English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label Hungary 2010. Show all posts
Showing posts with label Hungary 2010. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

BUDAPEST....DI SIANG HARI !!

21.11.10 (Ahad)

Stesen Bas Budapest, Hungary

Pagi ni jam 7.00 am kami turun ke ruang makan hostel untuk mendapatkan sarapan pagi dengan harga 2 Euro. Antara pakej hidangannya adalah bijirin, buah, jus dan kopi. Lepas makan, kami mengambil beg dari bilik dan mendaftar keluar. Kami meninggalkan beg kami di bilik simpanan yang disediakan di hostel tersebut dan kira-kira jam 8.00am kami menuju ke stesen tram untuk ke ke stesen bas utama dan membuat tempahan tempat duduk bagi perjalanan menuju ke Venice, Itali. Nasib kami baik kerana masih ada tempat duduk untuk kami bertiga dan bas akan bergerak pada jam 8.00 malam nanti.

Di kaunter tiket Eurolines sewaktu menempah tiket untuk ke Venice, Italy



Oleh sebab masih ada banyak masa lagi, dan cuaca pagi ni di Budapest sangat cerah dan ceria. Jadi, kami pun naik metro untuk menuju semula ke lokasi yang kami tujui malam tadi untuk mengambil gambar di waktu siang tempat-tempat yang kami lawati malam tadi. Kami juga sempat meninjau di ’central market’ di Budapest ni dan membeli cenderahati. Sambil tu kami singgah untuk makan tengahari di restoran makan segera dan menunya adalah piawai aitu ’fish & chip’. Oleh sebab masih ada waktu yang berbaki, kami naik tram dan melihat-lihat kota Budapest melalui perjalanan tram tu.





Kira-kira jam 5.00 petang, kami balik semula ke hostel untuk mendapatkan beg yang kami tinggalkan di situ. Oleh sebab waktu masih ada, kami berehat-rehat seketika di lobi hostel tersebut sehingga jam 6 petang. Kemudian kami terus bergerak ke stesen bas utama dan tiba di situ jam 7.00 malam. Kira-kira jam 8.00 malam, bas Eurolines pun tiba dan kami masuk ke dalam perut bas yang akan bergerak ke destinasi kami yang seterusnya iaitu Venice, Italy.





















































Makan tengahari di restoran makanan segera

















Bersama Miji sementara menanti waktu di lobi hostel sebelum bertolak ke stesen bas..

Di kaunter Budapest Hostel (YHA)

Sunday, January 9, 2011

SAMPAI BUDAPEST DAH...

Budapest, Hungary

Budapest 20.11.10 (Sabtu)

Setibanya di stesen bas Budapest, kami terus menuju ke kaunter tiket Eurolines. Namun, hari ni hari Sabtu dan kami dimaklumkan kaunter Eurolines dah ditutup lebih awal sebelum kami tiba tadi. Jadi kami tidak dapat membuat tempahan tempat duduk untuk bas Eurolines untuk ke destinasi seterusnya pada esok hari iaitu Venice, Italy. Kami memutuskan untuk melakukannya awal pagi esok apabila kaunter telah dibuka. Tanpa membuang masa, kami terus membeli tiket metro dan pengangkutan awam untuk tempoh 24 jam. Kemudian saya meneliti semula alamat hostel yang akan kami tujui dan bertanyakan di kaunter pertanyaan cara untuk pergi ke sana. Setelah maklum, kami menuju ke stesen tram berhampiran untuk naik tram menuju ke YHA Budapest yang terletak di Neplight, satu perhentian sahaja dari stesen bas utama.

Sewaktu tiba di stesen Bas Budapest

Dah tiba di Budapest Hostel (YHA)

Setibanya sahaja, kami terus mendaftar. Setelah masuk ke bilik saya pun membersihkan diri dan usai solat Asar, kami terus keluar meniki tam menuju ke pusat bandar untuk berjalan-jalan serta mengambil gambar Budapest di waktu malam. Landskap kota Budapaest ni tak jauh sangat berbezanya dengan Prague. Sungai menjadi ciri utama yang menjadi tanda pusat bandarnya terutamanya di lokasi ’old towan’ yang menjadi tumpuan pelancong. Cahaya lampu menerangi kota ini di waktu malam dan kelihantan amat menarik sekali.

Dalam Tram sewaktu bersiar-siar di waktu malam

Di dalam stesen Metro

Oleh sebab tidak berjumpa dengan restoran sesuai untuk kami menjamah hidangan maka sewaktu perjalanan pulang ke hostel tu, kami singgah di kedai runcit. Di sini kami membeli roti dan maggi mee untuk dibawa pulang ke hostel buat hidangan malam. Selesai menjamah hidangan malam tu kami terus masuk ke bilik untuk merehatkan diri dan tidur.....






























Di luar Budapest Hostel untuk bersiar-siar

Budapest Hostel (YHA)