English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label Lithuania 2007. Show all posts
Showing posts with label Lithuania 2007. Show all posts

Tuesday, July 17, 2007

Trakai - Istana di Atas Pulau


4.6.07, Lepas breakfast kena kemaskan barang dulu sebab malam nanti akan bertolak ke Estonia pulak. Tapi sebelum tu nak meninjau ke Trakai dulu untuk menikmati pemandangan indah tinggalan istana kota lama di atas pulau. Barang yang telah dikemaskan ditinggal sementara di hotel dan akan diambil balik petang nanti.

Saya bertolak ke stesen bas utama untuk ke Trakai yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki bas dari Vilnius. Sampai di Stesen bas Trakai saya perlu berjalan kaki lebih kurang 20 minit untuk menuju ke istana merah di atas pulau tu. Perjalanan tersebut tidak memenatkan sangat kerana udara yang sejuk segar dan di kiri kanan di kelilingan dengan tasik biru. Pulau tu sebenarnya terbentuk di atas tasik yang luas dan membiru. Dari 'mainland' dibina jambatan untuk menghubungkan dengan pulau tersebut.


Trakai is actually a city on the water and very frequently mentioned in the historical past, in legends about the city, and this time is one of the most frequently visited places by tourists in Lithuania.
The Island Castle is one of the most main tourist attractions in the center of the country, the pride of Lithuania. It is the only water castle in all of Eastern Europe. It stands on one of many island of 'Galves Lake'.


The castle was built as a defensive fortress. After the battle of Zalgiris (1410) the castle lost its defensive purpose. It became the Grand Duke's residence. October 27, 1403, Lithuania's Grand Duke Vytautas died in the Trakai Island Castle.



Later the castle was used as a prison. In the 17th century the castle was completely abandoned. From 1962 the castle was established as a historical museum. Today the Gotic castle's halls are used for concerts and meetings.

Monday, July 16, 2007

Vilnius Old Town


3.6.07, lepas breakfast saya memulakan perjalanan untuk meneroka kota lama Vilnius bermula dari hotel terus menaiki bukit yang dipuncaknya terletak gereja lama seperti dalam gambar di atas. Kemudian ke bekas runtuhan kota lama Vilnius dan terus menuju ke tengah kota. Perjalanan itu melalui beberapa tempat bersejarah seperti Church of St. Teresa dibina pada awal zaman Baroque in 1650. Built according to the examples of churchs in Rome but propotions are lighter and more vertical.


Saya singgah kejap kat gereja ni sebab kebetulan hari ni hari Ahad dan ada upacara pembaptisan kanak-kanak secara beramai-ramai sedang dilakukan di gereja ini. Singgah la kejap sebab belum pernah melihat upacara ritual macam ni yang juga sebenarnya merupakan suatu acara 'performance'.




Kemudian saya terus berjalan sambil melewati 'The Gates of the Dawn' which is one of the symbol of Vilnius and built in the 16th century. Inside is a chapel with an image of the Virgin Mary painted in the 17th century.

Kemudian banyak la lagi bertemu dengan bermacam-macam gereja yang terdapat di kota lama ni sehinggalah sampai ke Town Hall yang merupakan 'Vilnius Historic Centre' that has been inscribe upon the world heritage list of the convention of protection of the world cultural and natural heritage by UNESCO world committee in 1994.
Perjalanan diteruskan sehinggalah tiba di Gereja St. Catherine di mana saya singgah sebentar di sini dan masuk ke dalam gereja tersebut kerana persembahan muzik klasik sedang berlangsung di dalamnya dengan dendangan lagu-lagu gereja. Agak menarik juga kerana ini lah pertama kali menonton persembahan muzik di dalam gereja dengan dilatarbelakangi oleh setting rekabentuk dalaman gereja yang membawa ciri-ciri Baroque.



Setelah beberapa lama dalam gereja tu saya keluar untuk meneruskan perjalanan melalui bangunan-bangunan lama yang dijadiakan muzium, panggung teater sementara di sepanjang jalannya pula terdapat deretan pasar yang menjual barangan cenderahati sehingga tiba di Church of St John the Baptist & the Evangelint.


This church is also part of Vilnius University. Built after the conversion of Lithuania to christianity in 1387. It was a Gothic church remodelled in Baroque style. The interior boasts a majestic composition of ten altars, stained-glass windows, vault paintings and the largest organ in Lithuania.
Bersebelahan dengan Vilnius University pula ialah bangunan yang merupakan kediaman presiden Lithuania.

Sunday, July 15, 2007

Sampai di Vilnius, Lithuania


2.6.07, jam 5.45 petang saya tiba di bus station Vilnius dan terus cari 'money changer' tapi tak jumpa sampai dah jenuh tanya orang akhirnya ada sebuah bank kat sebelah stesen bas tu je. Rupa-rupanya kat Vilnius ni tak ada 'money changer' swasta macam yang biasa ada di Malaysia atau kat tempat-tempat lain. Kalau nak tukar duit hanya boleh dilakukan di bank sahaja dan bank yang terletak bersebelahan dengan stesen tu ialah yang dibuka 24 jam. So, kalau nak tukar duit kat situ lah yang mudah.


Sebab hari masih siang lagi jadi cadang nak naik bas je pergi ke hotel, puas juga tanya orang akhirnya jumpa juga bas stop untuk ke hotel Paupio Namai, kat depan situ gak tak jauh dgn bank dan stesen bas tadi. Yang bagusnya kat sini, semua institusi perkhidmatan awam 'centralize' di satu tempat yang berdekatan, Bank 24 jam kat situ, domestic bus stand, kat situ, train station kat situ, bus stand utama pun kat situ dan beberapa lagi institusi yang memudahkan pengguna, ada di tempat yang berhampiran. So, ini memudahkan pengguna.


Walaupun agak letih sikit bertanya sana sini akhirnya tiba juga ke hotel yang telah ditempah dengan menaiki bas tu. Ok gak hotelnya, sebuah bangunan banglow lama yang diubah menjadi 'guest house' la kaedahnya. Kiri kanannya ada la rumah penduduk sekitar yang lain. Agak terpencil gak hostel ni dan jalan kaki ke pusat bandar 'old town' kira-kira 15 minit gak la. Tak macam di Riga yang hostelnya terletak betul-betul dalam 'town centre'.






So, lepas rehat-rehat kejap terus jalan-jalan ke 'old town' untuk membiasakan diri dengan jalan-jalan kat situ. Kebetulan pulak malam tu malam minggu, so masa jalan-jalan tu terserempaklah dengan acara keraian yang sedang berlangsung di hadapan 'town hall'. berhenti la kejap menonton tetapi tak lama sebab dah letih sangat. Ada acara tarian tradisi dan juga persembahan nyanyian dan tarian moden. Tak pe lah, mungkin esok ada lagi sesuatu yang boleh disaksikan.

Thursday, July 12, 2007

ON THE WAY TO VILNIUS, LITHUANIA


2.6.07 (Saturday), I'm still in Riga and before leaving for Lithuania, I had my breakfast with my favourite pancake at the cafe next to the hostel where i'm staying. Bas Euroline bergerak jam 1.15 pm, so lepas breakfast terus jalan ke bus stand. Naik dalam bas dan terus menikmati lanskap yang cantik sepanjang perjalanan tu. Melalui kawasan kebun yang luas terbentang serta jejeran pepohon rhu yang dihiasi bunga-bungaan warna kekuningan, ungu dan putih. Selepas lebih kurang 1 jam 20 minit perjalanan, sampailah di sempadan Latvia dan Lithuania.

Masa ni bas kena berhenti bagi memberi laluan kepada pegawai imigresen naik bas dan memeriksa passport penumpang. Passport saya dan beberapa penumpang lain yng bukan warganegara Latvia mahupun Lithuania diambil untuk pemeriksaan. Masa ni perasaan risau dan panik muncul sedikit sebab tak pasti samada boleh lepas masuk atau tidak. Sama lah emosinya macam masa nak masuk Latvia tempohari. Agak lama juga pemeriksaan dilakukan, cukup la nak buat saya bertambah risau takut kena suruh turun bas dan patah balik ke Latvia.

Tetapi Alhamdulillah.... tiada masalah dan pasport saya dikembalikan semula tanda dibenarkan memasuki Lithuania. Kembang rasanya dihati dan jam 2.55pm bas bergerak melepasi sempadan sehinggalah tiba di Rauboniu Park pada jam 3.10pm dimana bas berhenti sebentar untuk rehat dan makan-makan. Cantik juga R&R ni, dia buat macam zoo tetapi percuma. Sempat la bagi makan pada Ostrich dan amik gambar beruang tu ha. Rumah yang dijadikan cafe pun cantik. Tengok gambar tu ha....Saya makan buah je la bila singgah kat sini sebab tak ada makanan yang sesuai pun...Lebih kurang setengah jam rehat, bas bergerak menyambung perjalanan... lanskapnya hampir sama saja. Tetapi bila sudah menghampiri Vilnius, bentuk muka bumi Lithuania sedikit berbeza sebab sedikit berbukit-bukit. Ini memberikan warna dinamika bagi Lanskap Lithuania.

Pemandangan ini mengingatkan saya pada bentuk muka lanskap di Fes, Morokko. Cantik.... tetapi di Fes pokoknya kurang. Di Lithuania ada lebih banyak pokok kayu yang turut melatari padang tanaman hijau serta disulami dengan tompokan tumbuhan bunga-bungaan berwarna putih, ungu, kuning dan orange. Ternakan kambing biri-biri dan lembu turut menghiasi lanskap padang fumput hijau serta petaan rumah-rumah petani dan penternak. Dalam hati berdetik..."Ya Allah, terima kasih kerana memberi ruang dan peluang untuk aku menikmati keindahan alam ciptaanMu ini...."

Sambil itu, bas terus bergerak menuju ke destinasi membawa khayalan yang mengumpulkan memori-memori itu dalam kotak ingatan...