English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Monday, July 11, 2016

CORDOBA.....MUTIARA YANG SIRNA....

Masjid Cordoba

29 Mei 2016 (Ahad) Jam 6.00pm sampai di Cordoba, dah petang dah....tapi masih belum gelap lagi....tiba di stesen bas Cordoba kami terus mengambil teksi. Walaupun hotel saya dan rakan-rakan berlainan tetapi kami bercadang mengambil satu teksi sahaja dan menurunkan siapa yang sampai di hotel terdahulu....kami menahan teksi dan pemandu bersetuju dengan cadangan kami....Saya pun menunjukkan helaian kertas yang tertulis alamat hotel saya menginap malam ini kepada pemandu teksi yang peramah itu....dia pun akur dan akan menghantar saya dahulu ke hotel Plateros seperti yang tercatat.....


Hotel Plateros

Hotel Plateros dan Dr. Husiri

Selang beberapa minti sahaja perjalanan menaiki teksi tu, kami tiba di kawasan old town kota Cordoba ni dan pemandu menurunkan saya di suatu lorong yang menurutnya akan membawa saya ke hotel berkenaan. Saya akur dan berjanji dengan rakan-rakan untuk berjumpa kemudian dan mengingat landmark tempat saya diturunkan, iaitu berhampiran dengan Templo Romano yang bersejarah itu......ia merupakan tapak peninggalan zaman Romawi yang masih bersisa di Cordoba ni.....asalnya ia merupakan sebuah kuil zaman Romawi....jadi, saya pun turun di situ dan pemandu menghantar rakan-rakan saya ke hotel mereka yang katanya tidak jauh dari situ.....saya terus berjalan melalui lorong yang di kiri dan kanannya adalah bangunan-bangunan lama yang antik itu....dalam lima minit berjalan tu, saya pun tiba di hotel Plateros yang telah saya tempah secara dalam talian sejak semalam. Saya daftar masuk dan meletakkan barangan di dalam bilik single yang berharga patut itu... kemudian terus menghubungi rakan-rakan dan mereka pun dah tiba di hotel dan letaknya tidak jauh dari hotel saya....kami berjanji untuk berjumpa di restoran Estanbul yang terletak berhadapan dengan Templo Romano, iaitu tidak jauh dari lokasi saya diturunkan dari teksi tadi....

Templo Romano

Templo Romano

Makan malam di Estambul cafe

Jam 7.00 pm kami berjanji berjumpa di restoran Estanbul dan kami mendapatkan makan malam di sini. Saya teringin memmakan kentang yang diisi dengan kebab kambing dan di atasnya diletakkan pula dengan dua biji telur ayam goreng....Alhamdulillah...kenyang sangat makan malam ni.... kami berbual-bual di situ sambil makan-makan dan lepas ni kami bercadang nak jalan-jalan ke sekitar masjid Cordoba sebab kata rakan-rakan masjid tu dekat je, tak jauh dari hotel mereka menginap....

Estambul cafe

Templo Romano

Menuju Masjid Cordoba

Usai makan malam di restoran Estambul tu, kami pun mula berjalan kaki menuju ke masjid Cordoba dengan melalui lorong menuju ke hotel Plateros, tempat saya menginap kerana menurut mereka lorong tu merupakan jalan pintas menuju ke hotel rakan-rakan dan seterusnya ke masjid Cordoba.... kami pun berjalan perlahan-lahan bergeraka menuju ke Masjid Cordoba  di petang yang indah itu......


Menuju Masjid Cordoba


Tidak berapa lama berjalan itu kami pun tiba di hotel kediaman rakan-rakan yang terletak di persimpangan jalan ditebing sebatang sungai yang sangat terkenal di Selatan Sepanyol, semenanjung Iberia ini iaitu Guadalquivir River atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai Wadi Al-Kabīr (“Great River”). Saya menelusuri jalan di sepanjang tebing sungai itu untuk menuju ke Masjid Cordoba. Kebetulan pula pada petang itu turut diadakan perarakan sempena menyambut upacara Corpus Christie oleh penganut kristian di sini. Jadi, saya pun turut merakamkan sekitar upacara tersebut sambil berjalan menuju ke masjid Cordoba.


Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba





Upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba


Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Tidak berapa lama berjalan beriringan dengan perarakan agama kristian itu, saya pun tiba di hadapan masjid besar Cordoba dan bergerak menuju ke jambatan yang terentang di hadapan pintu masjid. Jambatan yang terkenal ini dinamai sebagai Roman Bridge yang telah dibina sejak zaman Romawi untuk merentangi sungai Guadalquivir River. Selain itu, Roman Bridge turut menghubungkan Masjid Cordoba di sebelah utara dengan Museo Vivo de Al-Andalus di bangunan Torre de la Calahorra di sebelah selatan yang disempadani oleh sungai Guadalquivir itu. Saya pun tidak melepaskan peluan ini untuk merakamkan foto kengangan di Lokasi bersejarah ini di waktu senja.....sungguh indah, damai dan membuatkan hati terasa sayu bila mengingat semula sejarah silam kota yang pernah menjadi mercutanda keagungan Islam di Eropah ini.....


Roman Bridge, Masjid Cordoba

Roman Bridge, Masjid Cordoba

Roman Bridge, Masjid Cordoba

Hari pun sudah kian merangkak malam dan senja itu saya menikmati sepuas-puasnya keindahan berada di kota bersejarah ini.... usai merenung di situ, saya dan rakan-rakan bercadang untuk balik semula ke hotel masing-masing sebab waktu maghrib pun dah nak masuk.....kami pun memulakan langkah pulang ke hotel masing-masing dan berjanji untuk bertemu semula esok pagi di hadapan tebing sungai Guadalquivir untuk masuk melawat ke dalam masjid Cordoba pula...kami bercadang untuk masuk awal kerana dikatakan bahawa sekiranya kita masuk sebelum jam 9.00 pagi tidak perlu membayar tiket...maknanya masuk adalah percuma.....jadi kami berjanji bertemu pada jam 7.30pagi esok....



Roman Bridge, Masjid Cordoba

Roman Bridge, Masjid Cordoba

30 Mei 2016 (Isnin). Saya dah bangun awal dah dalam jam 6.30pagi dah nak keluar, malangnya kat kaunter hotel ni tak de orang jaga.... agaknya malam memang dia tak buka kot untuk pendaftaran masuk.....pintunya pulak saya tak reti nak buka sebab pintu kayu lama yang berselak dan berpalang kayu yang besar...... takut pulak saya nak buka... saya pun menunggu bila lah penyambut tetamu semalam nak datang ni....saya duduk menunggu di lobi, kemudian naik ke kamar dan turun semula tapi tak nampak kelibat seorang pun yang keluar.... memang orang di sini bangun lewat sebab mereka sarapan juga lewat....tunggu punya tunggu saya pun wassup rakan-rakan bagi tau tak boleh nak keluar... jam dah dekat 7.30am dan rakan-rakan pun dah tunggu......saya pun ajak rakan-rakan datang ke hotel ni dan tekan loceng dari luar.....mungkin dengan cara itu penyambut tetamu akan keluar.......tidak lama lepas tu.... sementara tunggu rakan-rakan, penyambut tetamu semalam pun keluar dan saya maklumkan yang saya nak keluar......dia pun membukakan pintu....mudah saja.....bila saya keluar dari pintu hotel tu, rakan-rakan pun sampai.... ahh elok sangatlah.... kami pun terus bergerak menuju ke lokasi yang nak dilawati pagi ni, iaitu masjid Cordoba yang semalam hanya dilihat dari jauh je.....pagi ni kena masuk sebelum jam 9.00 pagi sebab nak masuk free........

Di luar masjid Cordoba


Di luar masjid Cordoba

Roman Bridge, Di luar masjid Cordoba


Roman Bridge, Di luar masjid Cordoba

Museo Vivo de Al-Andalus, Torre de la Calahorra

Museo Vivo de Al-Andalus, Torre de la Calahorra

Roman Bridge, Berlatar belakang Museo Vivo de Al-Andalus, Torre de la Calahorra

Roman Bridge berlatar belakang Guadalquivir River

Roman Bridge, Berlatar belakang Masjid Cordoba

Roman Bridge, Berlatar belakang Masjid Cordoba


Hmmmm.... memang betulll..... saya dan rakan-rakan masuk jam 9.00 pagi dan tidak perlu membeli tiket pun dan terus je dibenarkan masuk oleh pengawal bertugas di situ....kami pun masuk dan saya mengamati kesan-kesan peninggalan Islam dalam bangunan Masjid tu..... walaupun kesannya telah banayk yang cuba dihapuskan namun oleh sebab ciri-ciri Islam yang sangat ketara dalam amsjid itu maka ia sukar dihapuskan terus. Struktur bangunan tersebut sangat dominan ciri keIslamannya sehingga ia tidak boleh diruntujh begitu sahaja. Sementara itu pula, motif-motif Islam dalam rekacorak yang sangat rinci memang sukar untuk dihapuskan terus kerana ia akan turut memberikan kesan kepada keseluruhan struktur bangunan itu....sedangkan keunikan bangunan itu terletak pada struktur dan rekacorak bangunannya....lebih kurang satu jam beada di dalam masjid Cordoba itu, saya pun keluar ke perkarangan masjid yang dikenali sebagai Taman Oren sebab banyak pokok-pokok oren di tanam di situ....


Di pintu masuk Masjid Cordoba

Di dalam Masjid Cordoba

Di dalam Masjid Cordoba

Di dalam Masjid Cordoba

Di dalam Masjid Cordoba


Di luar Masjid Cordoba

Di luar Masjid Cordoba

Di luar Masjid Cordoba

Di luar Masjid Cordoba

Di luar Masjid Cordoba

Di luar Masjid Cordoba

Di luar Masjid Cordoba



Di luar Masjid Cordoba

Menara Loceng, Masjid Cordoba

Di luar Masjid Cordoba

Di Taman Oren Masjid Cordoba

Di Taman Oren, Masjid Cordoba



Bersama Dr. Zaidi dan Dr. Husairi di perkarangan Masjid Cordoba

Taman Oren, Masjid Cordoba

Bersama Dr. Zaidi dan Dr. Husairi di perkarangan Masjid Cordoba

Bersama Dr. Zaidi dan Dr. Husairi di perkarangan Masjid Cordoba

Taman Oren, Masjid Cordoba

Bersama Dr. Zaidi dan Dr. Husairi di perkarangan Masjid Cordoba

Taman Oren, Masjid Cordoba

Taman Oren, Masjid Cordoba

Taman Oren, Masjid Cordoba

Hampir setengah hari kami berada di Masjid Cordoba kerana lokasi utama lawatan di sini adalah mesjid itu lah.....jadi kira-kira jam 11.00 pagi bergerak pulang ke hotel masing-masing meninggalkan masjid Cordoba kerana kami perlu daftar keluar pada jam 12.00pm....kami pun bergerak pulang ke hotel dan berjanji untuk bertemu semula di restoran Estambul semlam untuk mendapatkan makan tengahari di situ.....Saya pun sampai di bilik dan mengemaskan barang lalu pada jam 12 pm terus menyerahkan kunci untuk daftar keluar....perut terasa lampar juga sebab pagi tadi tak sempat nak sarapan..... saya meninggalkan hotel dan terus menuju ke restoran Estanbul seprti yang dijanjikan untuk bertemu..... malangnya....setibanya di situ....restoran masih belum buka....oohh... ya di sini makan tengahari brmula pada jam 2.00pm....Saya pnun bergerak dari situ dan bercadang untuk ke hotel rakan-rakan danbertemu di sana.....namun mereka masih belum siap berkemas..... sementara menunggu tu, saya masuk ke cafe di hadapan hotel mereka dan mendapatkan roti dan kopi panas.......


Menara Loceng


Sebaik sahaja selesai menikmati sarapan di situ, saya pun nampak kelibat rakan-rakan keluar dari hotel mereka dan saya terus mendapatkan mereka dan memaklumkan bahawa restoran Estanbul tu masih belum buka....jadi saya datang ke sini dan mendapatkan sarapan sementara menunggu....Oleh sebab jam sudah menunjukkan pukul 1.00pm, rakan-rakan mencadangkan untuk berjalan kaki dari situ dan melalui restoran Estanbul kalau-kalau ia dah dibuka.... malangnya..... setibanya melalui restoran tu, ia masih belum beroperasi....kami meneruskan perjalan menuju ke dataran dan berharap bertemu dengan sebuah restoran halan untuk makan tengahari namun harapan tinggal harapan....setibanya di dataran tu kami mendapatkan teksi dan minta dihantar terus ke stesen bas sebab bas kami akan bertolak ke Granada pada 3.15 petang nanti.... dah tak lama dah ni.....sebelum naik tesi tu saya sempat beli buah di kedai tepi jalan tu.....



Teksi pun membawa kami ke stesen bas di mana kami turun semalam dan saya tidak pelu membeli tiket lagi sebab semalam dah beli berharga 14.84Euro dan tiket bas saya sama dengan rakan-rakan..... jadi kami dapat lah naik bas bersama-sama ke Granada......tepat jam 3.15pm bas kami tiba dan terus bergerak ke Granada pulakk.....Selamat tinggal Cordoba yang pernah menjadi kota keagungan Islam namun kian sirna dan kini hanya tinggal menjadi tapak kota warisn dunia......


Stesen Bas Cordoba









No comments: