English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label Kosovo 2018. Show all posts
Showing posts with label Kosovo 2018. Show all posts

Friday, August 3, 2018

MENONTON TEATER DI KOSOVO


Sarapan di cafe hotel Denis

31.1.2018 (Rabu) Usai menunaikan soalt subuh, saya menerima wassup dari kawan saya di Sarawak, iaitu Dr Miji. Kami pun berbual melalui wassup seketika...Selesai berbual, saya bercadang untuk mendaftar keluar dari hotel Denis pada hari ini dan nak tinggal di hotel di tengah kota Pristina pula untuk malam ini. Saya melayari booking.com dan terus menempah hotel Kika yang telah saya ketahui lokasinya semasa jalan-jalan semalam. Selesai urusan tempahan hotel itu, jam 8am saya pun turun ke cafe untuk mendapatkan sarapan. Sarapan di hotel ni juga bukan dalam bentuk buffet tetapi ala carte yang menunya telah ditetapkan. ok lah...asal ada sarapan pun dah kira bagus....Alhamdulillah....saya pun tak perlu risau sebab semalam saya telah mendapat maklumat bahawa makanan di sini semuanya halal.....Lagi pun hidangan paginya simple je, iaitu omelet, roti dan kopi.....Alhamdulillah.... ada kopiii....Walaupun saya nak caffe latte tapi tak ada katanya.....kopinya pun ok...tak la pahit dan susunya sedang-sedang....

Kopi enak Hotel Denis, Pristina, Kosovo

Hotel Kikka, Pristina, Kosovo

Selesai menikmati sarapan pagi di pagi yang terasa dingin sangat itu, saya masuk ke kamar semula untuk berkemas-kemas dan kira-kira jam 10am saya pun turun untuk mendaftar keluar. Setelah menyerahkan kunci, saya bergerak jalan kaki meninggalkan hotel denis menuju ke hotel Kika yang mengambil masa kira-kira 30 minit berjalan kaki. Walaupun saya tiba dalam jam 10.30am, tapi sebab ada bilik kosong maka saya dibenarkan untuk terus daftar masuk. Saya kena bayar tunai gak di hotel ni yang berjumlah 21 Euro untuk satu malam. Saya bagi wang kertas 100 Euro tapi petugas tu kata tida pertukaran wang kecil la pulakkk....lepas tu dia kata tak pe lah...masuk bilik dulu dan bayar kemudian...Hhhmmmm....hampa lah harapan.....ingatkan nak tukar duit Euro kat sini supaya dapat denominasi duit Euro kecil sikit....tu yang bagi duit 100 Euro tu...sebab kat Kosovo ni guna matawang Euro..!!! nanti nak tukar ke matawang MKD atau LEV ataupun TL tak lah guna duit Euro yang besar......Bilah dah katanya tangguh je bayar dulu....saya pun teruslah ke bilik di No. 103, tingkat 2. Malangnya tiada lif pulak hotel ni, kenai menapak naik tangga.....biasalah....hote bajett....  Sampai di atas tu terus masuk ke kamar. Sekejap sahaja di bilik tu, lepas letakkan barang, saya terus keluar semula untuk jalan-jalan.


Masjid di kota pristina, Kosovo

Jalan-jalan di Pristina, Kosovo

Jalan-jalan di Pristina, Kosovo

Jalan-jalan di Pristina, Kosovo

Jalan-jalan di Pristina, Kosovo

Salah satu kedai Cenderahati di Pristina, Kosovo

Salah satu kedai Cenderahati di Pristina, Kosovo

Sambil jalan-jalan tu sebenarnya saya nak juga beli cendarahari dari Kosovo ni....sebab tak tau bila lagi boh sampai ke sini....paling tidak adalah sesuatu yang boleh dibuat kenang-kenangan di sini selain daripada foto-foto. Puas saya berjalan-jalan di kota kecil Pristina ni dan masuk dari satu lorong ke lorong yang lain, namun gagal menemui kedai cenderahati......Alhamdulillah....akhirnya saya menemui juga kedai cenderahati tu di suatu lorong yang agak terpencil dan lokasinya juga di bawah tanah dan kena turun melalui tangga ke bawah....agak tersorok juga la....Cuma di hadapan tangga kedai untuk masuk ke bawah tu dileakkan papan tanda yang bertulis 'Souvenir Shop Avanue' tetapi anak panahnya menghala ke arah bertentangan kedai dan bukan menunjukkan ke arah tangga untuk turun masuk ke kedai tu....walau bagaimanapun Alhamdulillah...akhirnya bertemu juga dengan kedai ni......Saya pun membeli beberapa barangan dengan harga 50 Euro....sebab seronok sangat sebab saya dah beli banyak tu....petugas kedai tu memberikan saya beberapa item lain secara percuma....Sambil tu saya pun berbual dengan petugas tu tentang kepayahan untuk meneui kedai cenderahati....dia pun bagitau bahawa di Pristina ni katanya hanya terdapat tiga kedai cenderahati sahaja dan kedai ni adalah salah satunya.......oooo....begitu...patutlah susah nak jumpa....ye lah....negara Kosovo ni kecil sahaja dan kota Pristina ni pun sangant kecil secara relatifnya....jadi memadaillah dengan tiga kedai cenderahati tu....pelancong pun tak ramai sangat datang ke sini.....Setelah membuat bayaran....saya pun mengucapkan selamat tinggal kepada petugas tu dan bergerak balik ke hotel pulak lah...hari pun dah tengahari......

Jalan-jalan di Pristina, Kosovo


Makan tengahari di restoran Bahtijari

Makan tengahari di restoran Bahtijari

Perut pun dah terasa lapar....tapi saya tidak singgah di mana-mana restoran sebab nak terus balik ke hotel dan sebelum naik ke hotel tu....saya singgah di retoran Bahtijari yang terletak betul-betul berhadapan dengan hotel Kika tu.....Saya pun memesan kebab dan menikmati makan tengahari enak di sini......Usai makan tu, saya terus naik ke bilik hotel dan berehat seketika.......

Makan tengahari di restoran Bahtijari

Makan tengahari di restoran Bahtijari

Makan tengahari di restoran Bahtijari

Menu makan tengahari di restoran Bahtijari

Beli tiket National Theatre of Kosovo

Selepas solat Asar....saya bercadang untuk turun berjalan-jalan di kota Pristina dengan tujuan utamanya adalah untuk membeli tiket untuk menonton teater pada malam ini. Lokasi hotel Kika dengan panggung teater ni tak jauh sangat....kira-kira 10 minit je berjalan kaki....Setibanya di National Theatre  saya pun terus ke kaunter box office dan membeli tiket tontonan berharga 3 Euro (relatif sangat murah harga tiketnya). Show akan bermula pada jam 8pm nanti, jadi saya pun balik ke hotel semula sebab dah tak de apa nak dibeli lagi....sampai di hotel saya berehat menunggu waktu Maghrib tiba.......



Jalan-jalan di waktu petang

Jalan-jalan di waktu petang

Jalan-jalan di waktu petang


Jalan-jalan di waktu petang


Jalan-jalan di waktu petang


Jalan-jalan di waktu petang


Jalan-jalan di waktu petang


Jalan-jalan di waktu petang

Jalan-jalan di waktu petang


Jalan-jalan di waktu petang


Jalan-jalan di waktu petang


Jalan-jalan di waktu petang

Usai solat Maghrib, kira-kira jam 7pm... saya pun keluar dari hotel dan singgah di kaunter penerimaan dahulu untuk membayar duit hotel yang tertangguh pagi tadi, iaitu sebanyak 21 Euro. Dah bayar duit hotel tu, lega rasanya dan saya terus berjalan kaki bersantai-santai menuju ke panggung National Theatre. Saya ada masa satu jam lagi untuk show bermula...masih ada banyak masa untuk bersiar-siar dan berfoto di waktu senja dan malam di kota Prostina ni.....Setibanya di panggung saya perlu menunggu di luar yang realtif sangat sejuk itu sehinggalah pintu panggung dibuka pada jam 7.30pm. Saya pun tanpa berlengah terus masuk ke dalam ruang legar panggung bagi menghilangkan kesejukan.....Para penonton pun semakin ramai memasukan ruang legar panggung itu dan tepat jam 8pm, pintu masuk pun dibka dan saya menunjukkan tiket kepada petugas panggung......


Menonton teater di National Theatre of Kosovo


Menonton teater di National Theatre of Kosovo


Menonton teater di National Theatre of Kosovo



Menonton teater di National Theatre of Kosovo

Menonton teater di National Theatre of Kosovo

Menonton teater di National Theatre of Kosovo

Dekorasi panggung National Theatre di Kosovo ni tak lah sehebat National Theatre of Sarajevo yang saya pernah masuki pada tahun lalu sewaktu di Bosnia. Panggung di Sarajevo tu merupakan warisan peninggalan zaman Pembaharuan Eropah. Jadi, dekorasinya sangat gah yang membawa ciri-ciri Renaissance. Sementara panggung National Theatre of Kosovo ni membawa nuansa era moden Eropah. Persembahan teater yang bertajuk 'Bordell Ballkan' yang berdurasi 2 jam ini sangat provokatif sifatnya. Walaupun saya tidak faham bahasa yang digunakan tetapi Subtitle terjemahan Bahasa Inggeris yang disertakan pada electronic signboard di hadapan panggung itu sangat membantu. Kisahnya tentang perjuangan rakyat Kosovo untuk mencapai kemerdekaan. Tentang kesengsaraan, kepayahan, kebuluran, penindasan seksual, penindasan fizikal dan mereka melakukan apa sahaja demi perjuangan melestarikan kewujudan. Setting yang sederhana tetapi kekuatan lakonan adalah ditekankan yang membawa teknik theatre of cruelty oleh Antonin Artaud. Persembahan yang berlangsung selama 2 jam itu sangat provokatif.....itu sahaja yang dapat saya katakan kerana kalau gaya persembahan seperti itu dipentaskan di Malaysia, pastinya akan menimbulkan kontroversi dan bahkan saya kira tidak boleh atau tidak akaan dibenarkan dipentaskan dalam konteks Malaysia. Itu sahaja ayang boleh saya katakan......Usai persembahan tu....semua penonton berdiri memberikan tepunkan yang gemuruh dan saya pun turut berdiri 'standing ovation' katanya.....namun jelas....saya sangat puas dengan tontonan itu.....Habis menonton....kira-kira jam 10pm dah....saya pun keluar dari panggung dan berjalan kaki balik ke hotel.........Terima kasih Kosovo untuk mengalaman menonton yang hebat itu.....





Thursday, August 2, 2018

JEJAK KAKI DI BUMI KOSOVO








Tiba di Hotel Denis, Pristina, Kosovo

30.1.2018 (selasa) Kira-kira jam 1.30pm bas yang saya naiki pun tiba di stesen bas Pristina, Kosovo. Saya pun bertanya ke kaunter pertanyaan berkenaan lokasi hotel yang saya tempah dan petugas di situ mencadangkan saya supaya mengambil teksi.....saya hairan juga, mengikut makluman yang saya baca dari laman sesawang....lokasinya tidak jauh dan boleh didatangi dengan berjalan kaki sahaja....Jadi saya pun memutuskan untuk berjalan kaki dari stesen bas itu.....Namun saya tak pasti ke arah mana nak dituju.....saya pun mengikut gerak hati mengambil arah kanan yang menunjukkan lokasi di mana pusat bandar berada.....setelah sekian lama berjalan saya masih tidak menemui pusat bandar dan jalan raya di sini pula agak komplikated....akhirnya....saya bertanya kepada pejalan kaki yang lalu lalang di situ dan boleh berbahasa Inggeris dan saya pun bertanyakan lokasi hotel Denis. Peramah remaja tu dan membuka telefon bimbitnya untuk mendapatkan lokasi hotel itu sebab telefon dia ada data untuk mengakses internet....Dia kata hotle tu jauh dari sini dan terletak di lereng bukit namun berhampiran dengan pudst bandar.....Lalu dia mencadangkan saya agar bergerak menuju ke hadapan lagi dan mendapatkan teksi dari sana kerana untuk berjalan kaki lokasi hotel tu agak jauh....saya pun mengikut cadangan remaja itu dan bergerak ke lokasi yang diarahkan.....stelah beberapa lam berjalan, saya lihat memang para pemandu teksi berada di lokasi yang dinyatakan untuk menunggu penumpang....saya pun menuju ke arah sebuah teksi dan bertanyakan pemandunya samada boleh menghantar saya ke lokasi hotel Denis...dia kata boleh dan saya bertanyakan berapa tambangnya dan dia kata 5 Eurro sahaja....dan saya puns setuju....oh ya...matawang di Kosovo ni menggunakan Euro, jadi mudahlah saya tak perlu tukar wang di sini sebab terus guna Euro sahaja....Saya pun masuk ke dalam teksi dan pemandu tu membawa saya ke lokasi yang di tuju....





Hotel Denis, Pristina, Kosovo


Bilik di Hotel Denis, Pristina, Kosovo


Pandangan dari jendela Hotel Denis, Pristina, Kosovo







Pandangan dari jendela Hotel Denis, Pristina, Kosovo


Alhamdulillah.....lebih kurang 15 minit perjalanan teksi tu akhirnya saya pun tiba di hotel Denis....memang jauh juga lokasinya dari stesen bas tadi....dan kalau berjalan kaki memang relatif jauh sebab perlu menaiki lereng bukit pulak lagi.....naik teksi pun mengambil masa 15 minit dan kalau jalan kaki tak tau la berapa jam saya akan sampai di sini dan jalannya pun komplikated kalau berjalan kaki.....Setibanya di hotel tu saya pun membayar tambang tapi saya tak ada duit kecil dan pemandu pun tiada tukaran kecil....saya pun mencadangkan untuk menukar duit di kaunter penerimaan hotel. penyambut tetamu yang peramah itu bersetuju dan menyerahkan 5 Euro kepada pemandu teksi dan saya pun mengucapkan terima kasih kepada pemandu tu dan dia pun berlalu pergi...Saya pun mendaftar masuk dan membuat bayaran Sebanyak 25 Euro dengan tambahan 5 Euro lagi, iaitu wang yang dipinjamkan oleh hotel untuk membayar teksi tadi....Setalah menerima kunci bilik, saya pun terus naik ke kamar dan membersihkan diri serta berehat....

Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo


Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo


Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo

Setelah merehatkan diri, pada sebelah petangnya saya pun keluar berjalan-jalan di kota Pristina. Sambil berjalan-jalan tu, saya pun mencari-cari restoran yang menjual makanan halal....puas saya berjalan-jalan di kota Pristina yang secara relatifnya kecih sahaja itu untuk mencari restoran yang ada tanda halal....mungkin restoran Turki ke yang selalunya ada tanda halal....namun tiada berjumpa.....hari dah semakin gelap....saya rasa lokasi hotel saya ini agak relatif jauh dengan pusat bandar ni.....sebab saya akan menginap dua malam di sini....sebab tadi sewaktu keluar dari hotel Denis hinggalah ke pusat bandar ni....saya perlu menuruni bukit dan sampai ke kota agak relatif lama iaitu kira-kira dalam 30 minit juga berjalan kaki...hhhhmmmm....letih juga kaki nak sampai ke kota ni dari hotel....Jadi sambil berjalan-jalan mencari restoran halal tu, saya pun melihat-lihat hotel-hotel yang ada di sekitar kota itu.....rasanya malam esok nak tidur hotel di tengah kota ni pulak bagi memudahkan bersiar-siar di kota ni....Adalah bebera0pa hotel yang saya rasa sesuai dan saya hafalkan nama dan lokasinya....Sambil berjalan-jalan tu hari dah semakin gelap, perut pun dah lapar sebab tak makan tengahari lagi...restoran halal pun masih tak jumpa....Jadi saya pun bercadang untuk berjalan pulang semula ke hotel....sebab berdekatan denga hotel tadi saya ada ternampak sebuah restoran India, tapi saya tidak pasti halal ke tidak...namun boleh gamble je tanya nanti....



Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo

Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo



Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo


Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo

Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo


Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo

Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo

Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo



Jalan-jalan di kota Pristina, Kosovo

Hari dah semkin gelap dan saya meneruskan perjalanan pulang lalu singgah di sebuah mini market dan membeli buah apel dan lemon. Saya sangat perlukan buah lemon kerana batuk-batuk kecil dan gatal keongkong telah mula menyerang....saya perlu meinum lemon untuk menghilangkan batuk-batuk itu....lemon adalah vitamin yang mujarab untuk saya ketika mengalami batuk...harganya pun murah je di sini.....Setalah membeli buah tu, saya meneruskan perjalanan dan setibanya di sebuah restoran kecil di tepi jalan tu, saya nampak seoran perempuan bertudung keluar dari restoran tu.....Alhamdulillah....saya rasa mungkin itu restoran halal sebab perempuan bertudung pun makan di situ. Setibanya di restoran tu, saya lihat namanya restoran Veta tetapi tiada tanda halal...saya pun masuk dan tanpa bertanya apa-apa terus sahaja memesan menu ayam dan sup. Saya hanya mengagak sahaja restoran tu adalah restoran halal.....Tidak lama kemudian hidangan yang saya pesan pun sampai dan tanpa berlengah saya terus menjamah hidangan ayam dan sup yang enak itu. Sambil saya makan tu, pramusaji di restoran tu sering melihat-lihat ke arah saya lalu menghampiri....mungkin sebab dia nampak say ani lain orangnya....pelancong lah bagi dia....bila dia duduk di meja saya tu.saya terus bertanya samada kedai ni halal ke tidak.....Terus dia kata halal....saya kata pulak....'tapi tiada tanda halal'...Lalu dia pun menceritakan kepada saya bahawa 95% penduduk Kosovo ni adalah beragama Islam. Jadi semua di restoran di kota Pristina ni adalah halal, sebab tu lah tidak perlu di letakkan tanda halal.....ooooo macam gitu....saya cuba pastikan lagi adakah semua restoran makanan segera di kota ni juga halal. Dia kata ya....halal.....sambil menegaskan bahawa semua daging di Kosovo di disembelih dan tiada daging babi yang dijual di Kosovo ni......Alhamdulillah....lega rasanya....kalau saya tau semua halal....saya masuk ke kedai yang banyak saya temui tadi dan teringin sangat saya nak masuk tadi...hhmmmm...tak apa lah ini rezeki saya malam ini dan rezeki restoran Veta juga....Usai menikmati hidangan malam tu, saya membayar harga makanan dan mengucapkan salam dan terima kasih kepada tuan kedai yang peramah itu.....

Hidangan makan malam

Menu vitamin di Pristina

Saya pun beredar meninggalkan restoran Veta sambil menaiki lereng bukit menuju ke hotel Denis. Setibanya di hotel saya menuju ke kamar dan setelah mengemaskan diri....saya mengeluarkan lemon dan epal yang saya beli tadi untuk dimakan sebelum tidur......Alhamdulillah....