English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label Bosnia 2017. Show all posts
Showing posts with label Bosnia 2017. Show all posts

Friday, January 12, 2018

SELAMAT TINGGAL SARAJEVO,,,SAMPAI JUMPA LAGI





15.2.2017 (Selasa) Pagi yang nirmala......hari  ni adalah hari terakhir saya berada di Sarajevono.... flight saya ke Istanbul akan berlepas pada petang nanti... Jadi pagi ni....selepas berkemas-kemas sikit, saya terus keluar untuk bersiar-siar di kota lama Sarajevo buat kali terakhir sambil mendapatkan sarapan pagi.......terasa sangat indah pagi ini dengan sinaran matahari yang menambahkan seri keindahan kota Sarajevo....menjadikan saya terasa lebih sayu untuk meninggalkan bumi Balakan ini....pagi n saya hanya berjalan-jalan di sekitar kota lama ini sambil menghirup udara pagi yang segar kota Sarajevo.....Saya singgah sebentar di kaunterpertanyaan yang sudah mula beroperasi pada pagi itu untuk bertanyakan bagaimana untuk mendapatkan bas menuju ke Lapangan Terbang Sarajevo. Saya dimaklumkan bahawa stesen bas ke Lapangan terletak berhampiran dengan Bangunan Majlis Bandaran. Bas tersebut hanya akan tiba di situ pada jam 12.00pm. dan 4.00pm sahaja. Sekiranya terlepas kedua-dua waktu tersebut....harus mencari alternatif lain, iaitu dengan menaiki teksi atau kereta sewa..usai di situ, saya pun meneruskan jalan-jalan....



Pagi terakhir di Bascarsija, Sarajevo


Pagi terakhir di Bascarsija, Sarajevo

Pagi terakhir di Bascarsija, Sarajevo

Selepas berjalan-jalan sekejap tu, saya pun memutuskan untuk singgah mendapatkan sarapan pagi di sebuah kafe yang terletak di dataran kota lama itu dan menghadap stesen tram. Kafe ni mempunyai dinding kaca yang luas betul-betul menghadap stesen tram dan dataran kota lam. Cahaya matahari pagi terus masuk menyinar ke dalam kafe melalui dinding kaca itu. Saya mengambil tempat duduk yang berada pada dinding kaca dan mnikmati kepanasan cahaya matahari yang masuk melepasi dinding kaca. Memberikan kepanasan yang menyegarkan badan di musim dingin yang indah ini....

Minum pagi di Bascarsija

Minum pagi di Bascarsija

Minum pagi di Bascarsija

Setelah mendapatkan tempat duduk....saya pun memesan saarapan pagi, iaitu kopi dan roti cokelat yang enak itu...Sementara menanti pesanan tiba, saya mengambil kesempatan untuk mengambil foto-foto menarik setiap tram yang lalau dan singgah di stesen Bascarsija.......banyak tram-tram yang pelbagai warna menuju ke detinasi-destinasi yang berbeza di sekitar kota Sarajevo ini singgah di situ...

Minum pagi di Bascarsija


Minum pagi di Bascarsija

Minum pagi di Bascarsija

Minum pagi di Bascarsija

Minum pagi di Bascarsija


Minum pagi di Bascarsija

Minum pagi di Bascarsija

Tram-tram yang lalu di Bascarsija

Tram-tram yang lalu di Bascarsija

Tram-tram yang lalu di Bascarsija

Tram-tram yang lalu di Bascarsija

Tram-tram yang lalu di Bascarsija

Tram-tram yang lalu di Bascarsija

Tram-tram yang lalu di Bascarsija

Tram-tram yang lalu di Bascarsija

Tram-tram yang lalu di Bascarsija

Tram-tram yang lalu di Bascarsija

Tram-tram yang lalu di Bascarsija

Tram-tram yang lalu di Bascarsija


Agak lama juga saya berada di dalam kafe itu...bersantai dan melayan perasaan sambil menikmati pagi yang indah....Alhamdulillah.....waktu menunjukkan hampir jam 10.30am. Saya pun membayar bil makanan dan keluar meninggalkan kafe itu menuju ke hotel Zemzem yang terletak bersebelahan sahaja dengan kafe tu....saya terus naik ke bilik dan menyudahkan kemasan barangan terakhir.....usai berkemas, saya pun turun ke lobi dan mengucapkan selamat tinggal kepada Elvir yang bertugas pada pagi itu....Elvir menawarkan perkhidmatan untuk ke lapangan terbang...tetapi saya kata nak naik bas sahaja....

Bergerak meninggalkan hotel Zemzem

Foto selamat tinggal bersama Elvir 

Bergerak meninggalkan hotel Zemzem


Foto selamat tinggal bersama Elvir 

Saya pun mengucapkan selamat tinggal kepada Elvir  dan mengambil foto kenangan terakhir sebelum melangkah keluar meninggalkan hotel itu.....saya bergerak menuju ke stesen bas berhampiran dengan bangunan Majlin Bandaran yang dimaksudkan....saya duduk menunggu di perhentian bas itu dan ada beberapa bas yang berhenti tetapi tidak ada yang menuju ke lapangan terbang......sehinggalah jam menunjukkan pukul 12.30pm....akhirnya saya bertanya kepada konduktor bas yang kebetulan turun dari bas yang berhenti di situ...saya pun bertanyakan kepadanya mana satu bas yang akan menuju ke lapangan terbang....dia memberitahu bahawa perhentian bas untuk ke lapangan terbang bukan di situ...sebaliknya di bahagian belakang.....ooooo......walaupun saya tahu waktu bas untuk ke lapangan terbang telah lepas....saya bergegas juga menuju ke arah yang ditunjukkan oleh konduktor itu....setibanya di situ saya dapati memang ada perhentian bas biasa sahaja dengan tiang sebatang....kosong je....lalu saya dihampiri oleh seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan teksi sapu....bas ke airport dah lepas katanya.....dia boleh hantar dengan kadar bayaran 20Euro.....agak mahal juga tu....untuk makan katanya....saya enggan menerima an berlalu dengan ucapan terima kasih....alamak....cam ner ni...saya perlu ke airport segera...flight saya jam 4.30pm.......


Stesen bas domestik Bascarsija


Saya pun teringatkan pelawaan Elvir tadi yang sudi untuk menghantar ke lapangan terbang....lalu saya pun bergegas semula balik ke hotel Zemzem...Alhamdulillah....Elvir masih ada di kaunter penerimaan tu... dia pun terkejut melihat saya muncul kembali...... saya pun menceritakan kisah ketinggalan bas kepada dia.... so, mintak dia kalau boleh untuk menghantarkan saya ke lapangan terbang......Elvir yang baik hati dan sentiasa tersenyum itu dengan senang hati bersedia untuk menghantar saya ke airport....dia suruh saya menunggu di gate hadapan hotel sementara dia mengambil keretanya yang di parkir di bahagian belakan hotel..... tidak lama kemudian....Elvir pun tiba dengan keretanya dan mempelawa saya masuk....saya pun masuk dan kami pun berbual-bual...walaupun perbendaharaan kata bahasa Inggerisnya, namun saya memahami melalui bahasa tubuh....Kehidupannya agak sederhana dengan seorang isteri dan dua orang anak katanya....lebih kurang begitulah... namun Elvir ni baik orangnya.....lebih kurang 15 minit perjalanan berkereta tu, kami pun tiba di lapangan terbang.....Alhamdulillah.....Elvir memakir keretanya di tempat pakir kereta....saya pun mengeluarkan beg dan mengucapkan salam selamat tinggal kepada Elvir...sambil itu...saya memberikan 20Euro kepada Elvir....itu bukan tambang yang dia minta sebab Elvir tak minta pun tambang tu....Saya bagi sebab saya teringat pemandu teksi sapu tadi meminta 20Euro....jadi saya rasa tak pe lah...bagi je 20Euro tu kepada Elvir....sebagai hadiah saja kepadanya.....sebab dia baik orang dan ikhlas...kami pun berpelukan sebagai tanda ucapan selamt tinggal....saya pun terus bergerak menuju ke terminal....

Di Lapangan Terbang Sarajevo

Di Lapangan Terbang Sarajevo

Di Lapangan Terbang Sarajevo

Sebaik sahaja masuk ke dalam terminal, saya pun terus menuju ke kaunter daftar masuk, mendapatkan tiket dan menyimpan beg yang akan dimasukkan ke kdalam kargo....usai di kaunter tu...terus melalui pemeriksaan imigresen untuk terminal berlepas...Sewaktu berurusan di kaunter tu saya ditanya menginap di hotel mana? saya maklumkan nama hotel tempat saya menginap. Kemudian pegawai tu meminta saya untuk menunjukkan resit penginapan. Saya kata, saya tidak diberikan resit...memang kebanyakan transaksi yang sya lakukan di sekitar Balkan ni tidak diberikan resit dan saya pun takde la nak minta....kemudian pegawai tu memberikan saya flyer dan memaklumkan bahawa undang-undang imigresen baharu Bosnia memerlukan pelancong yang keluar dari Bosnia untuk menunjjukkan bukti resit khasnya resit penginapan...saya pun maklum dan menyimpan flyer tersebut untuk peringatan di masa akan datang.....

Flyer notis baharu kerajaan Bosnia supaya pelancong menunjukkan resit

Minum kopi di Sarajevo Airport

Setelah selesai di kaunter imigresen tu, saya pun memutuskan untuk mendapatkan makan tengahari merangkap makan malam la....Saya duduk di kafe yang terdapat di situ dan memesan kopi, croissoint dan jus sambil menunggu untuk panggilan boarding.......Setelah panggilan untuk pelepasan dimaklumkan, saya pun meninggalkan kafe dan menuju ke barisan penumpang untuk berlepas....

Makan malam di Sarajevo Airport

Selamat tinggal Sarajevo.....selamat Bosnia.....Selamat tinggal bumi Balkan yang indah....Insyaallah...ada rezeki kita bertemu lagi.....sayu rasanya......


MENONTON OPERA DI SARAJEVO


Petang itu, saya pun keluar dari hotel dan berjalan menuju ke Sarajevo National Theatre yang terletak dataran Susan Sontag Squre.  lebih kurang dalam 10 minit berjalan kaki, saya pun tiba di situ dan terus menuju ke kaunter box office untuk mendapatkan tiket.  Alhamdulillah...saya dapat membeli tiket berharga 10KM (lebih kurang RM20) untuk tontonan malam itu. Harga tiket tontonan teater di sini relatifnya tidaklah mahal. Seperti yang tertulis di situ tiket-tiket berharga 10KM, 15KM dan 20KM.


Tiket berharga 10KM


Poster teater yang saya tonton malam itu

Poster teater yang saya tonton malam itu

Setelah mendapatkan tiket, saya keluar menuju ke ruang pameran poster di luar sementara menunggu pintu panggung dibuka pada jam 7.00pm sebab persembahan akan bermula pada jam 7.30pm....Terdapat sejumlah persembahan teater yang sedang dan akan berlangsung di situ yang merangkumi drama, opera, ballet dan harga tiketnya adalah sama untuk setiap persembahan.



Bentuk-bentuk teater yang dipersembahkan

Kalender teater yang dipersembahkan

Kalender teater yang dipersembahkan







Pintu panggung telah dibuka

Tepat jam 7.00pm, pintu panggung pun dibuka, saya pun terus meluru masuk dan meninggalkan jaket di kaunter yang menyediakan ruang khas untuk penyimpanan jaket dan baju tebal....maklumlah...musim sejuk nih....setelah meninggalkan jaket, saya diberikan nombor locker untuk disimpan dan ditunjukkan semula ketika mengambil jaket itu kembali setelah selesai tontonan. Saya pun berlegar-legar menikmati keindahan dekorasi ruang legar panggung yang indah dengan membawa nuansa erpah zaman pembaharuan itu.....

Ruang Legar National Theatre, Sarajevo

Ruang Legar National Theatre, Sarajevo

Ruang Legar National Theatre, Sarajevo

Ruang Legar National Theatre, Sarajevo



Ruang legar panggungnya sangat luas, megah dan mewah sehingga saya merasakan bahawa sangat berbaloi dengan harga tiket yang saya bayar...bahkan tidak mungkin saya dapat menikmati keindahan panggung seperti itu di negara saya sendiri dengan harga tiket yang sedemikian.......Alhamdulillah.....Saya ada banyak masa untuk menikmati keindahan ruang legar itu kerana ada satu lagi pintu yang terdapat di ruang legar itu, iaitu pintu masuk ke auditorium yang masih belum dibuka. Tidak lama kemudian, seorang penyambut tetamu berbaju merah di situ memaklumkan bahawa pintu auditorium telah dibuka dan penonton dibenarkan masuk.....

Penyambut tetamu berbaju merah di pintu masuk Auditorium

Di dalam ruang auditorium


Di dalam ruang auditorium


Di dalam ruang auditorium dan bahagian pentas yang masih ditutupi langsir merah tua



Saya berada di tempat duduk paling atas

Bahagian bawah ruang auditorium


Tiga tingkat ruang auditorium

Dekorasi ruang


Dekorasi ruang

Dekorasi ruang











Penyambut tetamu menunjukkan saya ke tempat duduk di auditorium yang terletak ditingkat atas sekali. Dari situ saya dapat melihat hampir keseluruhan ruang panggung dan auditorium dari perspektif yang luas. Sebelum persembahan bermula, saya sempat mengambil gambar ruang auditorum dan panggung yang indah dan megah itu. Tidak lama kemudian, lampu digelapkan dan pengacara mengumumkan persembahan akan bermula.

Persembahan teater ini dipersembahkan dalam bentuk muzikal yang membawa ciri-ciri Opera dengan menekankan unsur-unsur aria dan recitative, iaitu dialog-dialog pelakon di selang-seli di antara 'dilagukan' dan 'diucapkan'. Ceritanya mengisahkan tentang sejarah bagaimana tertubuhnya negara Bosnia. Walaupun tidak memahami bahasanya, namun secara keseluruhan saya memahami inti ceritanya dan setiap perubahan mood dramatik persembahannya. Setelah hampir satu jam setengah, persembahan pun berakhir........usai menonton itu, saya turun ke lobi semual untuk mendapatkan jaket yang saya simpan tadi.Saya kemudaiannya terus meninggalkan panggung dan singgah di sebuah kafe berhampiran hotel untuk mendapatkan makan malam sebelum pulang ke hotel. Usai makan malam tu, saya terus pulang ke hotel dan berehat...sebab esok dah nak balik ke Istanbul semula....