English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label Sweden 2007. Show all posts
Showing posts with label Sweden 2007. Show all posts

Saturday, August 4, 2007

'TALLINK'



9.6.07, Sampai je kat pelabuhan terus masuk ke dalam bangunan terminal untuk check-in. Mak aiii... ramainya orang sedang berbaris untuk check-in. Tapi tak pe sebab perlu ambil no giliran dulu sebelum check-in. Saya pun tak perlu berdiri berbaris panjang sebab boleh tunggu kat mana-mana sambil duduk sehingga nombor menunggu tertera pada papan elektronik. So, tak la boring sangat berbaris untuk menunggu giliran. Oleh sebab ramai penumpang yang ada di situ maka hampir 20 minit jugak la menunggu untuk check-in dan akhirnya dapat check in dan diberikan kad elektronik sebagai kunci kabin. Walau bagaimanapun, kapal Tallink ni tak la sehebat Viking Line terutamanya laluan untuk masuk ke dalam kapalnya kecil sangat dan tidak praktikal sebab tak ada lobby. jadi penumpang terpaksa berbaris panjang untuk melepasi pintu laluan yang muat untuk seorang dan kerana tak ada lobby maka ada tangga untuk naik ke kabin dan ke ruang-ruang yang lain. Ada lif tetapi terlalu kecil dan ada satu je manakala ruangan menunggu di depan lif ialah tangga yang digunakan oleh orang untuk turun naik. Jadi kalau ada ornag menunggu nak naik lif maka 'trafic jam' la plak kat tangga tu. Sangat tidak praktikal malah menyusahkan penumpang. Patut la harganya lebih murah daripada Viking Line.

Walaupun penumpang pada kali ini tidak seramai sewaktu menaiki Viking Line tetapi terasa sesak sangat sebab ruangannya yang tidak praktikal dan terpaksa beratur terlalu lama untuk masuk ke kabin. Kabin untuk tidur juga lebih kecil berbanding Viking Line. Begitu juga dengan bilik airnya, terlalu sempit sehingga perlu 'squeeze in' kan badan untuk keluar dan masuk kerana tidak seluas bilik air Viking Line. Harga makanan kat cafe dalam kapal Tallink ni plak lebih mahal berbanding Vciking Line dan tidak banyak pilihan, walaupun penumpangnya kebanyakannya terdiri daripada kelas pekerja berbanding penumpang Viking Line yang majortinya dari kelas VVIP. Oleh sebab tiada banyak pilihan saya makan salad dan susu je, teringin gak nak makan salad udang tu tapi harganya lebih mahal berbanding harga dalam Viking Line tempohari. Pelik jugak....ada double standard gak ke?!!
Penumpang pun agak kurang disiplinnya sebab mereka bebas merokok di merata-rata ruang sehingga menganggu keselesaan penumpang lain, tidak seperti Viking Line yang menetapkan ruangan khas untuk merokok. Deck tinjau ditingak atas sekali pun lebih kecil berbanding Viking Line. Pun begitu, ruang menonton tv disedikan khas dalam kapal Tallink ni dan agak selesa bagi penumpang yang tidak tinggal di dalam kabin sebab ruangannya luas. So, mereka boleh berehat dengan selesa di sini cuma bilik air perlu pergi ke bilik air umum dan mungkin agak sukar untuk mandi. Tapi ok gak sebab diaorang bayar tambang lebih murah..... kira ok laa...Walau bagaimana pun saya tetap enjoy dengan perjalanan kembara ni, sambil tu sembang-sembang dengan Christian atas kapal sambil lambai-lambai pada penduduk Sweden yang tinggal di persisiran laut sepanjang perjalanan melepasi pulau-pulau mengharungi lautan Baltik yang luas menuju ke Riga, Latvia. Semua penduduk pinggiran laut membalas lambaian penumpang kapal yang menambahkan lagi suasana ceria dan perasaan sukar digambarkan dengan kata-kata.....

Friday, August 3, 2007

Panik 2


8.6.07, Kapal akan bertolak jam 5.00 pm so sebelum tu En. Khalid sediakan lunch dulu sebab ada masa lagi. Walaupun agak sibuk En. Khalid ni baik sangat untuk pastikan saya makan dulu sebelum bergerak. Terima kasih banyak-banyak En. Khalid sekeluarga atas keperihatinan itu. Selepas lunch saya jalan kaki ke bus stop no. 1 yang tak jauh dari kedutaan Malaysia kira-kira 30 meter jaraknya, iaitu tempat yang sama saya turun bila saya mula-mula sampai ke sini.
Walau bagaimanapun jalan di hadapan kedutaan sudah ditutup sebab hari ini ada acara 'larian marathon' di beberapa jalan dalam bandar Stockholm. tetapi jalan laluan bas no. 1 masih belum ditutup. Saya pun tunggu la bas kat situ dengan beberapa orang lain turut menunggu. Kat bus stand tu ada penunjuk masa elektronik yang menunjukkan bas akan sampai dalam masa lima minit lagi. Bas di sini semuanya 'punctual' sama dengan yang tertulis pada penunjuk masa pada bus stand tu. Saya pun tunggu la sampai masa lima minit tetapi bas tak datang lagi. kemudian penunjuk masa berubah menunjukkan angka 15. Maknanya bas berikutnya akan sampai dalam masa 15 minit lagi. Saya pun tunggu dan masih berharap bas akan sampai selepas 15 minit. Orang yang tunggu lebih awal tadi dah blah la plak tapi saya masih tunggu. sampai 15 minit berlalu tetapi masih tak kunjung tiba bas no. 1 ni.
Maknanya sudah 20 minit masa berlalu dan sepatutnya sudah dua buah bas melalui bus stop ni. tapi sampai sekarang satu bas pun tak lalu lagi. Saya pun tanya kat orang yang lalu-lalang kat situ dan diorang kasi tau jalan dah ditutup dan bas tak lalu lagi di situ. Alamak, jam sudah menunjukkan 3.40 pm, kapal akan bergerak pada jam 5.00 pm.... kes di Helsinki nampaknya berulang lagi di Stockholm ni. Saya dah mula panik. Kemudian saya ambil keputusan untuk berjalan kaki dengan menjadikan setiap bus stop untuk bus no.1 sebagai panduan untuk menuju ke pelabuhan.
Malangnya sampai satu point tu ada simpang la pulak dan saya dah kehilangan arah sebab bus stop no. 1 dah tak jumpa lagi tapi nombor 2 pulak yang jumpa. Saya cuba tengok map dan pastikan arah pelabuhan untuk kapal "Tallink" iaitu kapal yang akan mengangkut saya ke Riga, Latvia. Tapi kalau ikut map tu jaraknya agak jauh gak kalau jalan kaki dan masa dah makain suntuk. Walau bagaimanapun saya tidak ada pilihan lain, teksi pun tak ada lalu. Kalau ada teksi pun tentu tambangnya memang mahal. tapi kalau terpaksa maka tida pilihan lagi.

Saya pun cuba ikut tanda arah pada map tu untuk menuju ke pelabuhan sehingga akhirnya bertemu dengan stesen 'subway' dan tanya orang kat situ macamana untuk pergi kep pelabuhan. Wanita yang saya tanya itu bagitahu yang saya boleh gunakan subway untuk ke pelabuhan dan turun di stesen 'Gajet'. Tiket bas yang saya dah beli dengan harga 26 kroner tu boleh digunakan untuk subway gak. Alhamdulillah... lega rasanya sebab tak la sia-sia beli tiket tu sebab boleh guna untuk pengangkutan awam yang lain. Saya pun naik la subway tu dan tak lama, kejap je lebih kurang dua minit sampailah di stesen 'Gajet' tu. Saya pun turun dan staff kat situ bagi tahu yang stesen bas no.1 ada di luar bangunan stesen dan saya pun terus menuju ke stesen bas no. 1 untuk naik bas plak terus ke pelabuhan. Sampai kat bus stop tu tanya lagi orang kat situ dan saya diberitahu yang bas no. 1 dah tak lalu dah sebab jalan dah ditutup gak kat situ. Kemudian dia bagi tau boleh jalan kaki je dan ambik masa lebih kurang 25 minit.
Saya pun tanpa berlengah terus jalan, lagipun masa masih ada lagi kalau 25 minit tu. masih sempat lagi nak check-in. Jalan kaki pun tak la letih sangat sebab cuacanya sejuk dan nyaman je walaupun matahari terang-benderang. Sambil jalan tu jumpa la penumpang-penumpang kapal yang lain yang sama-sama jalan kaki nak naik kapal. salah seorangyna ialah Christian. Dia ni 'mix blood', maknya wanita siam dan ayahnya lelaki German. Masih belajar dan saja jalan-jalan 'backpack' sempena cuti musim panas. So, kami sembang-sembang sambil berjalan menuju ke pelabuhan. Ngam-ngam 25 minit kami sampai di pelabuhan khas untuk kapal 'Tallink'. Sebab kat sini ada beberapa pelabuhan yang berbeza lokasinya untuk syarikat perkapalan yang berbeza.

Monday, July 30, 2007

Stockholm, Kota Pinggir Laut



8.6.07, Selesai memerhatikan gelagat remaja Stockholm, saya meneruskan perjalanan menuju ke pinggiran laut. Keindahan bandar Stockholm ni ialah lokasinya yang dikelilingi laut. Walaupun Helsinki juga terletak di pinggiran laut, tetapi secara relatifnya bandar Stockholm lebih memikat. Saya pun berjalan dipinggiran laut yang berlatar belakangkan bangunan-bangunan lama yang berusia ratusan tahun yang merupakan kota warisan zaman Medieval Eropah abad ke-13. kemudian saya mengambil keputusan untuk menaiki bot yang membawa penumpang bersiar-siar di melihat kawasan kota dari laut sambil mengelilingi beberapa pulau kecil yang berselerak di sekitaran.


Sambil itu para pelancong diberikan penerangan dan maklumat mengenai lokasi-lokasi bersejarah dan penting di sekitar kawasan laluan bot melalui 'ear phone' yang disediakan dalam pelbagai bahasa. Selepas lebih kurang 45 minit belayar menaiki bot tu penumpang diturunkan semula ke jeti. saya pun meneruskan jalan-jalan ke sekitar kota menuju istana lama, kota lama stockholm dan 'high street'. Kat sini ramai juga penduduk yang mengunakan basikal sebagai kenderaan untuk bergerak. Bahkan sistem pengangkutannya turut menyediakan laluan khas untuk penunggang basikal. Jadi keselamatan mereka lebih terjamin kerana tidak perlu berkongsi laluan dengan kenderaan.


Letih berjalan, saya duduk di tepi pelabuhan memerhatikan orang-ramai yang lalu-lalang dan bot-bot persendirian dan persiaran yang memeriahkan kesibukan suasana pelabuhan tersebut. Selain basikal, pengangkutan laut sebagai pengangkutan persendirian juga merupakan kenderaan utama yang digunakan oleh penduduk Stockholm. Kerana kebanyakan rumah-rumah mereka juga didirikan di pinggiran laut, jadi bot-bot kecil digunakan untuk bergerak dari rumah mereka ke pusat bandar. Lebih cepat dan mudah berbanding jalan darat. So, kesibukan di darat dan air sangat terasa dalam menambahkan lagi warna lanskap aktiviti harian penduduk Stockholm. The concept of 'living as performance' is so beautiful with the use of various spaces, various actions moving in motion that are derived from the different kind of activities done by the community.








9.6.07, kalau semalam keliling naik bot tapi hari ni keliling naik keretapi lama plak. Menarik gak sebab keretapi ni gunakan 'starter' macam motor la plak. Bila berhenti je enjin dia pun berhenti sekali. Bila nak jalan kena start enjin balik baru boleh gerak. Keretapi ni melalui stesen-stesen utama tempat tarikan pelancong yang turut menyeberangi beberapa jambatan menuju ke beberapa buah pulau kecil berhampiran dengan menggunakan satu tiket yang boleh digunakan untuk pergi dan balik. Kalau dah pergi balik tu dah habis la laluannya. Tempat utama pelancong seperti muzium, istana-istana lama, mansion-mansion lama, theme park dan beberapa lagi tempat untuk beriadah bersama keluarga. Masa yang ada digunakan semaksimum mungkin untuk bersiar-siar sebab petang nanti perlu naik kapal lagi untuk meneruskan kembara.

Saturday, July 28, 2007

Self Expression - As Performance !


8.6.07, Memandangkan saya tidak berada lama di Stockholm ni sebab esok petang dan nak gerak ke Riga pulak. So, lepas lunch kat rumah En. Khalid terus minta diri untuk melihat-lihat sekitar bandar Stockholm ni. Kedutaan Malaysia berhadapan dengan taman yang terletak di pusat bandar, jadi terus je jalan kaki melalui taman. Sambil jalan tu jumpa la budak-budak remaja naik lori yang disertakan dengan speaker yang agak besar dengan dendangan lagu sambil secara beramai-ramai budak-budak tu menyanyi dan menari di atas lori tu. Sambil tu bebudak tu meminum beer dan lori tu pun bergerak macam perarakan la mengelilingi seluruh bandar. Sambil tu budak-budak tu menari dan menyanyi serta menjerit-jerit seolah-olah untuk menarik perhatian orang ramai yang dilalui. Bila lalu je melintasi hadapan saya, bau beer yang bukan sahaja untuk diminum tetapi juga digunakan untuk membasahi badan mereka, menusuk ke hidung. Sambil tu jugak, bebudak ni turut merenjiskan lebihan beer tersebut kepada orang ramai yang dilaluinya. Tetapi responnya adalah positif kerana orang ramai tidak memberikan reaksi yang negatif atau marah dengan tindakan tersebut. So, jelas bahawa aktiviti performance ini merupakan sesuatu yang direstui oleh masyarakatnya.

Gaya mereka itu seolah-olah satu pesta lagaknya. Dan memang satu pesta pun bagi mereka sebab menurut En. Khalid itu merupakan 'ritual' yang dilakukan oleh remaja belasan tahun sempena menyambut cuti musim panas. Bukan sebuah lori je malah ada banyak lori yang disewa oleh ibu-bapa bebudak tu semata-mata untuk tujuan tersebut. Bukan sahaja lori, terdapat juga kereta mewah dan bot yang turut digunakan sebagai kenderaan utnuk tujuan perarakan tersebut bergantung kepada status ekonomi keluarga bebudak tu. So, memang 'happening' la seluruh bandar tu dengan 'ritual performances' oleh para remaja ni dengan mengeksploitasi seluruh kemudahan samada darat mahupun laut. Cuma kenderaan udara je yang saya tak jumpa yang turut digunakan oleh bebudak tu. Saya pun berhenti la sekejap untuk memerhatikan gegalat performance bebudak tu, happening gakk...


Kemudian jalan lagi dan jumpa pulak sekumpulan budak-budak remaja perempuan berarak sambil membawa sepanduk keliling bandar la jugak. Lepas tu mereka berhenti di dataran di tengah-tengah bandar dan beraksi dengan gaya menari sambil menjeritkan sesuatu seta menjulang-julangkan sepanduk. Saya kira tujuan mereka ini juga sama iaitu sempena meraikan cuti musim panas. Melihatkan gelagat remaja ni, saya agak terkagum juga dengan kebebasan bersuara dan berekspresi yang diamalkan oleh masyarakat Sweden ni. Menurut penduduk yang agak dewasa, semasa zaman mereka remaja dulu budaya sebegini masih belum diamalkan lagi. Tetapi ia mula muncul sekitar abad 21 ni je, dan bagi mereka ia merupakan suatu budaya yang muncul sebagai suatu respon terhadap kebebasan untuk berekspresi yang diperjuangkan atas landasan 'human rights'....

TERIMA KASIH! WARGA KEDUTAAN MALAYSIA DI STOCKHOLM


8.6.07, Lebih kurang jam 11 pagi saya sampai di kedutaan Malaysia di Stockholm, Sweden mengikut masa seperti yang dijanjikan dengan En. Khalid bahawa saya akan sampai sebelum solat Jumaat. Waktu tiba saya disambut oleh warga staff kedutaan dan dijemput masuk ke bilik menunggu kerana kebetulan En. Khalid sedang sibuk dengan urusan kerja. Rasa bersalah pun ada juga sebab datang tanpa membuat 'appointment' lebih awal. Saya agak bersimpati dengan situasi En Khalid kerana beliau terpaksa menyusun semula jadual serta program kerja yang telah dirancangkan lebih awal. Tidak lama kemudian En. Khalid tiba dan kami berbual mengenai situasi yang sedang berlaku. Melaui perbualan tu En. Khalid menjelaskan bahawa kemasukan pelancong secara beramai-ramai sempena cuti musim panas merupakan punca kenapa hotel semuanya 'fully book'. Oooo... kisahnya...!! En. Khalid ni peramah orangnya sehingga menghilangkan rasa janggal dan rasa bersalah saya tadi. Dalam perbualan kami tu, En Khalid turut bercerita serba sedikit mengenai hal-ehwal kedutaan kita di Stockholm. En Razak ialah Timbalan Duta dan juga merangkap 'Ambassador in Acting' kerana pejabat kedutaan di sini tiada Duta. Jadi En. Razak melakukan kedua-dua tugas tersebut. Tetapi sewaktu saya tiba En. Razak tiada kerana ada tugasan di Denmark. Jadi En. Khalid bertanggungjawab menggantikan tugasan beliau di pejabat kedutaan tu. Jadi bila saya tiba maka En Khalid perlu juga melayani urusan tersebut.


Jadi, En Khalid dengan kebaikan hatinya berusaha untuk melayan kehadiran saya sebaik mungkin. En Khalid nampaknya sangat bersungguh-sungguh untuk membantu bagi memastikan keselesaan saya sewaktu berada di situ. Sebenarnya saya tidak la mengharapkan layanan yang terlalu istimewa tetapi cukup sekadar mendapat tempat untuk meletakkan barang dan tidur untuk satu malam sahaja. Itu pun sudah memadai. Tetapi nampaknya En Khalid telah memberikan lebih daripada apa yang saya jangkakan...Terima kasih banyak-banyak....
Selepas berbual-bual tu En khalid mengajak saya ke rumah beliau yang juga terletak dalam kawasan pejabat kedutaan tu. En. Khalid menumpangkan saya di rumah beliau sendiri dan memperkenalkan kepada isteri beliau iaitu Pn Hawa. Memandangkan hari tu hari Jumaat, jadi selepas meletakkan barang dalam rumah dan berehat sembentar En. Khalid mengajak ke mesjid untuk solat Jumaat. Kami pergi ke masjid dengan disertai oleh En. Zul yang juga staff kedutaan dan dibawa oleh pemandu iaitu seorang lelaki Filipina. Malangnya saya lupa pulak nama mesjid dan lokasi tempat kami solat Jumaat tu, tapi yang pastinya mesjid tu ialah masjid Pakistan kerana khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Pakistan.



Selepas solat, saya diperkenalkan kepada dua orang rakyat Malaysia yang belajar di Stockholm dan kami berbual-bual seketika. Kemudian kami balik semula ke rumah En. Khalid dan Pn Hawa telah menyediakan makan tengahari dengan menu utamanya ikan masak pedas ala Melaka, sedap la pulak!!!. Lagi pun dah agak lama jugak tak jumpa nasi sejak travel ni. Pn Hawa ni orang Melaka, jadi dia masak la masakan Melaka dan peramah juga orangnya membuatkan saya sentiasa rasa selesa. Pn. Hawa sebelum ni bekerja sebagai P.A Dato' Megat Jonid. Tapi sekarang ambil cuti tanpa gaji untuk menemani En. Khalid tinggal di Stockholm ni. En. Khalid pulak asal dari Bagan Serai, Perak. Haa... satu negeri la pulak dengan saya. Tapi saya dari Teluk Intan, Perak, tak jauh la tu... Sewaktu makan tu kami juga ditemani oleh En. Zul....

JUSTERU, DI SINI SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA BUAT EN. KHALID SEKELUARGA ATAS LAYANAN YANG DIBERIKAN. JUGA BUAT EN RAZAK (walaupun tak sempat jumpa)TETAPI TERIMA KASIH UNTUK PERHATIAN YANG DIBERIKAN. SERTA TERIMA KASIH JUGA BUAT SELURUH WARGA KEDUTAAN MALAYSIA DI SOCKHOLM, SWEDEN.

Thursday, July 26, 2007

Salam Pertemuan Stockholm, Sweden.


8.6.07, Selepas semalaman tidur di dalam cabin kapal yang membelah lautan Baltik maka saya bangun pagi dan bersiap untuk sarapan pagi. Sambil sarapan saya melihat ke tingkap cafe di sebelah tu dan nampak banyak pulau-pulau kecil yang dilalui. Ini bermakna kapal ni tidak lagi berada di tengah lautan tetapi sudah menghampiri ke pelabuhan dan gerakan kapal juga sedikit perlahan. Saya semakin teruja untuk naik ke atas 'roof top' kapal untuk melihat keindahan pemandangan ini. Selesai sarapan saya terus naik ke atas. Orang pun dah ramai berada kat atas tu dengan tujuan yang sama gak macam saya. Terdapat banyak bot-bot kecil dipersisiran pantai di sepanjang perjalanan menghampiri pelabuhan ini. Saya difahamkan bahawa sebahagian daripada penduduk Sweden ni memang tinggal di dalam bot-bot tu, menarik kan? Sehinggalah pengumuman untuk berlabuh diumumkan barulah saya balik semula ke kabin untuk mengambil beg yang sudah dikemaskan sebelum sarapan tadi. Tepat jam 9.40 pagi waktu Sweden yang satu jam lewat daripada waktu Finland, Saya pun sampai di Pelabuhan Stockholm. Cantik pelabuhan ni......


Waktu keluar dari kapal sehinggalah sampai ke terminal dan terus melepasi terminal hingga ke luar dari bangunan terminal tu, passport saya tidak perlu di chop. sama seperti waktu keluar dari Finland semalam. so, rasa selesa sangat... Di luar bangunan terminal tu ada banyak bas dah tunggu untuk bawa penumpang ke stesen iaitu samada ke 'central station' ataupaun 'Sulsen station' yang merupakan dua buah stesen utama di sini. Saya turun di 'Central Station' dengan kadar tambang sebanyak 30 Kroner atau lebih kurang RM 15 atau pun 3 Euro. Agak mahal gak sebab bukannya jauh sangat. Tapi nak buat macam mana sebab Sweden ni kira antara negara yang paling tinggi kos sara hidupnya di dunia.


Tapi kalau mat salleh tu saya tengok ramai yang jalan kaki je daripada naik bas untuk pergi ke 'city centre'. Jaraknya bukanlah jauh sangat sebenarnya lebih kurang 10 - 15 minit je jalan kaki dan cuaca panas kat sini pun tak macam di Malaysia. Memang la suhunya 28 - 30 darjah cencius tetapi tak melekit dan anginnya sejuk. Jadi tak la berpeluh sangat dan letihnya pun kurang terasa. Tapi disebabkan saya ni bawa beg galas besar dan tak berapa tau sngat dengan tempat ni, so mudahnya naik bas je la. Bila dah sampai kat 'central station' tu kena la ambik bas lain pulak. Tapi sebelum tu kena tukar duit dulu dan dapatkan map dari information counter dan terus tanya sekali di mana lokasi sebenar kedutaan Malaysi di Stockholm. Kerani tu pun tunjukkan lokasinya di atas map tu dan bas yang perlu diambil untuk ke sana. Orang di sini semuanya 'helpful' belaka dan bila tanya je pasti akan dijawab. Kalau diaorang boleh jawab mereka akan jawab dan kalau tak tau diaorang akan kata minta maaf sebaab tak tahu. Tapi kalau diorang tahu mereka akan bagi jawapan se detail-detailnya sampai kita benar-benar faham.



So, bila dah faham tu saya pun beli tiket di kiosk dalam terminal station sebab tiket tidak dijual dalam bas pas tu pun jalan kaki sikit menuju ke bus stop no. 1 yang terletak di luar bangunan terminal. Bila bas sampai saya naik bas dan minta driver tu turunkan di alamat kedutaan Malaysia 'Jalan Kalvaragen'. OOooo... rupanya bangunan kedutaan ni terletak di town centre rupanya dan dekat je dengan bus stop.....