Di kota Granada menuju ke Al-Hambra
31 Mei 2016 (Selasa) Seawal jam 7.00 Pagi saya dan rakan-rakan telah keluar dari hotel untuk melunaskan misi lawatan utama kami hari ini, iaitu melawat Al-Hambra yang terkenal itu. Oleh sebab kami tingggal di hotel yang sama, maka memudahkan kami untuk menepati waktu dan tidak perlu tertunggu-tunggu. Lagi pun kami pergi hanya dengan berjalan kaki sahaja dari hotel kerana mengikut peta yang ada di tangan, jaraknya dari hotel kami tidaklah jauh sangat dan boleh didatangai dengan berjalan kaki sahaja......kami melalui jalan dan lorong yang kami lalui malam tadi sehingga sampailah ke penghunjung kota dan bertemu dengan pintu gerbang di kaki bukit, iaitu laluan yang membawa kami menuju ke Alhambra dan laluan ini dikenali sebagai Alhambra Woods yang dikelilingi oleh pepohonan nan menghijau. Saya berjalan menaki bukit melalui Alhambra Woods ni ebab Al-Hambra tu dibina di atas bukit....
Pintu gerbang memasuki laluan ke Al-Hambra
Di laluan pejalan kaki menuju ke Al-Hambra
Lebih kurang 25 minit berjalan kaki menaiki bukit yang diteduhi dengan pepohonan yang rimbun dan menghijau itu maka sampailah akhirnya kami di pintu masuk Alhambra. Rakan-rakan saya telah menempah tiket masuk lebih awal secara dalam talian dan bergerak dalam kumpulan yang diketuai dengan pemandu pelancung. Tapi saya masih tidak membeli tiket lagi.....namun, oleh sebab kami samapai awal pagi lagi maka barisan untuk membeli tiket secara persendirian masih kosong.....saya pun tanpa melengahkan masa terus masuk ke dalam barisan untuk membeli tiket dan setibanya di kaunter saya memilih untuk mendapatkan tiket yang berharga 7Euro sahaja secara persendirian dan tidak berkumpulan seprti rakan-rakan saya.....dah dapat tiket tu saya dan rakan-rakan pergi mendapatkan sarapan pagi dahulu di kafe bersebelahan pintu masuk tu.....
Tiba di Al-Hambra
Tiket masuk ke Al-Hambra berjumlah 7Euro
Oleh sebab kami keluar awal pagi tadi dan tak sempat nak sarapan dan setibanya di sini masih awal lagi baru dalam jam 8.00am sedangkan pakej tiket lawatan rakan-rakan saya bermula pada jam 9.00pagi. Walaupun saya dah ada tiket persendirian, saya tidak mahu masuk dahulu kerana ingin turut serta dengan rakan-rakan saya masuk sama-sama..... jadi kami pun singgah di kafe dan mendapatkan kopi je lah nampaknya sebab roti yang lain tidak berkenan.... sebab banyak sandwich je kat sini yang intinya daging yang tak pasti status halalnya....... jadi minum kopi je laa......Alhamdulillah.... cukup untuk lapik perut pagi ni......
Minum pagi bersama Dr. Husairi dan Dr. Zaidi sementara menunggu masuk ke Al-Hambra
Bersama Dr. Husairi di pintu masuk Al-Hambra
Tepat jam 9.00 pagi, pemandu pelancong dan kumpulan paej lawatan rakan-rakan telah sedia dan saya ikut serta mereka masuk ke Al-Hambra. Perkara pertama yang diperkenalkan kepada pelanconga dalam lawatan ke sini adalah pohon Granada yang hidup di pintu hadapan Al-Hambra ni.... menurut pemandu pelancong, nama Granada diambil sempena nama pohon ini yang banyak tumbuh di Granada.
Pohon Granada - nama Granada diambil sempena nama pohon ini yang banyak terdapat di Granada
Di bawah pohon Granada
Pohon Granada ni tak la besar sangat dan mengeluarkan bunga dan mempunyai buah yang berwarna keorenan. Saya tak pasti samada buah ni boleh dimakan ataupun tidak. Segan nak tanya sebab saya tidak ikut serta dalam rombongan pakej. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk mendengar penerangan pemandu pelancong mana yang dapat didengar sahaja....Setelah memberi penerangan tentang pohon Granada tu saya meneruskan perjalanan melalui Taman Alhambra yang dipenuhi denga pepohonan bunga, ru dan pohon oren selain pohon granada dan pelbagai jenis tanaman dan bung-bungan yang tersangatlah indahnya......
Di bawah pohon Granada
Taman Al-Hambra
Taman Al-Hambra
Taman Al-Hambra
Taman Al-Hambra
Taman Al-Hambra
Taman Al-Hambra
Taman Al-Hambra
Taman al-Hambra
Taman Al-Hambra
Taman Al-Hambra
Taman Al-Hambra
Taman al-Hambra
Taman Al-Hambra
Taman Al-Hambra
Taman Al-Hambra
Taman Al-Hambra
Taman Al-Hambra
Setelah melalui taman yang indah itu, saya tiba di bangunan paling hujung yang disambungkan ke Alhambra, yang dikenli sebagai Palacio de Generalife atau Gineralife (yang dalam Islam dekenali sebagai Jennat al Arif, "Taman Arif," atau "Taman Arkitek"). Pembinaan lokasi ini bertarikh dari awal abad ke-14 tetapi telah dipulihkan beberapa kali oleh penguasa-penguasa yang pernah memerintah di sini.
Palacio de Generalife, Alhambra
Palacio de Generalife, Alhambra
Palacio de Generalife, Alhambra
Bangunan la Acequia, di Palacio de Generalife
Palacio de Generalife, Alhambra
Air pancut dan air yang mengalir di Palacio de Generalife
Bangunan la Acequia, di Palacio de Generalife
Bangunan la Acequia, di Palacio de Generalife
Bangunan la Acequia, di Palacio de Generalife
Palacio de Generalife
Bangunan la Acequia, di Palacio de Generalife
Bangunan la Acequia, di Palacio de Generalife
Menuju ke Istana Charles V di Alhambra
Menuju ke Istana Charles V di Alhambra
Menuju ke Istana Charles V di Alhambra
Istana Charles V di Alhambra
Istana Charles V di Alhambra
Courtyard Istana Charles V di Alhambra
Istana Charles V di Alhambra
Istana Charles V di Alhambra
Istana Charles V di Alhambra
Courtyard Istana Charles V di Alhambra
Courtyard Istana Charles V di Alhambra
Istana Charles V di Alhambra
Courtyard Istana Charles V di Alhambra
Istana Charles V di Alhambra
Perkarangan Istana Charles V
Perkarangan Istana Charles V
Perkarangan Istana Charles V
Tiket lawatan yang sya beli hanya melayakkan saya menziahari sampai di Istana Charles V sini dan kawasan sekitarnya sahaja kerana tiket persendirian tidak dibenarkan untuk memasuki ke ruangan Court of the Lions. Hanya tiket berkumpulan dan diketuai oleh pemandu pelancong sahaja yang dibenarkan meneruskan lawatan sehingga memasuki ke ruangan Court of the Lions yang terkenal itu. Jadi nampaknya, saya tidak berpeluanglah untuk menikmati keindahan tinggalan silam itu.....namun, untuk memuaskan hati mengetahui tentang Court of the Lions seperti yang dikhabarkan oleh rakan-rakan saya yang berpeluang masuk ke sana itu, maka saya pun membeli sebuah buku bertajuk The Alhambra yang ditulis dalam Bahasa Inggeris sebagai cenderahai dan telaahan rinci tentang kehebatan Alhambra itu sendiri.... Sama juga halnya dengan Masjid Cordoba, Alhambra ni turut mengalami penghakisan sejarah ekoran terlalu banyak modifikasi yang telah dilakukan ke atasnya oleh penguasa-penguasa yang menaklukinya silih berganti sehingga menghilangkan kemurniannya.... menjadi kian kelam......
Meninggalkan Al-Hambra
Jadi lawtan saya berakhir di situ dan saya berjanji dengan rakan-rakan untuk bertemu semula di pintu masuk Alhambra setelah mereka selesai melakukan lawatan eksklusif ke sementara Court of the Lions tu. Sementara rakan-rakan mneruskan Lawatan mereka, saya pula meneruskan perjalanan keluar dari lokasi Alhambra untuk kembali semula ke pintu masuk Alhambra sambil menanti rakan-rakan....Penantian saya itu tidak lah lama... lebih kurang 50 minit sahaja dan saya berjalan-jalan santai di dalam Alhambra tiu sehinggalah tiba semua di pintu masuk tadi.....saya menanti seketika di situ sehingga rakan-rakan muncul......setelah bersama kembali, kami pun memulakan jalan pulang dengan menfikuti laluan yang sama seperti kai datang tadi, iaitu Alhambra Woods. Dalam perjalanan pulang itu, ketika memasuki semula kota kecil Granada, kami sempat melihat-lihat cenderahati di kedai-kedai sepanjang jalan yang telah pun beroperasi itu.....oleh sebab waktu sudah menjelang tengahari... kami pun singgah di sebuah kedai Turki untuk mendapatkan makan tengahari....terasa lapar sangat la sebab pagi tadi sempat minum kopi je... jadi tengahari ni nak makan yang berat sikit la....dapatlah menjamah kebab, fries dan ayam serta sedikit salad...Usai makan tengahari tu...kami terus berjalan pulang ke hotel semula untuk merehatkan diri......
Makan tengahari di kedai Turki
Setibanya di hotel tengahari tu.... kami berjanji untuk keluar semula selepas asar petang nanti untuk jalan-jalan di kota Granada pula.....jadi seperti yang dijanjikan, petang itu kami keluar lagi bersama dan singgah pula di beberapa lokasi bersejarah di sekitar kota itu termasukal di muzium seni.....
Muzium seni
Saya hanya mengambil gambar sahaja di luar muzium inikerana kami tidak bercadang untuk masuk ke dalamnya. Cukuplah sekadar melihat dari luar sahaja. Saya terus berjalan dan tiba di Cathedral of Granada yang terletak betul-betul di tengah pusat bandar Granada ni.... Pembinaaan Cathedral dilakukan dalam Era Pembaharuan Sepanyol, iaitu pada abad ke-16 Masihi, iaitu sebaik sahaja Granada dikuasai oleh raja Katolik. Sementara itu, dari segi rekabentuknya pula merupakan campuran di antara estetika Gothic dan Renaissance.
Cathedral of Granada
Cathedral of Granada
Puas berjalan-jalan di sekitar kota Granada tu, saya dan rakan pun singgah di sebauh cafe untuk mendapatkan kopi dan berehat-rehat santai seketika sambil menghilangkan lelah....hanya minum kopi sahaja petang ini tanpa roti kerana masih kenyang lagi rasanya....nanti malam je lah...usai bersantai dengan kopi tu... kami meneruskan bersiar-siar sehinggalah malam menjelang dan kami memutuskan untuk mendapatkan makan malam.......
Minum kopi petang
Jalan punya jalan...akhirnya kami singgah di kedai Moroko yang menjual pizza....tapi kami semua sebenarnya tak la lapar sangat malam ni... tapi sebab nak berehat sekejap sebelum balik ke hotel, kami singgah di kedai ni dan memesan sekeping pizza yang dikongsi untuk tiga orang....sebab kalau beli sorang satu takut nanti tak habis pulak....lagi pun saya bukanlah penggemar pizza....jadi kalau kongsi tu boleh la makan siki-sikit....Namun yang menariknya.... rasa pizza yang dibuat oleh pekerja moroko ni sedap la pulak....walaupun tidak begitu lapar tapi bila makan pizza ni tak la rasa muak.....sedap buatannya.....Usai makan malam tu, kami pun memulakan perjalanan pulang ke hotel yang tidak jauh dari kedai makan tu....sesampainya di hotel, saya singgah di kamar rakan-rakan sekejap untuk merancang aktiviti pagi esok sebelum memulakan perjalanan kembali ke Barcelona.....
Makan malam dengan pizza kongsi tiga orang di kedai Moroko
No comments:
Post a Comment