Malam tadi tiba di airport Barcelona dari Granada dalam jam 11.30pm dan hari pun bagai di kata lah.. dah gelap....saya masih belum book hotel lagi untuk tidur di Barcelona malam ni sebab masih berharap dapat tinggal di apartment yang sama dengan rakan-rakan saya yang telah menempah penginapan apartment lebih awal. Rakan-rakan saya juga sudah memaklumkan kepada tuan apartment untuk mendaftarkan masuk saya sekali tetapi masih belum menerima jawapan....jadi...gamble je lah ni...sesampainya sahaja di airport tu saya dan rakan bercadang untuk mengambil teksi sahaja sebab hari dah lewat malam ni.... metro pn dah tak beroperasi....kami mengambil teksi dan terus menunjukkan alamat apartment rakan-rakan saya di Rambla yang terkenal itu. Sampai sahaja di apartemant tu, pemandu teksi menurunkan kami dan rakan saya menekan loceng apartment dan pintu pun dibuka...kami masuk ke dalam dan perlu naik tangga ke tingkat 3 bangunan sebab tiada lif......Sesampainya di premis apartment kami dipersilakan masih dan pemuda yang mempelawa itu memperkenalkan diri sebagai rakan kepada tuan rumah dan menggantikan tuan rumah untuk menerima tetamu kerana tuan rumah sedang berpergian.....Jadi...nampaknya harapan saya untuk menginap di situ bersama-sama adalah tidak mungkin....usai rakan-rakan saya meletakkan barang mereka, kami sama-sama turun semula untuk menemani saya mendapatkan kediaman untuk menginap malam itu.....Sudah tengah malam dan kebanyakan hotel bajet juga telah penuh dan Alhamdulillah...tidak jauh kami berjalan, saya ternampak sebuah hostel yang saya dah lupa namanya betul-betul berhadapan lalauan Rambla dan saya pun menekan loceng dan pintu dibuka....kami naik ke atas di tingkat 1 dan terus saya bertanya sekiranya masih ada kamar atau katil kosong....Alhamdulillah...memang kebetulan ada satu bilik kosong....saya pun tanpa lengah terus mendaftar masuk dan rakan-rakan saya kembali ke apartment mereka semula tidak jauh dari situ dan kami berjanji untuk berjumpa esok sewaktu sarapan......
Hostel di Rambla, Catalunya....tanpa tanda nama...
2 Jun 2016 (Khamis) Seperti biasa saya bangun awal pagi nak solat dan mandi lalu pergi ke kaunter nak tanya bilik air di mana tetapi tiada sesiapa di kaunter plak subuh-subuh ni....nak wassaup rakan-rakan tetapi malam tadi tak sempat nak minta password wifi penyambut tetamu tu hilang dah.....lepas dia bagi kunci malam tadi dia lesap entah ke mana...tidur la kott sebab malam tadi masa saya daftar masuk tu pun dah jam 12.00am lebih kurang.... jadi pagi ni saya nak mandi dan solat tapi tak tau bilik air di mana sebab malam tadi memang penyambut tetamu lelaki tu tergesa-gesa saja lagaknya...mungkin dia mengantuk kott...entahlah.. puas saya mencari subuh-subuh sunyi tu tetapi masih tak jumpa bilik air.....saya tak tahu nak tanya kat sapa dah...loceng pun tak ada kat kauntern tu....hhmmmm....saya pun berpatah balik semula ke kamar dan alhamdulillah...nasib baik la dalam kamartu ada sinki paip air untuk kegunaan basuh muka....jadi, saya dapa la ambil wuduk di situ dan abaikan sahaja tentang nak mandi pagi tu.....usai solat saya menunggu lagi dan jam 7.00 pagi saya ke kaunter pertanyaan semula tapi masih tiada sesiapa di kaunter penyambut tetamu tu.....ini sama kes macam hotel di Granada la pulak... memang kat sini jenis yang bangun lewat.....saya menunggu lagi sambil tu saya melihat-lihat di kaunter tu dan ternampak di papan putih password wifi untuk hotel tu....Alhamdulillah...saya ambil password tu dan cuba wassup rakan-rakan dan dapat.....saya maklumkan keadaan saya yang hampir sama macam di Granada cuma di sini masalah saya tak dapat nak mandi sebab tak jumpa bilik air....saya masuk semula ke kamar sambil berkemas-kemas kerana saya tidak bercadang untuk menginap di hotel ini lagi....susah nampaknya di sini dan saya bercadang untuk mencari hotel lain sahaja....keadaan bilik di sini pun agak kurang selesa sebab saya dijanjikan single room tapi dalam bilik yang diberikan pada saya tu ada katil double decker....bukan katil single...mungkinkah akan ada penginap lain yang akan dimasukkan ke situ...saya jadi tidak selesa sikit....
Minum pagi di Rambla, Barcelona
Saya berjanji dengan rakan-rakan untuk berjumpa pada jam 9.00 pagi dan selepas berkemas-kemas tu saya ke kaunter pertanyaan sekali lagi untuk memastikan ada penyambut tetamu di situ untuk saya plangkan kunci...malangya masih tiada sesiapa di situ....kemudian saya terdengan ada bunyi seseorang sedang berada di dapur lalu saya meninjau ke sana dan saya dapati ada seorang perempuan yang sedang berkemas-kemas di situ....saya maklum bahawa perempuan itu adalah tukang cuci hotel ni.... saya tidak melepaskan peluang untuk bertanya di manakah lokasi bilik air hotel ni... hairan gak..tak tak ada bilik air kottt... dengan agak ramah perempuan itu menunjukkan kepada saya lokasinya yang terletak agak ke hujung dan terlindung tanpa ada papan tanda menunjukkan itu adalah bilik air...... walau bagaimana pun... Alhamdulillah... saya mengucapkan terima kasih dan balik semula ke kamar untuk mengabil tuala dan peralatan mandi lalu kembali semula ke kamar mandi untuk mandi pagi....Alhamdulillahh...dapt mandi pagi ni...Usai mandi tu, saya terus mengangkat beg untuk daftar keluar sebab waktu dah dekat jam 9.00 pagi. Saya pergi ke kaunter namun masih tiada sesiapa di situ lalu saya pun menemui semula pencucui tadi yang masih lagi di dapur lalu memaklumkan untuk daftar keluar dan saya pun menyerahkan kunci kamar kepada pencuci tu....dia pun ambil kunci tu dan saya mengucapkan terima kasih....lalu terus turun dan menemui rakan-rakan saya yang telah sedia menunggu ditempat yang dijanjikan...di sekitar Rambla tu juga lah....setelah berjumpa kami pun terus menuju ke cafe berhampiran untuk mendapatkan sarapan pagi......memang enak sarapan di Rambla ni.... Ditambah lagi dengan pramusaji yang peramah dan mudah mesra....
Hotel Monegal, Rambla, Catalunya
Usai sarapan tu, perkara pertama yang perlu saya lakukan adalah mendapatkan penginapan untuk satu malam ini lagi di bumi Barcelona ni....saya dan rakan-rakan pun berjalan-jalan di sekitar Rambla dan Catalunya tu melihat hotel-hotel bajet di sekitaran....malangnya semua hotel bajet yang saya tanyai sudah habis ditempah....Saya tidak berputus asa sebab macamana pun saya mesti mendapatkan penginapan untuk malam ini di Catalunya ni.....Setelah puas mencari dan bertanya...akhirnya saya melangkah masuk hotel Monegal yang terletak tidak jauh dari cafe yang saya sarapan tadi....saya tidak mengharap sangat akan ada bilik kosong di sini sebab lokasi hotel bajet ini sangat strategik dan pastinya menjadi tumpuan pelancong....Saya pun masusk dan bertanya dengan penyambut tetamu yang sangat peramah dan mesra....saya tanya ada bilik kosong ke tak?... Dia kata tunggu jap nak cek....Haaa katanya ada penginap yang sedang nak daftar keluar sekarang dan akan ada lah sat bilik kosong...dia memaklumkan harga satu malam yang sangat menarik dan saya tanpa lengah mengatakan ye....saya ambillll....Alhamdulillah.....dapat bilik dah malam ni untuk tidur......Saya pun tanya la kat mak cik yang peramah tu... kenapa banyak hotel dah fully book...oooo....katanya sekarang musim festival di Barcelona...macam-macam katanya yang antaranya adalah Motor GP yang sedang berlangsung selain daripada musim Piala Eropah.. ooo patut la....kira rezeki saya la nak dapat bilik kat hotel tu.....selesai di kaunter tu saya pun dah boleh masuk bilik dah walau pun belum pukul 12.... pm.... dia kata saya boleh tengok bilik dulu yang terletak di loteng bahagian bangunan yang paling atas....pengemas kamar menunjukkan bilik saya tu....cantik biliknya...bersih dan bilik airnya pun bersihhh....pengemas bilik ni pun ramah orangnya...dia kat dia nak kemas sikit lagi...saya pun kata ok...cma saya nak tinggalkan beg sahaja dulu lalu turun semula....
Kunci bilik Hotel Monegal, Rambla, Catalunya
Tiba di kaunter pertanyaan, saya pun melunaskan bayaran hotel untuk satu malam dan selesai di situ saya dan rakan-rakan meneruskan misi kami seterusnya untuk hari ini, iaitu bersiar-siar di Plaça d'Espanya yang terkenal itu. Kami menuju ke stesen metro yang betul-betul terletak di hadapan pintu hotel Monegal tu dan membeli tiket untuk 10 perjalanan metro sebab harganya lebih berpatutan dan jimat berbanding single trip.
Plaza de Toros de las Arenas
Plaza de Toros de las Arenas
Keluar sahaja dari stesen metro Plaça d'Espanya tu terus je nampak dataran luas yang dikenali sebagai Plaça d'Espanya (dalam bahasa Catalonia) yang juga dikenali sebagai Plaza deEspaña dalam Bahasa Sepanyol. Ia adalah salah satu dataran yang paling penting di Barcelona yang dibina bersempena dengan Pameran Antarabangsa 1929, yang diadakan di kaki Montjuic, dalam daerah Sants-Montjuic. Di dataran ini juga terdirinya bangunan Plaza de Toros de las Arenas yang terkenal itu. Pada asalnya ia merupakan gelanggang sukan lawan lembu di Barcelona, Sepanyol. Setelah itu, selama bertahun-tahun ia dijadikan sebagai panggung persembahan yang memaparkan pelbagai artis muzik, termasuklah Carlos Santana dan Paco de Lucia sehinggaa tahun 1977. Bangunan ini kemudiannya telah dibuka semula pada tahun 2011 namun fungsinya telah berubah, iaitu menjadi sebagai pusat membeli-belah yang dinamakan Arenas deBarcelona. Saya tidak sempat nak masuk ke dalam shopping mall ni namun hanya sempat untuk merakamkan foto di hadapannya sahaja.
Plaza de Toros de las Arenas
Palau Nacional (Istana Negara)
Destinasi utama nak dituju adalah Palau Nacional (Istana Negara) ni ha yang merupakan tapak utama Pameran Antarabangsa 1929 di bukit Montjuic di Barcelona suatu ketika dahulu. Sehingga itu, di antara tahun 1996 dan 2004, istana ini telah diperluaskan lagi bagi tujuan untuk menampung keseluruhan koleksi Muzium Seni Kebangsaan dengan memuatkan lebih 5,000 karya seni. istana ni terletak di kaki bukit dan anak tangganya yang relatif banyak, saya tidak bercadang untukmasuk ke dalamnya... kaki pun dah letih dan sakit-sakit. Jadi cukuplah sekadar mengambil gambar di hadapannya sahaja....hari pun kian menjengah tengahari dengan kedudukan matahari yang mula tercacak di atas kepala....jadi usai di situ kami kembali semula ke stesen metro sebab tengahari ni kami perlu mengambil semula beg yang kami tinggalkan di hotel jalan Carrer Sant Antoni Maria Claret tempohari. Dari stesen metroPlaça d'Espanya tu kami naik metro dan turun di stesen metro Diagonal.
Palau Nacional (Istana Negara)
Palau Nacional (Istana Negara)
Palau Nacional (Istana Negara)
Palau Nacional (Istana Negara)
Palau Nacional (Istana Negara)
Palau Nacional (Istana Negara)
Palau Nacional (Istana Negara)
Plaza de Toros de las Arenas
Plaza de Toros de las Arenas
Setibanya di stesen metro Diagonal, saya dan rakan-rakan perlu berjalan kaki untuk sampai ke hotel berkenaan. Sebelum tu, kami bercadang untuk mendapatkan makan tengahari dahulu sebab dah lapar dah ni dan waktu pun dah tenghari. lagi pun kenai makan India yang saya cadangkan kepada rakan-rakan tu terletak di jalan yang sama dengan lokasi hotel, iaitu di Carrer Sant Antoni Maria Claret dalam 20 minit berjalan kaki, lebih kurang, kami pun tiba di restoran Taj Indian. Restoran ni lah yang saya mula-mula jumpa masa nak cari Universitat de Barcelona tempohari.
Saya dah makan nasi beryani ayam tempohari, jadi saya tak berniat nak makan nasi lagi hari ni lalu saya memesan garlic naan dengan kari kambing dan air macam biasa, mango lassi....favorite saya la.... Fuhhh....rasa kari kambingnya memang enak....tak tau nak cakap cam ne...keenakannya sama macam kari mak cik Pakistan yang saya makan di Sitge tempohari....lebih kurang laa...Rakan-rakan saya masing-masing memesan nasi beryani ayam. Saya maklumkan bahawa kuantiti nasinya memang banyak dan tempohari saya makan tak habis tapi boleh bungkus bawa balik... Dr. Husairi pada awalnya hanya ingin berkongsi nasi dengan Dr Zaidi sahaja sebab takut tak habis katanya.....namun kemudian mengubah fikiran untuk memesan berasingan....bila dah rasa tu.....bukannya tak habis... malah katanya tak cukup la plakk... ha ha ha.....sebab masakan di restoran ni memang enak.... jadi saya sangat menyarankan sesiapa yang berkunjung ke Barcelona ni, nak makan makanan India Utara yang enak.... sila lah berkunjung ke restoran ni....ha ha ha....promo percuma je ni......
Makan Tengahari dengan brayani dan garlic naan di restoran halal Taj Indian
Usai makan tengahari tu, kami terus bergerak menuju ke hotel untuk mendapatkan beg semula. Setelah beberapa minit berjalan dan akhirnya kami pun tiba di hotel yang dimaksudkan. Kami memaklumkan kepada petugas hotel untukmengambil beg. Sebab kunci locker ni hanya menggunakan password sahaja, jadi kami terus menuju ke locker masing-masing dan membukanya. Dah dapat beg tu, kami mengucapkan terima kasih kepada petugas hotel dan bergerak menuju ke jalan besar semula. Sebab beg masing-masing besar dan kami pun malan nak seret beg lagi ke stesen metro maka kami menahan teksi je dari situ. Naik teksi dalam sepuluh minit dah sampai dan saya turun dulu sebab jumpa hotel saya dulu baru hotel rakan.rakan dan kami berjanji untuk berjumpa semula petang nanti.....
Casa Batllo
Setelah berehat sekejap, petang tu saya dan rakan-rakan keluar semula untuk jalan-jalan petang dan sambil tu kami singgah di Casa Batllo (Rumah Batllo) yang merupakan sebuah bangunan yang terkenal di tengah-tengah bamdar Barcelona dan juga merupakan salah satu karya Antoni Gaudi. Menurut ceritanya, rumah ini telah dibeli oleh Josep Batlló pada tahun 1900. Reka bentuk rumah ni bukanlah menjadi pilihan masyarakat pada masa itu dan tiada pembeli yang berminat untuk memilikinya. Namun, keluarga Batlló memutuskan untuk membeli rumah itu kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah Passeigde Gracia, yang pada awal abad ke-20 terkenal sebagai kawasan yang sangat berprestij dan bergaya. Keluarga Batlló ni pulak sangat terkenal di Barcelona pada masa tu ekoran sumbangannya yang besar kepada industri tekstil.
Casa Batllo
Sementara itu, si Antoni Gaudí i Cornet (25 Jun 1852 - 10 Jun 1926) ni pulak adalah seorang arkitek berbangsa Catalan Sepanyol dari Reus dan terkenal sebagai tokoh Catalan Modenisme. Keunikan kerja-kerja Gaudí adalah kerana ia mencerminkan gaya individu dan tersendiri. Kebanyakan karya-karyanya terletak di Barcelona dan termasuklah karya agung beliau yang paling terkenal, iaitu Sagrada Familia yang telah pun saya masukkan dalam entry sebelumnya.
Casa Batllo
Casa Batllo
Dari situ kami terus berjalan-jalan dan singgah di Hard Rock cafe sekejap sebab Dr. Zaidi nak beli cenderahati di sini. Dari situ kami singgah pula di sebauah restoran halal untuk mendapatkan makan malam yang lokasinya bersebelahan sahaja dengan hotel kami menginap. Usai makan malam di situ, kami saling mengucapkan selamat sebab esok kami tak jumpa dah kerana waktu pelepasan flight kami tidak sama. Flight rakan-rakan saya berlepas ke KLIA pada sebelah pagi dan mereka perlu bergerak ke aeroporto pada awal pagi dalam jam 6.30 pagi lebih kurang. Saya pulak flight berlepas pada jam 10.00 malam dari Barcelona ke KLIA, jadi saya boleh daftar keluar pada jam 12.00 pm esok. Insyaallah kami berjanji untuk berjumpa semula di Kuala Lumpur bagi membincangkan projek yang secara tidak langsung telah dirancangkan.......pertemuan kami berakhir di situ.......saya pun kembali semula ke hotel dan merehatkan diri lalu tidur....
No comments:
Post a Comment