English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label travel-living-performance. Show all posts
Showing posts with label travel-living-performance. Show all posts

Saturday, March 26, 2011

BERPERGIAN LAGI... KEMBARA EROPAH 2011



27.3.11 (Ahad)
Saya memulakan langkah untuk kembara Eropah 2011 dengan bergerak menuju ke KLIA untuk mendapatkan penerbangan Qatar Airways yang akan berangkat ke Frankfurt dan transit di Doha, Qatar. Saya keluar dari rumah pada jam 8.00 pagi dan tiba di KLIA jam 9.00 pagi lalu terus mendaftar masuk. Jam 10.30 pagi kapalterbang berlepas ke Doha dan tiba di pada jam 12.30 pm waktu Qatar (bersamaan dengan jam 5.30 pm waktu Malaysia. Penerbangan mengambil masa selama 7 jam. Saya transit di Doha selama lebih kurang 3 jam 20 minit. Waktu transit ni saya sempat menunai kan solat jamak Zohor dan Asar di surau yang tersedia di sini.



Waktu transit tu saya sempat bersiar-siar dalam terminal menunggu sambil memerhati perubahan yang berlaku dalam terminal tu, sebelum memasuki pesawat semula pada jam 3.50 pm (waktu Qatar) bersamaan dengan 8.50 pm (waktu Malaysia) dan 2.50 pm (waktu Frankfurt) bagi meneruskan penerbangan ke Frankfurt, Jerman. kira-kira jam 8.50 pm waktu Frankfurt, penerbangan yang saya naiki tiba di Lapangan terbang Frankfurt, Jerman



Kembara kali ini dilaksanakn sempena menghadiri seminar di Goehte-University of Frankfurt, Germany yang berlangsung pada 30 dan 31 Mac 2011. Kali ni saya akan cuba menjelajah ke beberapa negara Eropah yang belum sempat saya jelajahi dalam kembara 2010 yang lalu.

Terminal Lapanganterbang Doha, Qatar

Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010



Fajar Hijrah 1431 bersamaan dengan Masehi 2010 menjelang
sebagai tanda Hijrah 1430 bersamaan Masehi 2009 menemui penghujungnya
sebagai tanda bertambahnya usia
sebagai tanda berkurangnya detik kehidupan dunia fana
sebagai tanda dekatnya jarak ke alam baqa
sebagai tanda kubur kata mari
sebagai tanda rumah kata pergi
sebagai tanda suntuknya masa untuk beramal
pun begitu
Selamat tinggal 2009 dan salam pertemuan buat 2010
moga keredhaan Allah berlimpahan
sepanjang hijrah kehidupan

Sunday, December 20, 2009

Berkayak di Damai Laut



Dah lama sangat saya tidak berkayak sejak yang terakhir kali sewaktu ekspedisi berkayak mengelilingi Pulau Jerejak lebih kurang dua tahun yang lalu. Jadi, kesempatan berada di Damai Laut Resort, Lumut, Perak pada minggu lepas membuka ruang untuk saya melepaskan rindu pada aktiviti berkayak ni. Walaupun hanya sekejap sahaja memandangkan tujuan seya berada di sini atas urusan kerja, namun terubat juga kerinduan pada aktiviti berkayak ni. Suasana pantai yang indah di sini turut memberikan sedikit nuansa percutiaan kepada saya walaupun bukannya untuk tujuan bercuti sebenarnya.

Sunday, July 26, 2009

PELANCARAN BUKU & KUDA KEPANG



"Heboh Buku" Ekspo & Minggu ICT USM "Penerbitan Untuk Kelestarian" telah pun berlangsung pada 23 - 26 Julai 2009. Sempena pesta itu, buku saya yang bertajuk 'Mabuk Mistikal: Semiotik Metafizik Dalam Kuda Kepang Mabuk' turut dilancarkan. Pun begitu, saya tidak dapat berada di acara pelancaran tersebut kerana terpaksa memenuhi tuntutan acara lain pada tarikh yang sama iaitu pembentangan kertaskerja di 'Seminar Seni Kebangsaan 2009' anjuran Universiti Malaysia Sabah.



Namun saya berusaha berusaha untuk tidak menghampakan Penerbit USM dengan menjanjikan suatu persembahan Kuda Kepang pada tarikh 26.7.09 sebagai memeriahkan lagi acara Heboh Buku tersebut. Selesai pembentangan, saya bergegas kembali ke Pulau Pinang dengan menaiki pesawat Jam 7.00 pagi dari K.Kinabalu dan tiba jam 9.30 pagi di USM.



Jadi sempatlah saya menyertai pelajar saya yang sangat komited untuk mempersembahkan persembahan Kuda Kepang bagi memeriahkan acara anjuran Penerb it USM itu.

PERSIDANGAN SENI KEBANGSAAN - UMS, K.KINABALU, 24-25 JULAI 2009



'TEKS PERSEMBAHAN BARONGAN' DALAM KONTEKS MASAYARAKAT JOHOR KONTEMPORARI

Oleh: Mohd Kipli Bin Abdul Rahman

Pokok perbicaraan adalah mengenai 'teks persembahan barongan' di negeri Johor, khasnya di daerah Batu Pahat dari aspek struktur serta kepentingannya dalam konteks masyarakat Johor kontemporari. Dalam masyarakat tradisional, fungsi barongan adalah untuk tujuan keagamaan, pendidikan, interaksi sosial dan hiburan. Sehubungan dengan itu, kajian ini menumpu keempat-empat fungsi tersebut sama ada masih signifiken dalam kehidupan masyarakat Johor kontemporari yang masih lagi mengamalkan seni persembahan ini. Kajian ini juga turut membincangkan bagaimana teks persembahan ini mendepani era globalisasi dan tuntutan komersialisasi. Perubahan serta modifikasi dari aspek estetika persembahan yang berlaku dalam usaha melestarikan kewujudannya juga turut menjadi tumpuan.

Saturday, May 2, 2009

Keiko Shimada dan Noriko Shigeta

Bersama Noriko Shigeta

Saya menerima emel dari Keiko Shimada dan Noriko Shigeta, dua wanita Jepun yang saya temui ketika perjalanan pulang dari Ubud ke Kuta dengan menaiki bas syarikat Prama. Kedua-dua mereka ni telah 13 kali datang melancong ke Bali ni bahkan mereka boleh berbahasa Indonesia. Kami seronok berbual sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama kira-kira 1 jam setengah itu. Sesampainya di Kuta, kami berkesempatan lagi untuk bersiar-siar bersama sehingga mereka kembali semula ke Ubud pada jam 4.00 petang dengan meniki bas yang sama.

Bersama Keiko Shimada

Walaupun dalam usia emas, mereka masih lagi ceria dan sangat menyukai Bali. Tu yang sampai datang sebanyak 13 kali tu. Salah seorang daripada anak perempuan Keiko bahkan boleh menari tarian Bali. Katanya, sewaktu anak perempuannya tu masih remaja, dia membawanya ke Bali dan terus menyukai tarian Bali lalu mempelajarinya. Sekarang anak perempuannya itu telah berkahwain dan menetap di Tokyo. Terima kasih buat Keiko dan Noriko untuk emel yang dihantar. Semoga bertemu kembali....

Thursday, April 2, 2009

PUSAT SENI SETEMPAT 2009

PEMENTASAN MAK YONG “Dewa Indera Indera Dewa” OLEH KUMPULAN MAK YONG SERI NILAM ISTANA BUDAYA sempena program PUSAT SENI SETEMPAT 2009 pada :04 April 2009 (Sabtu)masa : 8.45 malam tempat :Pentas Arena, Taman Budaya Negeri,KPWS, Lintang P.Ramlee, Pulau Pinang(RUMAH P.RAMLEE) Maklumat lanjut : 04-2817791/92 Masuk : Percuma


ATURCARA PUSAT SENI SETEMPAT 2009
4 APRIL 2009 (SABTU)
TAMAN BUDAYA NEGERI, PULAU PINANG


10.00 pagi -10.00malam:Gerai jualan

10.00 pagi – 5.00 petang:Demonstrasi Permainan Tradisional(Dam Aji/ gasing/ congkak/ batu seremban)

11.00 pagi – 1.00 tgh: Bengkel Mak Yong

2.00 – 3.00 petang:Sesi Latihan Tarian Oleh Kumpulan Kanak-kanak Warisan Jemari

3.00 – 4.00 petang:Persembahan Muzik Recycle Contemporary oleh St. Nicholas Home Penang

4.00 – 6.00 petang:Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri (Silat/ silambam/ wushu)

6.00 – 6.30 petang:Senam Seni

9.00 – 10.00 malam:Persembahan Mak Yong “Dewa Indera Indera Dewa” oleh Kumpulan Mak Yong Seri Nilam Istana Budaya

TURUT MENGUNDANG:

PERSATUAN KERSANI MENJEMPUT BERAMAI-RAMAI KE PEMENTASAN TEATER "LAGU TU LAGU NI"ARAHAN RAZALI RIDZUAN PADA 11 & 12 /O4/2009JAM 8.45 MALAM KUPON RM5 BERTEMPAT DI AUDITORIUM P.RAMLEE TAMAN BUDAYA NEGERI KOMPLEKS PUSTAKA WARISAN SENI LOT 2180 LINTANG P.RAMLEE OFF JALAN P.RAMLEE 10460 PULAU PINANG TEMPAHAN/PERTANYAAN TEL: 604-2817791/92T/B: 0164872137 (HAMZAH)

Wednesday, April 1, 2009

Silang Budaya Integratif dalam 'Tiga Teater Muzikal'

Kesempatan untuk membicarakan karya terbaru Prof. Dr. Hatta Azad Khan ini amat mengujakan. Bertempat di Dewan Persidangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM bertarikh 31 Mac 2003 telah diadakan 'Bicara Karya Sastera Negeri Pulau Pinang 2009'. Acara ini adalah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama USM membicarakan karya Prof Dr. Hatta Azad Khan [ALUMNI USM] yang telah menerima 'Anugerah Sea Write Award' tahun 2008. Saya telah diminta untuk membicarakan karya 'Tiga Teater Muzikal' yang di dalamnya mengandungi tiga karya Muzikal terkini Prof. Hatta iaitu 'Muzikal KL', 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' dan 'Semi Muzikal Ram'.



Oleh: Mohd Kipli bin Abdul Rahman

Silang budaya integratif dalam ‘Tiga Teater Muzikal’ berusaha mencerakinkan kepelbagaian isu yang berhubung kait dengan masyarakat Malaysia kontemporari. Isu falsafah dihadapkan dalam ‘Muzikal KL’ melalui pertentangan ideologi yang diwakili oleh watak-watak utamanya. Pengkarya menggunakan isu kemajuan dan pembangunan sebagai penggerak cerita dan perbezaan idoelogi diterjemahkan melalui watak allegorikal. ‘Muzikal PMPMTT’ bergerak dalam latar realisme untuk mengupas isu ‘realiti sosial’ yang motif utamanya adalah mengenai isu transparency (ketelusan) dalam masyarakat majmuk Malaysia. Teknik juktaposisi di antara kehidupan sebenar dan ‘ilusi-realiti pentas’ merupakan elemen silang budaya integratif yang diaplikasikan dengan wajar. Persoalan mengenai kewujudan diketengahkan melalui ‘Muzikal Ram’ yang menyentuh falsafah existentintialism dalam membicarakan isu mengenai jatidiri. Garapan karya menggunakan program ‘realiti’ yang semakin membudaya dalam masyarakat kini dalam usaha untuk mencari kebenaran diadun dengan baik. Ketiga-tiga karya mengeksploitasi elemen silang budaya dan integratif bagi menjelaskan realiti masyarakat majmuk Malaysia kontemporari. Kepelbagaian isu dikupas mencakupi politik, sosial, ekonomi, bahasa, budaya serta kesenian. Mesej utamanya adalah penyatuan dan perpaduan demi melestarikan pembangunan dan kemajuan yang seimbang dari aspek fizikal dan spiritual dalam acuan yang tersendiri.

Monday, August 25, 2008

Dari Penang Ke Bt. Pahat: Menjejaki Reyog@Barongan



22 hingga 24 Ogos baru-baru ni saya membawa seramai 13 orang pelajar PPSeni USM ke Parit Raja Bt. Pahat Johor untuk menyelami mengenai persembahan Barongan atau dikenali juga sebagai Reyog. Kami berkampung selam 3 hari 2 malam di Kampung Parit Nipah Darat serta bermalam di rumah Wak Miskon atau dikenali juga sebagai Wak Cemplok.



Saya lebih mesra memanggilnya Bapak Miskon sahaja. Rumah ni juga merupakan 'sanggar seni' yang diketuai oleh bapak Miskon sendiri dan diberi nama 'Kumpulan Kesenian Setia Budi'. Mlam pertama ketibaan, kami disambut dengan meriah sekali yang turut dihadiri oleh JKK Parit Nipah Darat iaitu Tuan Hj. Bakhir b. Hj. Sirat.

Wak Miskon sedang memberikan kuliahnya

Selama berkampung di situ kami berbengkel bagi mempelajari mengenai kesenian Barongan ini secara teori dan praktikal yang dikendalikan sendiri oleh Bapak Miskon dan ahli kumpulan keseniannya. Di malam terakhir, semua peserta membuat 'workshop performance' dengan mempersembahkan apa yang telah dipelajari sewaktu bengkel. Suasananya sangat happening dan membawa spirit 'performance' yang dilakukan oleh komuniti untuk komuniti dalam ruang publik dengan semagat tradisi teater rakyat.



Di sebelah pagi selepas sarapan jam 9.00 pagi, kami turut menyertai gotong-royong perdana yang dianjurkan oleh kampung dan diketuai oleh Ketua Kampung senidir iaitu Tuan Hj Bakhir. Saya dan semua pelajar turut terlibat membantu membersihkan kampung sebelum bertolak balik ke P.Pinang pada jam 10.00 pagi.

Terima kasih diucapkan pada Tuan Hj Bakhir selaku ketua kampung Pt. Nipah Darat.

Jutaan terima kasih diucapkan pada seluruh penduduk kampung Parit Nipah Darat amnya dan Bapak Miskon sekeluarga khasnya kerana berusaha menjayakan program ini.