveries')



Di atas lantai dataran monumen to the discoveries tu pula terlukis peta negara-negara yang pernah ditakluki oleh Portugis yang diketuai oleh Vasco da Gamma suatu ketika dahulu dan dalam banyak-banyak negara tu, termasuklah juga peta Semenanjung Tanah Melayu yang pada zaman itu di kenali sebagai kerajaan Melaka. Jadi, perkataan Malaca tertulis juga di atas peta Semenanjung tu.....inilah sebenarnya yang menjadi tarikan pelancong untuk datang ke sini.....saya pun teruja untuk melihat lorekan peta inilah yang jadi sampi di sini ni...

Peta Malaca di dataran monumen to the discoveries

Peta Malaca di dataran monumen to the discoveries





Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery)


The Mosteiro dos Jerónimos  (Hieronymites Monastery) merupakan biara yang dibina pada abad keenam belas, iaitu sewaktu zaman awal kemunculan gaya Gothic Portugis. Ia dianggap sebagai salah satu bangunan yang paling indah di Lisbon. Sejarah pembinaan monumen ini dikatan berlaku Tidak lama selepas kedatangan Vasco da Gama dari India, apabila raja Manuel I mengarahkan pembinaan sebuah gereja dan biara sebagai tanda terima kasih kerana tuah yang dimiliki oleh Portugal. Selain itu, tujuan monumen ini dibina adalah bagi menggantikan sebuah gereja kecil khusus untuk pelayar. Sumber sejarah turut menyatakan bahawa Vasco da Gama pernah berdoa sini sebelum berlepas untuk kembali semula dalam pelayarannya menuju ke Hindia. Pembinaan biara indah ini telah dibiayai melalui hasil cukai yang dikenakan ke atas rempah yang dibawa pulang oleh kapal da Gama.

Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery)


Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery)


Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery)


Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery)


Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery)


Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery)




Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery)


Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery)


Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery)


Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery)


Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery)


Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery)


Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery)


Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery)


Usai merakamkan foto kenangan di Mosteiro dos Jerónimos (Hieronymites Monastery) ni, saya pun memulakan perjalanan meninggalkan Belem sebab semua lokasi yang ingin dilawati telah tertunai. Dari situ, saya bergerak menuju ke stesen keretapi Belem untuk kembali semula ke pusat bandar. Oleh seba dah tengahari dan perut pun dah mula lapar, jadi setibanya di pusat bandar saya terus bercadang untuk mendapatkan makanan halal dengan mencari-cari kafe di sekitaran namun masih belum berjumpa.... sambil tu sempat lah merakamkan fotao tram lama yang masih digunakan untuk tarikan pelancong.... 

Menunggu keretapi meninggalkan Belem

Tram

Tram


Tram

Tram

Tram

Makan tengahari

Sekian lama mencari, akhirnya bertemu juga dengan sebuah restroan Turki dan saya dan rakan-rakan singgah di situ untuk mendapatkan makan tengahari. Sambil merehatkan badan di situ, saya memesan kebab dan jus buah bagi melapik perut untuk tengahari itu....Setelah berehat seketika sambil makan tengahari tu.... saya pun memulakan langkah semula untuk menuju ke destinasi berikutnya, iaitu membeli cenderahati di Hard rock Cafe.....




Untuk sampai ke Hard Rock Cafe ni kami menaiki metro semula menuju ke lokasi hostel kediaman rakan-rakan saya kerana ia terletak di sana.....tidak lama naik metro kami pun sampai dan membeli sedikit cenderahati buat kenangan di sini....Sebab tadi saya dah daftar keluar jadi lepas shopping tu, kami singgah di hostel rakan-rakan saya untuk mengambil barang sebab malam ni kami akan bertolak ke Madrid, Sepanyol pulak.....Tapi kami menaiki kenderaan yang berasingan sebab tadi dah ke stesen keretapi Lisbon cari tiket untuk ke Madrid, malangnya dah habis. Jadi, dari situ kami ke stesen bas dan saya pun membeli tiket bas sahaja dan tidak dapat menyertai rakan-rakan menaiki keretapi....Jadi, kami berpisah di stesen metro kerana stesen bas dan stesen metro dalam arah yang bertentangan dan kami berjanji akan berjumpa di Madrid pula......Itu sahajalah pengalaman singkat di Lisbon, Potugal ni...sebab negaranya kecil je...jadi tak banyak sangat yang nak dilawati....berada satu malam di sini rasanya sudah memadai.....

No comments: