English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

this widget by www.AllBlogTools.com
Showing posts with label Italy 2010. Show all posts
Showing posts with label Italy 2010. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

REPUBLIC, VATICAN CITY, ROME...

25.11.10 (Khamis)

REPUBLIC



Jam menunjukkan 6 pagi dah! Saya menemani Kak Nawal untuk daftar keluar dan seterusnya menghantar Kak Nawal ke Termini untuk ambik bas ke Chiampino Airport. Malangnya, hostel YHA di Rome ni tak ada bilik untuk simpan beg, jadi saya terpaksa membatalkan niat untuk meninggalkan beg di sini sebab pakai letak kat lobi tu je... tak yakin la plak. Risau juga nanti balik je ke sini beg dah tak ada. Pekerja kat sini pun rasanya macam susah je nak dipercayai. Orang Itali ni pun cakapnya memang berbelit-belit. Kekadang tu susah gak nak percaya.....





Mmmm.... nak tak nak, saya pun kena usung la juga beg tu walaupun bas saya hanya akan bergerak jam 6 petang nanti. Pagi tu, kami pun terus menaiki bas menuju ke destinasi di Termini. Sampai di situ, Kak Nawal terus mendapatkan shuttle bus yang akan membawanya ke lapangan terbang. Saya pulak terus pergi sarapan di Momento Cafe yang terletak di Termini tu. Oleh sebab masih terlalu awal pagi, jadi saya pun lepak kat café tu sampailah jam 8 pagi sambil menikmati kopi dan roti. Selesai sarapan tu, saya terus menuju ke kaunter simpan barang yang disediakan di Termini tu. Hah... lega rasanya sebab tak perlu menggendong beg dah.... sebab dah disimpan pun... lepas tu saya pergi membeli tiket pengangkutan awam untuk tempoh satu hari. Inilah masanya saya nak memenuhi hajat untuk melawati lokasi-lokasi menarik di Rome nih. Saya pun naik metro dan terus melawat ke lokasi pertama iaitu Republic dan berjalan-jalan seketika menikmati suasana di situ dan bangunan bersejarahnya.





Dari Republik, saya tidak bercadang untuk menaiki pengangkutan awam kerana ingin terus berjalan kaki sekeliling kota Rome. Sehinggalah sampai di Piazza, saya berehat seketika dan sedang saya duduk di bawah pokok, seorang lelaki Bangladesh yang saya perasan telah memerhatikan saya sejak tadi datang menghampiri. Saya sangka dia ingin menjual selendang yang dikendongnya ke sana-sini tu untuk dibeli oleh saya. Sebab lelaki Bangla ni dan kebanyakkan rakannya dari negara yang sama bekerja sebagai penjual kain-kain selendang (secara haram) di sekitar jalan-jalan utama pelancong di kota Rome nih... tetapi tiba-tiba dia menyapa saya dalam bahasa Melayu yang fasih dan bertanya ”En dari Malaysia ke?’ saya pun agak terkejut dan mengangguk ’Ya”!.





Rupa-rupanya dia kata pernah tinggal di Kelang, Selangor selama 10 tahun kerana bekerja di sana dengan sebuah syarikat yang saya lupa namanya. Tapi melalui ceritanya, tu bidang kerja yang pernah dimilikinya di Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding yang dilaluinya kini di Rome. Dia bercerita mengenai kegembiraannya tinggal dan bekerja di Malaysia dengan keadaan yang selesa dan pernah memiliki motorsikal di. Dia tidak dapat menyambung kontrak bekerja di Malaysia dan terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki termasuklah motosikalnya yang ditinggalkan di rumah kawan Melayunya yang tinggal di Bagan Datok, Perak. Dari riak wajahnya, warga Bangla ni amat gembira dapat bertemu dan berbual dengan saya dalam Bahasa Melayunya yang agak fasih. Oleh sebab saya tidak ada banyak masa untuk berada di situ dan lokasi utama yang perlu saya lawati masih belum ditemui, maka saya meminta diri dari lelaki tersebut yang tidak sempat saya tanyakan namanaya. Dia juga sempat memberitahu saya bagaimana untuk pergi ke Vatican City yang saya tujui itu. Saya agak sedih juga dengan pertemuan singkat ini kerana di akhir perbualan, saya dapat melihat matanya semakin berkaca dengan genangan air mata yang tidak dapat disembunyikannya.....





Selepas bersalaman, saya terus mengambil bas No 70 seperti yang dicafdangkan oleh lelaki Bangla tadi dan menuju ke Termini semula. Kemudian, dari Termini saya naik metro pulak untuk terus menuju ke Avvianto bagi menikmati hidangan tengahari di restoran Turki yang telah saya kunjungi semalam. Usai makan tu, saya sempat lagi bertanya kepada pekerja Turki tu arah menuju ke Vatican City. Dia kata dekat je, boleh jalan kaki je dari situ. Tanpa membuang masa, saya terus menuju ke Vatican City yang terletak tidak jauh dari situ, kira-kira 5 minit berjalan kaki je.



Hidangan tengahari di kedai Turki di Avvianto

Sampai di situ, saya melawat muzium Vatican City yang memang dikunjungi oleh ramai pelancong itu. Pintu masuk muzium tu di kawal ketat dan setiap pelancung yang nak masuk ke dalam muzium tu tidak dikenakan bayaran. Tetapi setiap orang perlu di ’scan’ dahulu macam nak masuk dalam kapal terbang tu la.... kalau semuanya ok, baru dibenarkan masuk.....mmmmm... lebih kurang sejam jugak la saya menghabiskan masa di situ sebelum meninggalkannya....

VATICAN CITY





Selesai lawatan tu, saya terus berjalan kaki menuju ke stesen metro di Avvianto un tuk megambil metro dan balik semula ke Termini sebab jam sudah menunjukkan pukul 1.20 pm. Saya lepak jap kat Termini tu untuk mencukupkan waktu yang sengaja saya lewatkan 1 jam sebelum mengambil beg saya semula di tempat penyimbanan barang kat Termini tu. Kira-kira jam 2 pm, barulah saya mengambil semula beg di kaunter simpanan dan membayar sebanyak 4.60 Euro (setiap satu jam lewat selepas tempoh 4 jam pertama akan dikenakan bayaran sebanyak 60 cent).





Dah ambil beg tu, saya berehat dulu dengan duduk di bangku yang tersedia untuk menghilangkan lenguh dan sakit kaki selepas lama berjalan-jalan tadi. Kemudian dalam jam 3 pm, saya bergerak menaiki metro menuju ke Tiburtina di mana terletaknya stesen bas Eurolines. Ada lagi tiga jam untuk bas tiba dan cuaca pun gerimis jadi saya singgah di cafe berdekatan untuk menikmati caffe latte sambil lepak sehingga jam 5 pm baru saya beredar ke stesen bas dan terus menuju ke kaunter untuk daftar masuk bas. Jam 5.50 pm baru bas sampai dan jam 6pm bas pun mula bergerak meninggalkan Rome menuju ke Nice di selatan Perancis. Oleh sebab penumpang tak ramai maka saya dapat relaks sikit duduk sorang-sorang dalam bas nih.....zzzzzz.......

















Friday, January 14, 2011

DARI VENICE KE ROME !

23.11.10 (Selasa)
Hari ni seawal jam 5.00 pagi kami sudah bangun untuk mandi sebab kena keluar awal bagi mendapatkan bas jam 8.00 pagi nanti. Selesai berkemas, kami daftar keluar dan terus menuju ke stesen bot yang tiba pada jam 6.15 pagi. Kami menaiki bot tersebut dan menuju ke stesen St. Marta. Setibanya sahaja di situ, kami keluar dari perut bot dan terus naik bas yang telah sedia menunggu untuk ke stesen di Piazalle. Dari stesen Piazalle kami terus menaiki bas yang menuju ke stesen Mestre dan kami tiba di stesen tersebut pada jam 7.00 pagi. Malangnya kaunter Eurolines masih belum dibuka untuk kami membuat pengesahan menaiki bas pada pagi itu. Kami dimaklumkan bahawa kaunter akan dibuka pada jam 10.00 pagi nanti. Kami tidak mempunyai sebarang tiket pengesahan kerana membuat tempahan melalui telefon. Yang kami ada hanyalah nombor rujukan yang diberikan sewaktu membuat panggilan tempahan semalam. Sementara itu, kami masuk ke cafe berdekatan untuk mendapatkan roti dan kopi sebagai alas perut sarapan pagi. Selesai makan kami terus menunggu dan dalam jam 7.40 pagi saya cuba menghubunngi melalui telefon petugas yang saya membuat tempahan semalam. Malangnya tiada jawaban kerana pejabat masih belum dibuka. Sehingga sampai jam 8.10 pagi tetapi bas Eurolines yang ditempah semalam tak juga sampai. ’Mungkin lewat sikit agaknya’.... kata saya menenangkan hati....kami terus menunggu sehinggalah sampai jam 9am tapi tak datang gak.

Di stesen keretapi Mestre, Venice sementara menunggu keretapi tiba untuk ke Rome

Dah jam 9.00 pagi nih.... saya pun menelefon semula pejabat Eurolines dan ada pegawai yang mengangkat telefon. Saya berasa lega seketika.... malangnya jawapan yang saya terima amat menghampakan kerana pegawai tu kata bas dah tiba jam 8.10am tapi di stesen Piazalle, bukannya di stesen Mestre tempat kami menunggu tu.... patut la..... Melepas dah.... Mijie ni dah book flight dari Rome ke Paris, jadi tak mau buang masa, kami mengambil keputusan untuk membeli tiket train ke Rome dengan harga harga 45 Euro seorang (mmmm.... bertambah sikit la bajet plakk...). Kami dimaklumkan train akan tiba pada jam 1.20pm. sementara menunggu waktu itu, kami lepak dulu sambil makan tengahari di restoran MC Donalds yang terdapat di stesen tu. Masa menunggu ni la boleh borak-borak bagi menghilangkan kebosanan menunggu. Walaupun bagi saya, kalau dah memang dalam kembara macam nih... tak ada istilahnya bosan. Kerana setiap perkara yang dilalui itu merupakan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bahkan ia merupakan suatu proses pembelajaran tidak rasmi yang sangat berharga. Semua yang dilalui tu samada secara relatifnya positi atau negatif, memang menyeronokkan. Kalau tak kembara macam ni... mana nak dapat semua pengalaman-pengalaman tu!!! Ok lah! Jam dah 1.20pm, jadi train pun tiba dan kami masuk ke dalam gerabak dan train pun bergerak dari Venice menuju ke Rome. Nak jadikan cerita, dalam train tu tak de la plak nombor tempat duduk seperti yang tercatat pada tiket tuh. Cam ne nih....??? Tanya kat konduktor train tu, dia kata duduk je kat mana-mana. Maka merempat la kami dalam koc tu berubah-ubah tempat apabila ada penumpang lain yang mempunyai nombor tempat yang kami duduk tuh.... Nasib baik orang tak ramai, jadi dapat la duduk kat mana-mana.....namanya pun dalam keretapi, bukannya boleh duduk setempat lama-lama sangat. Kaki tu gatal je nak jalan-jalan dari gerabak ke gerabak. Janji ada tempat letak beg sudahhh.....

Walau bagaimanapun, sememangnya perjalanan menaiki keretapi ni jauh lebih selesa berbanding menaiki bas. Pemandangan yang dilalui juga cantik dan amat memukau. Kalau letih duduk, boleh berjalan-jalan dari satu gerabak ke gerabak yang lain. Kalau nak mengunyah makanan boleh beli je kat penjual yang sentiasa mundar mandir dalam koc tu.... mmmmm ok gak...masa ni la saya dapat menyemak semula buku panduan kembara Lonley Planet yang saya bawa tuh dengan lebih selesa. Nak semak balik, kat mana lokasi sebenarnya hostel YHA yang akan kami bermalam nanti. Kemudian tengok-tengok la kat mana Vatican City yang saya nak kunjungi sangat tu, termasuklah Colesuem yang terkenal tuh...mmmmm. Akhirnya...jam 7.24pm kami pun sampai di stesen Roma Termini, Rome. Tiba di situ, kami terus ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakan lokasi hostel YHA di Rome ni kat mana dan cara nak pergi macamana? Setelah memaklumi penerangan yang diberikan, kami pun menaiki metro di ’Line A’ menuju ke Avvianto. Bila tiba di stesen Avvianto kami perlu naik bas No. 32 plak yang menghala ke Stadium Rome. Jalan di sini jam la plak sebab ada perlawanan bolasepak di antara Rome melawan Barcelona. Dah tiba tu, kami turun betul-betul kat stadium. Habis tuh, jenuh plak la keliling sana sini nak cari hostel YHA dan akhirnya jumpa lah juga... setibanya di situ, kami mendaftar masuk dan saya dan Kak Nawal mendaftar untuk tempoh 2 malam manakala Mijie plak satu malam je di sini.....dah masuk bilik tu terus je la tidur, sebab letih sangat......

Hard Rock Cafe, Rome

24.11.10. (Rabu)
Lepas sarapan kira-kira jam 8am kami keluar berjalan kaki ke stesen metro terdekat untuk membeli tiket 1 hari di sana kerana tiket tidak dijual di tempat lain. Dari situ, kami menuju ke Hard Rock Cafe. Selesai membeli apa yang paut, kami terus menuju ke Coleseum yang terkenal itu. Dari situ, kami terpaksa balik semula ke hostel YHA untuk mengamil barang Mijie sebab dia akan daftar keluar hari ini. Setelah urusan selesai, kami terus menuju ke Termini untuk menghantar Mijie yang akan menaiki keretapi ke Lapangan Terbang Chiampino, untuk terbang ke Paris sebelum berlepas ke KLIA dari Lapangan Terbang Charles de Gulle, Paris. Selepas Mijie naik keretapi, Kak Nawal terus ke kaunter tiket Ryanair pula untuk membeli tiket flight ke Frankfurt pada esok hari. Setelah urusan Kak Nawal selesai, saya pulak mengajak dia untuk menemani saya menempah tempat duduk bas Eurolines yang terletak di Biturtina. Sesampainya di stesen Biturtina saya terus menempah tempat duduk untuk ke Frankfurt. Malangnya tiada perkhidmatan Eurolines dari Rome terus ke Frankfurt. Saya bertanyakan pula perkhidmatan terus dari Rome ke Geneva, malangnya pun tiada. Mmmm... macamana nih...!!! Kemudian saya bertanyakan jadual perkhidmatan Eurolines dan dari senarai yang diberi tu kota yang terdekat dengan Frankfurt yang ditujui oleh Eurolines ialah Paris.

Coleseum

Tapi saya dah ke Paris dah hari tu... tak nak ke situ lagi...mmmm. kemudian dalam jadual perjalanan Eurolines tu ada tercatat ’Rome ke Nice’. Wah!!! Menarik gak nih!!! Lagi pun saya memang dah berangan lama dah nak ke Nice nih... sebab orang kata bandar kecil selatan Perancis ni cantik......saya pun terus menempah tempat duduk untuk ke Nice yang terletak di Selatan Perancis itu pada esok hari jam 6pm. Selesai urusan di situ, kami kembali semula ke Termini dan terus balik ke YHA sebab hari dah gelap. Sampai di YHA membersihkan diri sambil berehat dan melayari internet sebelum masuk tidur........



Thursday, January 13, 2011

OOOHHHH... VENICE !!!

22.11.10 (Isnin)
Tiba di stesen bas Piazalle, Venice

Setelah hampir kira-kira 10 jam perjalan menaiki bas, akhirnya kami tiba di stesen Piazalle, Venice pada jam 6.00 pagi. Setibanya di situ, kami terus mendapatkan sarapan pagi di cafe yang paling awal beroperasi pada pagi itu. Lega rasanya dapat bersarapan roti dan kopi dalam cuaca sejuk nih...sambil tu juga kami menunggu kaunter Eurolines yang masih belum dibuka. Namun setelah selesai makan, kira-kira jam 8.00 pagi kaunter masih belum dibuka. Setelah diteliti terdapat notis di sebelah kaunter tersebut yang menyatakan bahawa kaunter Eurolines telah berpindah ke stesen pusat di Mestre yang terletak di Tanah Besar.

stesen bas Piazalle, Venice

stesen bas Piazalle, Venice

stesen bas Piazalle, Venice

Sejurus itu juga, kami tidak membuang masa dan terus membeli tiket pas pengangkutan awam untuk 24 jam dan terus menaiki bas menuju ke stesen bas St. Marta. Dari sini kami perlu menaiki bot yang merupakan pengangkutan awam utama di Venice nih. Kami menuju ke hostel YHA mengikut alamat yang didapati dari internet. Sesampainya sahaja di YHA, kami terjumpa dengan Dr Aris yang telah berada di sini sejak beberapa hari yang lalu setelah selesai seminar di Frankfurt tempohari. Dr. Aris berpindah bilik untuk menyertai saya dan Miji di dalam bilik yang sama.

stesen bas Piazalle, Venice

stesen bas Piazalle, Venice

Seperti biasa, saya perlu membesihkan dan menyegarkan diri terlebih dahulu. Selepas tu baharulah kami berempat menaiki bot menuju ke St. Marta semula untuk mendapatkan bas ke Piazalle. Dari sana, kami terus menaiki bas menuju ke stesan di Mestre untuk ke kaunter Eurolines. Malangnya, petugas kaunter di sini memaklumkan bahawa dia tidak boleh membuat tempahan untuk pas Eurolines. Petugas tersebut bagi tahu bahawa kami hanya boleh menempah tempat duduk melalui panggilan telefon sahaja. Kalau kami nak juga, kena beli tiket baharu.





Setelah merayu dan pelbagai teknik lagi dilakukan tidak berjaya, maka kami memutuskan untuk menempah melalui panggilan telefon. Tetapi kami memutuskan untuk melakukannya kemudian sahaja dan tanpa mahu membuang masa, kami kembali semula ke Piazalle. Dari situ kami ambil bas lain menuju ke St. Marta. Dari sini kami menaiki bot dan terus menuju ke St. Marco yang terkenal itu untuk berjalan-jalan menikmati Venice yang cuacanya pada hari ini amat cerah dan ceria.





Kami bersiar-saiar sambail mengambil gambar dan makan-makan sehinggalah jam 4.00 petang, kami memutuskan untuk menghubungi Eurolines center di Venice bagi membuat tembahan tempat duduk melalui telefon. Caj yang dikenakan untuk tempahan adalah sebanyak 5 Euro seorang yang akan dibayar melalu kad kredit. Petugas yang menjawab panggilan memaklumkan bas akan tiba di stesen Mestre pada jam 8.00 pagi esok.





Kemudian kami menaiki bot semula untuk kembali ke hostel bagi membersihkan diri dan berehat seketika. Selesai solet Isya’ kami berempat keluar menuju ke restoran di kejiranan untuk mendapatkan makan malam sambil berbual-bual. Selesai makan malam, kami bersiar-siar di sekitar kejiranan sebelum pulang semula ke hostel untuk tidur....





























Bersama seorang artis di St. Marco, Venice







Malam di Venice

Malam di Venice

Malam di Venice

Malam di Venice

Malam di Venice