English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label travel-living. Show all posts
Showing posts with label travel-living. Show all posts

Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDIL ADHA



Sungguh pantas rasanya masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah pun setahun saya meninggalkan jejak di bumi berkat Tanah Haram Mekah dan Madinah. Rindu makin membuak-buak pada kedua-duanya tatkala menyaksikan kepergian teatamu-tetamu jemputan Allah melangkahkan kaki memenuhi jemputan khas dari Allah bagi tahun ini. Saya juga berdoa agar semua para jemaah haji tahun ini bersabar dengan segala dugaan dan ujian Allah di Tanah Suci. Walaupun banjir diberitakan melanda bumi Arafah tatkala musim haji tahun ini namun anggaplah ini suatu rahmat dari Allah. Kunci bagi segala pengorbanan yang dilakukan adalah kesabaran. Jadi banyak-banyakkanlah bersabar.... Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua....

Sunday, November 16, 2008

KEMBARA SUCI: HAJI MABRUR YANG KUIMPI

"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatupun daripada sekelian makhluk." (Surah Ali Imran: Ayat 97)



17.11.08, saya berkesempatan menghadiri bicara perjalanan haji oleh Prof. Muhd Kamil Ibrahim yang menceritakan kisah dan pengalamannya menunaikan fardhu haji beberapa tahun yang lalu. Seminggu sebelum ini saya pernah menonton beliau dalam satu program keagamaan di salah sebuah saluran TV dan saya amat tertarik dengan pengalaman beliau. Tak sangka pulak beliau akan datang ke USM untuk menceritakan hal yang sama kepada khalayak di sini. Jadi, saya tidak melepaskan peluang untuk mendengarnya secara langsung sekali lagi. Pengalaman yang penuh dengan emosi keagamaan itu dikongsi bersama dengan khalayak yang hadir dan turut diterjemahkan ke dalam bentuk buku yang bertajuk 'Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman'. Saya membeli senaskah buku itu untuk cenderahati bagi diri sendiri dan moga turut bermanfaat ketika melakukan kembara suci pada bulan Disember 2008 nanti. Kepada yang mengenali saya ataupun mengikuti blog ini, saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap serta mohon halalkan segala yang terhutang. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri, yang daif lagi jahil.

Dan serukanlah kepada umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh.(27) Supaya mereka menyaksikn berbagai-bagai perkara yang mendatangkan berbagai-bagai faedah kepada mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan qurban) dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.(28) Kemudian hendaklah mereka membersihkan diri mereka, dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.(29) (Surah Al-Hajj: Ayat 27 - 29)

Tuesday, January 1, 2008

Mee Sotong Padang Kota


1 januari baru ni teringin plak nak makan mee mamak, pas tu terus teringat mee sotong di padang kota, Penang. sambil makan tu teringat la plak kat En Khalid, staff kedutaan Malaysia di Stockholm yang gemar makan mee mamak. Insyaalah, En. Khalid kalau datang Penang boleh singgah makan mee sotong kat Padang Kota ni. kalau sapa-sapa yang teringin nak try rasa mee sotong kat kedai Hammed di padang Kota boleh pi sana. rasanya lain sikit la daripada mee mamak yang biasa sebab ada sotong masak cili di taruk atasnya. kalau sekali rasa pasti nak lagi...

Tuesday, December 25, 2007

Kenapa Macam Tu....!!!


Sempena raya haji baru-baru ni teringin la plak nak singgah di Putra Jaya, yang kebetulan hari sabtu tu nak pergi menziarah rumah mak cik di Balakong. Jadi singgah lah kejap untuk solat zohor di Putra Jaya. Rindu gak sebab dah lama tak menjengok Putra Jaya ni sambil bawa anak-anak dan keluarga sekali. lepas solat zohor saya duduk la kejap di kaki lima pintu utama masjid sementara menunggu mama dan adik habis solat. ramai gak pelancong datang melawat hari ni samada yang muslim mahupun non-muslim antaranya dari Iran, India, China dan Jepun. yang muslim dari Iran tu boleh dikenal dari cara pakaian dan percakapan mereka. oleh sebab kebanyakan wanitanya tidak memakai tudung maka mereka dikehendaki memakai jubah warna biru muda yang disediakan di pintu gerbang utama mesjid. Jubah warna biru muda ni untuk muslim yang tidak menutup aurat dengan sempurna. bagi non-muslim pula mereka akan diberikan jubah berwarna merah jambu. dengan cara itu lah saya mengenali pelancong yang muslim dan non-muslim. sambil duduk di bucu kaki lima tu saya tengok pakcik jaga sibuk menutup pintu utama mesjid yang terbuka luas. sementara itu, selepas pakai jubah tu pelancong dari pintu gerbang utama mula bergerak menuju ke arah masjid. yang muslim jubah biru tu ada yang menunaikan solat jadi mereka masuk ke dalam masjid untuk solat. kemudian palancong yang pakai jubah merah tu (non-muslim) menonong aje ikut pelancong jubah biru mendekati pintu utama mesjid. ye lah nak melihat-lihat sebab mereka dah bayar pakejnya. bila sampai ke pintu yang bertutup tu mereka meninjau ke dalam mesjid. ada satu mamat mana ntah (bangla agaknye, dari bentuk fizikalnya tu la tapi pakai uniform pekerja mesjid) buat isyarat bunyi 'puiittt' kat pelancong non-muslim tu. terpinga-pinga gak pelancong tu. saya pun rasa tak puas hati gak dengan bangla tu apasal plak 'terpuitt'...'puittt' kat pelancong tu.... kat depan mesjid plak tu. pas tu pakcik jaga yang tutup pintu tadi bagi tahu kat pelancong tu tak boleh masuk ke dalam sebab itu untuk muslim solat je. ooo... rupanya larangan di masjid ni iaitu pelancong non-muslim tidak dibenarkan masuk. mereka hanya dibenarkan mengelilingi mesjid melalui pinggiran kaki lima sekeliling mesjid je.jadi bangla tu tdi bagi isyarat la..tapi kenapa macam tu...guna la cara sopan sikit... pas tu plak ada la akak jaga datang ke kaki lima pintu depan mesjid dan kebetulan ada pelancong non-muslim lalu di hadapan saya duduk dan terus menuju ke bahagian kaki lima depan pintu masjid tu gak. pas tu akak jaga tu panggil dari jauh dengan isyarat tangan yang dilayangkan tinggi ke atas dan muka yang tak ramah langsung dalam nada yang keras menyuruh pelancong tu beredar daripada melintasi kaki lima depan pintu mesjid. terpinga-pinga la pelancong tu dan terus beredar dari situ. kesian gak saya tengok pelancong tu....macam jatuh je air mukanya. ye lah, gaya akak jaga tu saya tengok macam menegah anaknya daripada melakukan sesuatu yang salah je...saya yang duduk di situ rasa rimas dan kurang selesa dengan tindakan bangla dan akak jaga tu..... kalau ye pun non-muslim tak boleh melalui kawasan tu pertamanya: letak papan tanda di sekeliling situ supaya mereka faham, jadi tak perlu terlaung-laung dan terpuittt dengan cara yang kurang sopan macam tu. keduanya, cara terpuittt dan laungan tu kurang sopan. kena la guna cara yang lebih sopan agar pandangan negatif non-muslin terhadap muslim yang dah sedia maklum tu tidak bertambah negatif. jadi masalahnya sekarang ni ialah masalah etika. kalau pun kementerian pelancongan tidak mengadakan kursus etika terhadap staff bagai kawasan utama pelancongan, tetapi etika itu perlu datang dari dalam diri staff itu sendiri. tambah-tambah lagi bila bekerja di kawasan mesjid. keindahan Islam itu bukan sahaja terpancar daripada kemegahan senibina mesjid tu je, tapi yang lebih pentingnya ialah daripada peribadi muslim itu sendiri dalam mengimarahkan mesjid. kalau saya sendiri sebagai muslim cukup terasa dengan tindakan kurang sopan tersebut, apatah lagi agaknya pelancong yang non-muslim tu. Wallah wa'alam......

Monday, October 29, 2007

BERAYA KE BALING


Weekend ni tak tau nak ke mana beraya dan dalam fikir-fikir tu kebetulan plak si Alias ajak ke kampung dia di Baling, kedah. Saya pun apa lagi, rasa teruja la plak sebab belum pernah sampai ke Baling lagi nih. Lama dah si Alias ni ajak ke kampung dia tapi tak pernah jadi-jadinya. Nak dikatakan ada rezeki agaknya maka weekend baru ni tadi pun maka jadi gak la plan nak ke Baling tu. Cadangnya nak bertolak hari jumaat petang tapi si Alias ni plak sibuk nak marking paper student yang deadlinenya pada Isnin 29 Okt. 2007. Maka tangguh la plak ke hari sabtu petang. Elok la jugak sebab hari sabtu tengahari tu En. Shamsu buat rumah terbuka dan masak nasi dagang la plak. Memang best la abang Shamsu ni masak... boleh buat berniaga beb...
So, lepas beraya tengahari sabtu tu sempat la balik rumah dan kemas baju nak dibawa ke Baling sebab Alias janji jam 6.00 petang baru bertolak dari USM. Tiba-tiba jam 4.30 petang dia dah call katanya nak betolak awal plak jam 5.00 petang tu gak sebab nak ke pasar malam kat pekan Baling. Saya baru bangun tidur terus tergesa-gesa mandi dan solat Asar dulu pas tu terus ke kampus USM sebab Alian ada kat office dia tunggu. Saya park kereta kat School of Arts dan naik kereta Alias je, ok dapat releks duduk kat sebelah sebab ada driver. Bukan senang nak jadi penumpang kat kereta Alias ni. Ni lah masanya...releks gilleerr beb...

Perjalanan dari Pulau Pinang ke Baling mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit la lebih kurang. Lalu kat highway dulu pas tu sampai kat exit kulim keluar dan terus menuju ke Baling. Ini kira first time la saya ke Baling sebab sebelum ni cuma sampai kat Kulim je. Memang la melalui hutan tetapi cantik lokasinya yang berbukit bukau tu. Jalan rayanya pun ok gak, senang la dilalui dengan kenderan. Sampai pekan Baling dah senja dah... tetapi pekan kecil ni sangat menarik sebab terletak di kawasan lembah yang dikellingi oleh bukit bukau yang mercu tandanya ialah Gunung Kulim dan di tepi gunung tu pulak dilingkari oleh pertemuan dua sungai yang membentuk kuala. Rumah Alias ni terletak di tengah-tengah pekan Kulim yang menghadap sungai dan Gunung Kulim.
Memang cantik lanskapnya dan strategik lokasinya. Rumah ni merupakan rumah warisan keluarga dan Rekabentuk juga menarik kerana msih mengekalkan rekabentuk rumah Melayu lama. So, malam tu kami pun keluar la jalan-jalan kat pasar malam tu yang sama sahaja macam pasar malam di tempat-tempat lain di Malaysia ni. Saya hanya sekadar nak melihat-lihat sahaja dan sempat la membeli beberapa jenis kuih dan murtabak untuk light dinner. Sekejap je lepas tu kami pun balik rumah dan berbual-bual sambil menonton tv sehingga jam 11.30 malam saya pun masuk tidur la sebab memang itu time tidur saya kat Malaysia ni. Waktu subuhnya pulak hujan la plak dan suasana hujan ni memang mengasyikkan dan melenakan sebab ia mengingatkan saya kepada suasana di kampun masa kecik-kecik dulu sebab bumbung rumah ni diperbuat daripada zink. Jadi bunyi titisan hujan yang jatuh di atas bumbung kedenganran dengan jelas dan menimbulkan irama sangat mengasyikkan dan mengujakan saya sambil membuaikan lena.
Hari Ahad tu saya hanya merehatkan diri sambil menonton tv di sebelah pagi tetapi selapas solat zohor sewaktu Alias masih sibuk melakukan tugasan rumahnya, saya keluar meneroka pekan kecil Baling sambil membeli-belah sedikit kat kedai-kedai lama yang menawarkan barangan dengan harga yang secara relatifnya murah. Agak lama gak saya berlegar-legar di sekitar pekan tu dan cuacanya pun agak redup dan gerimis seketika, jadi tak la terasa bahang panas sangat. Sehingga masuk waktu Asar gak la baru balik rumah dan sampai kat rumah tu alias ajak keluar pergi ke Pengkalan Hulu pulak untuk melihat-lihat barangan kar komplek duty free plak. Lepas Asar kami bertolak naik kereta yang mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sempai ke kompleks tu. Pemandangannya sangat cantik dan kami menaiki bukit bukau kerana kompleks duty free ni kira terletak di kawasan tanah tiinggi gak la.
Pengkalan Hulu ni terletak di dalam negeri perak yang bersempadan dengan negeri Kedah dan turut menmpatkan pejabat kastam bagi persempadanan Malaysia dan Thailand, seperti juga Bukit Kayu Hitam, Padang Besar dan Rantau Panjang. Daerah Thailand yang di seberangi di sini ialah Betong tapi kami tak dapat ke seberang sebab saya tak bawa passport sebab tak sangka pulak nak sampai ke tempat macam ni. kalau tahu lebih awal dah pasi saya bawak passport siap-siap, tentu dapat tengok daerah Betong tu macamana. Ada la membeli satu dua barang kat duty free tu syarat untuk buat buah tangan je....
Lepas tu kami menuju ke pekan Keroh plak dan singgah makan di kedai makan siam dan makanannya memang best la sebab ada citarasa siam dan tukang masaknya pun Melayu Siam la sebab kawasan ni adalah persempadanan. Cantik pemandangannya di pekan Keroh ni walaupun terpencil jauh di dalam hutan namun lanskapnya sangat indah. Kalau sekiranya ada usaha yang serius, sebenarnya kawasan-kawasan perkampungan di bahagian sebelah ('hulu' kononnya..) macam ni boleh dijadikan tourism site yang sangat menarik.
Lepas makan kami bertolak pulang ke Baling plak dan waktu balik ni rasa sekejap la plak... Sampai je kat rumah saya tak masuk dah tapi terus keluar meneroka pekan Baling sekali lagi tapi bukan untuk shopping lagi , hanya bersantai-santai sambil mengambil gambar dan menikmati keindahan Baling, daerah lembah yang dikelilingi oleh bukit-bukau itu dan melahirkan sebilangan tokoh-tokoh cendikiawan dan cerdik-pandai Melayu.

Saturday, May 19, 2007

Travelling Preparation



Hari Ahad ni saya memang dah bercadang untuk berkemas barang-barang yang perlu dimasukkan ke dalam 'bag pack' untuk sesi kembara Eropah pada hujung Mei nanti (atau lebih tepatnya 27 Mei jam 4.05 am. hingga 23 Jun). So, kembara kali ini akan memakan masa hampir sebulan, jadi harus dipastikan keperluan pakaian dan peralatan lain cukup untuk tempoh tersebut. Tak banyak sangat yang dibawa selain daripada baju-baju dan seluar je. Lagi pun cuaca di Eropah sekarang ni musim 'spring' jadi tak perlu memikirkan baju tebal sangat la. Lagi pun masa ke Morocco tahun lepas pergi waktu 'winter' dan boleh 'survive' dengan pakaian yang dibawa. So, kali ni rasanya lebih 'simple' sikit. persediaan perubatan sudah sedia sebahagiannya dan pada 22 Mei (selasa) akan mengambil 'vaksin hipatitis B' dan buat 'blood screening' sekali. Insurance kembara luar negara juga sudah dipohon dan insyaallah akan siap sebelum bertolak ke Kuala Lumpur nanti. Tiket flight dah dibeli minggu lepas dan 'guide book' juga sudah dibeli dari kedai buku kat Bukit Bintang berhadapan dengan pejabat 'travel agent' tempat beli tiket tu. Kad Kredit juga sudah diperbaharui dan di'activate'kan cuma 'cash money' yang belum ditukar lagi, sebab nak pasitkan matawang Euro dan Paund Sterling yang dibeli nanti berbaloi. Ni tengah 'survey' harga yang paling berpatutan di sekitar penang ni terutamanya penang road, chulia street dan little india. Sekarang ni tengah tunggu kepastian untuk mendapatkan visa ke Rusia lagi yang masih tertangguh. Sebab kembara kali ini cadangnye ingin menjelajahi bahagian 'Eastern Europe' dan antara negara-negara yang bakal dilawati ialah antaranya Estonia, Lithuania, Latvia dan beberapa lagi yang akan berakhir di Perancis sebab 'return ticket' yang dibeli ialah pergi dari 'KLIA-Doha-London' dan balik - 'Paris-Doha-KLIA' (Qatar Airways). Harap-harap boleh dapat la visa tu. kalau tak dapat nampaknya tak dapat la nak kembara sampai ke Moscow dan St. Petersberg tu. Tapi ke Latvia dah sah kalau mengikut websitenya tu tak payah pakai visa untuk masuk. Tiket flight dari Glasgow ke Riga pun dah dibeli secara 'online' dengan harga 0.01 Paund Sterling. Kira ok la harga tu, lebih rendah daripada harga transport daratan. Cuma dari London ke Glasgow je tak pasti lagi samada nak gunakan pengangkutan darat atau udara. So, tiket flight tak beli lagi untuk ke Glasgow dari London. Sekarang ni masih cek pertukaran matawang dan beli sedikit keperluan makanan 'ready made' dari supermarket untuk masa-masa 'emergency' waktu kembara nanti. Sambil tu nak fikirkan apa lagi benda-benda yang mungkin terlupa atau perlu untuk disediakan. Jadi, sewaktu kembara sebulan nanti kemungkinan tiada entry baru dalam tempoh sebulan tu. Tapi kalau kebetulan sempat untuk melayari internet dalam waktu tu, update untuk entry baru insyaallah akan keluar. Kalau tak pun semua catatan perjalanan akan dimasukkan dalam blog ini yang berkaitan dengan 'Living-Travel-Performance' setelah selamat kembali ke Malaysia semula insyaallah . Selamat bercuti.....