English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label Austria 2010. Show all posts
Showing posts with label Austria 2010. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

MELAWATI KOTA VIENNA SEBELUM BERANGKAT...

20.11.10 (Sabtu)





Pagi ni, lepas subuh kami berkemas barang-barang tetapi tidak daftar keluar lagi sebab waktu daftar keluar pada jam 1 tengahari. Jadi pagi tu kami terus keluar malangnya tidak dapat menjamah sarapan pagi kerana kedai dan restoran masih belum beroperasi. Kebetulan pulak hari ni hari Sabtu, jadi kedai buka agak lewat iaitu sekitar jam 10 pagi. Maklumat ni kami dapat dari Athir semalam apabila kami berbual dengan beliau. Dia kata kedainya pun buka jam 10 pagi pada hari Sabtu. Jadi, pagi tu kami makan je biskut-biskut dan buah yang ada dalam beg galas tu sebagai alas perut untuk pagi tuh..... ok je....





Destinasi kami pada pagi ni adalah untuk mengambil gambar je.... jadi sekitar jam 8.00 pagi, kami terus naik tram untuk bersiar dan bila sampai di bangunan parlimen tu kami turun dan mengambil gambar dulu. Pas tu naik tram balik dan terus menuju ke Schloss Schonnbrunn (Istana musim panas) yang terkenal itu.





Usai mengambil bambar di situ, kami menaiki tram semula dan menuju ke ’Vienna old town’ untuk mengambil gambar di waktu siang pulak sambil membeli beberapa cenderahati yang tidak sempat dibeli malam semalam. Lebih kurang jam 11 pagi kami kembali semula ke hotel untuk daftar keluar. Bila dah selesai urusan tu, kami meninggalkan hotel dan singgah dulu di kedai makan Athir yang sudah pun beroperasi. Kami singgah di sini untuk makan tengahari merangkap makan pagi la.... tetapi Athir tak ada pagi ni, kawan dia yang jaga kedai tu bagi tahu Athir datang lewat sikit.....jadi tak sempat la kami berjumpa dengannya untuk mengucapkan selamat tinggal.....tak pe lah... keramahan Athir sentiasa dalam ingatan.... InsyaAllah...




SEKITAR PARLIMEN VIENNA



Lepas makan tu kami terus naik metro di stesen yang terletak berhampiran dan terus menuju ke stesen bas Eurolines. Kami tiba di stesen bas pada jam 1.00 pm dan tunggu bas yang kan bergerak pada jam 3.00 pm menuju ke Budapest dari Vienna. Perjalanan menuju ke Budapest ni tak la lama sangat iaitu kira-kira 3 jam perjalanan sahaja. Jadi kira-kira jam 6.00 petang bas yang kami naiki pun dah tiba di stesen bas Eurolines, Budapest......

























SCHLOSS SCHONNBRUNN (ISTANA MUSIM PANAS)















VIENNA OLD TOWN DI SIANG HARI

























Monday, January 3, 2011

KE VIENNA, AUSTRIA

19.10.10 (Jumaat)

Sewaktu meninggalkan Stesen bas Florence,Prague

Jam 6 pagi kami sudah berkemas-kemas semua barangan dan jam 7.00 pagi terus turun ke kaunter untuk daftar keluar. Seperti yang dijanjikan, kami dibekalkan dengan sarapan oleh pihak hotel sebab seperti yang telah dimaklumkan bahawa waktu sarapan hanya akan bermula pada jam 7.30 pagi. Agak banyak juga gekalan yang disediakan untuk setiap seorang yang terdiri daripada buah-buahan, roti dan keju.... fuhh... jenuh gak nak abiskan.....

Tiba di Vienna, Austria

Dalam tram sewaktu mencari-cari hotel

Selesai urusan daftar keluar, kami terus berjalan kaki menuju ke stesen bas Florence untuk mendapatkan bas yang akan bergerak pada jam 8.00 pagi menuju ke Vienna, Austria. Cuaca hari ni tak macam semalam, cerah sangat dan matahari memancar seolah-olah menggamit kami agar datang menziarah lagi ke bumi Prague ni....sangat berbeza pemandangannya apabila matahari timbul berbanding cuaca yang mendung dan hujan semalam......

Ni la dia budak comel yang menunjukkan arah tu...

Menjamah hidangan malam merangkap makan tengahari

Seharian tu kami berada di dalam bas menuju ke Vienna, Austria dan menjelang petang baharulah kami tiba.....seperti juga halnya ketika tiba di Prague, ketibaan kami di Vienna ini juga disambut oleh cuaca hujan yang sedikit lebat berbanding di Prague. Setibanya sahaja di stesen, kami terus membuat tempahan tempat duduk untuk ke Budapest pada esok hari. Ada beberapa waktu jadual perjalanan dari Vienna ke Budapest nih... jadi kami memilih untuk mengambil perjalanan yang bergerak pada jam 3 petang dari Vienna.

Lokasi penginapan di Vienna



Selesai urusan tu, kami perlu mencari hotel penginapan plak di Vienna nih. Oleh sebab kami tidak membuat tempahan hotel secara dalam talian, maka kami terpaksa mencari hotel penginapan berpandukan kepada buku pelancongan Lonley Planet yang saya bawa. Malangnya, harga hotel yang dicadangkan dalam buku tu semuanya relatif mahal.





Jadi dari stesen bas tu, kami terus membeli tiket pengangkutan awam untuk tempoh 24 jam. Dari stesen tu kami naik metro ke pusat bandar. Oleh sebab metro lalu ikut bawah tanah, maka kami tak boleh nampak hotel yang ingin dicari. Jadi, dari stesen bas di pusat bandar Vienna tu, kami menaiki tram keliling kota. Tak ramai orang yang naik tram tu, hanya kami bertiga je, jadi melilau lah mata masing-masing melihat keluar tingkap kalau-kalau ada hotel di kiri kanan jalan.





Kebetulan di perhentian berikutnya, ada la seorang budak naik tram tuh. Comel budaknya, kami pn memaniskan mulut untuk bertanya kalau-kalau dia tahu ada kawasan hotel terdekat. Peramah juga budak nih, walaupun tidak begitu fasih berbahasa Inggeris tetapi dia mengetahui mengenai bandar nih dan memaklumkan bahawa kawasan hotel tidak jauh dari saitu dan mudah sahaja untuk melihatnya dari dalam bas.





Di perhentian berikutnya, budak tu pun turun sambil mengucapkan selamat kepada kami. Kami pun terus duduk dalam tram tu sehinggalah terjumpa kawasan yang ada banyak hotel. Kami pun turun dari tram dan terus meninjau dari hotel ke hotel untuk mendapatkan harga yang berpatutan untuk mengginap satu malam sahaja. Jenuh juga mencari dalam meredah cuaca hujan tu, akhirnya setelah kira-kira setengah jam, kami pun menemui sebuah hotel yang harganya agak berpatutan dan relatif rendah berbanding yang lain.





Kami pun terus mendaftar masuk kerana hujan makin bertambah lebat di luar tu.... dan tubuh telah mula basah dan menjadi dingin dalam musim dingin nih....sekadar peringatan bahawa di Vienna ni memang jarang terdapat ’Backpaker’s hostel’ seperti negara-negara lain. Jadi, bersedialah untuk tidur di hotel yang harganya relatif mahal berbanding hotel bajet di negara Eropah lain.





Usai urusan mendaftar masuk di kaunter, kami masuk ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri dan menukar pakai. Tak boleh lama-lama sangat duduk kat dalam bilik sebab kami tak boleh membuang masa. Dalam setengah jam, kami semua keluar untuk meneroka kota Vienna ni di waktu malam. Perkara pertama yang perlu diziahari adalah kedai makan untuk mengisi perut iairu makan malam merangkap makan tengahari. Kami singgah di restoran Turki berhampiran yang harga makanannya relatif mahal gak la....





Bila dah kenyang tu, kami terus naik tram kat depan restoran tu je sebab restoran tu terletak kat tepi jalan je dan terus menuju ke pusat bandar ’old town’. Sibuk la mengambil gambar di situ dan memerhati kedai-kedai cenderahati dan memebeli apa yang patut sebelum bergerak pulang ke hotel....sebelum pulang ke hotel, kami seinggah sebentar di restoran Turki yang lain tetapi terletak bersebelahan je dengan restoran di mana kami mendapatkan makan malam tadi. Saja nak tukar selera sebab yang tadi mahal sangat rasanya.





Restoran yang kami singgah ni dimiliki oleh Athir..... peramah orangnya.... tetapi makannya dah habis sebab dah jam 10 Malam. Tapi kami pun bukan nak makan sangat.... sekadar mendapatkan roti dan minum je.... pada malam ni si Athir ni ditemani oleh emaknya. Seronok dia bila dikunjungi oleh pelanggan Muslim dari negara yang dia pun tak tahu kat mana Malaysia tuh.... tapi dia sangat gembira dan peramah je melayani kami. Siap kenalkan kami pada mak dia lagi..... yang paling best dia belanja kami minum teh Turki secara percuma.... siap tambah lagi....sebab kedai Athir pun dah nak tutup, kami pun menyudahkan bual-bual malam tu dan terus kembali ke hotel untuk tidur......







Hotel penginapan di Vienna, Austria

Yang di tengah itulah Athir yang peramah itu...

Di Vienna pun ada tulisan Jawi tau...