English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label Spain 2016. Show all posts
Showing posts with label Spain 2016. Show all posts

Monday, July 18, 2016

MENINGGALKAN SEPANYOL....



Placa Catalunya

3 Jun 2016 (Jumaat) Pagi ni saya menerima wassup dari rakan-rakan yang mereka telah bertolak ke aeroporto Barcelona awal pagi tadi......saya mengemaskan diri dan dalam jam 7.00 pagi keluar dari bilik sebab lapar rasanya. Nak sarapan pagi di cafe makcik peramah tu lagi lah pagi ni.....cafe dia pun tak jauh, kat bangunan sebelah tu je dan saya memesan kopi, jus dan roti pagi ni sambil santai-santai membaca buku Alhambra yang dibeli di Granada tempohari.........hari ni memang santai sebab nak tunggu jam 12.00pm je untuk daftar keluar hotel........usai sarapan tu saya bersiar-siar di sekitar Rambla dan melihat-lihat kalau-kalau ada cenderahati yang boleh dibeli dan akhirnya saya membeli beberapa baju-T untuk anak-anak....

Sarapan dengan kopi, jus oren dan roti

Selesai membeli-belah sikit tu saya pun kembali ke hotel semula untuk mengemaskan semua barangan dan tepat jam 12.00pm saya turun ke kaunter penerimaan untuk mendaftar keluar. Jam baharu pukul 12.00pm dan flight saya berangkat ke KLIA pada malam nanti....jadi masih sangat awal......saya bercadang nak naik bas pulak lah ke aeroporto ni...lalu saya pun bertanya kepada penjaga kaunter bagaimana nak dapatkan bas untuk ke aeroporto...ooo.... dia kata mudah je...pergi berjalan kaki ke dataran Placa Catalunya di sebelah kiri di mana di situ terdapat perhentian bas untuk ke aeroporto....ooohhhh... mudah je rupanya ye....usuai urusan dikaunter tu saya mengucapkan terima kasih dan selamat jalan lalu terus bergerak menuju ke lokasi yang disebutkan tadi........

 Shuttle bus ke Aeroporto Barcelona dari Placa Catalunya

Dari pintu depan hotel ni pun dah nampak dah perhentian bas ke aeropoto tu...saya pun melangkah kaki menuju ke situ dan dalam 5 minit berjalan dah sampai dah....ada banyak bas yang bertulis aeroporto di sini dan tak payah tunggu lama-lama untuk mendapatkannya....papantanda dan brosur pun ada tentang perkhidmatan bas aeroporto ni dan siap bertulis harga tambangnya lagi, iaitu 5.90Euro untuk perjalanan ke sana...relatif murah la ni.....kemudian bas pun tiba yang menuju ke Terminal 1 aeroporto lalu saya pun naik. Tambang bas bagi kat pemandu sahaja dan saya mengeluarkan duit secukup-cukupnya kepada pemandu bas tersebut dan mengambil tempat duduk. Perjalanan ke aeroporto dari Paca Catalunya ni hanya mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja untuk sampai........setibanya di aeroporto baharu jam 1.00pm dan masih ada banyak masa lagi saya perlu menunggu di sini....namun saya terus menuju ke kaunter untuk daftar masuk beg dulu. Oleh sebab saya telah daftar masuk secara dalam talian yang saya buat malam semalam, maka urusan daftar masuk di kaunter ni lebih cepat dan mudah....saya pun tidak lah berdiri terlalu lama dalam barisan.....bila dah daftar masuk beg tu...lega la sikit sebab tak perlu nak heret beg yang besar tu....


 Tambang shuttle bus ke Aeroporto di perhentian bas Placa Catalunya

Saya pun masuk ke dalam terminal pelepasan dan malangnya tersilap masuk. Sepatutnya selepas pemeriksaan imigresen pertama, saya cadang nak window shopping dulu kan mall dalam terminal pelepasan ni. Malangnya saya masuk tersilap lorong, iaitu lorong pemeriksaan imigresen kedua yang membawa terus ke dalam teriminal untuk boarding....alamak....silap masuk la plak....dalam terminal untuk boarding tak banyak pilihan.... sebab ada cafe je....dah masuk sini tak boleh keluar dah untuk masuk ke mall di ruang pelepasan yang besar tu......rakan-rakan dah peringat dalam wassup pagi tadi tapi saya tak perasan lorong yang mana satu sebab lorongnya agak mengelirukan......nampaknya terperap la saya di terminal boarding ni sampai malam nanti.....

Setelah puas menunggu di terminal aeroporto Barcelona....jam 10.00pm saya pun masuk ke dalam perut pesawat Emirates dan 10.30pm berlepas menuju ke Dubai yang mengambil masa lebih kurang 7 jam penerbangan....SELAMAT TINGGAL BARCELONA....SELAMAT TINGGAL BUMI ANDALUSIA....SELAMAT TINGGAL SEPANYO...... Insyaallah...ada rezski kita betemu lagi....terima kasih untuk pengalaman yang indah itu......

 Transit di Dubai

Tiba di Dubai transit di sini dalam lebih kurang 2 jam sahaja dan dari sini saya meneruskan penerbangan Emirates menuju ke KLIA pula yang juga mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk tiba.....Sampai di KLIA lebih kurang dalam jam 9.00pm...sengaja saya pilih waktu demikian suapaya kalau sampai malam boleh terus tidur....jadi kurang la sikit mengalami fenomena jet lag. Kalau sampai pagi tu ada masalah sikit sebab saya ni jenis yang mudah mendapat jet lag..... 

Transit di Dubai

TAMAT LAH KEMBARA EROPAH SELATAN UNTUK 2016......

BARCELONA SEMULA...


Malam tadi tiba di airport Barcelona dari Granada dalam jam 11.30pm dan hari pun bagai di kata lah.. dah gelap....saya masih belum book hotel lagi untuk tidur di Barcelona malam ni sebab masih berharap dapat tinggal di apartment yang sama dengan rakan-rakan saya yang telah menempah penginapan apartment lebih awal. Rakan-rakan saya juga sudah memaklumkan kepada tuan apartment untuk mendaftarkan masuk saya sekali tetapi masih belum menerima jawapan....jadi...gamble je lah ni...sesampainya sahaja di airport tu saya dan rakan bercadang untuk mengambil teksi sahaja sebab hari dah lewat malam ni.... metro pn dah tak beroperasi....kami mengambil teksi dan terus menunjukkan alamat apartment rakan-rakan saya di Rambla yang terkenal itu. Sampai sahaja di apartemant tu, pemandu teksi menurunkan kami dan rakan saya menekan loceng apartment dan pintu pun dibuka...kami masuk ke dalam dan perlu naik tangga ke tingkat 3 bangunan sebab tiada lif......Sesampainya di premis apartment kami dipersilakan masih dan pemuda yang mempelawa itu memperkenalkan diri sebagai rakan kepada tuan rumah dan menggantikan tuan rumah untuk menerima tetamu kerana tuan rumah sedang berpergian.....Jadi...nampaknya harapan saya untuk menginap di situ bersama-sama adalah tidak mungkin....usai rakan-rakan saya meletakkan barang mereka, kami sama-sama turun semula untuk menemani saya mendapatkan kediaman untuk menginap malam itu.....Sudah tengah malam dan kebanyakan hotel bajet juga telah penuh dan Alhamdulillah...tidak jauh kami berjalan, saya ternampak sebuah hostel yang saya dah lupa namanya betul-betul berhadapan lalauan Rambla dan saya pun menekan loceng dan pintu dibuka....kami naik ke atas di tingkat 1 dan terus saya bertanya sekiranya masih ada kamar atau katil kosong....Alhamdulillah...memang kebetulan ada satu bilik kosong....saya pun tanpa lengah terus mendaftar masuk dan rakan-rakan saya kembali ke apartment mereka semula tidak jauh dari situ dan kami berjanji untuk berjumpa esok sewaktu sarapan......


Hostel di Rambla, Catalunya....tanpa tanda nama...

2 Jun 2016 (Khamis) Seperti biasa saya bangun awal pagi nak solat dan mandi lalu pergi ke kaunter nak tanya bilik air di mana tetapi tiada sesiapa di kaunter plak subuh-subuh ni....nak wassaup rakan-rakan tetapi malam tadi tak sempat nak minta password wifi penyambut tetamu tu hilang dah.....lepas dia bagi kunci malam tadi dia lesap entah ke mana...tidur la kott sebab malam tadi masa saya daftar masuk tu pun dah jam 12.00am lebih kurang.... jadi pagi ni saya nak mandi dan solat tapi tak tau bilik air di mana sebab malam tadi memang penyambut tetamu lelaki tu tergesa-gesa saja lagaknya...mungkin dia mengantuk kott...entahlah.. puas saya mencari subuh-subuh sunyi tu tetapi masih tak jumpa bilik air.....saya tak tahu nak tanya kat sapa dah...loceng pun tak ada kat kauntern tu....hhmmmm....saya pun berpatah balik semula ke kamar dan alhamdulillah...nasib baik la dalam kamartu ada sinki paip air untuk kegunaan basuh muka....jadi, saya dapa la ambil wuduk di situ dan abaikan sahaja tentang nak mandi pagi tu.....usai solat saya menunggu lagi dan jam 7.00 pagi saya ke kaunter pertanyaan semula tapi masih tiada sesiapa di kaunter penyambut tetamu tu.....ini sama kes macam hotel di Granada la pulak... memang kat sini jenis yang bangun lewat.....saya menunggu lagi sambil tu saya melihat-lihat di kaunter tu dan ternampak di papan putih password wifi untuk hotel tu....Alhamdulillah...saya ambil password tu dan cuba wassup rakan-rakan dan dapat.....saya maklumkan keadaan saya yang hampir sama macam di Granada cuma di sini masalah saya tak dapat nak mandi sebab tak jumpa bilik air....saya masuk semula ke kamar sambil berkemas-kemas kerana saya tidak bercadang untuk menginap di hotel ini lagi....susah nampaknya di sini dan saya bercadang untuk mencari hotel lain sahaja....keadaan bilik di sini pun agak kurang selesa sebab saya dijanjikan single room tapi dalam bilik yang diberikan pada saya tu ada katil double decker....bukan katil single...mungkinkah akan ada penginap lain yang akan dimasukkan ke situ...saya jadi tidak selesa sikit....


 Minum pagi di Rambla, Barcelona

Saya berjanji dengan rakan-rakan untuk berjumpa pada jam 9.00 pagi dan selepas berkemas-kemas tu saya ke kaunter pertanyaan sekali lagi untuk memastikan ada penyambut tetamu di situ untuk saya plangkan kunci...malangya masih tiada sesiapa di situ....kemudian saya terdengan ada bunyi seseorang sedang berada di dapur lalu saya meninjau ke sana dan saya dapati ada seorang perempuan yang sedang berkemas-kemas di situ....saya maklum bahawa perempuan itu adalah tukang cuci hotel ni.... saya tidak melepaskan peluang untuk bertanya di manakah lokasi bilik air hotel ni... hairan gak..tak tak ada bilik air kottt... dengan agak ramah perempuan itu menunjukkan kepada saya lokasinya yang terletak agak ke hujung dan terlindung tanpa ada papan tanda menunjukkan itu adalah bilik air...... walau bagaimana pun... Alhamdulillah... saya mengucapkan terima kasih dan balik semula ke kamar untuk mengabil tuala dan peralatan mandi lalu kembali semula ke kamar mandi untuk mandi pagi....Alhamdulillahh...dapt mandi pagi ni...Usai mandi tu, saya terus mengangkat beg untuk daftar keluar sebab waktu dah dekat jam 9.00 pagi. Saya pergi ke kaunter namun masih tiada sesiapa di situ lalu saya pun menemui semula pencucui tadi yang masih lagi di dapur lalu memaklumkan untuk daftar keluar dan saya pun menyerahkan kunci kamar kepada pencuci tu....dia pun ambil kunci tu dan saya mengucapkan terima kasih....lalu terus turun dan menemui rakan-rakan saya yang telah sedia menunggu ditempat yang dijanjikan...di sekitar Rambla tu juga lah....setelah berjumpa kami pun terus menuju ke cafe berhampiran untuk mendapatkan sarapan pagi......memang enak sarapan di Rambla ni....  Ditambah lagi dengan pramusaji yang peramah dan mudah mesra.... 


Hotel Monegal, Rambla, Catalunya


Usai sarapan tu, perkara pertama yang perlu saya lakukan adalah mendapatkan penginapan untuk satu malam ini lagi di bumi Barcelona ni....saya dan rakan-rakan pun berjalan-jalan di sekitar Rambla dan Catalunya tu melihat hotel-hotel bajet di sekitaran....malangnya semua hotel bajet yang saya tanyai sudah habis ditempah....Saya tidak berputus asa sebab macamana pun saya mesti mendapatkan penginapan untuk malam ini di Catalunya ni.....Setelah puas mencari dan bertanya...akhirnya saya melangkah masuk hotel Monegal yang terletak tidak jauh dari cafe yang saya sarapan tadi....saya tidak mengharap sangat akan ada bilik kosong di sini sebab lokasi hotel bajet ini sangat strategik dan pastinya menjadi tumpuan pelancong....Saya pun masusk dan bertanya dengan penyambut tetamu yang sangat peramah dan mesra....saya tanya ada bilik kosong ke tak?... Dia kata tunggu jap nak cek....Haaa katanya ada penginap yang sedang nak daftar keluar sekarang dan akan ada lah sat bilik kosong...dia memaklumkan harga satu malam yang sangat menarik dan saya tanpa lengah mengatakan ye....saya ambillll....Alhamdulillah.....dapat bilik dah malam ni untuk tidur......Saya pun tanya la kat mak cik yang peramah tu... kenapa banyak hotel dah fully book...oooo....katanya sekarang musim festival di Barcelona...macam-macam katanya yang antaranya adalah Motor GP yang sedang berlangsung selain daripada musim Piala Eropah.. ooo patut la....kira rezeki saya la nak dapat bilik kat hotel tu.....selesai di kaunter tu saya pun dah boleh masuk bilik dah walau pun belum pukul 12.... pm.... dia kata saya boleh tengok bilik dulu yang terletak di loteng bahagian bangunan yang paling atas....pengemas kamar menunjukkan bilik saya tu....cantik biliknya...bersih dan bilik airnya pun bersihhh....pengemas bilik ni pun ramah orangnya...dia kat dia nak kemas sikit lagi...saya pun kata ok...cma saya nak tinggalkan beg sahaja dulu lalu turun semula....


Kunci bilik Hotel Monegal, Rambla, Catalunya

Tiba di kaunter pertanyaan, saya pun melunaskan bayaran hotel untuk satu malam dan selesai di situ saya dan rakan-rakan meneruskan misi kami seterusnya untuk hari ini, iaitu bersiar-siar di Plaça d'Espanya yang terkenal itu. Kami menuju ke stesen metro yang betul-betul terletak di hadapan pintu hotel Monegal tu dan membeli tiket untuk 10 perjalanan metro sebab harganya lebih berpatutan dan jimat berbanding single trip.


Plaza de Toros de las Arenas

Plaza de Toros de las Arenas

Keluar sahaja dari stesen metro Plaça d'Espanya tu terus je nampak dataran luas yang dikenali sebagai Plaça d'Espanya (dalam bahasa Catalonia) yang juga dikenali sebagai Plaza deEspaña dalam Bahasa Sepanyol. Ia adalah salah satu dataran yang paling penting di Barcelona yang dibina bersempena dengan Pameran Antarabangsa 1929, yang diadakan di kaki Montjuic, dalam daerah Sants-Montjuic. Di dataran ini juga terdirinya bangunan Plaza de Toros de las Arenas yang terkenal itu. Pada asalnya ia merupakan gelanggang sukan lawan lembu di Barcelona, Sepanyol. Setelah itu, selama bertahun-tahun ia dijadikan sebagai panggung persembahan yang memaparkan pelbagai artis muzik, termasuklah Carlos Santana dan Paco de Lucia sehinggaa tahun 1977. Bangunan ini kemudiannya telah dibuka semula pada tahun 2011 namun fungsinya telah berubah, iaitu menjadi sebagai pusat membeli-belah yang dinamakan Arenas deBarcelona. Saya tidak sempat nak masuk ke dalam shopping mall ni namun hanya sempat untuk merakamkan foto di hadapannya sahaja.

Plaza de Toros de las Arenas

Palau Nacional (Istana Negara)

Destinasi utama nak dituju adalah Palau Nacional (Istana Negara) ni ha yang merupakan tapak utama Pameran Antarabangsa 1929 di bukit Montjuic di Barcelona suatu ketika dahulu. Sehingga itu, di antara tahun 1996 dan 2004, istana ini telah diperluaskan lagi bagi tujuan untuk menampung keseluruhan koleksi Muzium Seni Kebangsaan dengan memuatkan lebih 5,000 karya seni. istana ni terletak di kaki bukit dan anak tangganya yang relatif banyak, saya tidak bercadang untukmasuk ke dalamnya... kaki pun dah letih dan sakit-sakit. Jadi cukuplah sekadar mengambil gambar di hadapannya sahaja....hari pun kian menjengah tengahari dengan kedudukan matahari yang mula tercacak di atas kepala....jadi usai di situ kami kembali semula ke stesen metro sebab tengahari ni kami perlu mengambil semula beg yang kami tinggalkan di hotel jalan Carrer Sant Antoni Maria Claret tempohari. Dari stesen metroPlaça d'Espanya  tu kami naik metro dan turun di stesen metro Diagonal. 

Palau Nacional (Istana Negara)

Palau Nacional (Istana Negara)

Palau Nacional (Istana Negara)

Palau Nacional (Istana Negara)

Palau Nacional (Istana Negara)

Palau Nacional (Istana Negara)

Palau Nacional (Istana Negara)

Plaza de Toros de las Arenas

Plaza de Toros de las Arenas


Setibanya di stesen metro Diagonal, saya dan rakan-rakan perlu berjalan kaki untuk sampai ke hotel berkenaan. Sebelum tu, kami bercadang untuk mendapatkan makan tengahari dahulu sebab dah lapar dah ni dan waktu pun dah tenghari. lagi pun kenai makan India yang saya cadangkan kepada rakan-rakan tu terletak di jalan yang sama dengan lokasi hotel, iaitu di Carrer Sant Antoni Maria Claret dalam 20 minit berjalan kaki, lebih kurang, kami pun tiba di restoran Taj Indian. Restoran ni lah yang saya mula-mula jumpa masa nak cari Universitat de Barcelona tempohari.


Saya dah makan nasi beryani ayam tempohari, jadi saya tak berniat nak makan nasi lagi hari ni lalu saya memesan garlic naan dengan kari kambing dan air macam biasa, mango lassi....favorite saya la.... Fuhhh....rasa kari kambingnya memang enak....tak tau nak cakap cam ne...keenakannya sama macam kari mak cik Pakistan yang saya makan di Sitge tempohari....lebih kurang laa...Rakan-rakan saya masing-masing memesan nasi beryani ayam. Saya maklumkan bahawa kuantiti nasinya memang banyak dan tempohari saya makan tak habis tapi boleh bungkus bawa balik... Dr. Husairi pada awalnya hanya ingin berkongsi nasi dengan Dr Zaidi sahaja sebab takut tak habis katanya.....namun kemudian mengubah fikiran untuk memesan berasingan....bila dah rasa tu.....bukannya tak habis... malah katanya tak cukup la plakk... ha ha ha.....sebab masakan di restoran ni memang enak.... jadi saya sangat menyarankan sesiapa yang berkunjung ke Barcelona ni, nak makan makanan India Utara yang enak.... sila lah berkunjung ke restoran ni....ha ha ha....promo percuma je ni......


Makan Tengahari dengan brayani dan garlic naan di restoran halal Taj Indian


Usai makan tengahari tu, kami terus bergerak menuju ke hotel untuk mendapatkan beg semula. Setelah beberapa minit berjalan dan akhirnya kami pun tiba di hotel yang dimaksudkan. Kami memaklumkan kepada petugas hotel untukmengambil beg. Sebab kunci locker ni hanya menggunakan password sahaja, jadi kami terus menuju ke locker masing-masing dan membukanya. Dah dapat beg tu, kami mengucapkan terima kasih kepada petugas hotel dan bergerak menuju ke jalan besar semula. Sebab beg masing-masing besar dan kami pun malan nak seret beg lagi ke stesen metro maka kami menahan teksi je dari situ. Naik teksi dalam sepuluh minit dah sampai dan saya turun dulu sebab jumpa hotel saya dulu baru hotel rakan.rakan dan kami berjanji untuk berjumpa semula petang nanti.....


Casa Batllo 

Setelah berehat sekejap, petang tu saya dan rakan-rakan keluar semula untuk jalan-jalan petang dan sambil tu kami singgah di Casa Batllo (Rumah Batllo) yang merupakan sebuah bangunan yang terkenal di tengah-tengah bamdar Barcelona dan juga merupakan salah satu karya Antoni Gaudi. Menurut ceritanya, rumah ini telah dibeli oleh Josep Batlló pada tahun 1900. Reka bentuk rumah ni bukanlah menjadi pilihan masyarakat pada masa itu dan tiada pembeli yang berminat untuk memilikinya. Namun, keluarga Batlló memutuskan untuk membeli rumah itu kerana lokasinya yang terletak di tengah-tengah Passeigde Gracia, yang pada awal abad ke-20 terkenal sebagai kawasan yang sangat berprestij dan bergaya. Keluarga Batlló ni pulak sangat terkenal di Barcelona pada masa tu ekoran sumbangannya yang besar kepada industri tekstil.




Casa Batllo 

Sementara itu, si Antoni Gaudí i Cornet (25 Jun 1852 - 10 Jun 1926) ni pulak adalah seorang arkitek berbangsa Catalan Sepanyol dari Reus dan terkenal sebagai tokoh Catalan Modenisme. Keunikan kerja-kerja Gaudí adalah kerana ia mencerminkan gaya individu dan tersendiri. Kebanyakan karya-karyanya terletak di Barcelona dan termasuklah karya agung beliau yang paling terkenal, iaitu Sagrada Familia yang telah pun saya masukkan dalam entry sebelumnya.

Casa Batllo 

Casa Batllo 

Dari situ kami terus berjalan-jalan dan singgah di Hard Rock cafe sekejap sebab Dr. Zaidi nak beli cenderahati di sini. Dari situ kami singgah pula di sebauah restoran halal untuk mendapatkan makan malam yang lokasinya bersebelahan sahaja dengan hotel kami menginap. Usai makan malam di situ, kami saling mengucapkan selamat sebab esok kami tak jumpa dah kerana waktu pelepasan flight kami tidak sama. Flight rakan-rakan saya berlepas ke KLIA pada sebelah pagi dan mereka perlu bergerak ke aeroporto pada awal pagi dalam jam 6.30 pagi lebih kurang. Saya pulak flight berlepas pada jam 10.00 malam dari Barcelona ke KLIA, jadi saya boleh daftar keluar pada jam 12.00 pm esok. Insyaallah kami berjanji untuk berjumpa semula di Kuala Lumpur bagi membincangkan projek yang secara tidak langsung telah dirancangkan.......pertemuan kami berakhir di situ.......saya pun kembali semula ke hotel dan merehatkan diri lalu tidur....




Monday, July 11, 2016

CORDOBA.....MUTIARA YANG SIRNA....

Masjid Cordoba

29 Mei 2016 (Ahad) Jam 6.00pm sampai di Cordoba, dah petang dah....tapi masih belum gelap lagi....tiba di stesen bas Cordoba kami terus mengambil teksi. Walaupun hotel saya dan rakan-rakan berlainan tetapi kami bercadang mengambil satu teksi sahaja dan menurunkan siapa yang sampai di hotel terdahulu....kami menahan teksi dan pemandu bersetuju dengan cadangan kami....Saya pun menunjukkan helaian kertas yang tertulis alamat hotel saya menginap malam ini kepada pemandu teksi yang peramah itu....dia pun akur dan akan menghantar saya dahulu ke hotel Plateros seperti yang tercatat.....


Hotel Plateros

Hotel Plateros dan Dr. Husiri

Selang beberapa minti sahaja perjalanan menaiki teksi tu, kami tiba di kawasan old town kota Cordoba ni dan pemandu menurunkan saya di suatu lorong yang menurutnya akan membawa saya ke hotel berkenaan. Saya akur dan berjanji dengan rakan-rakan untuk berjumpa kemudian dan mengingat landmark tempat saya diturunkan, iaitu berhampiran dengan Templo Romano yang bersejarah itu......ia merupakan tapak peninggalan zaman Romawi yang masih bersisa di Cordoba ni.....asalnya ia merupakan sebuah kuil zaman Romawi....jadi, saya pun turun di situ dan pemandu menghantar rakan-rakan saya ke hotel mereka yang katanya tidak jauh dari situ.....saya terus berjalan melalui lorong yang di kiri dan kanannya adalah bangunan-bangunan lama yang antik itu....dalam lima minit berjalan tu, saya pun tiba di hotel Plateros yang telah saya tempah secara dalam talian sejak semalam. Saya daftar masuk dan meletakkan barangan di dalam bilik single yang berharga patut itu... kemudian terus menghubungi rakan-rakan dan mereka pun dah tiba di hotel dan letaknya tidak jauh dari hotel saya....kami berjanji untuk berjumpa di restoran Estanbul yang terletak berhadapan dengan Templo Romano, iaitu tidak jauh dari lokasi saya diturunkan dari teksi tadi....

Templo Romano

Templo Romano

Makan malam di Estambul cafe

Jam 7.00 pm kami berjanji berjumpa di restoran Estanbul dan kami mendapatkan makan malam di sini. Saya teringin memmakan kentang yang diisi dengan kebab kambing dan di atasnya diletakkan pula dengan dua biji telur ayam goreng....Alhamdulillah...kenyang sangat makan malam ni.... kami berbual-bual di situ sambil makan-makan dan lepas ni kami bercadang nak jalan-jalan ke sekitar masjid Cordoba sebab kata rakan-rakan masjid tu dekat je, tak jauh dari hotel mereka menginap....

Estambul cafe

Templo Romano

Menuju Masjid Cordoba

Usai makan malam di restoran Estambul tu, kami pun mula berjalan kaki menuju ke masjid Cordoba dengan melalui lorong menuju ke hotel Plateros, tempat saya menginap kerana menurut mereka lorong tu merupakan jalan pintas menuju ke hotel rakan-rakan dan seterusnya ke masjid Cordoba.... kami pun berjalan perlahan-lahan bergeraka menuju ke Masjid Cordoba  di petang yang indah itu......


Menuju Masjid Cordoba


Tidak berapa lama berjalan itu kami pun tiba di hotel kediaman rakan-rakan yang terletak di persimpangan jalan ditebing sebatang sungai yang sangat terkenal di Selatan Sepanyol, semenanjung Iberia ini iaitu Guadalquivir River atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai Wadi Al-Kabīr (“Great River”). Saya menelusuri jalan di sepanjang tebing sungai itu untuk menuju ke Masjid Cordoba. Kebetulan pula pada petang itu turut diadakan perarakan sempena menyambut upacara Corpus Christie oleh penganut kristian di sini. Jadi, saya pun turut merakamkan sekitar upacara tersebut sambil berjalan menuju ke masjid Cordoba.


Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba





Upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba


Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Perarakan upacara Corpus Christi di Masjid Cordoba

Tidak berapa lama berjalan beriringan dengan perarakan agama kristian itu, saya pun tiba di hadapan masjid besar Cordoba dan bergerak menuju ke jambatan yang terentang di hadapan pintu masjid. Jambatan yang terkenal ini dinamai sebagai Roman Bridge yang telah dibina sejak zaman Romawi untuk merentangi sungai Guadalquivir River. Selain itu, Roman Bridge turut menghubungkan Masjid Cordoba di sebelah utara dengan Museo Vivo de Al-Andalus di bangunan Torre de la Calahorra di sebelah selatan yang disempadani oleh sungai Guadalquivir itu. Saya pun tidak melepaskan peluan ini untuk merakamkan foto kengangan di Lokasi bersejarah ini di waktu senja.....sungguh indah, damai dan membuatkan hati terasa sayu bila mengingat semula sejarah silam kota yang pernah menjadi mercutanda keagungan Islam di Eropah ini.....


Roman Bridge, Masjid Cordoba

Roman Bridge, Masjid Cordoba

Roman Bridge, Masjid Cordoba

Hari pun sudah kian merangkak malam dan senja itu saya menikmati sepuas-puasnya keindahan berada di kota bersejarah ini.... usai merenung di situ, saya dan rakan-rakan bercadang untuk balik semula ke hotel masing-masing sebab waktu maghrib pun dah nak masuk.....kami pun memulakan langkah pulang ke hotel masing-masing dan berjanji untuk bertemu semula esok pagi di hadapan tebing sungai Guadalquivir untuk masuk melawat ke dalam masjid Cordoba pula...kami bercadang untuk masuk awal kerana dikatakan bahawa sekiranya kita masuk sebelum jam 9.00 pagi tidak perlu membayar tiket...maknanya masuk adalah percuma.....jadi kami berjanji bertemu pada jam 7.30pagi esok....



Roman Bridge, Masjid Cordoba

Roman Bridge, Masjid Cordoba

30 Mei 2016 (Isnin). Saya dah bangun awal dah dalam jam 6.30pagi dah nak keluar, malangnya kat kaunter hotel ni tak de orang jaga.... agaknya malam memang dia tak buka kot untuk pendaftaran masuk.....pintunya pulak saya tak reti nak buka sebab pintu kayu lama yang berselak dan berpalang kayu yang besar...... takut pulak saya nak buka... saya pun menunggu bila lah penyambut tetamu semalam nak datang ni....saya duduk menunggu di lobi, kemudian naik ke kamar dan turun semula tapi tak nampak kelibat seorang pun yang keluar.... memang orang di sini bangun lewat sebab mereka sarapan juga lewat....tunggu punya tunggu saya pun wassup rakan-rakan bagi tau tak boleh nak keluar... jam dah dekat 7.30am dan rakan-rakan pun dah tunggu......saya pun ajak rakan-rakan datang ke hotel ni dan tekan loceng dari luar.....mungkin dengan cara itu penyambut tetamu akan keluar.......tidak lama lepas tu.... sementara tunggu rakan-rakan, penyambut tetamu semalam pun keluar dan saya maklumkan yang saya nak keluar......dia pun membukakan pintu....mudah saja.....bila saya keluar dari pintu hotel tu, rakan-rakan pun sampai.... ahh elok sangatlah.... kami pun terus bergerak menuju ke lokasi yang nak dilawati pagi ni, iaitu masjid Cordoba yang semalam hanya dilihat dari jauh je.....pagi ni kena masuk sebelum jam 9.00 pagi sebab nak masuk free........

Di luar masjid Cordoba


Di luar masjid Cordoba

Roman Bridge, Di luar masjid Cordoba


Roman Bridge, Di luar masjid Cordoba

Museo Vivo de Al-Andalus, Torre de la Calahorra

Museo Vivo de Al-Andalus, Torre de la Calahorra

Roman Bridge, Berlatar belakang Museo Vivo de Al-Andalus, Torre de la Calahorra

Roman Bridge berlatar belakang Guadalquivir River

Roman Bridge, Berlatar belakang Masjid Cordoba

Roman Bridge, Berlatar belakang Masjid Cordoba


Hmmmm.... memang betulll..... saya dan rakan-rakan masuk jam 9.00 pagi dan tidak perlu membeli tiket pun dan terus je dibenarkan masuk oleh pengawal bertugas di situ....kami pun masuk dan saya mengamati kesan-kesan peninggalan Islam dalam bangunan Masjid tu..... walaupun kesannya telah banayk yang cuba dihapuskan namun oleh sebab ciri-ciri Islam yang sangat ketara dalam amsjid itu maka ia sukar dihapuskan terus. Struktur bangunan tersebut sangat dominan ciri keIslamannya sehingga ia tidak boleh diruntujh begitu sahaja. Sementara itu pula, motif-motif Islam dalam rekacorak yang sangat rinci memang sukar untuk dihapuskan terus kerana ia akan turut memberikan kesan kepada keseluruhan struktur bangunan itu....sedangkan keunikan bangunan itu terletak pada struktur dan rekacorak bangunannya....lebih kurang satu jam beada di dalam masjid Cordoba itu, saya pun keluar ke perkarangan masjid yang dikenali sebagai Taman Oren sebab banyak pokok-pokok oren di tanam di situ....


Di pintu masuk Masjid Cordoba

Di dalam Masjid Cordoba

Di dalam Masjid Cordoba

Di dalam Masjid Cordoba

Di dalam Masjid Cordoba


Di luar Masjid Cordoba

Di luar Masjid Cordoba

Di luar Masjid Cordoba

Di luar Masjid Cordoba

Di luar Masjid Cordoba

Di luar Masjid Cordoba

Di luar Masjid Cordoba



Di luar Masjid Cordoba

Menara Loceng, Masjid Cordoba

Di luar Masjid Cordoba

Di Taman Oren Masjid Cordoba

Di Taman Oren, Masjid Cordoba



Bersama Dr. Zaidi dan Dr. Husairi di perkarangan Masjid Cordoba

Taman Oren, Masjid Cordoba

Bersama Dr. Zaidi dan Dr. Husairi di perkarangan Masjid Cordoba

Bersama Dr. Zaidi dan Dr. Husairi di perkarangan Masjid Cordoba

Taman Oren, Masjid Cordoba

Bersama Dr. Zaidi dan Dr. Husairi di perkarangan Masjid Cordoba

Taman Oren, Masjid Cordoba

Taman Oren, Masjid Cordoba

Taman Oren, Masjid Cordoba

Hampir setengah hari kami berada di Masjid Cordoba kerana lokasi utama lawatan di sini adalah mesjid itu lah.....jadi kira-kira jam 11.00 pagi bergerak pulang ke hotel masing-masing meninggalkan masjid Cordoba kerana kami perlu daftar keluar pada jam 12.00pm....kami pun bergerak pulang ke hotel dan berjanji untuk bertemu semula di restoran Estambul semlam untuk mendapatkan makan tengahari di situ.....Saya pun sampai di bilik dan mengemaskan barang lalu pada jam 12 pm terus menyerahkan kunci untuk daftar keluar....perut terasa lampar juga sebab pagi tadi tak sempat nak sarapan..... saya meninggalkan hotel dan terus menuju ke restoran Estanbul seprti yang dijanjikan untuk bertemu..... malangnya....setibanya di situ....restoran masih belum buka....oohh... ya di sini makan tengahari brmula pada jam 2.00pm....Saya pnun bergerak dari situ dan bercadang untuk ke hotel rakan-rakan danbertemu di sana.....namun mereka masih belum siap berkemas..... sementara menunggu tu, saya masuk ke cafe di hadapan hotel mereka dan mendapatkan roti dan kopi panas.......


Menara Loceng


Sebaik sahaja selesai menikmati sarapan di situ, saya pun nampak kelibat rakan-rakan keluar dari hotel mereka dan saya terus mendapatkan mereka dan memaklumkan bahawa restoran Estanbul tu masih belum buka....jadi saya datang ke sini dan mendapatkan sarapan sementara menunggu....Oleh sebab jam sudah menunjukkan pukul 1.00pm, rakan-rakan mencadangkan untuk berjalan kaki dari situ dan melalui restoran Estanbul kalau-kalau ia dah dibuka.... malangnya..... setibanya melalui restoran tu, ia masih belum beroperasi....kami meneruskan perjalan menuju ke dataran dan berharap bertemu dengan sebuah restoran halan untuk makan tengahari namun harapan tinggal harapan....setibanya di dataran tu kami mendapatkan teksi dan minta dihantar terus ke stesen bas sebab bas kami akan bertolak ke Granada pada 3.15 petang nanti.... dah tak lama dah ni.....sebelum naik tesi tu saya sempat beli buah di kedai tepi jalan tu.....



Teksi pun membawa kami ke stesen bas di mana kami turun semalam dan saya tidak pelu membeli tiket lagi sebab semalam dah beli berharga 14.84Euro dan tiket bas saya sama dengan rakan-rakan..... jadi kami dapat lah naik bas bersama-sama ke Granada......tepat jam 3.15pm bas kami tiba dan terus bergerak ke Granada pulakk.....Selamat tinggal Cordoba yang pernah menjadi kota keagungan Islam namun kian sirna dan kini hanya tinggal menjadi tapak kota warisn dunia......


Stesen Bas Cordoba