English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com

Sunday, July 10, 2016

MADRID KE SAVILLA KE CORDOBA...

29 Mei 2016 (Ahad) Jam 6.30 pagi saya daftar keluar dari hotel Haguilar, Madrid dan bila turun ke bawah saya dapati hujan gerimis. Namun, saya meneruskan perjalanan menuju ke stesen metro untuk tiba di Stesen bas Mendez Alviro lebih awal. Risau juga takut keinggalan bas nanti......Saya tiba mengikut waktu yang sepatutnya dan terus mendapatkan sarapan pagi dengan roti dan kopi panas, macam biasa....usai sarapan saya terus turun ke platform untuk mendapatkan bas yang akhirnya tiba tepat pada jam 7.30 am dan bergerak tepat pada jam 8.00 am Alhamdulillah.... dalam bas ni ada wifi, jadi dapatlah saya berhubung dengan rakan-rakan untuk memaklumkan keadaan....

 Dari Madrid menuju Savilla dan Cordoba

Pemandangan yang indah sepanjang perjalanan itu dengan kawasan kebun tanaman yang luas saujana mata memandang......waktu memulakan perjalanan bas saya dan kertapi rakan-rakan adalah sama, iaitu jam 8.00am dan dalam perjalanan tu kami dapat berhubung melalui wifi. Namun dalam jam leibh kurang 11.00pagi rakan-rakan saya telah tiba di Sevilla namun bas saya masih belum tiba lagi.....rakan-rakan saya bergerak dari stesen keretapi Sevilla menuju ke stesen bas Sevilla untuk menunggu saya di sana seperti yang dijanjikan......namun jam menunjukkan 12.00pm tapi bas saya masih belum tiba juga sebaliknya singgah berehat di sebuah kawasan restoran rehat Pedro Abad dan bertukar pemandu. Saya pun tak pasti lokasi ni di mana namun kalau di Eropah ni bila bertukar pemandu tu maknanya ada separuh perjalanan lagi.....Bila dah singah tu saya pun teringin nak makan tuna macaroni dan meemsan di kaunter. Sambil makan tu saya pun memaklumkan kepada rakan-rakan agar terus sahaja melalukan aktiviti lawatan tanpa perlu menunggu saya sebab saya tak fikir akan sampai begitu awal......

 Singgah makan tengahari

Singgah makan

Menuju Savilla


 Sevilla

 Sevilla

Sevilla 

 Sevilla

 Sevilla

Usai makan, bas pun memulakan perjalanan semula dengan pemandu yang lain pula dan jangkaan saya tidak meleset....perjalanan untuk tiba di Sevilla memang agak lama selepas waktu rehat tu sebab dalam jam 2.30pm baharu tiba.....Saya pun memaklumkan kepada rakan-rakan saya dan mereka pun telah selesai lawatan di Sevilla dan sedang menunggu di stesen bas Sevilla.....setibanya di situ saya terus menemui mereka dan sejurus itu juga saya menuju ke kaunter untuk membeli tiket ke Cordoba dan Alhamdulillah....bas dan tiket untuk ke Cordoba yang sama seperti rakan-rakan saya masih ada.... saya pun terus lah membeli tiket yang berharga 12.32 Euro itu....Jadi dapatlah kami sama-sama bergerak dalam bas yang sama menuju ke Cordoba......pada jam 4.15pm nanti... jadi sementara menanti waktu itu, kami pun bercadang untuk mendapatkan makan tengahari di cafe berdekatan.... oleh sebab tiada restoran bertulis halal berdekatan situ, maka kami hanya mendapatkan roti dan kopi sahaja....lagi pun saya dah makanmacarono tuna tadi, jadi tak lah lapar sangat.... kira minum petang la ni....kopi Eropah memang sedap.......Usai menikmati kopi di situ kami pun kembali semula ke stesen bas dan tepat jam 4.15pm bas pun bergerak meninggalkan Sevilla yang indah itu menuju ke Cordoba.....rasa mengkelan juga sebab tak sempat melawati kota kecil Sevilla ni.....


Minum kopi di Savilla sementara menunggu bas ke Cordoba

No comments: