25 Mei 2016 (Rabu) dan destinasi kami hari ini adalah untuk berpergian ke Tarragona yang merupakan sebuah bandar pelabuhan dan terletak di timur laut Sepanyol di Laut Mediterranean. Sebelum bas tiba, seperti pagi-pagi sebelumnya saya akan singgah mendapatkan sarapan pagi dengan roti dan kopi di cafe kegemaran saya di Sant Antoni Maria Calaret ni....
Jalan kaki dari stesen metro Sant Pau nak singgah sarapan pagi dulu
Posing jap sementara nak menyeberang jalan
Sarapan pagi
Sarapan pagi di sini lagi
Sarapan pagi di sini lagi
Usai sarapan pagi saya terus berjalan kaki menuju ke Universitat de Barcelona untuk mendapatkan bas namun pagi masih awal dan bas hanya akan sampai pada jam 9.00 pagi tepat. Jadi, saya mengisi masa yang terluang untuk posing lagi di sekitar kampus ni.......sehinggalah bas tiba untuk membawa kami semua ke lokasi lawatan hari ini, iaitu Tarragona.....
Universitat Autonoma de Barcelona, Casa
Convalescencia Campus
Universitat Autonoma de Barcelona, Casa Convalescencia Campus
Universitat Autonoma de Barcelona, Casa Convalescencia Campus
Universitat Autonoma de Barcelona, Casa Convalescencia Campus
Universitat Autonoma de Barcelona, Casa Convalescencia Campus
Universitat Autonoma de Barcelona, Casa Convalescencia Campus
Jambatan Romawi, Tarragona
Jam 9.15 pagi lebih kuran, bas pun bergerak meninggalkan Barcelona menuju ke Tarragona yang merupakan sebuah kota lama Romawi dan orang-orang Rom memilihnya kerana kedudukannya yang strategik sebagai tapak kem tentera terutamanya sewaktu Romawi menentang tentera Carthage pada tahun 218 SM. Pada masa itu, ia merupakan salah satu daripada wilayah terbesar dalam Empayar Rom. Sekarang, ia telah diwartakan sebagai salah satu daripada tapak warisan dunia oleh UNESCO. Sebelum tiba di kota Tarragona tu, bas berhenti untuk singgah di lokasi yang merupakan monumen sebuah jambatan tinggalan era Rom yang masih tersisa di sini.....Usai di sini kami meneruskan perjalan semula menuju ke kota Tarragona....
Bersama Profesor dari Istanbul, Turkey
Bersama Lokman
Bersama Dr. Husairi di Tarragona
Tarragona Cathedral
Setibanya di kota tarragona ini, lokasi pertama yang dilawati adalah monumen Katedral Tarragona. Monumen ini merupakan sebuah gereja Roman Katolik di Tarragona, Catalonia, Sepanyol dan ia terletak di atas tapak yang sebelum ini merupakan tapak sebuah kuil Rom sejak dari era Tiberius. Ia kemudiannya dijadikan katedral Visigoth dan apabila orang Islam Moor menguasai daerah ini ia telah dijadikan tapak sebuah masid. Apabila kerajaan Islam jatuh maka ia dijadikan Katedral semula sehingga akhirnya telah diisytiharkan sebagai monumen kebangsaan pada tahun 1905.
Bersama Dr. Sham
Bersama Dr. Sham
Bersama Dr. Husairi dan Dr. Zaidi
Dr. Zaidi tumpang di belakang
Bersama Dr. Hiro
Bersama Dr. Zaidi, Dr. Sham dan Dr. Husairi
Bersama Dr. Hiro, Dr. Zaidi, Dr. Sham dan Dr. Husairi
Bersama Dr. Hiro, Dr. Zaidi, Dr. Sham dan Dr. Husairi dan Lokman
Bersama Dr. Hiro, Dr. Zaidi, Dr. Sham dan Dr. Husairi dan Lokman
Oh.. ye semalam saya membeli sedikit cenderahati di Hard Rock Cafe, Catalunya dan dengan sekian jumlah belian saya, maka saya diberikan suatu cenderahati percuma, iaitu monopod yang berjenama 'HardRock'. Jadi lawatan hari ini saya boleh berselfie sahaja dan tidak memerlukan orang lain untuk mengambilkan gambar saya dan ianya lebih mudah serta tidak menganggu orang lain yang juga sibuk nak merakamkan gambar kenangan masing-masing...... Saya pun mengambil kesempatan ini untuk berselfi dengan rakan-rakan baharu antaranya Assoc. Dr. Hiro (dari Jepun), Assoc. Prof. Dr. Sham (dari United Arab Emitate UAE), Dr. Husairi (dari Universiti Malaya), Dr. Zaidi (dari Universiti Malaya) dan Sauda Lokman (dari UNITEN).
Bersama Dr. Hiro, Dr. Zaidi, Dr. Sham dan Dr. Husairi
Roman Ampitheatre di Tarragona dibina di pinggiran pantai Mediterreanean
Dari kota lam tarragona itu saya dan rakan-rakan di bawa pula ke lokasi yang tidak kurang pentingnya di Tarragona ini iaitu Roman Ampitheatre. Ia dibina pada akhir abad ke-1 SM dan permulaan abad ke-2 SM, dan binaannya menganjur dari dinding dan menghadap ke laut Mediterreanean. Namun apabila agama Kristian menjadi agama rasmi empayar, ampitheatre ini telah kehilangan yang hilang fungsi asalnya.
Roman Ampitheatre di Tarragona dibina di pinggiran pantai Mediterreanean
Roman Ampitheatre Tarragona
Roman Ampitheatre Tarragona
Roman Ampitheatre Tarragona
Roman Ampitheatre Tarragona
Roman Ampitheatre Tarragona
Roman Ampitheatre Tarragona
Di Tarragona bersama Dr. Hiro, Dr. Zaidi dan Dr. Sham
Roman Ampitheatre Tarragona
Singgah makan tengahari di Tarragona
Calamari enak
Singgah makan tengahari di Tarragona
Tarragona
Tarragona
Tarragona
Dari Tarragona, kami seterusnya dibawa ke lokasi berikutnya, iaitu kota tepi laut yang dikenali sebagai Sitges. Ia terletak kira-kira 35 kilometer di Barat Daya Barcelona dan terkenal di seluruh dunia kerana acara Festival Filem dan juga Karnival. Lokasinya juga terletak di antara Garraf Massif (banjaran gunung yang terkenal di Sepanyol ni) dan laut Mediterranean. selai itu, ia dikenali dengan pantai yang cantik, tempat hiburan malam dan juga tempat bersejarah.
Sitges
Sitges
Sitges
Sitges
Sitges
Sitges
Sitges
Sitges
Dari segi sejarah, kehadiran manusia dikenalpasti wujud di sini bermula sejak era Neolitik lagi. Kemudian diikuti dengan kehadiran kaum Iberia yang datang ke daerah ini bermula dari abad ke-4 Masihi dan diikuti kemudiannya dengan pendudukan bangsa Romawi. Semasa Zaman Pertengahan Eropah, sebuah istana telah dibina di Sitges yang kemudiannya dimiliki oleh keuskupan Barcelona. Namun, setelah itu, ia diserahkan pula kepada Mir Geribert (1041). Dalam abad ke-12 Masihi, bandar telah jatuh di bawah pemerintahan keluarga Sitges sehinga tahun 1308. Ekonomi Sitges pada awalnya adalah berdasarkan pengeluaran wain sehinggalah berlakunya ledakan ekonomi dalam tahun 1960-an, namun selepas itu ia terus menjadi sebuah kawawan resort untuk pelancongan.
Sitges
Sitges
Sitges
Sitges
Sitges
Sumber ekonominya banyak bergandung kepada pelancongan dan ia juga merupakan tempat kediaman orang-orang kaya yang kediaman mereka terdiri daripada bungalow-bungalow mewah yang didirikan dilereng-lereng bukit pinggiran pantai. Pantai di sini dikatakan lebih cantik dan menarik pelancong berbanding pantai di Barcelona....hhhmmmm....tapi pesisir pantainya memang luas dan panjang....kami dibenarkan untuk mandi manda di sini tapi rasa malas la pulak nak mandi air masin ni... susah dan bilas mandi air tawar pulak....lagi pun tak bawa pakaian mandi sebab memang tidak bercadang untuk manti-manda pun...sementelahan pula hari sudah petang......bersiar-siar dengan jalan kaki je dah laa....
Sitges
Sitges
Sitges
Sitges
Bersama Dr. Sam di Sitges
Bersama Dr. Sam di Sitges
Bersama Dr. Husairi di Sitges
Bersama Dr. Husairi di Sitges
Sitges
Sitges
Sitges
Sitges
Dah penat jalan-jalan tu... kami bercadang nak makan di sini lah sebab tadi makan calamari je di Tarragona dan rakan-rakan lain ada yang tak makan tengahari lagi..... jadi kami singgah makan di sini untuk makan tengahari dan makan malam sekali harung la kiranya....... kebetulan pulak di Stges ni terdapat restoran yang menyediakan makanan halal..... tidak hairanlah sebab ia merupakan kawasan pelancongan.....jadi kami bebas memilih nak makan kat restoran yang mana kami suka.... pening pulak nak pilih makan kat restoran mana satu ni.... semuanya dah halal dah....tapi nak car yang memikat selera pulak dan akhirnya...kami berhenti di sebuah restoran India Muslim.... sebab saya teringin nak makan kari kambing dan roti nan la palak.....
Makan malam dengan Cheese Naan dan kari kambing di Restoran India Muslim, Sitges
Calamari dan Ikan di Restoran India Muslim, Sitges
Rakan lain memesan ikan dan calamari.....ikut citarasa masing-masing lah...tapi menu yang saya pilih tu....kari kambing dan roti nan memang enak sebab rupanya ibu kepada tuan punya restoran ni memasak di dapur..... patut la sedap.... mereka katanya datang sekeluarga dari Pakistan dan membuka restoran ini....jadi rasanya memang enak seperti masakan ibu di rumah dan rasanya memang citarasa sebenar Pakistan dan tetntulah berbeza dengan kari yang ada di kedai mamak di Malaysia........hhhmmmm....namun citarasa kari tu yang enakkkkk.... Alhamdulillah...
Sitges
Sitges
Sitges
Usai menikmati hidangan di situ, kami harus bergegas untuk pulang dan kami perlu berkumpul menunggu bas di lokasi di mana kami diturunkan tadi.... dari restoran jarakanya kira-kira 20 mint jugak la berjalan kaki.... jadi kami perlu menyudahkan makan dan berjalan santai untuk mendapatkan bas melalui persisiran pantai yang indah itu. Bila bas tiba kami pun masuk dan meninggalkan Sitges yang indah itu menuju ke Barcelona semula.......
Menaiki bas untuk kembali ke Barcelona
Perjalanan kembali dari lawatan
Setibanya di Barcelona saya mengucapkan selamat kepada semua rakan-rakan antarabangsa dan Insyaallah esok akan bertemu lagi untuk sesi selari konferen yang terakhir........Saya tidak terus pulang ke apartment petang ini sebaliknya memenuhi undangan dari Dr. Zadi dan Dr. Husairi untuk singgah di hotel mereka sambil mengambil kesempatan untuk solat. Bual punya bual akhirnya saya memutuskan untuk menyertai mereka melakukan kembara ke beberapa lokasi lain yang sebenarnya sama dengan perancangan saya. Namun mereka telah menempah kesemua kenderaan dan hotel di lokasi-lokasi yang akan mereka tujui. Oleh sebab saya tidak terikat dengan mana-mana tempahan jadi memudahkan saya untuk cuba mengikuti jadual mereka. Lalu sambil borak-borak di bilik mereka, saya mengambil kesempatan untuk membuat tempahan penerbangan untuk ke Lisbon pada petang esok dengan menaiki pesawat Vueling. Alhamdulillah, saya dapat penerbangan yang sama dengan mereka......selesai urusan di situ, saya meminta diri untuk pulang ke apartment dengan menaiki metro dan tidak bercadang untuk ke mana-mana lagi sebab dah banyak sangat berjalan rasanya hari ni... kaki pun dah sakit-sakit dah......metro tiba di stesen Estencia dan saya pun terus jalan kaki ke apartment.... membersihkan diri dan terus terlena.........
Dah sampai di Barcelona
No comments:
Post a Comment